marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.
Memaparkan catatan dengan label china. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label china. Papar semua catatan

Ahad, 5 Julai 2026

Jalan-Jalan-Jalan 2025: Dali, Yunan China

 .: Assalamualaikum:.

Da jia hao ni men,

Ngee..

 

Di kesempatan yang ada ni aku rasa nak sambung sesi jenjalanku di Yunan tahun lepas. Walaupun dah setahun berlalu, hei.. everything masih segar dalam ingatan okey.

So, demi untuk meng-defragmentkan folder dalam selebrem ini, haruslah aku memaksa jejari runcingku agar menyemadikan memori itu dalam blog. Senang, nanti bila dah lupa, kita ade reference gittew.

So, Dali adalah tempat ke-4 aku merantau setelah Guang Zhao, Shangrila dan Li Jiang. Ini menjadikan aku lebih kurang   dihari ke 6 berada di tanah besar China. Besar tak besar China ni, Dali aje rasa kematu duduk dalam van bila pemandu bawak pusing Tasik Erhai. Pusingan dia tu dah cukup untuk buat kita menjadi musafir du Tanah Besar China walaupun telah musafir ni..Err.. Maksud dia diameter tasik tu aje dah lebih dari 2 marhalah. huhuhu.

Dah semalaman kitorang di Dali. Petang semalam sampai, lepas tu tourist guide bawak pegi makan di Ancient Town Dali. Berbanding dengan Shangrila & Li Jiang, makanan QingZhen lebih mudah didapati kat sini. Tapi mudah tak mudah pun, aku ingat breakfast pagi ni makan travel food la jugak.. hehehehe.

Kita chi zao can dalam bilik je

 So, untuk hari ini, kita nak berwanr-wanr di area Dali. First nak pegi Santorini Of Dali atau nama cina beliau Lixiangban. Aku pun tak tahu apa menariknya santorini ni tapi yeah, kita pegi ajer. hahahahha.

Makan masa dalam 40 minit -1 jam juga untuk tiba kat Santorini Of Dali ni. Sampai-sampai aje pakat cari tandas wei. haahahahaha. Tapi tandas kat sini kita just hmm.. hentah la.. at least  toilet dia tak de la toilet separuh, yang orang lalu lalang boleh jenguk tengok kau sedang apa di situ~ Kat sini toilet masih tertutup helok cuma tu la.. bau dia.. 

So, kat sini kita kena tau ke mana hala tuju kita, nak masuk bangunan mana sebab bangunan kat sini kalau tak hotel ia adalah over price cafe. Nak masuk jenguk-jengok kena bayarlah. Tapi tak pelik pun sebabnya setiap bangunan tu owner lain-lain dan dia dah deco macam-macam benda untuk pengunjung yang datang.

Melayan jiwa kanak-kanak je la
Masa ni duk main kat luar lagi sampai la ika ajak pegi masuk cafe

 So, tanpa banyak soal, ayuh la kita beli Strawbery Frappe. Dah selesai beli makanan minuman kita dibawa naik lif ke atas. Haa.. kat sini boleh la nak bergaya sambil menjamu mata melihat keindahan bandar Dali dari atas.

Kak Widad kasi pinjam dia punya spek. Terus bertukar jadi cheabol
Dali from upper side
Lupa dah harga
Port bergambar is everywhere

 Memang lama betul duk main kat dalam santorini ni.. adalah separuh hari. Bunga-bunga yang shantek. Pastu jumpa orang Malaysia lagi. Yang aneh kat sini, orang cina Malaysia bila datang China dia cakap Melayu. Siap no English dah. Hahahhaha.

Area nak keluar pun kemain menggoda suh kita bergambar
Sape lagi comel, cpt cakap saya. Ngeeeh
geram btol tgk bunga-bunga ni

 Lepas main kat Santorini, kita pergi cari makan. Budak-budak ni nak makan hot pot dah pulak tengah hari ni, so layan  jela driver nya cari kedai makan yang Qing Zhen sambil pusing Tasik Ertai. Jalan raya dia pun memang mengikuti bulatan tasik tersebut.

Tetiba ada rumah ni kat dalam tasik ni

Tasik Ertai ni sekali tengok dah macam lautan dah. Memang hujung sana, dengan hujung sini tak kelihatan langsung nak kata betapa besar dan luasnya tasik tu. Tak ketinggalan juga bukit dan gunung ganang kiri dan kanan.

Kitorang makan di kedai Qing Zhen dan solat kat sini. Mujur ada bilik solat.

Malatang di tengah hari

 Selepas makan, katanya ada beberapa destinasi lagi untuk dituju. Sebenarnya masa agak lama waktu di santorini tadi sebab masing-masing berpecah. Bila nak berkumpul, jadinya makan masa dengan perangai cekadak nak gitu gini lagi. 

Nak pilih barang pun makan masa, belinya tak. (bukan aku la tapi) 

Schedule hari ni sangat pax. Lebih-lebih lagi jalan raya kat Dali ni agak jem berbanding tempat sebelum ni. Mungkin sebab area ni area orang local juga sampai driver terpaksa masuk lorong tikus untuk elak jem. Pastu sangkut kat lorong-lorong kecik 😅😅😅 

So, Ika kata pasni nak pegi Ancient Town di daerah Dali yang lain sebab kat situ biasanya ada bunga kuning sedang mekar berbunga. Weehhh.. tu impian aku tu untuk main dalam pokok bunga kuning yang tinggi dalam sawah. So, of couse la nak kan. Sebab bukan hari-hari ada peluang camni. Aku penah jumpa dulu kat atas gunung Fan Si Pan.. tapi cinonet jela. 

Tak leh bergambar dengan pokok kuning, dengan tugu ni pun jadilah

 Actually cuaca kat Dali tak sesejuk di Lijiang, so bila berjalan kat Ancient Town sambil berlari (kejar masa) memang agak berpeluh. Aku heran kenapa la driver tu tak berenti je kat area sawah yang depan. Dia berenti van kat area jauhh dan memang kena maraton la dalam Ancient Town tu tak sempat dah nak usha kiri kanan. But, bila tiba di kawasan dikatakan syurga itu rupanya tak de pun. Kena pegi jaaauuuh lagi kalau betul-betul nak sebab dia ada titi kayu untuk ke sana. 

Sampai-sampai kat jalan besar van tak de..Kemain berlari takut lambat..Hurrm

Jem, van kena uturn utk amik kitorang kat sini 

Sini pun jadiklah sambil tunggu van

Disebabkan suasana tegang dah masa lepas makan tadi, aku kalau ikut nak aku ni memang aku nak pegi aje kat area titi kayu tu. Ade la beberapa warga China sedang seronok bergambar kat situ dalam kelompok bunga-bunga kuning yang dah kembang. Tapi, pikei masa mencemburui kita sebab nanti nak pegi kat area orang nek basikal kat Tasik Ertai tu, pastu depa duk persalahkan kak Widad n aku sebab lambat, tak nak folo rules depa. 

Aku bersabar aje dulu. (Kenapa nak kena folo rules depa kalau tourist guide dah ada? engko ke bayar tiket dan pakej aku datang sini?)

Kita dalam mood holiday ni. Tapi. Hentah. Mereka makin sedang mencuba untuk cari pasal. Aku pun malas dah nak melayan perangai mengada ahli group ni. Nak memilih something2 tu memang style pick me girl betul. Aku pun tak tau cane kak Nisa bley adapt dengan depa. Da la mulut dan ayat tu sedap-sedap juga. 

Macam bodoh je kalau aku nak membalas ni.  

Since then, aku jadi serabut. Depa nak cari gaduh. Aku tak boleh tengok muka depa so sorry la guys, aku tak nak join any activity bersama-sama. Maksudnya kau tak de la nak pegi menayang diri depan depa sebab aku perasan time kat Santorini pagi tadi pun, depa dah macam eh, ko kenapa nak join group ouls. Haa camtu. 

So, kita back off je la non. Maybe aku tak masuk vibe pick me girl depa kot. Tour guide pun tak main peranan dia sebagai orang yang patut bertangungjawab dengan situasi ni. Dia ingat dia part of participant ke hape.

So, aku and kak Widad hepi-hepi main kat tepi tasik Ertai berdua. Naseb bek la aku n kak Widad masing-masing lone rangers jugak. Ade la geng boley kawan-kawan kan. Kat sini ramai giler manusia. Aku tertarik nak nek motosikal yang ade figure haiwan comel-comel tapi alipay aku tak membantu. Tak leh scan nak bayo.. Huhuhu. 

Nak gi beli chage, tapi cha yang aku nak tak de kat sini. So, kita nak buat apa ni kak Widad. Hahahha. Kak Widad kata dia nak sewa basikal la. Nak saje2 amik gambar. Bukan beria pun nak berbasikal kat sini sebab ramai orang. Aku pulak dah seharian duk bermain camni muka dah macam ape dah.. Penat wooo. Lagipun siyes aku tak de mood nak berbasikal walaupun awal-awal trip ni, aktiviti ni la yang nak dibuat.

 So, kak Widad pegi sewa basikal. Basikal tu sekali dua je naik, yang selebihnya buat prop gambar je berlatar belakangkan gunung balik Tasik Ertai. Suasana dia best. Tapi part yang tegang dalam van tadi memang aku sakit hati.

Ni terjadik masa dalam van masa lepas makan. Depa yang lambat naik van, pastu tuduh orang lain pulak yang slow. 

Boleh-boleh dituduhnya kak Widad ni macam orang kampung baru datang bercuti kat tempat orang. Siap dia sebut " akak ni nanti kalau sesat,kami juga yang susah.. Nanti Ika nak cari akak kat mana?"

 Kak Widad buat apa wei? Seingat akulah, depa yang lambat naik van dari pagi lagi. Even driver tu pun duk bertanya-tanya ahli group da cukup ke belum. 

Dia tak tahu kak Widad pun ahli perubatan yang kerja kat Arab Saudi. Boleh-boleh dia kata akak tu jakun just sebab kak Widad tegur budak-budak ni pasal makanan tu tak pe, makan lebih kurang kita bayar share-share. Kitorang (aku n kak widad tak amik air extra) tak berkira pun tapi tak payah la ulang banyak kali part minta halal tu. 

Akak Widad rasa bebudak ni macam saje nak perli. Budak yang cakap camtu senyap je bila kak Widad tegur, kire dia terima la kot teguran tu. Tapi yang pelik ada sorang budak ni, baru je naik van tak tau cerita (maybe dia perasan suasana tegang) dia terus cucuk line. 

Jem aku!

Dah tu budak tu siap cakap gini lagi dengan bangga" saya dah 11 kali travel tak penah lagi jumpa akak yang macam ni?" 

budak, ko ingat ni group assignment ko punya trip ke tegur-tegur orang camtu? Bercakap dengan ko pun kak widad boleh kira berapa patah perkataan la wei, ni buat macam dia kenal seluruh isi bumi kak widad. Aku yang jadi roomate 6 hari pun rasa tak tergamak nak cakap camtu. Aku tak leh brain dan aku pulak rasa nak meletup. 

Before ni dia yang mengada-ngada komplen trip ni kat group wasap sebab panas dengan tourist guide. Sekali dia jumpa mangsa baru, dia tukar naratif pulak. Memang aku tak leh masuk gile dengan orang camni.

Btw, sesi berbasikal kat Tasik Ertai berakhir bila hari pun dah nak bertukar senja. Malam karang driver akan drop kitorang kat tempat kitorang dinner malam tadi. Actually aku ade dengar juga la suara sumbang dari belakang yang katanya nak pakat kutip duit nak bagi kat driver sebab driver sooo niceeeeeeeeeeeee, teringat kat baba kat rumah sebab driver ni sanggup layan depa sampai malam. Kalau ikutkan van ni sampai petang je. Tapi ni dah malam sanggup hantar kat Ancient Town lagi. 

Malah aku nak layan! Actually driver tu charge bayaran OT pun kat Ika disebabkan dah lebih time dia keja Dah kenapa kena nak kutip duit tong tong pulakk??! Oh lupa. Sebab dia pandai cakap Cina. Rasanya dia sendiri yang bagi duit tu kat 'baba' tu tanpa melalui Ika.

Entah. Ika dah hire assistant la kot.

So, aku siyes menyampah, so aku gtau Ika kitorang nanti balik sendiri kat guesthouse tau. Kitorang tu aku n Kak Widad la. Kalau duk dalam group tu pun confirm kena outcast. Baik aku jenjalan sendiri lagipun tempat ni dah familiar dah malam tadi dah jenjalan. Ika okey, so gerak dulu paper roger.

Aku and kak widad gi cari makan kat restaurant Qing Zhen. Malam ni makan mee tarik. Malam ni best sikit sebab tak de drama.  

Kedai ni dah nampak hari first sampai
Ni mangkuk ke periuk ayie?

Nak gi toilet ke nak buat ape tak menunggu benda yang tak pasti. Malam tadi aku ternampak la jugak orang jual jajan exotic macam kala jengking, lipas dll. Malam ni aku berani nak gi dekat sikit kat gerai tu nak tengok. Hahahaha

Si penjualnya nampak lemah lembut aje. Tak de la species bengis. Aku tak ley brain bethol. Ade yang beli n makan. 

Fear Factor oh!

Kak Widad kata dia nak gi tengok-tengok barang cenderahati kat kedai kitorang pegi malam tadi. Wokeiiy. Rasa tu la kot destinasi last untuk hari ni. Siyes. Penat gile. 

Kat sini terserempak dengan Ika. ajak dia lepak sekali kat area kedai tu. Duk berbual-bual dengan dia asuk topik emas Hahha. Orang pompuan Pantai Timur ni bab emas jangan. Aku je kot orang pantai timur yang tak reti bab emas sangat. 

Malam dah panjang so, we ouls pun pulang ke guesthouse. Kak Widad la yang deal dengan tuktuk. Tak payah cakap Cina pun boleh aje orang tu hantar sampai kat destinasinya. Malam ni tak berbelit macam malam tadi. Dah boleh jadi orang local dah!

So, malam ni just kemas sikit-sikit barang-barang sebab esok pagi kitorang nak nek train untuk ke destinasi seterusnya iaitu Kunming.

Penat dia tak usah cakap la ari ni. Penat fizikal dan penat mentah. Huhuhu 

Kita sambungggg...lagi~ 

Isnin, 11 Mei 2026

Jalan-Jalan-Jalan 2025 : Dali, Yunan

 .: Assalamualaikum:. 

Love dari Dali, Yunan

Ehh. Belum. Hari ke 4 di Yunan, aku masih di Li Jiang. Penat kemain selepas berphotoshoot kat area ancient Road malam tadi. Kononnya. 

sorang-sorang dah macam ape da lepas abes main pakai baju pwinces kekeke

Tapi Alhamdulillah, malam tadi aku dapat tido yang proper. Nyenyak tanpa terganggu. Rasanya lah.. Ahahahha. Kalau terjaga pun sebab aku batuk. Baru baik dari demam kot.

So, pagi-pagi ni kitorang sambil bersiap sambil kemas lugagge. Tengah hari nanti kitorang akan naik train ke Dali. Jadi untuk apa bersiap-siap ni? 

Of course la untuk menyusuri jalan-jalan di kota lama Li Jiang sambil bergambar kenangan. 2 Malam dah kat sini tapi tak sempat nak sight seeing pun. Hanya menyusur jalan untuk makan malam waktu sampai Li Jiang dan malam tadi berfotoshoot Lagi pun bila waktu malam, meriah kat sini lain macam dengan lampu-lampu dan orang yang sangat ramai.

With love at Li Jiang Ancient Town

 So, pagi ni udara di Li Jiang tak sesejuk subuh semalam. Pakai selapis 2 baju kira dah memadai. Cuma baju tu kena jenis thermal heat la agar aku tak kesejukan apabila disapa uadara dingin. Lagipun aku tak suka pakai jaket tebal-tebal ni. Rimas dan berat.

Kat sini aku hanya berdua dengan kak Widad melalui lorong dan jalan-jalan kecil di sekitar kota lama ini. Yang lain entah mungkin dah bertebaran kat pelosok lorong ancient town. 

Banyak kedai masih terkatup rapat tapi yang pasti pemandangan di sini sangatlah indah bak cerita hikayat cina. Kitorang pun singgah-singgah je mana tempat lawoo dan kita start mengada. Hahahhaa. 

Tengah cari panglima perang

 Tujuan utama sebenarnya nak cari kedai makan halal. Entah kat mana ntah. Tak pula sibuk mencari kerana fokus kini dah teralih nak ambil gambar dan video kenang- kenangan aja. Katanya kedai makan halal tu ada di area luar dari ancient town ni.

Tengah tunggu panglima perang Wu An

 Sedang kami seronok bergambar, tiba-tiba kak Nisa n buddies muncul dari selekoh lorong tempat kitorang bergambar. Aku tegur dan depa pun tengah cari kedai makan yang sama sambil jalan-jalan sekeliling. So apa lagi, alang-alang tu helok la kitorang join untuk breakfast sesama. Bukannya banyak kedai halal yang ada.

So, setibanya kedai makan halal, kitorang duk satu meja bulat untuk menikmati menu breakfast di hari ke 4 dan makanan kat kedai ni sangatlah aku nikmati. Sedap oh!. At least tak de la spoil dari segi rasa. Pagi-pagi dah merasa nasi persis macam duk di kampung halaman.. Hahahaha.

Makanan cina yang paling best selepasi megi cup dia

Pagi ni kitorang share-share beli lauk, so dapatlah makan proper gitu. Kalau hari-hari sebelum ni, nafsi-nafsi kan dah tu makan mee memanjang. Alhamdulillah atas nikmat makanan di atas meja. Yang penting halal dan anak tokey hesmes. Hehehehe.

"Jom acik ikut saya jalan-jalan kat Yunan ni". Nak aje aku ajak makcik ni 
sebab makanan dia kena dengan tekak aku

Selesai makan, kitorang berpecah sebab aku pun tak tau kak Nisa n da geng ke mana lepas tu sama ada balik hotel atau meneruskan agenda meneruskan mengukur kelebaran ancient town. 

Dan Aku dan kak widad masih meneruskan misi mengukur kelebaran sebab tak jumpa lagi any mercu of Li Jiang Ancient Town ni. Orang kata kat sini mercu dia kincir air kat dataran yang sempat aku lalu malam pertama kat sini. Tapi dari tempat aku menapak ni memang jauuuh la.

 "ni hao"

Tapi dah alang-alang masa masih ada sebelum nak seret luggage ni, ayuh la kita. Barang-barang pun da ciap kemas. Kot-kot boley pekena kopi Yunan ke nanti kan. So, misi menyusuri lorong dan jalan diteruskan.

Walaupun sesat tapi jumpa tempat ni, terus duduk ahhaha
Ade makcik cina duk menjaja strawberi maka aku beli lah

 Menggilalah kami berdua di dalam ancient town itu dengan pelbagai aktiviti. Sampai sesat dan actually masa dah suntuk tapi kincir angin tu tak jumpa! Last-last kena patah balik untuk ke hotel sebab nanti tertinggal train baru menyesal erti travel. Ahaks.

Harap paham la kita dah sesat ni

 Sampai hotel, buat kemasan akhir dan terus check out beramai-ramai. Misi mengheret luggage. Eh tak, orang hotel hantar luggage sampai keluar dari ancient town. Kalau seret sendiri boleh rosak tayar luggage. Jalan kat situ memang ancient. Jalan berbatu besar-besar. 

Owner guesthouse cam muka anak sdara aku dah aku tengok ni.
" Bea, nok gamba so".usha makcik
Abang anj yang jinak tapi besar nak mamp**

 Keluar aje dari ancient town, kami tunggu kereta yang bawa kitorang ke terminal train. Area kat situ memang busy sebab kereta tak dibenarkan masuk dalam ancient town jadi, drop orang ke apa akan bermula kat luar ni. Kereta sampai dan aku pun tanpa berlengah membolosi perut setelah luggage dah aku perati masuk ke dalam bonet. Diikuti oleh kak widad dan ika. Depa yang 4 orang naik kereta asing.

Waktu tiba kat terminal memang ngam-ngam dengan jadual train sampai dan tanpa berlengah kitorang terus masuk dalam perut train dan train laju menyusur laluan. 

Lebih kurang 3 jam perjalanan dari Li Jiang ke Dali. Dan dalam train masing-masing dengan hal masing-masing. Aku kali ni nak try masuk toilet dalam train. Saje nak tengok mana canggih dari yang Malaysia or Korea punya. hihihi. Same je. Malaysia pakai teknologi China juga. Kekekeke

Tiba di Dali lebih kurang petang. Entah jam berapa aku pun lupa. Tapi yang aku ingat, perjalanan dari terminal train ke hotel agak jauh! Dalam 1-2 jam. Dali ni saaaangat besar. Kat sini kita boleh tengok suasana dia agak berbeza dari Li Jiang dan komuniti muslim banyak. Qing zhen every where. Bandar yang kitorang menginap nanti area old town yang dibikin. China kan gred ciplak AAA. Bandar lama pun depa boleh ciplak. 

Banyak kedai makan halal kat Dali tapi tour guide cari kedai yang paling hujung dunia

 Oh Ya. Maksud Dali ni adalah marble, so no wonder la kalau kat sini pengusahaan marble everywhere. Pintu gerbang atau tanda mercu memang akan dibuat dengan menggunakan batu yang besar. Kalau kat Malaysia batu besar yang terjadi dari alam, tapi di sini, diorang buat weh! sejibik.

Kitorang tiba di hotel dan start unpacking rehat dan solat. Kejap lagi nak senja tapi jadual trip kitorang adalah nak pegi cari dinner kat old town. Okeyy.. Cuaca kat sini tak sesejuk di Li Jiang dan Shangri La. Tapi nice aje. Aku dah tak perlukan sweater untuk panaskan badan. Cuaca sangat selesa.

Kita ampai-ampai dulu strawberi kita beli tadi dah lembik2

 Agak jauh gile perjalanan nak pegi old town ni. Berjalan lebih kurang 2km. Dari cerah terus gelap masih lagi duk berjalan ke kedai untuk dinner. Sambil berjalan sambil usha kiri dan kanan. Suasana meriah betul. Kat old town ni baru aku nampak pagoda (?) atau bangunan ape ek yang depa panggil tu. Kalau tengok dalam drama cina kita akan perasan satu bangunan ni dia ade pagar untuk masuk ke bandar tu. Hentah la apa namanya. Tapi kat old town ni ade 2 buah bangunan yang gah camtu. 

Rasa nak bertukar Fan Changyu la pulak..Ngee

 Rupanya lepas lalu bangunan tu, kita dah berada kat luar dari old town tu. Bermaksud jauhhhhhh gile ouls berjalan malam ni demi mencari satay cina. Dari luar old town, merentasi old town sampai keluar dari kawasan old town tu. Lagi jauh aku berjalan waktu pegi water tarrace baru ni. huhuhu. 

Bayangkan dari petang sampai senja siap dah magrib baru sampai.

Pape je la. Naseb baek satay kat kedai tu sedap. Boleh tahan la rasa dia. Aku beli ayam bakar + nasi goreng cina untuk isi perut setelah hanya berbekalkan makan pagi tadi.

Siyes tak paham dengan gambar kat atas tapi sbb ni qing zhen, makan aja

Char fan dia biashe2 je
Sedap tapi tak suka sangat msg dia. pelik
try la snek ni korang.. hukkhukk

Lepas siap makan, kitorang usha-usha baju kat tepi jalan. Dah macam pasar malam dah. Kak Widad sempat beli 1 set baju baru. Baju baju kat sini memang taste aku tapi memandangkan aku malas nak tambah beban untuk luggage jadi aku tak beli. Aku just tolong sesi tawar menawar untuk kak Widad je la.

Since nilai matawang kita lagi tinggi so, harga baju-baju kat sini memang affordable tu pun still nak gak diskaun hahahhaha.

Malam tu kitorang habiskan masa kat old town yang panjang dan jauh. Since ni dah day 4 kat bumi Yunnan tapi tak sempat lagi nak mengusha keychain atau magnet fridge so ada masa free kat sini ayuhlah kita. Kat sini aku terover spent. 

BELI TEH BUNGA ROSE DAH HABIS RM300. Gile!

Panda kecek beli sajo~

 Tu la. Bila pikei balik ntah tak tau nyesal ke tak. Hahahahha. Aku ni memang kalu orang dah terover promote memang satu kedai boleh aku bawak balik. Hahahaha.

Lepas siap shopping, time tuk balik sebab kaki dah memang sakit dah ni. 4 hari ni memang over used kaki gue. Bila da penat ni kitorang pun tahan je  tuk tuk. Memang rasa nak merangkak da time ni. Tuk tuk pulak dia bawak jalan lain untuk pegi hotel. Takod pun ada tapi tawakal je la. Time ni aku n kak Widad je.

Maka minta bantal tapi sempat lagi bergambar dengan pagoda

 Yang lain ntah la. Lost contact lepas masing-masing pegi wanr-wanr. Orang kat Yunnan ni jenis juruh je walaupun nampak kasar. So, tawakal dan dia hntar betul-betul kat area kitorang turun dari kereta petang tadi. Lega rasanya.

Bila duk jauh ni tawakal je la

 Bilik kat hotel ni aku duk sekali dgn kak Widad dan Iqa, our tour guide. Kak Nisa sebilik dengan buddies dia.

Malam tu, tidorlah kami senyenyaknya sebab esok pula kita seharian akan berjalan-jalan di Dali....

Akan, bersambung... 

Selasa, 14 Oktober 2025

Jalan-Jalan-Jalan 2025: Ni Hao! China: Yunan part 3

 .: Assalamualaikum:.

Hmm.. Ni da masuk bulan 9 (okey sekarang da bulan 10 ngee) dah tapi throwback pegi Yunan baru ni baru di mukaddimah, cane? Ngeehh..

Actually aku pun dah hampir-hampir lupa apa yang dah aku alami kat sane, acaane?

Takpe.. Kita cuba ingat balik apa yang berlaku.

Kalau dikira ini adalah day 3 kita berada di tanah Huan Zhu Ge Ge ni. Menghirup udara yang sejuk di..pergh. tak payah cakaplah.. Memang kejung la kalau tak pakai padding sweater. Tapi berada di Korea dulu mengajar supaya inner cloth bila dilapis-lapis kire okey boleh kompromi dah dengan cuaca kat sana.

 Actually hari ini destinasi yang akan dituju adalah White Water Terrace di Pergunungan Haba Snow Mountain 

Pandangan dari Mata

 Awal pagi bersiap sebab nak sampai kat Pergunungan Haba Snow Mountain yang terletaknya White Water Terrace atau nama chinese dia 'Bai Shui Tai'. Perjalanan amik masa dalam 2 jam lebih dari hotel. Pagi tu lepas breakfast kat kedai cina semalam, kitorang naik van untuk ke sana. 

Pagi ni kita makan mee goreng. Not my taste Ngee..
Muka dah macam demam dah ni. Ready panadol

Dalam perjalanan tu, aku tak boleh nak tido jugak tapi badan dah start tak selesa tapi nasib baik telan panadol. Time ni tak sangka panadol menjadi sahabat karib.

Pemandangan gunung ganang memang sangat gah sepanjang jalan. Dari bandar masuk ke kawasan pedalaman kelihatan pokok sayup-sayup di lereng bukit, jauh berbeza lereng bukit di tanah air. Hujan lebat juga tak kalah mencurah-curah. 

Dan aku hanyalah melayan jiwa sambil memerhati lukisan alam yang indah. 
 
Sampai ati abang driver tak pasang lagu kat radio. Baru nak fefeeling. Masa ni aku agak malas nak keluarkan Flipz6 untuk merakam kabus dan gunung bersalji. Sebabnya hujan laa dan mood kelaut. Suasana sunyi dalam van sebab semua dah dibuai mimpi atau melayan jiwa. 
 
Sepanjang jalan aku tak dapat nak tido. Memang aku species tak tido siang kalau naik kenderaan. Van bergerak mendaki gunung yang tidak tahu mana hujungnya. Di lereng gunung, van yang sedang mendaki jalan tiba-tiba terpulas stereng, cepat-cepat abang driver brek dan sempat mengelak dari melanggar tembok gununung sebelah kanan dan disebelah kiri of course gaung berbatu sedia menunggu. Terkejut satu van sampai budak belakang aku yang tidur terjaga lantas menjerit astagfirulllah hal azim kuat.
 
Alhamdulillah tiada kecederaan mahupun kerosakan van berlaku. Nasib baik juga tiada kenderaan lain jalan sebelah. Bila keadaan genting dah bertukar tenang, abang driver teruskan perjalanan  sambil minta maaf kat kitorang. Dia explain kat Tour  Guide- AKA Ika  apa yang jadi tapi tak pulak tour guide terangkan balik apa yang jadi kat kitorang. Aku syak air hujan yang turun tadi menyebabkan cengkaman tayar tak rapat ke jalan. Tapi nasib baik abang driver ni dapat control.

Apa-apa pun alhamdulillah masih diberi umur yang panjang. 
 
Dalam pukul 10 cenggitu kitorang tiba di perkarangan parking Bai Shui Tai. Nak sampai ke Bai Shui Tai ni kena mendaki. Ehek~ 
 
Cuaca kat sini, sejukkk bethol! aku dah terkapai-kapai dah sebab demam kan. Dengan pakai sweater EXO aje. Eh, aku rasa aku tinggal sweater EXO dalam van, aku ganti pakai kardigan je. aku pakai seluar jeans yang dah dialas seluar inner dalam dress tapi macam tak leh nak brain lagi sebab muka dah macam kejung dah. 

Ai.. entah la boleh survive ke tak ni. Hahahaha. Tapi wak wak rilex wak wak pis. Memang redo aje.

Dah sampai kat atas, aku macam, err.. ape yang patut untuk dinikmati ni 😬 sebab tiada apa-apa yang menarik pun sepanjang perjalanan nak naik ke atas tu. Ni dah macam mendaki Bukit Salor je ni. Water Terrace pulak tak penah tengok camane rupanya, memang tak expect ape-ape lah.
 
Sampai la Ika bagi tau nanti kat atas baru nampak, nanti naik kat dek peninjau sambil aku pau pedding sweater dia sebab tak tahan dah sejuknya. ngeeeeh.
 

Dari dek peninjau tu 

Inilah Bai Shui Tai ituuu

Bila dah paham, barulah dapat menikmati keindahan gunung ganang kat sini 😆😆😆. Subhanallah. Maha Suci Allah!
 
Antara pemandangan yang indah juaa XD. Dah segar demam tak jadi.. Ngee
 
 Thanks to sweter Ika, aku da dapat warm yang diperlukan so, me is kembali membuas. Panadol pun rasa dah beraksi dalam badan, dah tak de sakit kepala sementaah itu aku memang ke sana kemari sebab orang tak ramai sangat lagi kat sini.

Marilah kita OOTD
 
Terpaling OOTD
 
 Bila badan da sihat ni, mulalah nak membuas secara maksima. BTW tempat ni memang lawalah dengan ade kesan-kesan dramatic macam komik Hongkong. Panorama yang luar biasa. 

Waktu gi Sapa, Vietnam dah takjub. Kat sini lagilah. Subhanallah
 
Bakal mak mertua tak jadi- Hui Ren (orang Islam dari Beijing)
 
 Acik ni aku ingat dia pasangan suami isteri dengan pakcik sorang lagi. Bila aku approach sebab dia asek duk tengok kat aku dari masa aku duk top up bedak kat muka (sebab muka aku sembab), sampai aku duk wat video, amik gambar diorang duk perati je kerenah aku. Tapi tenang camtu la. Macam mak ayah tengok anak dio duk bermain. Bila masing-masing belaga mata aku sengih macam biasa. 
 
Time aku nak turun kat bawah makcik pakcik ni pun nak turun jugak tapi sempat nak amik gambar jadi pakcik offer untuk amikkan. So, macam biasa la bila jumpa orang tua ni aku automatik friendly lah berbasi-basi skit. Offer amik gambar diorang berdua sebab aku duk tengok diorang duk amik gambar sendiri-sendiri. 
 
Rupanya pakcik makcik ni 2 beradik dari Beijing. Patut la aku offer nak amik gambar berdua diorang macam tak nak sangat😂. Aku mula-mula pelik kenapa la rakyat China macam excited datang ke tempat diorang cam tourist, rupanya diorang pun kengkadang ni peluang sekali seumur hidup. Ingat Beijing dengan Yunan tu dekat?
 
Dah kesudahnya tiba-tiba aku turun dengan depa berdua sambil 'wo zao' 'ni zao' tengok-tengok berserempak lagi sebab aku banyak tempat pause sebab duk amik gambar. 

Tu siap ade gambar dengan aunty ni. Duk main jalan selangkah gambar, jalan 2 langkah gambar lagi. Aunty ni yang offer nak amik sekali tau. Waktu ni duk berbual-bual dalam bahasa ayam dan itik jugaklah memandangkan kosa kata chinese aku dah ke segi tiga bermuda. Tapi paham la sikit-sikit perkataan yang familiar. 

Waktu kat atas tadi, masa aku offer untuk amik gambar diorang, acik ni masih lagi berbungkus dalam baju sejuk, memang nampak macam nenek dah. 

Tapi time nak bergambar dengan aku dia bukak baju sejuk dia, pastu bagi phone kat abang/ adik dia. Tetiba nampak muda.

Lupa dah umur bape tapi baya-baya Che ni.

Omey cam omma titewww
 

Lama sangat duk wanr wanr kat sini sampai ayi offer ajak aku gi Beijing kawin dengan anak sedara dia 😄😄😄

Kite nak jugak kalau ensem 👉👈

Tapi ke'gelenyaan' itu tidak aku serlahkan untuk menjaga maruahku. Impian kot nak kawin dengan foreigner. Hahahahhaha
 
mixue is hereee~

Selepas tata untuk kali ke 100 kat aunty and uncle, kitorang pun berlalu dari Bai Shui Tai bila tiba kat bawah. Abang driver dah tunggu. Aku turun lambat sikit sebab banyak perhentian. Ngeeh
 
Masuk dalam van, demam kembali menjelma sebab da lebih 6 jam dan waktu untuk makan ubaatt~

Dan destinasi kedua untuk hari tersebut adalah kat Heidou Cafe di Dukezong. Aik.

Kenapa nak pegi cafe pulak sementelaah tu masa masih lagi panjang. Sebab hari ni juga kitorang akan ke Li Jiang naik bullet train. So, tak banyak aktiviti nak buat memandangkan jarak antara satu-satu tempat agak jauh dan memenatkan. 

Kat Heidou Cafe ni boleh la santai-santai sambil menikmati pemandangan gunung (lagi) sementara nak tunggu waktu train sampai. pukul 5 tak silap kitorang naek nanti
 
Nak turun ke area Dukezong ni amik masa 2 jam jugaklah, So kat situ boleh la nak free and easy.
 
Sila perati kapucino 45 hingget itu
 
Mula-mula aku ingat Heidou Cafe ni cam typical cafe. Tapi ternyata tidak. Dia macam area picnic gitu. Cuma nak masuk tu kena order minuman atau makanan sebagai fee masuk.  

Mak aii.. Hot Capucino aje harga RM45 henggit 😂. Biarlah. Memang time ni sedap ni minum air panas-panas dengan cuaca yang dingin. Lagipun benda dah expect kan. Ali Pay kan aje.
 
Sila zoom utk tengok harga coffee
 
 Subhanallah. Tadi teruja dengan area pergunungan Haba Snow Mountion, kali ni pemandangan lebih asyik. Sayup-sayup kita dapat lihat pemandangan gunung-ganang yang amatlah indah. Tiada perkataan nak terjemah untuk menggambarkan keterujaan suasana tersebut. Subhanallah.
 
 
Hai~
 
Berbaloi la kopi tadi. Lagipun tempat dia lawa. Aku membawa diri atas dek di antara 2 tasik. Ramai juga berada kat situ. Kt situ disediakan meja dan kerusi so dapatlah santai-santai. Tapi waktu ni agak panas mentari menyinar dan sekali sekala angin dingin sepoi-sepoi bahasa dan kadang-kadang ribut tanpa diduga.
 
Acah masak macam orang camping~
 
Sampai-sampai aku conquer kusi kat sini sebab pemandangan kat depan tu subhanallah
 
 Aku duk kat situ sambil menikmati secangkir kopi. Bila tengok suasana yang gah ini, lantas cepat-cepat keluarkan tripod untuk merakam aksi dan suasana ini bila tengok orang lain pun duk merakam memori masing-masing. Aku pun malas nak minta tolong orang lain untuk tolong ambil gambar jadi jarang-jarang sekali orang tangkapkan.
 
Sedang asek aku beraksi, tetiba angin kencang datang, dan tidak semena-mena, tripod aku terbang ikut angin dan slowmo masuk ke dalam tasik tempat aku duduk minum-minum tadi dan perlahan-lahan aku tengok flipz 6 aku karam dalam tasik.
 
Aku time tu dah gelabang biawak terus panjat pagar kayu yang mengelilingi tasik atas dek itu. Sambil duk ottoke-ottoke. Aku kira masih sempat selamatkan flipz 6 yang baru aje aku beli 2 bulan lepas dan baru aje aku nak guna betul-betul selepas episod-episoh flipz ku mengalami situasi gile~
 
Aku cuba mengait tripod tu dengan kaki berkasut, time tu entah apa yang merasuk, aku cuba pasrah bila tengok flipz 6 tenggelam ibarat titanic. Mujurlah ade lengzhai yang terkejut tengok keadaan aku sambil kak widad dan Iqa tengah tenangkan aku sambil mintak tolong dengan orang sekeliling, jadi dia tanya kenapa ni?
 
Aku bagitau handphone aku terjatuh dalam tu dengan tripod dan tanpa berpikir pandang dia pun nak ikut terjun dalam tu tapi sekali lagi kak Widad tenangkan beliau. Aku masih lagi duk berpaut kat pagar tasik di mana badan aku dah sebelah tasik.

Lengzhai itu dengan bijaknya dia berkata dia nak gi pinjam sauk dengan cafe, suruh aku tunggu jalan turun dulu. Aku pun okey-okey dan panjat naik e dek kembali. 
 
Dalam otak aku duk pikei flipz 6 dan apakah naseb gambar-gamabar yang dah aku memorikan sepanjang 2 bulan menggunakan beliau. Ntah, nak nanges pun macam tak guna, aku hanya pikei pasni tak nak kawan dengan Flipz dah sob sob sob.
 
Dan Lengzhai datang berlari dengan sauk yang dipinjamkannya dari cafe dan dengan cermat dia cuba saukkan ke dalam tasik tempat yang aku pointkan itu. Nampak keadaan macam susah. Aku takut tasik itu dalam je dan flipz 6 tercabut dari tripod. 
 
Saat genting berakhir apabila beliau berjaya mendaratkan tripod ke dek. Hepi bertepukan dan bersorakan orang yang ada kat dek itu. Aku apatah lagi. Mujur lengzhai dengan kekasihnya, kalau tak, mau tak aku terpeluk beliau. Eh. Da, kaba sket~
 
Seriusly aku memanggggg terhutang budi dengan beliau, dengan rendah dirinya dia terima kasihku. Eh. Ta boleh nak over sis, tu sebelah dia tekun aje kekasih hatinya duk memerhati sambil turut hepi kekasihnya itu sangat function kepada foreigner. Ngeh!
 
Berlalulah sepasang kekasih itu dalam baju tradisi etnik mongol dengan hepi, dan aku hepi juga sebab alhamdulillah, flipz 6 aku tetap hidup walaupun berendam dalam tasik selama 5-10 minit. Fuh. Segala kesyukuran aku panjat kehadrat Ilahi. Bayangan duit terbang dah lesap masuk dalam piggy bank balik 😁. 
Emosi dah stable kita tangkap gambar tasik ni
 
Dalam keadaan tu, aku pun lap-lap tripod dan flipz 6 supaya hanyir air tasik tidak mengganggu. Kemudian, tripod tadi kemas-kemas aku simpan dan beg kuning dan never ever ever pakai beliau lagi.
 
Ever! 
Setelah membuat drama Cina selama 10 minit~
 
Keadaan menjadi normal, dan entah serik atau tidak, sesi posing memosing tetap diteruskan. Aku buat video call dengan ahli keluarga dan tak ketinggalan Fara. Rasa berdosa pula menikmati pemandangan yang indah ni sorang-sorang. Kita kena show off sikit ngeh~
 
tasik ini yang menjadi saksi~

Loveee~

Lawa gunung ganang belakang termasuk daku ngee

Kat sini diorang pelihara alpaca jugak dan aku first time tengok alpaca. Hensem. Macam kambing biri-biri dan agak mischief. 
 
Selepas beberapa jam duk melepak kat kawasan Heidou Cafe ni, time untuk gerak gi naik Bullet Train. 
Our next destionation adalah, Li Jiang The Ancient City.
 
Bateri low bat? No problem

Power bank every corner

Walaupun naik bullet train tapi 2 jam jugalah nak sampai ke Li Jiang ni. Usai solat jamak takhir, kitorang naik train yang on time dan menuju ke Li Jiang.

Sampai kat terminal train Li Jiang waktu dah gelap. Maybe dalam pukul 8 malam cenggitu. Ada kisah pulak masa nak pegi hotel, tiba-tiba ada 2 group datang amik kitorang. Haa sudah. Agak menakutkan sebab diorang macam duk berebut customer gitu. Iqa da bagitau dia da booking dengan ejan travel sana, tapi bila datang ni dah 2 group yang berbeza. 

Masa ni baru aku perasan, a ah la. Mentang-mentang aku pegi dengan travel agency, aku memang neglact pasal safety. Aku serah bulat-bulat kat Iqa. Padahal sebelum-sebelum ni trip semua buat sendiri kan, waktu ni baru aku pikei crime yang selalu terjadi waktu gi travel tapi alhamdulillah. Everything under control. 

Rupa-rupanya driver yang datang amik ni disalah informed oleh diorang punya agency. Ada salah paham camane ntah. malas pulak nak fikei~

So, sampailah kita di accient city of Li Jiang. Memang cantik la tempatnya dengan jalan raya berbatu lagi. Kat area ni kenderaan tak boleh masuk. Semua orang berjalan aje. 

Street of Li Jiang

Sewaktu nak ke hotel tu nampak la deretan kedai-kedai yang berhias cantik dengan asap kabus di balik kerlipan lampu warna warni. 

Lovee~

So romantik~

Sampai kat bilik, unboxing apa yang patut, Iqa ajak semua keluar untuk pegi dinner. A ah la. Tengah hari tak makan, pastu dalam train pun tak makan, ni baru nak makan. 

Sambal belachan Li Jiang
Sejuk-sejuk pun aiskrim lakuu

Katanya kedai makan yang halal jauh kat luar dari kawasan Ancient Town ni. Jadi berjalanlah kami semua ke sana sambil menikmati hiruk pikuk suasana kat sini. Ramai yang berpakaian tradisi. Kat sini memang ada port-port untuk photo shoot siap ada kedai sewa baju lengkap dengan jurufoto lagi!

Esok nak try! hiks. Desis hatiku bila melintas sekumpulan tourist yang berpakaian itu.

Jauh berjalan, luas pemandangan, akhirnya sampailah restaurant yang di tuju. 

Lai lai lai, ni men lai

Kata lapar, last-last aku makan roti kebab aje. Ntah kenapa, aku rasa makanan kat sini out of my taste. tapi kita makanlah untuk teruskann hidup.

Hari ni pecah rekod 21k steps ngee

Esok, masih ada lagi. Dan mencabar. Katanya esok nak pegi menawan Dragon Jade Snow Mountain. Jadi we ouls akan keluar awal pagi lagi sebelum subuh sebab nak kejar sunrise dari gunung bersalji itu. 
Err..
 
Mei Guanxi. Bring it on. Kata seorang budak yang demam dan tak cukup tiduur ~~~~

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...