marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Selasa, 23 Ogos 2016

KeKoreaKita: Makan di Eid Restaurant

.: Assalamualaikum :.

Annyeong Yorobun


Untuk tujuan paparan sahaja. Terliur?  Sila lah ke Eid Restaurant, Iteawon, Korea Selatan.
Lepas kitorang seronok berfeeling macam di zaman Joseon sebab dapat merasa pakai hanbok dari #ArirangStudio di Namsangol Hanok Village. Masa untuk kembali ke alam realiti.

Dalam jam 12.30 tgh hari, kitorang sedar masa berlalu dengan pantas, lantas kitorang pun memulangkan balik hanbok yang disewa kepada sajangnim. Boleh je nak sewa untuk sepanjang hari, tapi memandangkan destinasi kitorang nih masih lagi panjang dan tak berpatah balik ke area Namsangol tu, jadi adalah lebih baik kita bagi balik hanbok kepada sajangnim tu.

Destinasi kedua kami untuk hari ni adalah Itaewon. Jam pun dah menunjukkan waktu lunch, jadi tak beragak-agak dah untuk teros menuju ke Eid Restaurant yang berada kat Itaewon tuh. Sebelum ke sana, kitorang sempat alas perut dengan odeng dan fish bun. Dalam cuaca sejuk-sejuk ni (baru sedar sejuk lepas kembali ke realiti) street food ni adalah yang paling best!

odeng my favourite
Itaewon pun adalah antara lokasi yang ingin dilawati kalau datang Seoul nih. Tempat orang Islam katenya. Actually Iteawon bukan sahaja temapat orang Islam, tapi tempat kebanyakan foreigner yang bertapak kat sini. Tak kire dari negara mana. Tapi kebanyakannya orang Middle East la kot. Sebab ni area orang-orang load la jugak. Orang middle East kan ramai yang kaya-kaya. Dan diketahui umum kalau orang Middle East almost of them orang Islam lah. Jadi kat sini, Masjid Besar Itaewon adalah bangunan paling famous amos dikalangan rakyat Malaysia.

Iteawon
Fuh tak sangka disebalik urbanisani Korea nih wujud masjid. Yang tu tak pelik lagi, yang paling aku impress adalah semangat orang Islam dalam menjalankan komunikasi dengan kerajaan Korea sampai boleh mendirikan institusi paling penting bagi orang Islam kan. Well as we know, soal agama kan perkara paling sensitif. Tapi dengan perkembangan ini kita boleh tau bahawa Islam dapat diterima di hati warga Korea. Alhamdulillah. Jodoh, anda di mana?)

Btw, Sir do you have any vacancy job for me there? (nak keja kat Koreaaaaa~).

Selepas menaiki subway dari Chungmaru station, tukar di Yaksu, 3 station dari situ sampailah Itaewon. Feeling dia lain sikit masa sampai kat Itaewon ni, sebab kita akan jumpa dengan ramai muka tok arab, neagahiga dan lain-lain orang. Banyak kedai makan yang halal kat area Iteawon ni. Pelbagai jenis juadah dari Middle East ade, dari Asia ade, dari Barat ade. Dari Korea apatah lagi.
Eid Restaurant. kecik je kedai makan ni. Tapi yang penting kiut.
Sekiut kami..ngeee..
Kitorang masa ni lapar cerok-cerok* (baca:kebulur), so, pantas la menuju ke Eid restaurant yang diidam-idamkan. The reason pilh Eid Restaurant instead lain-lain kedai adalah sebab restaurant ini menyediakan juadah makanan Korea, even tukang masak aka owner dia adalah orang korea (Muslim). So, haruslah ke sini ye tuan dan puan.

Full house meja makan. Tu pun still nak tambah mokchang.
penuh meja dengan dishes u..hahahaha..
Seronok je datang tanpa buat reservation, hampir tak dapat nak merasa makanan kat sini. Tapi mungkin tuah musafir, masa kitorang sampai tu, ade group yang da selesai makan, dan waitress jemput kitorang masuk. Alhamdulillah. Baru tau kena booking dulu sebelum datang. HAHAHAHA. Kedai makan ni tak besar pun. Kecik je ade 4 meja makan yang utama. So, sebab tu lah kena buat reservation kot.Maka berhimpit-himpit jugaklah we ouls dalam restaurant tu sementelaah kitorang bersembilan.

Nara shi dengan ayam gingsengnya. Husna dengan ayam masak kicap? kot la..ngee
Tak reti order dalam Hangul tak de masalah sebab, waitress dia adalah student Malaysia yang belajar kat Korea. Part timer. Bagus jugak. Tengah lapar cerok-cerok ni, tak  rajin nak pikei vocab. Selesai order which was aku makan share ngan Aniem. As usual Aniem tak reti makan makanan Korea sangat dan aku tak boleh habis portion besaq. We are really BBF gitew. Saling melengkapi.

Aku ngan Aniem bersepakat order Set Honey bulgogi (ekceli Aniem pun ade bawak bekal nasik..hikhikhik)

Honey Bulgogi yang sedap dan enak. Hirisan daging yang lembut
Ayam Gingseng yang empuk. Seempuk bantal tidor.eh
Ade beberapa menu lagi, tapi yang ni je aku highlightkan sebab, ni je gambar makanan yang sempat diambil. Yang lain selamat dingapkan. kate lapar..haruslah

Licin sis..licin!
Abes makan, dia serve kita dengan teh yang sedap dikala cuaca yang sejuk ini. Memang terangkatlah.

Dapat air teh panas free.Kebanyakan kedai makan Korea dia akan serve air kosong. Free je. Tu cara makan diorang. So, tak yah nak order air asing, sebab memang tak de pong. Hahaha.

Eh, dah pukul berape ni? Ayuh solat. Maka menujulah kami segerombolan ke Masjid Iteawon yang diimpi-impikan.



1 ulasan:

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...