marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Rabu, 10 Ogos 2016

SL1M TM: General Q&A

.: Assalamualaikum :.



Hmm..tak sangka entri SL1M TM mendapat sambutan yang agak meriah ye. Biasalah kan semua mestilah excited bila dapat offer keja walaupun sekadar OJT. Yang penting tak menanggur. Kan. Berterima kasih kepada PM kita atas idea bernas yang buat Skim Latihan 1 Malaysia ni..nge. Benda elok patut kita puji. Benda tak elok je kita kene bash. kekekeke.

BTW. Banyak sangat persoalan-persoalan yan dilontarkan oleh adik-adik yang dapat tawaran SL1M TM batch 9.0 ni. Yelah. excited kan. Lebih-lebih lagi info yang dapat tak berape nak lengkapkan. Nasib baik ade ah kak yang comel ni tolong update kan ye dak. Klu tak, mesti rasa tak bersedia nak buat preparation mental dan fizikal ye dak. (Baik korang cakap ye, kalau tak malas nak tulis.HAHAHA).

OK lah. Korang memang ah kak tabik spring. Sanggup neh dapatkan nombor telefon ah kak. Terkezut kite ade orang ws tanya pasal SL1M TM. Ingat ke Lee Dong Hea Oppa yang nak berkenalan ke ape. Bertalu-talu pulak tu soalan korang tanya. Soalan yang repeat-repeat tu toksah duk cakap la kan.

Hmm.Dik, apa kate sebelum korang rasa releven tak soalan yang adik-adik tanya tu, ape kate check dulu, soalan ni penah orang lain tanya tak. Dalam manual yang TM bagi tu ade cakap pape tak. check dulu jawapannya ade ke tak ye sayang. Bukan ade dik, ah kak rasa tak syok la asyik jawap soalan yang same je. Tak mencabar minda. Ce time korang tanya soalan macam tu mood akak tengah tak elok, tak kuase rasanya nak reply kan. Next time ce bagi soalan yang lain-lain pulak, ye. 

Haa. Satu lagi. Ape kata soalan yang korang nak tanya tu kalau boleh make sense. Jangan la tanya pakai selipar gi kelas boleh tak? Lepas habes OJT dapat serap tak? Ah kak bukan coordinator program adik sayang oiii. Ah kak someone yang join program cam korang je. OJT pun belum habis lagi. Huu..

BTW. Kat sini ah kak sertakan Q&A yang berkaitan dengan SL1M TM  BASED ON MY OWN EXPERIENCE. Di ulangi BASED ON MY OWN EXPERIENCE bagi membantu adik-adik prepare ape yang patut. Katekan lah time korang nanti tak sama langsung dengan cite ah kak. Sorry dik. Ah kak tak dapat bantu. huhuhu. Better settle dengan management k.

Q1: Boleh tak saya quit dari program kalau saya dapat tawaran kerja atau sambung belajar?
Jawapan ah kak: Setakat yang ah kak maklum, pelepasan akan diberikan kepada pelatih yang nak quit dari program tanpa perlu bayar ganti rugi. Boleh quit SETELAH maklumkan kepada pihak pengurusan. Elaun bulan tersebut tak dibayar.

Q2: Boleh tak saya mengambil cuti untuk menghadiri konvokesyen semasa Softskill training sedang berlangsung?
Jawapan ah kak: Boleh, tapi kena bagitahu pihak pengurusan dan apply cuti tersebut. Untuk makluman, pihak TM tidak akan membayar elaun pada hari cuti tersebut. (Maksudnya elaun adik kena tolak per day la ye, so jangan cuti lelama)

Q3: Pakaian untuk ke kelas macam mana? formal ke?
Jawapan ah kak: Of Course formal dik. Formal macam mana gi check balik macam mane dresscode formal k. Takkan la ah kak nak cite satu per satu.

Q4: Pembayaran elaun masuk setiap bulan ke?
Jawapan ah kak: Seperti adik-adik sedia maklum, untuk 2 bulan softskill training akan dibayar RM1K sahaja. Nanti OJT baru full. Waktu batch akak, 2 bulan softskill training habis, baru pembayaran dibuat lumpsum (2 bulan). Elok jugak sebab nanti OJT korang nak kena pakai banyak duit nak sewa rumah dan lain-lain. Nasihat ah kak masa softskill training nanti sediakan duit poket tau.

Q5: Penginapan yang disediakan tu kena bayar ke? Kat mana tu?
Jawapan ah kak: Penginapan yang disediakan tu dah dibayar oleh pihak TM. Penginapan tu dekat Ixora Apartment yang merupakan hostel student MMU. Dekat sangat lah dengan MMU campus tu. Sebelah menyebelah. BTW, nanti sebelum check in hostel tu, korang kena sediakan RM100 untuk deposit hostel selama 2 bulan tu. Lepas register, dia akan bagi kunci rumah dan bilik. Pasal rumah dan bilik tu ah kak da cite. Mohon cari entri sebelum ni ye.

Q6:Jadual kelas pack tak? Kelas belajar ok tak?
Jawapan ah kak: Aha, kalau bercakap pasal jadual kelas. Seriously, sangat pack. Kelas start pukul 8.30 pagi, habis pukul 5.30 petang, macam orang keja pejabat. Bagi ah kak, Learning session sangat best dan trainers really supportive. Kelas full of activities, so dah kate nak belajar kan, belajar la leklok, tak yah ponteng kelas. k. Oh satu benda yang penting. Nanti starting the day, korang akan amik PRE-TEST dan last day kelas diorang akan buat POST-TEST. Soalan dia sama je. Diorang nak evaluate soul korang cane, siyes tak masuk kelas softskill ni.

oh dan lagi, korang jugak akan ade karnival sukan la, kem la. dan macam-macam lagi. Be Prepared na.
Juga timbunan homework. k.

Q7: Boleh bawak transport tak? Maklum la saya dari jaauh nun hujung Perlis.
Jawapan ah kak: Silakan lah bawak, senang sikit nak gerak hujung minggu. Nanti for sure korang nak gi Klebang lah, Dataran Pahlawan lah, A Famosa lah. Kedai eco RM2 lah. Sila kan. ngee. Tapi korang kena bayar parking dalam Ixora. Sebulan RM60 kalau tak silap. nanti dia bagi stricker.

Q8: IV session ade ke?
Jawapan ah kak: IV session untuk masuk SL1M TM tak de. (Kalau tak camane korang dapat offer letter kalau ade). CUMA,  bagi yang akan join SALES, MARKETING, PROMOTION dan seangkatan dengannya (biasanya yang bukan dari computer sc & engineering course) diorang akan panggil untuk IV berminat tak nak join department diorang. Oh dan lagi. IV session tu adalah sesi pembelajaran, kate masuk kelas softskill, bab-bab IV, resume ni kan benda wajib, so pastikan korang bawak latest resume, sijil-sijil berkaitan. Nanti ade mock IV session dengan trainer.

Q9: Lepas habis Softskill training, nanti semua akan dapat OJT kat mana?
Jawapan ah kak: Kalau ikutkan manualTM bagi, lepas softskill training, semua akan ditempatkan dekat TM yang berdekatan dengan alamat rumah. But, it didn't happened to me. HUHUHU. Actually yang ni pun dia ikut course kita. Yang study engineering, sc comp, tempat dia more tu KL (HQ), yang selain daripada tu, naseb baik dapat la yang dekat dengan rumah. Redho dan pasghah je la.

Q10: Berbaloi ke tak join SL1M TM?
Jawapan ah kak: tepuk dada tanya iman. For me so far, sangat appreciate moment dekat MMU tu sebab softskill class dia memang best. Banyak benda yang dapat and yang paling penting is, ilmu ape dapat kita cedok dan praktik kan. OJT kat TM, belum dapat nak bagi komen sebab real world memang different langsung dengan ape yang dicanang-canang dan even kita dah prepare sebaik mungkin belum sure boleh diguna pakai *if u get what i meant.

So, the best is, mohon Allah bukakan setiap jalan dan permudahkan perjalanannya. Amin.

Any question, jangan segan silu komen kat bawah. Even kepada veteren yang teeerbaca entri ni, komen lah juga. Moh kita bantu-membantu untuk kesenangan bersama. gittew. Eh maca moto TM je. Life Make Easier.





6 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. hai dear, im just curious. dress code formal can be baju kurung n slack for women. So, tak salah kan if we as muslims pakai slack pergi ke kelas? or untuk muslim kena pakai baju kurung everyday . sorry tnya soalan yg ntah apa2, sbb i takot if i pakai slack will be a mistake. atau ada je org pakai slack during your time. thank you.

    BalasPadam
  3. yup, boleh aje awk. Slack boley, baju kurung boley..ikut keselesaan awk dan yang penting sopan dan menutup aurat.

    BalasPadam
  4. Salam, akak,i just received an kffer to join sl-m 9.0, so can i contact u directly ? Sbb i really need someone yg dh pernah experienced sl1m ni to help me making dcsion, currently sgt buntu dan dilema :(

    BalasPadam
  5. berapa lama masa utk kita dapat notified sbg calon yg trpilih second shortlisting selepas kita hantar acceptance form?

    BalasPadam

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...