marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.
Memaparkan catatan dengan label ntah la belalang~. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ntah la belalang~. Papar semua catatan

Isnin, 18 Mei 2020

Aktiviti sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

.: Assalamualaikum:.

So, hari ni dah masuk fasa ke berapa eh kita berkurung?
Awal-awal ritu rajin la nak countdown bagai tapi bila dah selalu sangat dah lupa dah..huhu..
Ni dah ramadan. Siap dah masuk 10 malam terakhir dah pun.
Tapi masih lagi dalam PKP yang ditambah B iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Sepanjang PKP nak masuk 3 bulan ni banyaklah pulak benda terjadikan. 
Dengan mula-mula in my own POV, hepi hikhikhik. Sebab boleh rehat seketika dengan kesibukan duniawi kerja-kerja nih. Tahun lepas siap pikei boleh tak aku nak mintak cuti sebulan tak buat ape-ape just tido dalam bilik dan merefleksi diri. huhuhu.

Rasa tahun 2019 soo much extrovert thingy aku buat sampai penat sangat huhuhu. Penat dengan ape aku pun tak sure. Sebab tu siap mengarut nak apply cuti sebulan boley tak boss?? hohoho.

So, benda dah melanda negara. Bukan negara je. Tapi satu dunia kena lockdown. So, cuba berfikiran positif dan nilah masanya kita nak berehat kununnya. Minggu first and second best la. Bangun tido sambung tido. Kemas bilik, sambung tido. Sambung tido, bukak FB, tengok drama dan repeat. Perghh!.. Macam dunia ini ana yang punya. 

Tak habis dengan tu aktiviti mendapur pulak. Dapur kat umah time ni ibarat restaurant. Nak makan bagitau je. Tukang beli barang ade. Tukang buat pun ade. Tukang sepah pun tak ketinggalan. kan kan kan.

Omma dan appa dah tersenyum lebar dah bila sama anak-anak solat berjemaah setiap kali masuk waktu. Terubat lah kot rasa dihati ayah bila semua solat berjemaah macam kecik2 dulu walaupun tak dapat nak solat jumaat. Imam kampung ada.. imam import mesir pun ade. 

Untungnya walaupun berkurung, adik beradik aku duk dalam Pagar Rumah yang sama jadi tak de rasa berkurunglah sangat. Petang-petang siap boleh form 2 team untuk main bola kadut kat halaman rumah. Stay fit katenya. Kalau biasa tak sempat nak berkumpul time ni la menjadi. 

Memang kitorang tak keluar langsung waktu awal-awal. Hanya ketua interim je yang keluar. Nampak tak betapa patuhnya kita kepada arahan negara.. Gittew. 

Macam aku sendiri kalau keluar pun sebab gi ambil ubat ayah kat hospital. Lepas amik terus balik umah. Dah tak boleh nak merawang ke tempat lain dah. First sebab malas. Second sebab tak de keperluan. Barang dapur atau toiletries sume dah kirim kat abang dan adik aku untuk dibeli.

 Minggu ke-2 PKP pulak dapat tawaran dari Urusetia Pembangunan dan Kebajikan Wanita Negeri Kelantan (uKekwa) untuk jahit PPE bagi kegunaan frontliners KKM. Satu family join yang ni memang rare! Abang ipar aku la yang paling semangat nak jahit. Ye la kat KL dia ade kedai jahit. Haruslah tunjuk bakat terpendam. 

Yang kedua bersemangat abang-abang aku. masing-masing tak nak kalah jugak terus bawak mini portable mesin jahit untuk turut mengembleng tenaga buat PPE. Nampak macam mudah, tapi terkial2 jugaklah mula-mula tu. Nak potong kain lagi nak jahit camane lagi. Tapi memang best lah sebab semua join sampai anak-anak buah pun datang menolong. 

3 hari kitorang berjaya menyiapkan 50 hoodie dan 104 sarung kasut. Okey la dengan pertolongan 3 mesin portable biasa dan 2 mini portable. Ruang tamu omma jadi mangsa tapi tuan badan redha dan seronok kalau tengok riak muka tu. Tak yah tolong masak kat dapur pun tak pe waktu ni.hikhikhik.

masuk minggu ke 5, baru datang otak business bila ramai yang menempah mask muka kait. Memang tak de niat nak amik tempahan crochet tapi "dia mari denga tok kaba sobat' (baca:rezeki) bila beta up dan status mask muka ku yang merah membara semangat waja. Tujuan asal post tu hanya nak bgtau je yang i pown ade mask jugak hikhikhik walaupun negara kekurangan sumber mask ni. Dengan kata lain nak show off skill la 😂. 

Sekali ramai yang nak tempah dan time tu dah tak de aktiviti ape dah nak buat. Oklah tempahan dibuka. Apabila dibuka, jadi mimpi ngeri pulak sebab tak cukup tido 😂. Tapi tak pe. Sebab dapat duet extra yang mana dah selamat beli barang-barang keperluan Pippin + cadar baru hikhikhik. Orang lain sibuk dengan baju raya kasut raya aku sibuk nak cadar raya.. hew

Tu la lebih kurang cerita yang berlaku dalam kehidupan beta sepanjang PKP. Tahun 2020 yang penuh dengan kesukaran tapi dalam kesukaran tetap ada kesenangan. Kenangan yang akan tetap ukuh di sanubari jadi esok-esok bolehlah bercerita kepada generasi akan datang pasal wabak ni. 

Since aku paling suka dengar cerita orang-orang tua dari POV mereka sendiri pasal sesuatu perkara berlaku zaman diorang macam pendaratan jepun, perang blabla, jadi aku nak save something yang boleh aku pulak tukang bercerita kepada anak cucu esok-esok. Mirip Bilbo Baggins bercerita pengembaraannya menentang Smaug kepada Frodo Baggins and da friends. Aku pun tengah menentang jugak. Menentang makhluk halus si Covid -19~

Khamis, 23 Mei 2019

Baik tak payah keja!~

.: Assalamualaikum:.


Hari ni penat skit. Bukan hari ni je. Dah beberapa minggu penat nak melayan karenah orang. Kerja lah apa lagi. Kengkadang benda tak susah mane tapi ego kan. Orang feeling kerja penjawat awam ni kerek dia boleh tahan. Tak tahu bukannya nak mengaku. Nak bagitau lagilah tak mungkin. Sistem sendiri pun tak reti nak handle ade hati nak handle benda lain. Last-last supplier cam aku nih la yang kena hadap karenah birokrasi diorang. Serious tak reti matang.

Pelis la get up guys. Buat kerja tu bagi elok sikit. Kita wasap boleh dia bluetick je. sampai kakitangan agensi pun minta kita yang berurusan dengan si mamat ni. Padahal satu jabatan. Siyes aku sakit hati. Tak pasal-pasal payment sampai hari ni tak clear-clear. Ape dia ingat syarikat cetak duit bagti gaji kat pekerja. Dah nak masuk 3-4 bulan payment tak clear-clear. tak ke hangin??!

Haa..tu la dugaan dia. abang aku boleh suruh aku bersabar. Wait n see. Nak wait n see apenye kalau berurusan dengan orang tak buat kerja. Orang account dia duk kejar kita tnya bila nak jana invoice. Camane nak jana kalau sistem bagitau tak dapat nak buat sebab kontrak tak lengkap. Kontrak tu patut bahagian mamat tu la yang masuk dalam sistem yang sepatutnya kena masuk awal-awal lagi.Aku wasap bagitau mamat tu boleh dia bluetick je. memang kurang asam tempoyak betullah. Payah bebenor nak dapatkan duet sdiri dengan agensi ni. makan gaji buta ke ape mamat ni.

Aku memang agak hangin. Sebab kita dah buat dah part kita. Even hari tu diorang bgtau ade mistake kitorang terus settle kan mistake tu. Actually bukan mistake sangat pun. Sebab tarikh untuk satu dokumen ni dia cam tak tally dengan tarikh dia keluarkan LO, sedangkan diorang yang lambat2 kan keluar LO dalam sistem, tapi barang suruh hantar sejenak saja SST keluar. Sebabnya diorang takut kena dengan Audit. Tau lak takut. Tak pasal-pasal kitorang kena kerah ke seluruh pelusuk daerah untuk dapatkan sign baru gara-gara tarikh tu. Kuang asam kan.

Aku memang arap sangat lah payment tu cepat-cepat settle before raya since dokumen baru pun dah dihantar. Tapi macam  tak leh nak jana lagi je invoice dalam sistem sebab part mamat tu belom settle. 
Aku hairan la ape yang susah sangat nak upload masuk benda tu dalam sistem. Aku yang baru jumpa sistem tu pun boleh pakai elok je. Dia yang group dia buat sistem tu takkan tak reti nak bertanya kalau dah benak tak reti pakai. Siyes aku tak penah rasa nak marah kat orang kecuali orang tu emang sengaja cari masalah.

Benda ni dah berbulan berlarutan. Orang dah guna barang yang kita supply dari bulan 2 lagi. tak ke mamat tu rasa yakin dan hebat dengan buat dono je benda ni. Tolong la..kalau tak nak keja..resgn je la. bagi orang yang layak keja kat goven. klu sekadar cam ni buat keja. orang kata menyusahkan. baik tak de dari ade.

Aku bukan ape. Heran la dengan perangai certain orang ni. Buat memain je dengan kerja. Tak tau ke yang keja yang hampa duk buat ni adalah satu amanah. 23hb (gomen),gaji berdesup masuk. tak ke pikir duet gaji yang korang dapat tu memang layak tu korang ke tak. Masuk keja mengular dulu ke buat keja terus. Cakap lagi banyak dari action? Pelis la.jangan merasa hepi dpt keja pangkat tinggi kalau keja tak reti nak settle.

Aku membebel pun bukan mamat tu tahu aku tuju kat dia post ni. tapi tak pelah. at leaast aku boleh luahkan betapa aku geram dengan orang macam ni. menyusahkan orang. huh!



o Allah. let me strong to face everything. aameen.

Selasa, 18 Disember 2018

Resolutions for 2018: ok or not OK?

.: Assalamualaikum:.

Anyyeong cinguu..




krik krik krik..

huhuhu. Baru nak start new post mata dah layu. Biasa kul 10 dah lama KO. kekeke
Busy kerja katenya. Yelah sangat kan.
tapi siyeslah tengah taip sambil pejam nih!

Tapi. tapi.tapi beta akan bertekad cemerlang unutk menghabiskan entri ni jugak malam ni. Yeah beta tau last post beta bulan 9 baru ni. Hari ni pulak bukak blog nak menulis.

kihkihkih.

Tahun lepas beta bersemangat waja. Jadi student katakan. Haruslah rajin berazam itu dan ini. Punyalah rasa semangat nak capai itu dan ini last-last karang punya karang, tak sedar 60 resolutions terchepta. huhuhu sangat. Bertekad cemerlang sangat.

Bila dah berada di penghujung tahun ni rasa nak semak la juga siyes keeee buat azam-azam tu. ke azam tinggal azam jer.. hahahaha.. Baagi beta selagi belom berakhir bulan 12 ni. selagi tu lah tertakhluk kepada terma dan syarat. Buat la selagi mampu. klu da tak mampu kita carry forward tahun depan pulak ye. (sebab tu la duk mengarang sakan ni biar ngantuk pun, sebab tulis entri dalam blog pun sebahagian dari resolusi 2018 ><)

Tentu-tentu korang duk tertanya-tanya menda la yang mengarut sampai 60 item yang dilist dalam resolution ni kan..beta tau korang punya curiosity tu kalah churos-churos kat cafe kat PJ kan.



K la. untuk entri ni beta akan listkan  60  resolusi 2018 Nikki Ada. Pastu nanti sesama gelak berjemaah ye...kekekke (gelak sopan)


LIFE

1. Get a better life
2. Study Hangul even oneself
3. Be talented Fashion Designer
4. Be versatile Crocheter
5. Have a craft & coffee shop
6.Do lasik/lasek surgery end of 2018
7. Go holiday either with saranghae cinguya or maahadians
8. Go holiday with family members
9. Go holiday with ALMS & JALMS

SELF

10. Make over Shui Fan Zai (bed)
11. Make over Shui Fan Zai (wardrobe)
12. Make over Shui FAn Zai (shelves)
13. Shower Areumdaun Betsy once a month
14. Bring Areumdaun Betsy check to check up service on time
15. Quit procrastination
16. Quit overload sleeping
17. Update blog at least 2 posts every week, 18 posts every month
18. Take more in volunteer thingy
19. Follow weekly schedule
20. Wash clothes once a week (hang at Tuesday, fold on Wednesday)
21. Make 1 hangul word post every day (on SNS especially FB story/IG story/Whatsapps story)
22. Learn 5 new hangul words everyday
23. clear FB from unwanted old image/picture
24. Learn video editing
25. Drink more water especially sky juice
26. Do simple stretching before sleep
27. Weight cannot more than 45kg thx
28. Do handwritten letter for self
29. Get own DREAM jar & put letter into it
30. Get self BORE/SUDDEN THOUGHT JAR too
31. Reward self if something good happen
32. Take a day off from SNS once a week
33.Do little kindness everyday
34. Get yourself SADNESS jar too
35. Get a jar of things that make you thankful too
36.organize photo in laptop
37. Get self a journal
38. Wear masker 2x per week

MONEY

39. Keep green noted everytime (duit raya for anak-anak buah)
40. compulsory saving at least RM100 every month
41. Stop shopping unnecessary things either online or offline
42. Saving reach RM10k this year
43. Crochet sales at least RM300 every month
44. Restock Dianz Vitamin 30 pieces every month

RELATIONSHIP

45. Give Omma hwa Appa more happiness
46. Be friend with ALMS & JALMS
47. Take care of anak-anak buah especially secondary school
48. Let's be peace with brother of 8th

SPIRITUAL

49. Dhuha pray everyday except for friday & saturday
50. Replace fasting
51. Recite al-Quran & khatam
52. Recite al-waqiah & al-Mulk (if can memorize)
53. Tahajud every friday night
54. Wake up early before 6 and take shower
55. Not Sleep after subh
56. Sedekah even little

WORK & FUTURE

57. Graduate from Sewing Class at PPWK
58. Get 1 award from Sewing Class
59. Get A for both Module & exam
60. Do more cooking thingy

OK. Done 60 list.hahaha.
so rasanya agak2 la mane yang dah settle. mane yang belum.. mane yang tak nampak bayang pun??
Kita check nnti berakhir 2018 tau..hehehe..


so.. dah ready ke nak masuk 2019 ni???

Hope soooo..





bai.

Rabu, 22 Jun 2016

Throw Back: Softskill Class SL1M TM 8.0 at MMU


.: Assalamualaikum :.

Hi annyeong ouls..

Alhamdulillah..ari ni da masuk ari yang ke 17 da kan kita berpuasa.. siyesly masa cepat je berlalu..ari ni bestlah sebab cuti sempena Hari Nuzul al-Quran.

Hari cuti yang tenang sebab tak payah keluar umah.. ari ni hari kite dedicate untuk rumah je..kekeke.. hangpa taulah kecintaan beta kepada indoor ni camane.. memang tak kesah la duk kat umah kan..kekeke.. tu belum ade bengbarang crochetkat tangan.. kalau tak lupe dunia jap..hahaha..(rindu nak mengait.. balik dari korea tak sempat nak mengait-ngait dah!)..

Saat ni jugak teringat memori yang terlakar dekat MMU yang berlalu hampir nak sebulan ni.. bersama-sama roomates.. bersama-sama classmate.. walaupun kejap..sebulan 10 hari tapi banyak benda yang dapat.. insyaAllah..

Btw..nak #throwback sikit..kekekeke


NI aktiviti dalam kelas. Most of the class activities memang best untuk paticipated.. yang comel tu kitorang punya trainer..yang pakai shawl coklat tu.. kiut sangat eh..


Presentation  adalah perkara biasa dan hari-hari berlaku kat sini..

 

 Tengah bercerita pasal managing changes kat TM punya product.. Thanks to ISDEV, level confident nak cakap depan aku makin ok.. kalau tak.. ntah pape ntah..



 Ha.. yang ni first time aku buat.. sebelum ni takpenah lagi try aktiviti ni.. nak imbangkan paku-paku tu..trick dia mudah je sebenarnya.. tapi kena pandai susun-susun.. minda berhubung kejap..haha

+++



 Rehearsal untuk perbarisan sempena Sport Carnival.. aku rasa deja vu gile..rasa duk macam kat matrik pulak.. sebab masa matrik je aku aktif-aktif dengan hari sukan bagai.. kat sekolah aku tukang duk tepi longkang je tengok orang berbaris.. tu pun kalau aku tengok la.. biasanya duk menggila dengan geng..haha..



+++



Minggu last, bebudak kelas ajak buat BBQ kat Pengkalan Balak.. memang satu kelas la mengangkut.. 6 bijik keta rasanya konvoi.. Thanks to Murni sebab sponsor menu Nasi Kerabu n BBQ.. sedap ngat-ngat lebih-lebih lagi makan kat tepi pantai panas nak mati pun time tu..hahaha..


 Sampai-sampai kat Pengkalan Balak, inilah yang harus dibuat ya tuan dan puan.. let us wefiee... perasan tak bebudak kat belakang tu.. amboi.. nak masuk frame jagak nau..

 

 Cai.. ataupun Kuchai.. ataupun Qushairi, ketua kelas kitorang yang minat K-pop..haha.. siyesly.. aku memang rasa amazing aah dengan bebudak yang muda2 sekarang sbb laki pun minat k-pop.. memang bley jadi kawan ak ah.. kalau laki yang bebaya aku...hareeeeem nak minat k-pop apatah lagi nak memahami why us love it.. mengutuk ade la..So, as K-poppers Cai banyak la stok citer korea..ko tanya pasal entertainment Korea..semua dalam tangan dia.. haha.. aku sekadar minat Ahn Jae Hyun pun cukup la..

that's the reason We Love Our GL..da la spoting moting.. mane nak carik..hahahaha..


Tengah show off skill menghidupkan api kat Rais



 G8 adalah group kelas kitorang, Tourmaline kau nama canggih tapi tak penah pulak di panggil Tourmaline.. kena panggil G8 jugak bagi nama canggih pun..haha.. Azreen antara budak kelas yang aku rapat la.. kongsi cite sesame.. main lari dalam guni sesame..kekekeke..

+++ 

Mango milk shake RM4.00

Char kue tiaw RM4.00

 Lepas abes BBQ party, lepas ciap solat sume, tetiba ade yang mengajak pekena mango milk shake kat Klebang. Since ni last time da duk kat Melaka.. ayuh..mari pekene menu-menu yang dikatenya sedap tu..

For my honest opinion.. rasa dia biase-biase je..nothing amazing pun..ngee..


 Us @ Pantai Klebang

+++


2 hari sebelum Majlis Penutup Softskill Class ni.. kitorang ada interview session. Masa ni Din tengah cerita pengalaman dia dengan interviewer..khusyuk nau memasing dengar ye..


Hmm.. sekarang memansing dah berada kat devision memasing da.. kat kelas aku paling rapat ngan Ecah la..Ecah dapat kat Negeri Sembilan.. So..me here again.. alone la.. even ramai gak bebudak kelas dapat kat KL.. tapi ramai kat menara TM..aku kat Annexe 1..huhuhu..

Tapi naseb bek budak kelas aku sorang dapat same level dengan aku.. so..kamcing jugak la ngan Zul.. Pastu lagi.. mujur ade 2 orang gurls yang sesame level aku even kelas lain masa kat MMU dulu.. so dengan Tira n Zida la ke sana ke mari..

Alhamdulillah..Allah permudahkan.. aku..even aku suka alone.. tapi tak nak la lone ranger...huhuhu..




Selasa, 24 September 2013

Adam AF2 dah nak kawin!

.: Assalamualaikum :.

Isk..isk..isk..
runtun hati beta mendengar perkhabaran berita abe Adam da nak kawin.. isk3 *emo tetiba*





Serious.. artist len nak kawin tidak ku peduli..tak ku kesah.. tapi time giliran Adam.. cepat je google beautiful nara tuk mengetahui gosip selanjutnya.. mane la tau propa..tajuk gempak, baca isi..propa semata2..

Tapi tang abe Adam nak kawen ni.. cam btol jew.. ohhh....owh.. "adakah cintakuu..kau tak perlu lagi..adakah hatimu... *berlagu hatiku seketika..tetiba*

Begitulah lumrahnya.. Saya sebagai peminat Adam atau Mohd Aizam Mat Saman yang lahir pada 19. 9. 1983 mengucapkan setinggi-tinggi tahniah (walaupun dalam trauma sebab tak dengar berita tetiba da nak kawen..~) dengan Fiza Elite.. Sungguh ku tak sangka.. naseb bek Fiza da makin cantek sekarang pastu pakai tudung lagi.. pandai abe Adam pilih.. kekeke.. Saya doakan semoga korang berdua bahagia...

*** Meh story skit camane aku bley terrrrrrrrrjatuh chenta ngan Adam ni.. ******

Mase tu aku igt aku form 4 kot.. wat homework pada suatu pagi cuti yang indah sambil ditemani oleh radio ERA FM.. Duk ralit wat homework..tetiba.. aku terdengar lagu.. "Dimanakah pemandangan terindah..di dunia puas ku cari setelah jauh melangkah...blablabla.."

eh..macam cam suara mamat ni.. catchy di pendengaran lagu ni you.. abes lagu tu.. DJ ERA pun gtau la tu lagu percalonan baru kat carta.. penyanyi dia.. ADAM AF... fuhhhh... terus gi cari lagu tu..punya la berusaha nak cari lagu ni..tapi sayang tak tau tajuk lak.. mase tu tak de la moden cam skarang men bley google je kat tepon... so..sejak dari tu.. terngiang2 lah suara adam di dalam benak ku.. maka setiap masa nak dgr ERA mane la tau.. dia selalu pasang lagu tu kan..kan..kan.. memang berhantu gak la.. sebab kengkadang time tgh nap pown bley bangun klu tetiba DJ gtau nak putar lagu tu..automatik bgun duk kat meja study sambil tgn ready nak tulis lirik...kekekekke..

See.. begitulah cinta pertamaku terhadapAdam.. kekekeke.. Satu sekolah aku duk canang aku suker Adam AF smpai dak2 kelas aku pun layan saja... ciap klu wat baju.. mesti aku letak nama aku AdamzZz.. hahaha.. naseb bek nama ak Ada.. so.. tambah jew mzZz... ZzZ tu ade sebab hobiku suatu ketika dahulu..adalah tido.. hahaha..

Segala ape yang ade kena mengena ngan Adam mesti aku tau.. kekekeke.. well peminat nombor satu la kononnya kan.. naseb x join kelab peminat Adam..ala..yang diorg selalu wat gathering tuu.. err..klu benda2 gitu ak x minat ngat.. sebab ak tak suke benda2 canggitu.. gediks sengsorang lagi beshhhhh....katenye..

Album Adam ak ciap beli kot tanda kasih sayang ku..hahahaha.. lagu dia sumer ak hapal..hahaha.. tgh gi skolah bwk motor.. msti duk nyanyi lagu Adam satu album.. kekekeke..
(naseb bek peksa SMU dapat gak 7A (sembilan agreget))..


kulit album

aku igt agi mase tu da abes skolah dalam 2007 kot.. ade satu majalah URTV cover dia gambar Adam.. err.. aku majalah seumpama itu mane penah beli..klu Remaja or majalah yang info2 ni or komik mau la gak aku nak beli kat gerai majalah.. tp ni URTV yang mmg tau la kandungan isi dalam tu..90% gosip semata..pastu gmbr seksi meksi.. tp sebab ade cover gmbr Adam dan citer terbaru mengenai beliau.. make.. ak dgn penuh rsa segannya suh kawan ak yang agak rock belikan tuk aku..kakakakaka.. URTV tu ak bace tang citer Adam je.. sampai kat umah.. seludup masuk bilik.. wat operasi potong artikel citer sal Adam dan gmbr beliau.. yang baki majalah tu.. selamat jadi pembalut mungkin..kekekeke.. (cite aku nih rasanya da jadi cam stalker la plak.. hahahahaha).. sume paper sal Adam aku simpan dalam satu file.. sampai skrg pun ade agi tau..

Pendek kate, ak ni peminat tegar Adam la.. walaupun mase tu dia terpalit gosip gay (mentang2 la muke abang ak ni jambu)..aku tetap akan bekap abang aku cakap dia straight oh..hahahaha~..dan sume cite tak enak di pendengaran mesti aku bekap ciap bg bukti2 yang jelas (haha..padahal aku kutip info dlm internet or majalah gak) sampai kawan ak pon malas nak bukak isu sal Adam.. haaa... bgs tak saye abang Adam.. bgs tak..bgs tak??kakakaka..

Minat aku kat Adam bercambah mase ari2 aku duk tgk ulangan AF2 walaupun mase tu  da AF4 kot.. kat Astro Hitz ke ape ek (lupa oh channel TV.. da bertahun ku tak tgk ).. aku suke btol time mase KRU datang wat supriseeeee kat Adam.. tapi time tu dak AF yang len(tak igt sape) cakap dia gi solat.. good side of him.. ak suker..  :D..

Mase KRU datang tu.. paling best time dia btol2 nak gtau KRU dia minat KRU.. haha.. siap menari lagu AWAS klu tak cilap ak.. pastu time kiut..mase dia majuk sebab dapat lagu Keroncong untuk Ana (?)..tang lawaknya time Pak Nil tanya ape tajuk lagu yang dia nak nyanyi ni.. dia jawab " Kecorong".. kakakaka.. tau la tak rock..haha.. time dairy AF yang mase dia majuk x nak nyanyi lagu tu pun..mase tu Farah Brep2 pujuk dia.. dia ckp .." da bertaun2 aku nyanyi lagu rep"..hahahaha

time ni cam chubby2 skit..
Naseb bek da jumpa empunya diri live mase duk UMS dulu (see abe adam.. ku sehingga ke sabah mencari jejak mu)..mase tu tahun satu kat Pesta Tamu Gadang.. abe Adam nyanyi lagu.. Benar- benar Cinta....abes konsert lepas tu, igt nak gi gak jenguk abe Adam blakang pentas.. tp time tu abe Adam cepat je nak balik... tp last2 kita ade bertembung (jauh la tapi).. tapi mase tu abe Adam sempat lambai tangan.. saya ingatkan abe Adam lambai kat org lain..so saya pun toleh la ke kiri kanan belakang depan.. sah..memang sah.. abe Adam lambai kat saye..yeaa suker2 (dalam ati melompat2 jantungku) tapi macam biasa.. saya control perasaan eksited saya dan sengih jew dlm keadaaan van abe Adam berlalu pergi.. (cam tu la kot saya kontrol kalau bertembung ngan kak Ija (heliza Helmi) dalam ati hepi..tapi kat luar kaku bercakap macam robot..) ..ku bukan robot..ku bukan robot..ku bukan robot.

Sebenarnya da lame tak dengar citer abang Adam ni.. tapi baru2 ni dengar2 citer da berubah ke arah lebih bek.. suka saya mendengarnnya.. :D  (tak sia2 saya doakan yang baik2 tuk abe Adam :D)..

dgr citer adam da jadi pengamal perubatan islam?? good3..

ok sehingga itu.. Selamat pengantin baru.. Semoga kekal til Jannah sane :D


*Okei.. rahsia selama ini aku minat Adam da terbocor..kekekeke*

*Naseb bek Joong ki Oppa solo lagi..kekekeke*

Khamis, 20 Disember 2012

Out of MOod

.: Atas Loteng :.
.:11.45 malam:.
.: Suasana: bunyi jam berdetik aka sunyi:.


Assalamualaikum..



*smile*.. biar pun dalam keadaan terpaksa melebarkan mulut supaya berbentuk bulan sabit.. hmm senyum kan sedekah.. so, nak bagi duit, rasa x mampu tambah2 lagi ujung2 bulan ni kan.. so.. bagi senyum kelat sikit la kot.. *smile kelat lagi*.. da cam x de mood nak ketawa huhu.. sbb skrg ni (dari balik keja lagi sebenarnya) mood terspoil sbb seseorang yang tak berapa matured.. aku rasa aku pun x de la matured sgt lagaknya.. tapi at least x de la sekanak-kanak beliau.. skit2 ugut klu keja x siap nak gitau big bos.. igt ni zaman skolah ke nak men report2.. client x bising pun ..ko tu yang belagak lebih.. klu ade x kene gtau la leklok.. ni gitau.. "Ada..ni blabla..(dua patah kata).. TQ.. pastu blah tinggal ak kontang kanting.. klu ak ckp x tau.. sorang2 melenting.. pastu klu ak x perform.. gi report kat leader.. byk cantek ko.. igt atas dunia ni ko sorang je yang bizi??.. huh! x kuasa aku.. kang dah x pasal2 hang pemes malam ni kat blog ak..~.. igt senang ke ak nak kutuk org.. nyampah saye..

*** abaikan perkara di atas.. sekarang pun x menang tangan, kaki, otak aku duk wat keja.. beban keja yang bertimbun-timbun wat ak rasa nak tertimbus.. tapi dari aku tertimbus, bek ak selamatkan diri dulu..** itu la.. ckp keja team work, tapi sane sini aku duk salahkan ko.. ko duk salah kan aku.. bila masenye nak aman nye.. padan la klu ko stress.. dan tak pasal2 ak plak join ko stress.. hampeh.. dah la ak tak suke stress meress ni.. buaang karen je..** huh, cam x leh nak abaikan je plak bila ati da stat memberontak.. 

OK Ada..coolll... rilex.. bertenang..OK..good girl *Smile- ikhlas skittt~*


Hm, sebenarnya banyak benda nak di buat entri.. tapi memandangkan masa sangat2 mencemburui kehidupan aku sekarang ni.. maka.. I list dululah tajuk entri2 yang bakal diadakan nnti...takut berkarat..kalau berkarat jadi emas takpe la gak, tp ni takut jadi daki je.. huh.. x kuasa I..

Check listnya adalah seperti berikut:
1. Kakak kesayanganku
2. Palestin vs Israel
3. Koleksi kuningku..huhu
4. Projek kait-mengait
5. Sesat di Kuala Lumpur eh..Subang Jaya (ye..yang ni wajib cite ni)
6. Aku, dia dan Sesuatu
7. Deja Vu Di Kinabalu
8. Wishlists 2013
9. Aku dan lagu
10.  (x tau..)

mengada sampai wat 10 tajuk.. ntah bila siapnya..Hmm.. k ah.. ku ngantuk.. sok ade meeting.. huh! da la tadi balik lambat! (Syuhada stop mengeluh ok?!)




*Hmm.. janggal la orang panggilkan diri ini Syu.. cam x leh terima..da la lepas tu x tau nak bhsakan diri jadi ape.. Klu bhs kan diri Ada, cam diorang igt aku cakap "ada tu cam ada apa dengan cinta??..terpaksala SKIMA, cakap SAYA.. aku cakap saya.. cammm.. eeemm..err.. biasanya klu x ckp aku ko..aku ko.. mesti aku da bahasakan diri aku ngan Ada.. tapi kengkadang tu kiut gak orang panggil Syu.. haha.. *krisis identiti tahap kritikal* *


Jumaat, 21 September 2012

nothing to say..

.: Bismillahirahmanirahim:.

hmm..
tak de apa yang nak di shared kan tuk ari ni/ minggu ni..
hari berlalu cam biasa jugak..
terlalu biasa dan berulang setiap hari..
adakah hidupku sudah kelihangan seri?? ceh~~~..
hm..

good nite all..
good nite world..





mengharapkan esok lebih baik dr hari ini...

Rabu, 16 Mei 2012

demam

.: Assalamualaikum:.

yup..
saye demam..lagi..setelah sekian lama x demam..
tapi tak ape..
kifarah dosa2 kecik..
sbb tu saya tetap jd budak yang hyperaktif macam selalu gak walaupun energy low skit..
janji x jadi cam ayam berak kapur..monyok semacam..huhu..
demam kali ni best..
sbb x de sape pun perasan saya demam..
even diri sdiri pun x perasan gak..
lepas kena tegur ngan kak nisah (housemate) baru perasan..
a'a la..patut rasa cam x sedap badan pun...huhuhuhu..
termasuk sekarang ni dah hampir 8 ari dah demam..
demam ni 1st..dia x sedap badan..
second, dia cam pening2 ..orang cakap cam lali2 skit..x fokus..
3rd, telinga dah stat berdesing n kurang dgr..
4th, fasa mukus2 mengalir kuar..
5th, batuk2 ringan mulai timbul, sampai batuk2 orang tua pun bising je..haha..
6th, campur semua tu..komplit..
sekarang ni duk tunggu semua reda..huhu..berbekalkan penadol, nasihat ngan doa je tuk sembuh..
apa??..x dengar?pegi klinik???
....
....
.....
errr...kim salam je la kat doktor tu...
lalalala~~~
ngeeee

Rabu, 25 Januari 2012

나도 몰라

.:Bismillahirahmanirahim:.



And sometimes..
when there is no more love inside our heart
loneliness will conquer our day..
even though we were surrounded with a lot of friends
it cannot change our feeling inside
even though they make us laugh
still we felt empty inside..

  I know this just only for a moment..
I'm trying to forget everything about you on the past..
I'm trying to erase a piece of hope for that feeling..

Just wait and see..
you will be no more
a Very Important Person in my life..
안녕 사랑
 Love is always like this
it comes and goes
goes for the people already lose it
comes for the people who never give up on it
I'll be find the better than you next time

Sincerely,
Ada

Rabu, 28 Disember 2011

Jom bersegmen kitaaaa..~

.: BismillahirahmaniRahim:.

 huhu..
siaran iklan sejenak..


baru perasan kat chat box ade message dari KiZ ajak join segmen anjuran blog dia..
huhu..
macam best..
nak cakap kenal KiZ ni tak de la jugak
tapi selalu perasan KiZ la adalah antara blogger yang suka datang kat 
.:FromMyHeart:. 
yang tak seberapa ni..huhu..*tima kacih..tem kacih*
kira macam member blogger yang suka blogwalking la ni kot..
so..ape lagi..
saya dengan suka hatinya pun rasa berminat la nak join-menjoin aktiviti camni..
yelah..
untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama bloggers..
ape salahnya kan...
x de la sepi sangat blogging sorang2..
huhu..

sebenarnya x paham jugak amenda jenis acara ini..
yelah..first time orang ajak join katakann....
usha punya usha..
oo..
senang je pun cara dia..
erm..
ada dua  segmen di anjurkan
seperti


1. Bloglist x-change
(ala2 bertukar alamat blog la ni kot)


2. Review Ur Blog
(cik Kiz kita dengan murah hatinya akan buat review blog kite..dgn harapannya traffic blog akan meningkat la kot... yeaaa..*oh..terasa blog ini bakal femes**mood: koya! :P**)

okey..
sbb dah lulus syarat2 penyertaan..
maka..
acara pun bermula..
hehe..


*kita berkenalan hanya di laman muka blogspot..bla bla bla...:D



Jumaat, 11 November 2011

111111

.:Bismillahirahmanirahim:.

gile..memang gile..menulis dalam gelap..dgn mata separuh terbukak..
boring..memang boring..pasal hari ni satu benda pun malas nak buat..
rindu..memang rindu..tapi da tahu rindu tak berbalas punya..
malas..memang malas..pasal tu la..rasa macam nak tido je kejaku hari ni..

 
huhuhu..perangai betul la hari ni..
111111 yang tak de makna..tapi cuba nak beri makna..tapi tak kena makna..
ahh...dari melalut..bagus tido..alang alang..lampu dah padam..
>>>baguih punya perangai<<

esok keja:
meringankan tulang bantu umah abangku yang kedua buat jamuan kesyukuran sempena 7 hari kelahiran baby boy yang bernama Nik Ahmad Unknow (hahaha..pasal x de nama lagi..Nik Ahmad tu nama wajib..)
tapi seriously aku suggest kat kakak iparku suruh letak nama Nik Ahmad Arish Adha..tp..macam suggestionku x di layan..hahhaa (nanti I simpan unutk anak I nanti lah)..haha..
gambar beliau....
yang cute..
Nik Ahmad Arish Adha bersama Lisa SuriRumahTangga..haha..


p/s: sapa rajin pepagi hari kejutkan aku bgn tido..sila angkat tangan...~~~
jamuan kesyukuran dijangka akan diadakan lepas subuh..

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...