.: Assalamualaikum:.
Hmm.. Ni da masuk bulan 9 (okey sekarang da bulan 10 ngee) dah tapi throwback pegi Yunan baru ni baru di mukaddimah, cane? Ngeehh..
Actually aku pun dah hampir-hampir lupa apa yang dah aku alami kat sane, acaane?
Takpe.. Kita cuba ingat balik apa yang berlaku.
Kalau dikira ini adalah day 3 kita berada di tanah Huan Zhu Ge Ge ni. Menghirup udara yang sejuk di..pergh. tak payah cakaplah.. Memang kejung la kalau tak pakai padding sweater. Tapi berada di Korea dulu mengajar supaya inner cloth bila dilapis-lapis kire okey boleh kompromi dah dengan cuaca kat sana.
Actually hari ini destinasi yang akan dituju adalah White Water Terrace di Pergunungan Haba Snow Mountain
 |
Pandangan dari Mata |
Awal pagi bersiap sebab nak sampai kat Pergunungan Haba Snow Mountain yang terletaknya White Water Terrace atau nama chinese dia 'Bai Shui Tai'. Perjalanan amik masa dalam 2 jam lebih dari hotel. Pagi tu lepas breakfast kat kedai cina semalam, kitorang naik van untuk ke sana.
 |
Pagi ni kita makan mee goreng. Not my taste Ngee.. |
 |
Muka dah macam demam dah ni. Ready panadol |
Dalam perjalanan tu, aku tak boleh nak tido jugak tapi badan dah start tak selesa tapi nasib baik telan panadol. Time ni tak sangka panadol menjadi sahabat karib.
Pemandangan gunung ganang memang sangat gah sepanjang jalan. Dari bandar masuk ke kawasan pedalaman kelihatan pokok sayup-sayup di lereng bukit, jauh berbeza lereng bukit di tanah air. Hujan lebat juga tak kalah mencurah-curah.
Dan aku hanyalah melayan jiwa sambil memerhati lukisan alam yang indah.
Sampai ati abang driver tak pasang lagu kat radio. Baru nak fefeeling. Masa ni aku agak malas nak keluarkan Flipz6 untuk merakam kabus dan gunung bersalji. Sebabnya hujan laa dan mood kelaut. Suasana sunyi dalam van sebab semua dah dibuai mimpi atau melayan jiwa.
Sepanjang jalan aku tak dapat nak tido. Memang aku species tak tido siang kalau naik kenderaan. Van bergerak mendaki gunung yang tidak tahu mana hujungnya. Di lereng gunung, van yang sedang mendaki jalan tiba-tiba terpulas stereng, cepat-cepat abang driver brek dan sempat mengelak dari melanggar tembok gununung sebelah kanan dan disebelah kiri of course gaung berbatu sedia menunggu. Terkejut satu van sampai budak belakang aku yang tidur terjaga lantas menjerit astagfirulllah hal azim kuat.
Alhamdulillah tiada kecederaan mahupun kerosakan van berlaku. Nasib baik juga tiada kenderaan lain jalan sebelah. Bila keadaan genting dah bertukar tenang, abang driver teruskan perjalanan sambil minta maaf kat kitorang. Dia explain kat Tour Guide- AKA Ika apa yang jadi tapi tak pulak tour guide terangkan balik apa yang jadi kat kitorang. Aku syak air hujan yang turun tadi menyebabkan cengkaman tayar tak
rapat ke jalan. Tapi nasib baik abang driver ni dapat control.
Apa-apa pun alhamdulillah masih diberi umur yang panjang.
Dalam pukul 10 cenggitu kitorang tiba di perkarangan parking Bai Shui Tai. Nak sampai ke Bai Shui Tai ni kena mendaki. Ehek~
Cuaca kat sini, sejukkk bethol! aku dah terkapai-kapai dah sebab demam kan. Dengan pakai sweater EXO aje. Eh, aku rasa aku tinggal sweater EXO dalam van, aku ganti pakai kardigan je. aku pakai seluar jeans yang dah dialas seluar inner dalam dress tapi macam tak leh nak brain lagi sebab muka dah macam kejung dah.
Ai.. entah la boleh survive ke tak ni. Hahahaha. Tapi wak wak rilex wak wak pis. Memang redo aje.
Dah sampai kat atas, aku macam, err.. ape yang patut untuk dinikmati ni π¬ sebab tiada apa-apa yang menarik pun sepanjang perjalanan nak naik ke atas tu. Ni dah macam mendaki Bukit Salor je ni. Water Terrace pulak tak penah tengok camane rupanya, memang tak expect ape-ape lah.
Sampai la Ika bagi tau nanti kat atas baru nampak, nanti naik kat dek peninjau sambil aku pau pedding sweater dia sebab tak tahan dah sejuknya. ngeeeeh.
 |
Dari dek peninjau tu |
 |
Inilah Bai Shui Tai ituuu |
Bila dah paham, barulah dapat menikmati keindahan gunung ganang kat sini πππ. Subhanallah. Maha Suci Allah!
 |
Antara pemandangan yang indah juaa XD. Dah segar demam tak jadi.. Ngee |
Thanks to sweter Ika, aku da dapat warm yang diperlukan so, me is kembali membuas. Panadol pun rasa dah beraksi dalam badan, dah tak de sakit kepala sementaah itu aku memang ke sana kemari sebab orang tak ramai sangat lagi kat sini.
Marilah kita OOTD
 |
Terpaling OOTD |
Bila badan da sihat ni, mulalah nak membuas secara maksima. BTW tempat ni memang lawalah dengan ade kesan-kesan dramatic macam komik Hongkong. Panorama yang luar biasa.
Waktu gi Sapa, Vietnam dah takjub. Kat sini lagilah. Subhanallah
 |
Bakal mak mertua tak jadi- Hui Ren (orang Islam dari Beijing) |
Acik ni aku ingat dia pasangan suami isteri dengan pakcik sorang lagi. Bila aku approach sebab dia asek duk tengok kat aku dari masa aku duk top up bedak kat muka (sebab muka aku sembab), sampai aku duk wat video, amik gambar diorang duk perati je kerenah aku. Tapi tenang camtu la. Macam mak ayah tengok anak dio duk bermain. Bila masing-masing belaga mata aku sengih macam biasa.
Time aku nak turun kat bawah makcik pakcik ni pun nak turun jugak tapi sempat nak amik gambar jadi pakcik offer untuk amikkan. So, macam biasa la bila jumpa orang tua ni aku automatik friendly lah berbasi-basi skit. Offer amik gambar diorang berdua sebab aku duk tengok diorang duk amik gambar sendiri-sendiri.
Rupanya pakcik makcik ni 2 beradik dari Beijing. Patut la aku offer nak amik gambar berdua diorang macam tak nak sangatπ. Aku mula-mula pelik kenapa la rakyat China macam excited datang ke tempat diorang cam tourist, rupanya diorang pun kengkadang ni peluang sekali seumur hidup. Ingat Beijing dengan Yunan tu dekat?
Dah kesudahnya tiba-tiba aku turun dengan depa berdua sambil 'wo zao' 'ni zao' tengok-tengok berserempak lagi sebab aku banyak tempat pause sebab duk amik gambar.
Tu siap ade gambar dengan aunty ni. Duk main jalan selangkah gambar, jalan 2 langkah gambar lagi. Aunty ni yang offer nak amik sekali tau. Waktu ni duk berbual-bual dalam bahasa ayam dan itik jugaklah memandangkan kosa kata chinese aku dah ke segi tiga bermuda. Tapi paham la sikit-sikit perkataan yang familiar.
Waktu kat atas tadi, masa aku offer untuk amik gambar diorang, acik ni masih lagi berbungkus dalam baju sejuk, memang nampak macam nenek dah.
Tapi time nak bergambar dengan aku dia bukak baju sejuk dia, pastu bagi phone kat abang/ adik dia. Tetiba nampak muda.
Lupa dah umur bape tapi baya-baya Che ni.
 |
Omey cam omma titewww |
Lama sangat duk wanr wanr kat sini sampai ayi offer ajak aku gi Beijing kawin dengan anak sedara dia πππ
Kite nak jugak kalau ensem ππ
Tapi ke'gelenyaan' itu tidak aku serlahkan untuk menjaga maruahku. Impian kot nak kawin dengan foreigner. Hahahahhaha
 |
mixue is hereee~ |
Selepas tata untuk kali ke 100 kat aunty and uncle, kitorang pun berlalu dari Bai Shui Tai bila tiba kat bawah. Abang driver dah tunggu. Aku turun lambat sikit sebab banyak perhentian. Ngeeh
Masuk dalam van, demam kembali menjelma sebab da lebih 6 jam dan waktu untuk makan ubaatt~
Dan destinasi kedua untuk hari tersebut adalah kat Heidou Cafe di Dukezong. Aik.
Kenapa nak pegi cafe pulak sementelaah tu masa masih lagi panjang. Sebab hari ni juga kitorang akan ke Li Jiang naik bullet train. So, tak banyak aktiviti nak buat memandangkan jarak antara satu-satu tempat agak jauh dan memenatkan.
Kat Heidou Cafe ni boleh la santai-santai sambil menikmati pemandangan gunung (lagi) sementara nak tunggu waktu train sampai. pukul 5 tak silap kitorang naek nanti
Nak turun ke area Dukezong ni amik masa 2 jam jugaklah, So kat situ boleh la nak free and easy.
 |
Sila perati kapucino 45 hingget itu |
Mula-mula aku ingat Heidou Cafe ni cam typical cafe. Tapi ternyata tidak. Dia macam area picnic gitu. Cuma nak masuk tu kena order minuman atau makanan sebagai fee masuk.
Mak aii.. Hot Capucino aje harga RM45 henggit π. Biarlah. Memang time ni sedap ni minum air panas-panas dengan cuaca yang dingin. Lagipun benda dah expect kan. Ali Pay kan aje.
 |
Sila zoom utk tengok harga coffee |
Subhanallah. Tadi teruja dengan area pergunungan Haba Snow Mountion, kali ni pemandangan lebih asyik. Sayup-sayup kita dapat lihat pemandangan gunung-ganang yang amatlah indah. Tiada perkataan nak terjemah untuk menggambarkan keterujaan suasana tersebut. Subhanallah.
 |
Hai~ |
Berbaloi la kopi tadi. Lagipun tempat dia lawa. Aku membawa diri atas dek di antara 2 tasik. Ramai juga berada kat situ. Kt situ disediakan meja dan kerusi so dapatlah santai-santai. Tapi waktu ni agak panas mentari menyinar dan sekali sekala angin dingin sepoi-sepoi bahasa dan kadang-kadang ribut tanpa diduga.
 |
Acah masak macam orang camping~ |
 |
Sampai-sampai aku conquer kusi kat sini sebab pemandangan kat depan tu subhanallah |
Aku duk kat situ sambil menikmati secangkir kopi. Bila tengok suasana yang gah ini, lantas cepat-cepat keluarkan tripod untuk merakam aksi dan suasana ini bila tengok orang lain pun duk merakam memori masing-masing. Aku pun malas nak minta tolong orang lain untuk tolong ambil gambar jadi jarang-jarang sekali orang tangkapkan.
Sedang asek aku beraksi, tetiba angin kencang datang, dan tidak semena-mena, tripod aku terbang ikut angin dan slowmo masuk ke dalam tasik tempat aku duduk minum-minum tadi dan perlahan-lahan aku tengok flipz 6 aku karam dalam tasik.
Aku time tu dah gelabang biawak terus panjat pagar kayu yang mengelilingi tasik atas dek itu. Sambil duk ottoke-ottoke. Aku kira masih sempat selamatkan flipz 6 yang baru aje aku beli 2 bulan lepas dan baru aje aku nak guna betul-betul selepas episod-episoh flipz ku mengalami situasi gile~
Aku cuba mengait tripod tu dengan kaki berkasut, time tu entah apa yang merasuk, aku cuba pasrah bila tengok flipz 6 tenggelam ibarat titanic. Mujurlah ade lengzhai yang terkejut tengok keadaan aku sambil kak widad dan Iqa tengah tenangkan aku sambil mintak tolong dengan orang sekeliling, jadi dia tanya kenapa ni?
Aku bagitau handphone aku terjatuh dalam tu dengan tripod dan tanpa berpikir pandang dia pun nak ikut terjun dalam tu tapi sekali lagi kak Widad tenangkan beliau. Aku masih lagi duk berpaut kat pagar tasik di mana badan aku dah sebelah tasik.
Lengzhai itu dengan bijaknya dia berkata dia nak gi pinjam sauk dengan cafe, suruh aku tunggu jalan turun dulu. Aku pun okey-okey dan panjat naik e dek kembali.
Dalam otak aku duk pikei flipz 6 dan apakah naseb gambar-gamabar yang dah aku memorikan sepanjang 2 bulan menggunakan beliau. Ntah, nak nanges pun macam tak guna, aku hanya pikei pasni tak nak kawan dengan Flipz dah sob sob sob.
Dan Lengzhai datang berlari dengan sauk yang dipinjamkannya dari cafe dan dengan cermat dia cuba saukkan ke dalam tasik tempat yang aku pointkan itu. Nampak keadaan macam susah. Aku takut tasik itu dalam je dan flipz 6 tercabut dari tripod.
Saat genting berakhir apabila beliau berjaya mendaratkan tripod ke dek. Hepi bertepukan dan bersorakan orang yang ada kat dek itu. Aku apatah lagi. Mujur lengzhai dengan kekasihnya, kalau tak, mau tak aku terpeluk beliau. Eh. Da, kaba sket~
Seriusly aku memanggggg terhutang budi dengan beliau, dengan rendah dirinya dia terima kasihku. Eh. Ta boleh nak over sis, tu sebelah dia tekun aje kekasih hatinya duk memerhati sambil turut hepi kekasihnya itu sangat function kepada foreigner. Ngeh!
Berlalulah sepasang kekasih itu dalam baju tradisi etnik mongol dengan hepi, dan aku hepi juga sebab alhamdulillah, flipz 6 aku tetap hidup walaupun berendam dalam tasik selama 5-10 minit. Fuh. Segala kesyukuran aku panjat kehadrat Ilahi. Bayangan duit terbang dah lesap masuk dalam piggy bank balik π.
 |
Emosi dah stable kita tangkap gambar tasik ni |
Dalam keadaan tu, aku pun lap-lap tripod dan flipz 6 supaya hanyir air tasik tidak mengganggu. Kemudian, tripod tadi kemas-kemas aku simpan dan beg kuning dan never ever ever pakai beliau lagi.
Ever!
 |
Setelah membuat drama Cina selama 10 minit~ |
Keadaan menjadi normal, dan entah serik atau tidak, sesi posing memosing tetap diteruskan. Aku buat video call dengan ahli keluarga dan tak ketinggalan Fara. Rasa berdosa pula menikmati pemandangan yang indah ni sorang-sorang. Kita kena show off sikit ngeh~
 |
tasik ini yang menjadi saksi~ |
 |
Loveee~ |
 |
Lawa gunung ganang belakang termasuk daku ngee |
Kat sini diorang pelihara alpaca jugak dan aku first time tengok alpaca. Hensem. Macam kambing biri-biri dan agak mischief.
Selepas beberapa jam duk melepak kat kawasan Heidou Cafe ni, time untuk gerak gi naik Bullet Train.
Our next destionation adalah, Li Jiang The Ancient City.
 |
Bateri low bat? No problem |
 |
Power bank every corner |
Walaupun naik bullet train tapi 2 jam jugalah nak sampai ke Li Jiang ni. Usai solat jamak takhir, kitorang naik train yang on time dan menuju ke Li Jiang.
Sampai kat terminal train Li Jiang waktu dah gelap. Maybe dalam pukul 8 malam cenggitu. Ada kisah pulak masa nak pegi hotel, tiba-tiba ada 2 group datang amik kitorang. Haa sudah. Agak menakutkan sebab diorang macam duk berebut customer gitu. Iqa da bagitau dia da booking dengan ejan travel sana, tapi bila datang ni dah 2 group yang berbeza.
Masa ni baru aku perasan, a ah la. Mentang-mentang aku pegi dengan travel agency, aku memang neglact pasal safety. Aku serah bulat-bulat kat Iqa. Padahal sebelum-sebelum ni trip semua buat sendiri kan, waktu ni baru aku pikei crime yang selalu terjadi waktu gi travel tapi alhamdulillah. Everything under control.
Rupa-rupanya driver yang datang amik ni disalah informed oleh diorang punya agency. Ada salah paham camane ntah. malas pulak nak fikei~
So, sampailah kita di accient city of Li Jiang. Memang cantik la tempatnya dengan jalan raya berbatu lagi. Kat area ni kenderaan tak boleh masuk. Semua orang berjalan aje.
 |
Street of Li Jiang |
Sewaktu nak ke hotel tu nampak la deretan kedai-kedai yang berhias cantik dengan asap kabus di balik kerlipan lampu warna warni.
 |
Lovee~ |
So romantik~
Sampai kat bilik, unboxing apa yang patut, Iqa ajak semua keluar untuk pegi dinner. A ah la. Tengah hari tak makan, pastu dalam train pun tak makan, ni baru nak makan.
 |
Sambal belachan Li Jiang |
 |
Sejuk-sejuk pun aiskrim lakuu |
Katanya kedai makan yang halal jauh kat luar dari kawasan Ancient Town ni. Jadi berjalanlah kami semua ke sana sambil menikmati hiruk pikuk suasana kat sini. Ramai yang berpakaian tradisi. Kat sini memang ada port-port untuk photo shoot siap ada kedai sewa baju lengkap dengan jurufoto lagi!
Esok nak try! hiks. Desis hatiku bila melintas sekumpulan tourist yang berpakaian itu.
Jauh berjalan, luas pemandangan, akhirnya sampailah restaurant yang di tuju.
 |
Lai lai lai, ni men lai |
Kata lapar, last-last aku makan roti kebab aje. Ntah kenapa, aku rasa makanan kat sini out of my taste. tapi kita makanlah untuk teruskann hidup.
 |
Hari ni pecah rekod 21k steps ngee |
Esok, masih ada lagi. Dan mencabar. Katanya esok nak pegi menawan Dragon Jade Snow Mountain. Jadi we ouls akan keluar awal pagi lagi sebelum subuh sebab nak kejar sunrise dari gunung bersalji itu.
Err..
Mei Guanxi. Bring it on. Kata seorang budak yang demam dan tak cukup tiduur ~~~~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan