marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.
Memaparkan catatan dengan label SL1M TM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SL1M TM. Papar semua catatan

Rabu, 10 Ogos 2016

SL1M TM: General Q&A

.: Assalamualaikum :.



Hmm..tak sangka entri SL1M TM mendapat sambutan yang agak meriah ye. Biasalah kan semua mestilah excited bila dapat offer keja walaupun sekadar OJT. Yang penting tak menanggur. Kan. Berterima kasih kepada PM kita atas idea bernas yang buat Skim Latihan 1 Malaysia ni..nge. Benda elok patut kita puji. Benda tak elok je kita kene bash. kekekeke.

BTW. Banyak sangat persoalan-persoalan yan dilontarkan oleh adik-adik yang dapat tawaran SL1M TM batch 9.0 ni. Yelah. excited kan. Lebih-lebih lagi info yang dapat tak berape nak lengkapkan. Nasib baik ade ah kak yang comel ni tolong update kan ye dak. Klu tak, mesti rasa tak bersedia nak buat preparation mental dan fizikal ye dak. (Baik korang cakap ye, kalau tak malas nak tulis.HAHAHA).

OK lah. Korang memang ah kak tabik spring. Sanggup neh dapatkan nombor telefon ah kak. Terkezut kite ade orang ws tanya pasal SL1M TM. Ingat ke Lee Dong Hea Oppa yang nak berkenalan ke ape. Bertalu-talu pulak tu soalan korang tanya. Soalan yang repeat-repeat tu toksah duk cakap la kan.

Hmm.Dik, apa kate sebelum korang rasa releven tak soalan yang adik-adik tanya tu, ape kate check dulu, soalan ni penah orang lain tanya tak. Dalam manual yang TM bagi tu ade cakap pape tak. check dulu jawapannya ade ke tak ye sayang. Bukan ade dik, ah kak rasa tak syok la asyik jawap soalan yang same je. Tak mencabar minda. Ce time korang tanya soalan macam tu mood akak tengah tak elok, tak kuase rasanya nak reply kan. Next time ce bagi soalan yang lain-lain pulak, ye. 

Haa. Satu lagi. Ape kata soalan yang korang nak tanya tu kalau boleh make sense. Jangan la tanya pakai selipar gi kelas boleh tak? Lepas habes OJT dapat serap tak? Ah kak bukan coordinator program adik sayang oiii. Ah kak someone yang join program cam korang je. OJT pun belum habis lagi. Huu..

BTW. Kat sini ah kak sertakan Q&A yang berkaitan dengan SL1M TM  BASED ON MY OWN EXPERIENCE. Di ulangi BASED ON MY OWN EXPERIENCE bagi membantu adik-adik prepare ape yang patut. Katekan lah time korang nanti tak sama langsung dengan cite ah kak. Sorry dik. Ah kak tak dapat bantu. huhuhu. Better settle dengan management k.

Q1: Boleh tak saya quit dari program kalau saya dapat tawaran kerja atau sambung belajar?
Jawapan ah kak: Setakat yang ah kak maklum, pelepasan akan diberikan kepada pelatih yang nak quit dari program tanpa perlu bayar ganti rugi. Boleh quit SETELAH maklumkan kepada pihak pengurusan. Elaun bulan tersebut tak dibayar.

Q2: Boleh tak saya mengambil cuti untuk menghadiri konvokesyen semasa Softskill training sedang berlangsung?
Jawapan ah kak: Boleh, tapi kena bagitahu pihak pengurusan dan apply cuti tersebut. Untuk makluman, pihak TM tidak akan membayar elaun pada hari cuti tersebut. (Maksudnya elaun adik kena tolak per day la ye, so jangan cuti lelama)

Q3: Pakaian untuk ke kelas macam mana? formal ke?
Jawapan ah kak: Of Course formal dik. Formal macam mana gi check balik macam mane dresscode formal k. Takkan la ah kak nak cite satu per satu.

Q4: Pembayaran elaun masuk setiap bulan ke?
Jawapan ah kak: Seperti adik-adik sedia maklum, untuk 2 bulan softskill training akan dibayar RM1K sahaja. Nanti OJT baru full. Waktu batch akak, 2 bulan softskill training habis, baru pembayaran dibuat lumpsum (2 bulan). Elok jugak sebab nanti OJT korang nak kena pakai banyak duit nak sewa rumah dan lain-lain. Nasihat ah kak masa softskill training nanti sediakan duit poket tau.

Q5: Penginapan yang disediakan tu kena bayar ke? Kat mana tu?
Jawapan ah kak: Penginapan yang disediakan tu dah dibayar oleh pihak TM. Penginapan tu dekat Ixora Apartment yang merupakan hostel student MMU. Dekat sangat lah dengan MMU campus tu. Sebelah menyebelah. BTW, nanti sebelum check in hostel tu, korang kena sediakan RM100 untuk deposit hostel selama 2 bulan tu. Lepas register, dia akan bagi kunci rumah dan bilik. Pasal rumah dan bilik tu ah kak da cite. Mohon cari entri sebelum ni ye.

Q6:Jadual kelas pack tak? Kelas belajar ok tak?
Jawapan ah kak: Aha, kalau bercakap pasal jadual kelas. Seriously, sangat pack. Kelas start pukul 8.30 pagi, habis pukul 5.30 petang, macam orang keja pejabat. Bagi ah kak, Learning session sangat best dan trainers really supportive. Kelas full of activities, so dah kate nak belajar kan, belajar la leklok, tak yah ponteng kelas. k. Oh satu benda yang penting. Nanti starting the day, korang akan amik PRE-TEST dan last day kelas diorang akan buat POST-TEST. Soalan dia sama je. Diorang nak evaluate soul korang cane, siyes tak masuk kelas softskill ni.

oh dan lagi, korang jugak akan ade karnival sukan la, kem la. dan macam-macam lagi. Be Prepared na.
Juga timbunan homework. k.

Q7: Boleh bawak transport tak? Maklum la saya dari jaauh nun hujung Perlis.
Jawapan ah kak: Silakan lah bawak, senang sikit nak gerak hujung minggu. Nanti for sure korang nak gi Klebang lah, Dataran Pahlawan lah, A Famosa lah. Kedai eco RM2 lah. Sila kan. ngee. Tapi korang kena bayar parking dalam Ixora. Sebulan RM60 kalau tak silap. nanti dia bagi stricker.

Q8: IV session ade ke?
Jawapan ah kak: IV session untuk masuk SL1M TM tak de. (Kalau tak camane korang dapat offer letter kalau ade). CUMA,  bagi yang akan join SALES, MARKETING, PROMOTION dan seangkatan dengannya (biasanya yang bukan dari computer sc & engineering course) diorang akan panggil untuk IV berminat tak nak join department diorang. Oh dan lagi. IV session tu adalah sesi pembelajaran, kate masuk kelas softskill, bab-bab IV, resume ni kan benda wajib, so pastikan korang bawak latest resume, sijil-sijil berkaitan. Nanti ade mock IV session dengan trainer.

Q9: Lepas habis Softskill training, nanti semua akan dapat OJT kat mana?
Jawapan ah kak: Kalau ikutkan manualTM bagi, lepas softskill training, semua akan ditempatkan dekat TM yang berdekatan dengan alamat rumah. But, it didn't happened to me. HUHUHU. Actually yang ni pun dia ikut course kita. Yang study engineering, sc comp, tempat dia more tu KL (HQ), yang selain daripada tu, naseb baik dapat la yang dekat dengan rumah. Redho dan pasghah je la.

Q10: Berbaloi ke tak join SL1M TM?
Jawapan ah kak: tepuk dada tanya iman. For me so far, sangat appreciate moment dekat MMU tu sebab softskill class dia memang best. Banyak benda yang dapat and yang paling penting is, ilmu ape dapat kita cedok dan praktik kan. OJT kat TM, belum dapat nak bagi komen sebab real world memang different langsung dengan ape yang dicanang-canang dan even kita dah prepare sebaik mungkin belum sure boleh diguna pakai *if u get what i meant.

So, the best is, mohon Allah bukakan setiap jalan dan permudahkan perjalanannya. Amin.

Any question, jangan segan silu komen kat bawah. Even kepada veteren yang teeerbaca entri ni, komen lah juga. Moh kita bantu-membantu untuk kesenangan bersama. gittew. Eh maca moto TM je. Life Make Easier.





Rabu, 22 Jun 2016

Throw Back: Softskill Class SL1M TM 8.0 at MMU


.: Assalamualaikum :.

Hi annyeong ouls..

Alhamdulillah..ari ni da masuk ari yang ke 17 da kan kita berpuasa.. siyesly masa cepat je berlalu..ari ni bestlah sebab cuti sempena Hari Nuzul al-Quran.

Hari cuti yang tenang sebab tak payah keluar umah.. ari ni hari kite dedicate untuk rumah je..kekeke.. hangpa taulah kecintaan beta kepada indoor ni camane.. memang tak kesah la duk kat umah kan..kekeke.. tu belum ade bengbarang crochetkat tangan.. kalau tak lupe dunia jap..hahaha..(rindu nak mengait.. balik dari korea tak sempat nak mengait-ngait dah!)..

Saat ni jugak teringat memori yang terlakar dekat MMU yang berlalu hampir nak sebulan ni.. bersama-sama roomates.. bersama-sama classmate.. walaupun kejap..sebulan 10 hari tapi banyak benda yang dapat.. insyaAllah..

Btw..nak #throwback sikit..kekekeke


NI aktiviti dalam kelas. Most of the class activities memang best untuk paticipated.. yang comel tu kitorang punya trainer..yang pakai shawl coklat tu.. kiut sangat eh..


Presentation  adalah perkara biasa dan hari-hari berlaku kat sini..

 

 Tengah bercerita pasal managing changes kat TM punya product.. Thanks to ISDEV, level confident nak cakap depan aku makin ok.. kalau tak.. ntah pape ntah..



 Ha.. yang ni first time aku buat.. sebelum ni takpenah lagi try aktiviti ni.. nak imbangkan paku-paku tu..trick dia mudah je sebenarnya.. tapi kena pandai susun-susun.. minda berhubung kejap..haha

+++



 Rehearsal untuk perbarisan sempena Sport Carnival.. aku rasa deja vu gile..rasa duk macam kat matrik pulak.. sebab masa matrik je aku aktif-aktif dengan hari sukan bagai.. kat sekolah aku tukang duk tepi longkang je tengok orang berbaris.. tu pun kalau aku tengok la.. biasanya duk menggila dengan geng..haha..



+++



Minggu last, bebudak kelas ajak buat BBQ kat Pengkalan Balak.. memang satu kelas la mengangkut.. 6 bijik keta rasanya konvoi.. Thanks to Murni sebab sponsor menu Nasi Kerabu n BBQ.. sedap ngat-ngat lebih-lebih lagi makan kat tepi pantai panas nak mati pun time tu..hahaha..


 Sampai-sampai kat Pengkalan Balak, inilah yang harus dibuat ya tuan dan puan.. let us wefiee... perasan tak bebudak kat belakang tu.. amboi.. nak masuk frame jagak nau..

 

 Cai.. ataupun Kuchai.. ataupun Qushairi, ketua kelas kitorang yang minat K-pop..haha.. siyesly.. aku memang rasa amazing aah dengan bebudak yang muda2 sekarang sbb laki pun minat k-pop.. memang bley jadi kawan ak ah.. kalau laki yang bebaya aku...hareeeeem nak minat k-pop apatah lagi nak memahami why us love it.. mengutuk ade la..So, as K-poppers Cai banyak la stok citer korea..ko tanya pasal entertainment Korea..semua dalam tangan dia.. haha.. aku sekadar minat Ahn Jae Hyun pun cukup la..

that's the reason We Love Our GL..da la spoting moting.. mane nak carik..hahahaha..


Tengah show off skill menghidupkan api kat Rais



 G8 adalah group kelas kitorang, Tourmaline kau nama canggih tapi tak penah pulak di panggil Tourmaline.. kena panggil G8 jugak bagi nama canggih pun..haha.. Azreen antara budak kelas yang aku rapat la.. kongsi cite sesame.. main lari dalam guni sesame..kekekeke..

+++ 

Mango milk shake RM4.00

Char kue tiaw RM4.00

 Lepas abes BBQ party, lepas ciap solat sume, tetiba ade yang mengajak pekena mango milk shake kat Klebang. Since ni last time da duk kat Melaka.. ayuh..mari pekene menu-menu yang dikatenya sedap tu..

For my honest opinion.. rasa dia biase-biase je..nothing amazing pun..ngee..


 Us @ Pantai Klebang

+++


2 hari sebelum Majlis Penutup Softskill Class ni.. kitorang ada interview session. Masa ni Din tengah cerita pengalaman dia dengan interviewer..khusyuk nau memasing dengar ye..


Hmm.. sekarang memansing dah berada kat devision memasing da.. kat kelas aku paling rapat ngan Ecah la..Ecah dapat kat Negeri Sembilan.. So..me here again.. alone la.. even ramai gak bebudak kelas dapat kat KL.. tapi ramai kat menara TM..aku kat Annexe 1..huhuhu..

Tapi naseb bek budak kelas aku sorang dapat same level dengan aku.. so..kamcing jugak la ngan Zul.. Pastu lagi.. mujur ade 2 orang gurls yang sesame level aku even kelas lain masa kat MMU dulu.. so dengan Tira n Zida la ke sana ke mari..

Alhamdulillah..Allah permudahkan.. aku..even aku suka alone.. tapi tak nak la lone ranger...huhuhu..




Ahad, 24 April 2016

SL1M TM


.: Assalamualaikum:.


Hi dari Melaka..nge..

Aku tak penah imagine aku akan stay kat Melaka even sehari dua.. apatah lagi dalam tempoh sebulan setengah..

Tapi itu lah kan.. kita merancang tapi perancangan Allah tu lagi besar..

So, secara tiba2 aku terdampar di sebuah negeri Hang Tuah ni..bertuah sungguh kan..kekeke

So.. buat ape aku kat sini ni ha??..

++++++

actually aku dapat email dari pihak SL1M TM yang aku terpilih utuk join program ni tahun ni..yeaa..


SL1M TM dia offer 8 bulan je.. 2 bulan softskill training dan 6 bulan seterusnya On Job Training..jadi semua 8 bulan la..tak kesah la berapa lama pun.. yang penting dalam keadaan sekarang ni.. aku rasa amatlah bertuah sebab teros ade benda nak dibuat secara berdisiplin..kui3.. kalau duk menapak kat umah tu..ari2 keja ak gi mari..gi mari dalam umah je.. pastu stress bila orang tak panggil aku keja..kekekekke..


So.. lepas bincang dgn omma appa secara kritis.. maka diorang bagilah aku yang kepingin nak keja ni masuk SL1M TM.

So dengan itu bermulalah kehidupan aku kat Melaka ni..

btw.. yang aku pegi Melaka ni sebab dia softskill training dia wat kat MMU. Melaka. Lepas abes softskill training ni barulah TM distribute ouls ke area TM memasing.. gitu la cite dia..


Sampai je MMU untuk register, baru tau rupanya aku ni batch kedua intake SL1M TM 8.0 ni.. diorang yang first intake start kelas awl seminggu dua gitu.. oo.. gini rupanya feeling jd second intake sementelaah itu sejak dari zmn matrik sampai ke zmn uni tak penah jd group second intake..kuikuikui..

  Budak bilik rumah..



Omma, appa ngan abe Yie datang hantar aku ke MMU ni.. dari Kelantan singgah KL semalaman umah kak Niey, pastu lps subuh terus ke MMU.

Untuk second intake ni boleh thn jugak ramai dia..ade la dalam 6+ aku tak tau jumlah tepat..nge.. dgr citenya batch TM 8.0 ni dalam 3++..fuh ramai jugak rupenye.. pas ni kena bersaing jugak la nak berOJT kat mane nampak gayanya ni..huhuhu..

Overall ok. tempat penginapan kitorang kat Ixora Apartment, bangunan paling tinggi kat area Bukit Beruang ni.. dapat la tengok sayup2 kota Melaka dari jauh..level 17 lagi tu..huhuhu.. tak sampai seminggu duk sini, da kamceng dengan budak umah even kelas lain.. ape budak2 gen Z ni memang camni ke.. huhu..



 View dari tingkat 17








MMU ade kolam renang kott..ape lagi..tak beragak budak2 ni splash2 dlm ayaq..



btw aku rasa aku antara orang tua kat sini.. orang len umur 24-26.. sekali aku??..kekeke.. so aku melawak la bgtau umur aku 23 ..nge..


Kelas pun cam da kembali ke zaman matrik.. full time..9.00 pagi sampai 1.00 ptg, rehat sejam sambung lagi kul 2.00 ptg sampai 5ptg.. tu belom extra kelas sebat nak kejar first intake punya module.



Belom paper da kena pre test T.T

memang TM buat style office hour sebab diorang bagi kitorang elaun based on office hour..

So..dengan itu.. marilah sama2 kita defragmentkan space2 dalam selebrum kita agar segala ilmu2 soft skill terserap elok dalam otak untuk kegunaan masa mendatang nanti..kekekeke..


Bentang module..kemain wat u..


bincang2..


Nota kaki:

1) Sampai Melaka benda first dicari adalah KEdai Eco RM2 untuk beli barang2 rumah.. rumah kitorang penyapu pun tak dak T.T

 2) Kelas tak sampai seminggu homework menggunung da.. T.T




link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...