marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Isnin, 18 Mei 2020

Aktiviti sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

.: Assalamualaikum:.

So, hari ni dah masuk fasa ke berapa eh kita berkurung?
Awal-awal ritu rajin la nak countdown bagai tapi bila dah selalu sangat dah lupa dah..huhu..
Ni dah ramadan. Siap dah masuk 10 malam terakhir dah pun.
Tapi masih lagi dalam PKP yang ditambah B iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Sepanjang PKP nak masuk 3 bulan ni banyaklah pulak benda terjadikan. 
Dengan mula-mula in my own POV, hepi hikhikhik. Sebab boleh rehat seketika dengan kesibukan duniawi kerja-kerja nih. Tahun lepas siap pikei boleh tak aku nak mintak cuti sebulan tak buat ape-ape just tido dalam bilik dan merefleksi diri. huhuhu.

Rasa tahun 2019 soo much extrovert thingy aku buat sampai penat sangat huhuhu. Penat dengan ape aku pun tak sure. Sebab tu siap mengarut nak apply cuti sebulan boley tak boss?? hohoho.

So, benda dah melanda negara. Bukan negara je. Tapi satu dunia kena lockdown. So, cuba berfikiran positif dan nilah masanya kita nak berehat kununnya. Minggu first and second best la. Bangun tido sambung tido. Kemas bilik, sambung tido. Sambung tido, bukak FB, tengok drama dan repeat. Perghh!.. Macam dunia ini ana yang punya. 

Tak habis dengan tu aktiviti mendapur pulak. Dapur kat umah time ni ibarat restaurant. Nak makan bagitau je. Tukang beli barang ade. Tukang buat pun ade. Tukang sepah pun tak ketinggalan. kan kan kan.

Omma dan appa dah tersenyum lebar dah bila sama anak-anak solat berjemaah setiap kali masuk waktu. Terubat lah kot rasa dihati ayah bila semua solat berjemaah macam kecik2 dulu walaupun tak dapat nak solat jumaat. Imam kampung ada.. imam import mesir pun ade. 

Untungnya walaupun berkurung, adik beradik aku duk dalam Pagar Rumah yang sama jadi tak de rasa berkurunglah sangat. Petang-petang siap boleh form 2 team untuk main bola kadut kat halaman rumah. Stay fit katenya. Kalau biasa tak sempat nak berkumpul time ni la menjadi. 

Memang kitorang tak keluar langsung waktu awal-awal. Hanya ketua interim je yang keluar. Nampak tak betapa patuhnya kita kepada arahan negara.. Gittew. 

Macam aku sendiri kalau keluar pun sebab gi ambil ubat ayah kat hospital. Lepas amik terus balik umah. Dah tak boleh nak merawang ke tempat lain dah. First sebab malas. Second sebab tak de keperluan. Barang dapur atau toiletries sume dah kirim kat abang dan adik aku untuk dibeli.

 Minggu ke-2 PKP pulak dapat tawaran dari Urusetia Pembangunan dan Kebajikan Wanita Negeri Kelantan (uKekwa) untuk jahit PPE bagi kegunaan frontliners KKM. Satu family join yang ni memang rare! Abang ipar aku la yang paling semangat nak jahit. Ye la kat KL dia ade kedai jahit. Haruslah tunjuk bakat terpendam. 

Yang kedua bersemangat abang-abang aku. masing-masing tak nak kalah jugak terus bawak mini portable mesin jahit untuk turut mengembleng tenaga buat PPE. Nampak macam mudah, tapi terkial2 jugaklah mula-mula tu. Nak potong kain lagi nak jahit camane lagi. Tapi memang best lah sebab semua join sampai anak-anak buah pun datang menolong. 

3 hari kitorang berjaya menyiapkan 50 hoodie dan 104 sarung kasut. Okey la dengan pertolongan 3 mesin portable biasa dan 2 mini portable. Ruang tamu omma jadi mangsa tapi tuan badan redha dan seronok kalau tengok riak muka tu. Tak yah tolong masak kat dapur pun tak pe waktu ni.hikhikhik.

masuk minggu ke 5, baru datang otak business bila ramai yang menempah mask muka kait. Memang tak de niat nak amik tempahan crochet tapi "dia mari denga tok kaba sobat' (baca:rezeki) bila beta up dan status mask muka ku yang merah membara semangat waja. Tujuan asal post tu hanya nak bgtau je yang i pown ade mask jugak hikhikhik walaupun negara kekurangan sumber mask ni. Dengan kata lain nak show off skill la 😂. 

Sekali ramai yang nak tempah dan time tu dah tak de aktiviti ape dah nak buat. Oklah tempahan dibuka. Apabila dibuka, jadi mimpi ngeri pulak sebab tak cukup tido 😂. Tapi tak pe. Sebab dapat duet extra yang mana dah selamat beli barang-barang keperluan Pippin + cadar baru hikhikhik. Orang lain sibuk dengan baju raya kasut raya aku sibuk nak cadar raya.. hew

Tu la lebih kurang cerita yang berlaku dalam kehidupan beta sepanjang PKP. Tahun 2020 yang penuh dengan kesukaran tapi dalam kesukaran tetap ada kesenangan. Kenangan yang akan tetap ukuh di sanubari jadi esok-esok bolehlah bercerita kepada generasi akan datang pasal wabak ni. 

Since aku paling suka dengar cerita orang-orang tua dari POV mereka sendiri pasal sesuatu perkara berlaku zaman diorang macam pendaratan jepun, perang blabla, jadi aku nak save something yang boleh aku pulak tukang bercerita kepada anak cucu esok-esok. Mirip Bilbo Baggins bercerita pengembaraannya menentang Smaug kepada Frodo Baggins and da friends. Aku pun tengah menentang jugak. Menentang makhluk halus si Covid -19~

2 ulasan:

  1. SELAMAT HARI RAYA!! best entry ini.. done follow u, follow me back.. tq
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Selamat Hari raya awak.. Thx sudi folo :). Already followed u

    BalasPadam

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...