Disclaimer:
Entri ni dah lama buat sebelum puasa lagi tapi saja peram dulu sbb PKP. Tapi masuk pkp4 ni dah jd PKPB. maka tadaaa.. i post la. Modal nak menaip banyak tapi setiap kali nak menaip..hurrm.. tak de mood..hikhikhik.
Kb.Brewster |
Hari tu aku ada pegi KB.Brewster. Kedai kopi hipsters kat bandar Kota Bharu nih. Actually tak susah pun nak minum kopi sekarang kat Kelantan. Aku rasa sekarang nih selang dua kedai kedai kopi.. selang 3 kedai, kedai kopi lagi. Tapi kedai kopi style hipster la.. baru remaja masuk situ. Klu kedai kopi pakcik-pakcik.. memang pakcik pakcik2 la yang masuknya..hukhukhuk..Tapi yang pentingnya kedai kopi hipsters ni tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan kat Kelantan ni.
me & coffee. we're just in committed relationship. |
Baguslah bila tumbuh bagaikan cendawan. Bolehlah beta membawa diri menikmati secangkir kupi ke mana-mana tempat yang beta suka. So, yang latest ni KB.Brewster. KB.Brewster ada dua tiga cawangan kat Kelantan ni dan yang aku pegi yang paling dekat dengan aku lah yang area Kota Bharu. Dekat Berek 12 tepi shell.
sila membaca |
Interior design dalam kedai boleh tahan lawa. Nak slow-slow lepak situ kire on la..tapi seat kat dalam tak banyak. Ada 3 bijik meja je. Kat luar bertimbun.
Second time dia datang perasaan membuak-buak nak merasa meatball and Rainbow Crepe cake yang aku rasa sedappppnyaaaaaa. 😍😍😍
makanan dating yang harus dicobaa |
So antara menu yang aku suka adalah:
Meatball
Sedaaaap sangattt. Kalau rindu meatball ikea, boley makan meatball KB.Brewster. Walaupun 8 ketul je tapi alhamdulillah. kenyang. dapat pulak sos blackpaper dia yang umph!. Tak dilupakan jem blue beri. Oh ya.. Aku suka makan meatball cicah jem. Rasa dia memang sodap hikhikhik. Ikea la yang mengajar aku makan meatball dengan jem. hikhikhik
Fettuccine Carbonara
Sungguh lazat dimakan begitu sajaaa~ |
Rainbow Crepe cake
Macam comel je macam sedap je. |
Suka Suka Suka.
Actually mengikut firasat aku. Rainbow cake ni dia crepe yang dilapis-lapis tanpa pakai tepung kek yang orang selalu pakai buat kek tuu.. Tapi just lempeng yang dilapis berselangkan whipping cream. (eh lempeng bukan pakai tepung ke). Entah camane nak cakap yang penting kek ni tak muat. Aku boleh tekan. Perut boleh terima hoho. Aku tak berapa makan kek tapi kek ni aku tak tolak hoho.
Satu slice RM10. Klu nak celebrate besday beli je seslice pastu makan reramai hhohohoho.
+++++++++++
Untuk bulan puasa ni aku tak sure diorang bukak ke tak memandangkan pkp dah jadi pkpb. Kalau bukak untunglah boleh merasa lagi. Tapi kalau tak bukak tak pe. Kita buat semua sendiri.
Silap-silap bila keadaan kembali normal kita pulak yang bukak cafe ala KB.Brewster kat tepi umah hikhikhik. Sila datang beramai ramai..hohoho
Tiada ulasan:
Catat Ulasan