marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Selasa, 23 Julai 2024

New Handphone: Samsung Galaxy Z Flip 5

 .: Assalamualaikum:.

Anyeong yorobun deul.


Selepas kejadian FLIPZ 3 rosak LCD Screen & aku kesedihan maka kehidupanku agak janggal. Yela, kan aku dah terbiasa pakai HP lipat, Kengkadang tu terrrlipat jugak ip7+ bila dah jadi tabiat. Huhuhu.

Sepanjang masa aku cuba berfikiran positif, sambil tangan mengusha2 samsung website kot-kot la boleh beli hp baru. Huhuhu.

Fix Mobile pun tak de dengar berita. Aku usha-usha kedai baiki hp lain juga. Tapi semua hampa, Screen LED samsung Flip tak ade stok..

Sedihh~

Sehinggalah bila dan saat esok my besday aku. Aku terrrrrusha flipz 5. Masih lagi berkira-kira nak angkat ke idok. Harapan ku adalah setinggi gunung kinabalu untuk baiki flipz 3. Dalam masa yang sama, aku dengar-dengar flipz 6 dah nak kuar. 

Aku memang dalam dilemma. Actually aku memang nak pakai samsung aje. atau lebih spesifiknya SAMSUNG GALAXY Z FLIP SAHAJA. Yang lain memang tak ade dalam impian aku.

Tapi bila aku tanya balik Fix Mobile, dia update memang tak de lagi LED tu.. Hmm.

Lantas dengan itu selepas mengusha beberapa tempat dan study di laman sesawang, maka aku bertekad untuk BELI FLIP Z 5 tanpa was-was!

Aku dah tak peduli kalau Flip Z 6 bakal keluar sebab berdasarkan studyku, tak ade banyak berubah Flip z 5 & Flip z 6 ni. 

Aku ingat mula-mula nak beli Flip Z 3 jela tanda kesetiaan beta, namun, ku kira kesetiaanku dinaungi oleh otak, bukan hati.~

Since Flip z 3 dah dikeluarkan sejak 2021 (rasanya), so rugilah kalau aku beli flip z 3 untuk kali ke 2 dari segi paras rupa dan teknologi berbanding flip z 5. Beza banyak sangat tau Flip z 3 & Flip z 5 ni terutama dari segi ketahanan, dia punya flip, dan yang penting flipz 5 punya screen covernya adalah full coverage bila flip berbanding dengan Flip z 3 yang separuh aje. mmg tak sama.

Fikirku lagi, let say aku boleh pakai flip z 5 ni untuk tempoh 3 tahun, mesti time tu dah flip z yang ke berapa dah keluarnya. benda ni dia tak tunggu kita, dia folo teknologi dan tren semasa.

Manakala antara  Flip z 5 dan 6 pulak tak ade benda yang aku nak jadi isu sangat. Dua-dua masih masih mengekalkan prosessor yang sama, saiz yang sama cuma bateri capacity dah besar sikit untuk Flip z 6 tp beza dalam 400 mAH je. 3600 mAH naik jadi 4000 mAH. Charger masih lagi pakai charger zaman flip z 3. So, kenapa bayar lebih, belilah dengan harga borong. Eh~

So, aku rasa tak rugi untuk aku amik Flip z 5 dalam kedua-dua hal di antara Flip z 3 dan Flip z 6. Aku masih boleh berbahagia di samping Flip z 5 dan data-data dari Flip z 3 dapat aku restore balik. Dia masih lagi feeling pakai Flip z 3 tapi diupgrade.

Haa.. Gittew

Tapi part yang tak bestnya adalah..

duit melayang je la.. Huhuhu.

Sad but truee~. 

p/s: Aku tengah berkira-kira berapa dah jumlah hp yang dah aku pakai sehingga flip5 ni. 

2005           : A100 Panasonic
2006           : A200 Panasonic
2007-2008 : w200i Sony Ericson
2008          : K630i Sony Ericson
2008          : w890i Sony Ericson (paling lajen. Sampai sekarang masih hidup & boleh guna)
2011          : Experia mini xpro 10 Sony Ericson (1st smartphone evaaa)
2013          : Sony Experia
2015          : Y35 Vivo
2019          : Iphone 6+
2020          : Samsung Note 5, Iphone 7+
2022          : Samsung Galaxy Z Flip 3
2024          : Samsung Galaxy Z Flip 5

p/s: Takde ke orang kaya datang nak menyunting daku untuk jadikan permaisuri hidup supaya perasaannya boleh diupgrade lagi..

hiks~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...