marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.
Memaparkan catatan dengan label AtasLotengMuannasStudio(ALMs). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AtasLotengMuannasStudio(ALMs). Papar semua catatan

Ahad, 16 Februari 2020

Recap 2019

.: Assalamualaikum:.

2019??!

x de caption
hmm.. 2019 berlalu dengan cepat sangat sampai aku pun kena fikir dengan teliti apa yang terjadik.
Tengok dalam galeri gambar pun macam tak segila dulu bab berselfie dan bergambar. Adakah ini disebabkan perubahan umur? oh no!

Tak seperti 2018 yang mana things happened with plans but untuk 2019, aku rasa banyaknya jadik on da spot. Tengok-tengok dah jadik. Tengok-tengok dah siap. A bit exhausted awal2 tahun tapi hujung-hujung tahun quite ok lah jugak.

Huuu..

Antara yang mengisi kehidupan 2019:

1. Gi umrah bersama family
2. Adik aku kahwin
3. Masuk bilik baru
4. Jenjalan ke Vietnam bersama The Bujang's Belaka (even ade orang baru kawen join sekali) & ALMS & wakil JALMS
5. errr..
6. hmmm..
7. ...

eh rasa 365 hari tahun 2019 rasa exhausted sangat sampai planning awal tahun semua kelaut tapi bila list ni macam x banyak je.. huhuhuhu..

Tak pe. Kita bagi kat gambar berbicara lah.


1. Umrah Bersama family

Best memory ever bila berkesempatan menjejak kaki ke Tanah Suci pada Februari 2019. Siyes sampai ke hari ni rasa moment-moment indah bila menjejak kaki ke Masjidil Haram dan Masjidil Nabi rasa seakan-akan di awang-awangan selama 12 hari tu. Apa tak nye. Beban-beban kerja tak fikir langsung. Pastu memang rasa rilex je. Feeling dia duk kat dua2 tanah suci ni lain tau.

Tiap-tiap hari orang kat umah bervideo call nak tau tengah buat apa. waktu ni lepas solat asar. Tengah jalanraya pong boleh!

Sebab kitorang sampai madinah dulu so tak yah nak berihram lagi. Subuh-subah dan ready nak gi solat subuh. Pagi siap breakfast kul 10 ready bersiap nak gi ziarah tempat-tempat bersejarah dan attraction. Sebelum zohor dan ready nak gi masjid balik makan. Tido jap. Asar gi masjid. Balik sempat singgah kedai-kedai area hotel. Berkesempatan masuk raudah fuh.. Rasa dekat dengan Rasulullah. Jumpa saudara seislam seantero dunia. Jumpa orang Amerika, Turkey, Paris, Mesir dan lain-lain lagi. 


First time masuk Raudah teruja dia lain macam. Ni area dah kat luar Raudah.

Kalau kat Masjid Nabawi ni kita digalakkan solat bebanyak. Ikut lah nak buat solat apa yang penting buat selama yang mampu. Kalau rasa nak mengaji pun boleh. Part best bila berkesempatan masuk Raudah la. Menangis bila dapat solat sunat kat raudah sebab orang berpusu-pusu masuk situ, ramai semua berebut untuk beribadah kat raudah.

Berkesempatan untuk berkunjung ke Bukit Uhud dimana ramai para syuhada' (eh nama kite) di kebumikan di sekitar kawasan ini termasuklah saidina Hamzah iaitu pakcik Rasulullah

Waktu duk Mekah pulak, aktiviti dia lain pulak. Tak sama waktu duk di Madinah. Awal-awal nak masuk ke Tanah Haram kena niat buat umrah wajib dekat miqat Bir Ali (sebab datang dari Madinah). Kalau tak memang kena bayar dan sembelih seekor kambing kalau tak silap. Haa.. Bila dah datang nak buat ibadah seeloknya jangan memain lah dengan syarat sah dan syarat wajib umrah ye. Naya dan sia-sia je datang jauh-jauh nanti.

Asalkan ade wuduk. Orang tak ramai. pergilah tawaf walaupun panas ceng ceng. hikhikhik

Dekat Tanah Haram ini perkara paling besar nak buat adalah tawaf. Kalau ada kesempatan, pergilah bertawaf walaupun tak nak buat umrah. Lebih afdal dari buat ibadah lain tau. Yela. Kat Mekah ni je yang ada kaabah. Rugi lah kalau tak ambil peluang buat ibadah tawaf bila dah berada kat sini. Dan bacaan setiap kali tawaf pulak tak ada bacaan khusus. Semua up to us. So, kalau nak tawaf tanpa baca apa-apa pun tak pe. Nak baca doa dalam buku umrah pun tak pe. Nak mengaji sambil tawaf pun boleh. Nak baca doa-doa sendiri pun boleh. Antara kau dan Tuhan-Mu dan semoga Allah memakbulkan doa-doaku. Amin.

Oh ya. Diantara Rukun Yamani dan Hajaratul Aswad,kita di galakkan baca Rabbana atina fidunyahasanah wafil aakhirati... 3 kali sebab ni sunnah Rasulillah buat waktu tawaf. 

Oh ya. cuaca waktu duk kat Mekah ni tiba-tiba panas macam tak biasa sebab 4-5 hari di Madinah cuaca sejuk 9 darjah celsius. Kat Mekah second day macam dalam 28-30 darjah selsius camtu. 

Waktu-waktu biasa (solat) kitorang melepak kat bawah basement je sebab tak nak berebut kat area kaabah. Lagipun penat sikit bila duk kat Mekah. Baitul Haram BESARRRRRR sangat kot. Orang pun RAMAIIII.. Kalau terjauh sikit dengan omma memang susah dah nak cari mane kelibat omma appa. Tapi last-last jumpa jugak kat basement tu. 


Pernah try pegi solat kat level sebaris dengan kaabah. Duk mencari port nak bentang sejadah je pun lencun sebab orang memang ramai dan sesak. So, ayuhlah kita e basement yang sejuk dan berhawa dingin ini.

Pastu boley jumpa Tariq. Hikhikhik. Entah anak Turkey mana tetiba jadi anak angkat aku siap main-main hp kite belek-belek geleri gambar, bemain teka-teki walaupun komunikasi macam ayam dan itik. Buda kecik ni umur 3 tahun datang buat umrah sejak baby lagi. Tariq dah jadi HAJI HAJI HAJI Toriq dah pong. hikhikhik

Cite dia mak dia du sebelah aku time magrib tu. First tu aku malas nak amik port sebab malam tu I is penat dan nak tido jap sementara menunggu isyak. Tapi budak kecik ni duk merengek-rengek kat mak dia nak ape ntah. and automatically aku ini tak boleh tidak memang magnet dengan budak kecik lantas mengagah beliau dan tiba-tiba..

dah jadi macam anak sdiri. ~
The Power of Makcik of anak buah 38 orang. hahahhaa..

Bestnya masa duk kat Mekah ni kitorang duk kat Hotel Safwah. Depan pintu Masjidil Haram je kot. Memang save tenaga dan masa. 

Dengan kesempatan yang ada, sempat berkunjung ke Jabal Rahmah, simbolik kepada tempat pertemuan nabi Adam AS dan Siti Hawa apabila dilepaskan ke bumi. Memang agak aneh dan janggal rasanya bila berada di sini sementelaah diri ini Forever Alone. 

Aku nak baca doa agar dipertemukan jodoh dengan siapa pun aku tak tahu. Tak de yang bertakhta di hati kecuali oppa hohoho.  Kang aku mengarut doa agar dipertemukan dengan Lee Dong Hae oppa kang tak pasal-pasal omma aku bertukar menjadi incredible hulk. Nak melawak kawen dengan orang Korea pun dia dah bagi warning " Jange duk kecek ngarut gak ..." huhu. Tu lah kot sebab kenapa aku tak kawen-kawen. Cinta tak direstui oleh orang tuaaa...hahahahha

Taste anak dia kemain.. kekekekeke..

Jadi aku pun berharaplah dan berdoa dalam hati.. 'ok asal boleh kawen je'..haha.. 

lepas tu buat 10 perangai pelik Hagemaru. Ntah bila nak mature tak tau.

auu..sweet la dale gambar. Luar gambar begocoh lana..hahahahaha. Satu-satunya tangan lelaki yang boleh pegang.

Jabal Rahmah ni memang tempat yang sangaat diminati oleh semua insan. Sebenarnya kat sini tak ada ritual atau ibadah kursus atau sunat untuk dibuat. Kalau tak panjat bukit ni pun tak pe.. Tapi tu lah dah alang-alang sampai mari lah kita memanjat-manjat dalam jubah. Barulah orang arab sejati.. kan

So, 5-6 hari jugalah berada di Mekah ni. Banyak tempat-tempat menarik sempat dikunjungi tapi yang tetap best semestinya berada dalam masjidil haram. Selain best duk bertawaf dan menatap kaabah dengan mata sendiri, aku sebenarnya kagum dengan senibina masjid ini. Luas, besar dan moden ,mewah. Atas kepala matahari bagai sejengkal tapi kat telapak kaki sejuk batu marmar. Sebab tu tawaf waktu tengah hari pun on. Bestnya zohor tu boleh solat dekat dengan kaabah. Nanges dapat solat dekat dengan kaabah tau. Biasa tengok kaabah dalam tv. Tapi ni depan muka. Peluang tuu.. 

Benda paling bermain dalam kepala sewatu di Mekah adalah Tariq. Entah. Kepingin nak jumpa dia lagi. Aku syak aku rindu anak-anak buah aku kat rumah la kot. Dah takkan rindu kat Tariq yang berusia 3 tahun ni. Jangan nak kata jodoh sangat lah.. ahahhahaa..

Siyes. Setiap kali gi basement aku arap mommy dia ade kat situ dan Tariq tunggu aku lah..hahaha.. 3-4 hari duk mencari-cari kot-kot la terserempakkan. Ingat kat situ 10 orang je yang ade nak senang-senang terserempak. Memang tak mungkin lah. 

Buttt... Last day before nak tawaf kudum. Lepas isyak masa nak balik ke hostel, kat basement aku ternampak susuk mommy Tariq. Oh maaaaaai.. Ya Allah.. seriuslah memang mommy Toriq dan Tariq duk dalam riba dia tu duk main ape ntah..

Teros aku.. "oh Tariq..!". Teruja kot. First sebab doa termakbul. Second sebab memang budakk tu lah yang aku jumpa balik..huhuhu.. Naseb baek je tak beria nak peluk klu tak mommy dia memang kena terima aku jadi menantu dia lah.. hahahahhahahahah.. 

So, aku tanya ingat aku lagi tak.. dia ingat weeehhh.. btw budak ni boleh cakap english sikit-sikit. Tengok muka dia yang mischief dan comel ni. Mommy dia lawa oh.

happy me happy.. Boleh balik ke kampung halaman dengan perasaan hepi.

Dah rasa macam duk di zaman sekolah dulu-dulu pulak bila berada kat Tanah Suci ni. Dulu rajin dulu gi tamrin lah, tarbawilah. So, bila duduk kat sini perasaan nak buat kerja-kerja ibadah ni senang dan tak kekok walaupun first time. Ye la. Basicnya sama je cuma jadi extra bila kita dalam ihram.

Ok .

Kalau cite kat sini tak abes maybe tak habis-habis kot. kang tak ter recap yang lain. Jemput baca kat travelog kat sini yang tak siap-siap ni..hikhihi.

Kot la ade yang teruja nak tau pengalaman beta di sana drop  komen kat bawah la ye.. nnti kitew rajin skit boleh buat entri baru..hee..


2. Adek aku kahwin

Lepas seminggu dua balik umrah, adik aku pulak kawen. Yaah.. Jangan di tanya dia memang langkah bendul. Dah jodoh dia datang dulu kita tak de hak nak halang. Dah aku x de calon mak tak restu menantu Korea nak kata ape lagi..wuwuwuwuwuwu..

Aku okey je x de dengar mak cik bawang mengata aku sementelaah itu ade orang tanya aku baru habis study ke. So aku kire aku awet muda lah.

Aku tak peduli. Kalu aku nak kawen aku nak kawen dengan orang yang segang dengan aku..hahaha.

Mane nak cari ntah la. 

korea kot?

The Bujang Belake dua orang lagi tak de dalam gambar

Boleh baca entri adik aku kawen kat sini

 3. Masuk Bilik Baru

dalam kenangan
Ingat lagi tak entri Shui Fan Zhai Berwajah Baru dengan Loft bed yang Bombastik ni? Sebelum majlis kawen adik aku, aku dah bertukar bilik. Aku masuk bilik kepada abang sulung kepada kakak ke 4 kepada abang ke7kepada abang ke 3. 

Dann..taakk..seharusnya akuuuuu~ sob sob sob..
Bila dah tak de dinding terasa cam luaslah pulak.
Last aku yang dapat bilik tu menjadikan bilik aku membesar 2 kali ganda. Oh kenapa ini berlaku? Sebab abang ke 3 dah masuk rumah baru so aku lah yang mewarisi bilik tersebut. Jadi my Shui Fan Zhai bagaimana? Ayah amik keputusan bilik kesayangan beta kena rombak kembali seperti asal. Oh No!

Actually panjang cerita sejarah bilik aku tu. Aku kan ramai adik beradik. Even bilik pun kena tambah lagi bila masing-masing membesar dan nak privasi sendiri (aku la tu) . Bilik aku asalnya ruang antara dua bilik sebenarnya. Tapi masa form2 aku merengek kat mak aku nak bilik coz aku nak concentrate study. Aku ni dah la spesis yang tak boleh barang-barang aku bersepah. Most management girl kot.. hahaha. tak de la. time tu memang aku tak suka barang bercampur dengan adik-adk aku yang lain sebab diorang tak kemas. so I is rimas. 

So, mak ayah aku ok aku nak bilik share dengan adik aku. Bila kakak aku sorang da kawen dan buat umah, bilik dia adik aku yang amik. dan aku dan shui fan zhai tetap utuh bersama even kecik. Now. kena masuk bilik baru amik masa setahun baru aku feeling wah bilik sendiri lah besarlah. blablabla. lambat sangat feeling tu sampai..ahahhaha.

Jangan disangka bilikku yang kecik reta sikit..hahaha

Bila bilik dah besar ni susah pulak aku nak deko-dekonya. Tapi yang penting mesin jahit kesayangan kena masuk bilik la. Peti ais je la aku letak kat luar. Letak dalam bilik ramai pulak buat reta. Letak kat luar tak de pulak makanan or minuman. selalu abes. Tapi tak kesah la..hahahah

Penat kot membuat dekorasi nak bg masuk dengan jiwa..hahahaha..Even now pun slow-slow lah nak add on agar bilikku menjadi bilikku syurga ku..

Stay tuneeeeeeeeee untuk room tour di masa yang akan datang yang ku kira tak tau bila tu..hikhikhik


4. Jenjalan ke Vietnam bersama The Bujang's Belaka (even ade orang baru kawen join sekali) & ALMs & wakil JALMs

Ini adalah aku punya resolusi 2019 yang ku kira tercapai. Abeh borong lah kirenya makan angin dengan ahli keluarga. The Bujang's Belaka tu abang aku, ALMS tu aku n adik pompuan aku. JALMs tu anak buah aku. Well ahli keluarga ramai kan siap boleh buat group-group lagi hahahhahahahhaha..

So ke Vietnam atau Ho Minh Min ni adalah trip 3 saat yang mana. Bincang-bincang teros kena jadi dan fly lah kami ke sana sampai ahli keluarga lain tergamam sebab berlaku on da spot. Yang jeles tu tak sah cakap la..hahahahhaha..

Jemput baca travelog kat sini ye. dan part 2 kat sini 

5. Dan seterusnya aktiviti-aktivit random yang menemani ouls sepanjang tahun 2019. 


First time datang kat cup sleeve event. BTS pong BTS la. V pong V la. Yang penting boleh melepak di cafe sambil menghirup secangkir kupi

Random main kat KBmall. Orang akan kata aku baya2 diorang punya. So buat ape nak jadi orang berusia bila kita sedar kita muda remaja. eh.. hahahaha


Uncle Saaad in da houseee.. So, marilah kita ke Seoul Garden meraikan orang France..hikhik

This is memorable memory. Bertahun aku dan Mc Yang tak jumpa. Akhirnya kami bertemu di Kuala Lumpur 

With Saranghae Cinguya! Setiap kali turun KL acara wajib adalah lepak umah Fara which was my ex house hohohohooohoho.
 Bersama mereka muka bulat macam belon pon bukan suatu kutukan hahahaha. Antara resolusi 2019 yang tercapai adalah bersama mereka ini since 2014. We are sisterhood. Ukhuwah fillah till jannah

#tag "kadang-kadang mereka bercakaran kadang-kadang mereka berciuman" hahaha.
 Itu adalah quote by Ade Yunita Mafruhat bila tengok we guys duk menggila.


Oh ya.. Mok teh dah kawen tahun lepas ntah mana gambar aku tak jumpa cari hohoho.

Random Us is random. Mr Dakkgalbi untuk kali yang ke tujuh ratus enampuluh juta kali.


+++++

Kalu ikutkan memang berjuta-juta lagi recapnya.. tapi tak ape lah. Ni pun draf sejak dari awal tahun tak siap-siap. hikhikhik.

So cerita anda bagaimana?



Isnin, 2 Disember 2019

Review Dessert Cafe : Bingsu Snow Town Cafe, Pengkalan Chepa

.: Assalamualaikum :.

Anyeong guysss..

 Ari jumaat baru ni sempat #jalanjalancarimakan area pengkalan Chepa. Bosan katanya. Nak mengarut- ngarut katenye. Yelah biasa kalau hari jumaat seantero keluarga akan berkumpul untuk makan tengah hari berjemaah kat umah besar. Tapi for today, dapur tutup sebab pakat ade jemputan kenduri kahwin. Jadi tak payah masak, tak payah kemas dapur yuhuuuu!

Tapi tu lah. Bila kerja yang selalu dibuat tapi tak dibuat, maka disitu lah timbul, eh jommmmmmm..

maka 3 saat selepas itu, readylah semua untuk ke mana? haa.. yang tu belum tahu.


 Hasil perbincangan yang kelaut. Tapi semua dah ready membolos masuk ke dalam perut kereta jadi ayuh lah semuaa.. hahahaha..

Dalam kereta sesi, " kito nok gi mano? " berlangsung dan cadangan demi cadangan menjelma tapi camtu lah. tak pernah nak dapat keputusan yang jitu sampai last2 mari kita try kedai bingsu kat Pengkalan Chepa.

Huii.. Mane tu?? Siyeslah i memang tak tahu kedai kedai hipster klu bukan kimah or iwa yang update. diorang have-have punya style. We ouls serbu aja.

Sementara kita bertekak nak berjimba-jimba di mana.. MArilah kita ber wefie dolu. Mak buyung kat tengah 

yuhuuu..marilah kita kemana mana sajaaa asal bahagiaa..
So, Sesampainya kami kat  Bingsu Snow Town Cafe  nak memilih makanan pula satu hal. Yeah masalah terbesar di dunia sebab masing-masing banyak cakadak.. kekekeke. Bingsu Snow Town Cafe ni terletak kat Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa bersebelahan dengan Pasaraya Ten Ten. Tepi jalan raya besar tu je.

Ni antara menu yang menjadi pilihan kami setelah lama duk membelek. Actually we oul serah kat hakimah je untuk pilih menu kekekeke. So pilihannya adalah:


Strawberry Waffle | RM9.90

Sedap. Seriously tak gebang. Rasa dia rich dengan strawberry yang besar gabak. Padan la dengan rega tu. Dia bagi pisau n garfu so makan x de la sepah-sepah boleh potong ikut kedudukan strawberi tu. Dan lagi coklat dia bagi memang melimpah ruah. Pastu calit ais krim vanila tu.. pergh.. sedap rasa x cukup je order satu..hehehe.

4.5 bintang



Bingsu Snow Manggo Ice Cream | RM11.00

Banyak tempat aku makan manggo bingsu cenggini. Dan manggo bingsu antara pencuci mulut yang aku rasa masuk dengan citarasa aku. Klu ade kat memane kedai dah jadi kewajipan dah kena order. Ni gara-gara makan manggo bingu kat MekQelate punya hal la ni sampai terawang-awang nikmat menikmati manggo bingsu.

So kalau dah camnji rupanya order Bingsu Snow Manggo Ice Cream dah menjadi kewajipan dah. Dan rasa dia. Sumpah. Sedap. hingga menjilat mangkuk kekeke. Rasa ice cream dia tu memang tak boleh nak kate ape dah. Lembut lemak manis berkrim sememangnya sangat lazat. oh!

5 bintang!


Milk Snow Ice with M&M | RM11.00

Pun great combination juga mereka ini. tang yang kureng pun sebab aku tak bape suka chocolate so dalam kemanisan ade kepahitannya. tapi still lagi sedap sebab ice cream dia tu sedap. memang sedap lah sebenarnya. Aku je yang ngada x makan chocolate sebab tu kate kureng.

4.5 bintang!



Milk Snow Ice with Mix Fruits | RM13.00

Yang  ni pun sedap sangat. Snow dia macam rasa masam-masam yogurt gitu. Yang bestnya sebab texture ice cream tu memang rasa dia macam makan elsa eh. ntah .. susah nak bgtau. yang penting dia memang blend well dengan buah dan susu tu. 

5 Bintang!

Perasan tak semua bingsu yang kitorang makan kaler putih-putih? haa.. sebab flavor dia adalah milk. Menu dia agak banyak juga lah..ade flavor chocolate, ade flavor strawberi. tapi ouls semua memang satu lidah yang sama, kureng sikit makan flavor  chocolate. and strawberi is to mainstream. So we go to the basic iaitu milk. kekekeke.

Dekorasi kedai ni ala-ala cafe yang kontemporary style. Nak kata industrial deco design ade jugak. Kaler dia byk main hitam kelabu. Lagu dia pasang pun slow-slow.Memang kalu nak gi date elok sangatlah asal tak banyak abe e, tikah iwa kimah sekali. klu tak bising. Dengar suara diorang pun dah boleh ajak gaduh hahahaha.

Staf friendly. kire tak de la yang kerek. Dia layan saja dengan perangai random bebudak ini. 




LICIN!

memang sekejap je licin hahahha. Silapnya ade 5 orang tapi order 4 mangkuk katanya share-share tapi 3 saat dah licin huhuhuhu.

Tak apa sebab lepas tu ayuh ke pantai lah kita makan mee celup. Ade ke orang makan dessert lepas makan appetizer. dapat kat bebudak ni dessert dulu.

hmm.. klu tanya aku akan kembali ke tak ke Bingsu Snow Town Cafe ni? YES definitely aku na datang lagi ta nak bawak bebudak ni na makan sorang-sorang manggo ice cream tu huhuhuhu.

I is forever alone. makan sengsorang i is no hal k. kekekkeeke.


Khamis, 21 Julai 2016

Abang yang ke 11 selamat menjadi suami orang (Part 2)


.:Assalamualaikum:.


Cantek kan kakak ipar saya. Jangan tak tau kembar saya nih!

Kemain entry untuk abang aku yang nih, ciap ade part satu part dua kau. Nevermind,since waktu di alam kanak-kanak rebina, abang aku ni lah yang selalu mengangkut aku kesana kemari, berderat ke rumah kengkawan dia, belanja aku aiskrim, kena rotan sesama, curi-curi mandi laut, panjat pokok tak usah cakap ( tapi still pelik kenapa aku lagi lasak dari dia, sampai kat sekolah cikgu Nasir panggil aku Munir panggil dia Munirah..aneh tu). Jadi patutlah seandainya diberi penghargaan melalui 2 entri ni.kekeke..

geng 86-92 an

 So, majlis sambut menantu kat umah aku berlangsung seminggu dua lepas majlis akad nikah + resepsi. Ok jangan cakap dengan aku bab numbers ni,siyes aku failed even aku berusaha gile nak ingat..haha.

And then, sebab schedule aku kat USM dah pun berakhir 3 hari sebelum gi Korea, jadi kat umahlah aku sekarang. Nak mencari keja tak rajin, ingat lepas konvo baru nak pikei. Huh, nama je duk umah tapi doesn't means aku free. kat umah ade banyak lagi kerja kenduri tengah menanti untuk di buat.

Banyak mane pun sebenarnya da di uruskan oleh omma,unnies and Tikah sebenarnya.aku sekadar tukang back up je. AJK Tugas-Tugas Khas..kuikuikui.. Contohnya, kad jemputan kawen tak cukup (sebab family aku jemput beribu orang kot (exact angka aku tak sure,eh kan da cakap jangan cakap kalau bab nombor!). Naseb baik harta kat Penang dah bawak balik ke rumah,jadi bley la print sdiri.

Hmm.. kita berbicara bersama gambar la, sebab persiapan kenduri ni same je cam sebelum-sebelum ni, cuma yang ni lebih teratur sampai saat akhir tak tau nak wat ape dah sebab semua dah settle. Tahun demi tahunkan ahli kat rumah bertambah. orang buat sikit, siap!

Koyok (buang kulit) buah labu sehari sebelum kenduri.
Ni kitorang adik beradik je yang buat. Kak chik semangat balik keja terus pegang pisau smpai terhiris jari.auhh.. Buah labu ni kemudian untuk di sira sebagai pemanis mulut tetamu sebelum atau selepas makan nasi bekwah.


Cantik kan?..jangan tak tau ni hasil tangan dari @Kkijokayu (ig). Spot budu somewhere..That Une's favorite.
Yang ni pun single but tak available. Bila nak langsung bang?..

Mujurlah @kijokayu tu abang dia, free of charge..Abe E, nati saat Ada pun mohon buat juga, nati turn abe E Ada kait..Hahaha.

Bilik dihias oleh Kak Long. Senator yang berseni, tapi sayaaaang, tak de full pic.
Kak Long recyecle jah langsir yang dia pakai kat ruang tamu rumah dia. siyes lawa tapi tak keluar belannja besar pun untuk tempah bridal and etc.


Arisya dan Kimi. Okey  nati Kimi nga Sya besar esok-esok Cik Da reveal gambar ni
 So, anak-anak buah pun tak ketinggalan untuk meringankan beban. Ni tengah isi siso (doorgift) untuk tetamu nanti. Diorang malam-malam datang umah tokku untuk buat ni..comelkan.

Khemah, kerusi dan meja dari Kak Yah Conopy. Bunga kak Ngah gubah
Nak sewa area Sabak call 019-9828859. No omma kite. kekeke. Sebab ramai lagi belum kawen (Lepas Une, ada 8 lagi yang single mingle). So,selain digunakan untuk majlis-majlis begini, khemah, meja, kerusi even skating pun ada dibuat sewa. My mum memang otak bisnes. Nak tempah, sila-sila jangan malu jangan segan.

ALMS cafe
Haa.. yang ni special. Sebab  buat tanpa planning. Arrange  everything masa petang sehari sebelum majlis kenduri. Ni porch baru keta omma appa. Tapi untuk hari kejadian, porch ni cuma ade ade meja dan kusi je (dari Nik Lah Sdn Bhd). So dull without everything. Ayah cakap, haa ikutlah nak buat cafe ke ape ke kat sini. Up to us. 

kutip je benda-benda yang ade..
Ape lagi, aku ngan Iwa ni tak bley tengok benda-benda cenggini, teros nak make up. Teros jadik cafe hipster dengan rak yang sendiri angkat dari kilang sebelah. pastu benda-benda atas rak tu kitorang letak saja ikut sedap mata memandang memandangan bengbarang klasik,purba,hipster memang belambak kat rumah.

hipster ntah mane i pun x sure
dan tiba-tiba, abe Yie join sekali letak basikal kesayangan dia. Layan saja. Dia pun seorang hipster jugak sebenarnya. Hahaha.

our ALMS cafe

Deep caption  #kalaulahbangbilad..auch!
Ni idea Tikah. Tapi Hakimah yang buat. Sebab kalau kakkah yang buat, dia x selawa ni..hahaha.. Btw, inilah hasil tangan ALMS. Atas Loteng Muannas Studio. We can do everything, and we can mess everything either~ *tema tak masuk akal*

Sudut untuk mennggalkan jejak, untuk mengucapkan ucapan selamat kat pengantin baru.
Ni ucapan dari #NLSBHOME
Moments of The Big Day
Sambut tetamu
makan mengadap
Bizi melayan tetamu..
Meja always full almost the time
Favorite kanak-kanak. Sudaahh..


L The Koala Bear, petang ni dia excited skit. Kalau tak berdukung atas orangcam Koala
Wawa Zakaria. Muke cam Manse. Song Manse ya..
Beauty and the Beast
 Abe E malas nak pakai uniform sebab dia oya dia jo kako jah.

Muka yang conquer corner ni all the time..hahahaha
berebut nak naik pelamin..
Nak jugak. haha, ingat pengantin je ade persalinan, aku pun ade jugak..Shawl..
Flower girls. Tak yah orang lain. Pakai anak buah je.

Mariha yang resemble ni masa kecik. (sebab dia excited macam aku)

Terima kasih semua. My girls.
 So, Selamat datang kak Zah ke family NLSB. We guys always macam ni, but don't feel lost kalau tetiba senyap dan tetiba gegak gumpita. We ouls fully combined with introvert and entravert style. We ouls membesar dalam environment macam ni.alah. Tengok Une sudoh la camane kekeke..

So, malam tu time basuh pinggan, aku pun start bertaaruf dengan kakak ipar aku, rupanya, same oh besday dengan aku..err..

nampak sangat jodoh abang aku ni mirip (kalau mirip) dengan aku..but I know she is better. =)



link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...