marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Rabu, 19 Julai 2023

Salam Hijratul Rasul 1445H

 .: Assalamualaikum :.

Anyeong yorobun.

Salam Maal Hijrah.. tapi abang kedua aku kata orang kelantan tak ucap salam maal hijrah, dia kata orang kelantan ucapan salam Hijratulrasul. So, kita orang KELANTAN kena ikut cara KELANTAN lah. Haa gitu.. Barulah nampak macam hubbul waton sikit. Heee..

Okey macam biasa mukadimah kena sedepa panjang ya bila dah lama tak menulis. So, sempena tahun baru hijrah 1445H ni kita kenalah melembutkan jiwa kita untuk mengarang sepatah dua kata agar kita ini sedar kita masih ada blog untuk meluah kata dan rasa bila kita kekosongan.

Awak nak tau apa persamaan saya dengan akaun bank sekarang ni?

Sama-sama kosong wak~.

Tiber je..hahahahahhaha

Akaun bank kosong lantaran aku tengah membeli belah dengan jayanya untuk mengisi kekosongan pantry rumahku yang indah itu. 

Oh, lupa nak check out peti kat shopee.. jap na..

Kita sambung blog kita jap lagi..

(15 minit kemudian~)

ok guy. Naseb bek berjaya check out sbb waktu chat ngan seller pg tadi benda tu ade 1 unit je lagi. pastu duk riki-riki nak beli ke tak nak. Heee~.. Bende ni keperluan, tapi spesies benda yang aku nak ni tetiba dia jadi suatu kehendak.. Ye lah dah alang-alang membeli tu.. rembat je la yang kita nak sangat. Barulah rasa berbaloi. 

Nak tunggu orang beli tu lambeeert lagi kan.

Titew kan forever alone~ Kena sedar diri.

 Berjaya check out. Tunggu barang sampai je la kan.. HikHikHik.

Anyway hari ni dah 19/7/2023.. 

Lebih kurang 28 hari omma telah kembali mengadap Pencipta. Al-fatihah untuk omma yang pergi pada malam 21 Jun 2023, 2 hari sebelum aku berusia oficially 35 tahun.





Hanya Allah swt sahaja yang boleh memahami perasanku saat-saat gini. Tak sangka lepas appa pegi 6 bulan yang lalu, omma pun mengikut jejak appa jua. Namun, kita anak-anak ini mampu redha dan pasrah atas pemergian mereka berdua. 

Sebenarnya untuk aku rasa sedih sesedih sedihnya tu adalah tak lah sangat. Tapi kitakan anak, orang yang rapat dengan keduanya akan ada rasa ehsan tu selama-lamanya. 

Sebenarnya Allah ambil kedua-duanya dalam keadaan kami anak-anak ni boleh berkhidmat dengan penuh kasih kasih kepada kedua-duanya sehingga akhir hayat. InsyaAllah tiada benda yang terkesal terhadap kedua-duanya. Tiada benda tala bak orang Kelantan kata.

Dan semoga Allah mengampuni dosa kedua-dua ibubapaku dan rahmati mereka di sana.

Omma, lepas hari raya ritu, kesihatannya agak baik. Dalam waktu raya pun kesihatannya sangat baik. Kitorang ni siap merancang bawak omma jenjalan lepas omma abes eddah supaya dia lupakan hal-hal yang lalu. 

Seminggu lepas eddah habis, kebetulan ada appointment kat HUSM, singgah bawa che breakfast di cafe
Waktu perjalanan balik dr cafe, lalu laluan rumah adiknya. che ajak singgah.

Korang.. 

omma ngan appa ni sepanjang hayat aku tak penah nampak diorang berenggang. Pegi memana pun diorang memang berdua. Omma sampai lupa warna kegemaran dia, makanan kegemaran dia, aktiviti kegemarannya sebab semua kegemarannya adalah berkisar kepada kegemaran appa. Memang perkahwinan mereka adalah serve each other. 

Bila appa tak de akhir tahun lepas, kita tau dia sunyi tak de teman untuk berbicara hal anak-anak, hal masa depan dan benda-benda lain.

Kesihatan omma agak merosot bila masuk bulan Jun. Aku sampai tak masuk office dah sebab jaga omma waktu siang hari bergilir-gilir dengan adik beradik yang lain. Ye lah.. Kta maklum masing-masing ada hal masing-masing dan kita lah yang ada dengan dia selalu yang akan kena korbankan masa. 

Malam pulak adik-adik aku yang jaga.

Sembahyang tak pernah miss di akhir usianya

Sampai suatu masa, omma tak sedarkan diri beberapa jam. 2 hari lepas tu kesihatan nampak improve tapi kat situ kita dah boleh sense tanda-tanda yang omma akan ikut jejak appa. Dan malam khamis, jam 10.55 malam omma terbaring kaku mengadap Ilahi dengan mudah waktu kami ramai-ramai bersamanya dalam keadaan dia tidur. 

Waktu ni che tak sedarkan diri selama beberapa jam dan Dr. Jamal datang untuk check

Sebelum tu omma dah siap ambik wuduk dan solat isyak. Mudah-Mudahan omma memperoleh husnul khatimah seperti yang diinginkan. Aminn.

Alhamdulillah proses pengkebumian pun berlangsung dengan  jayanya. Mungkin kami dah mempunyai pengalaman masa appa tempoh hari maka saat ini pun urusan sangat mudah. Anak-anak berpeluang untuk memandikan dan mengkafankan serta solat dan tanam jenazah omma sehingga selesai urusan. 

Orang kampung yang turut bersama solat jenazah che jam 10 pagi


Rumah tangga menjadi agak sunyi sehingga kini. Kalau dulu semua kerja rasa sekejap saja waktu berlalu kini rasa panjang sangat masa nak berlalu pergi. Bayangkan kalau dulu pagi-pagi sebelum pegi kerja ada aja kerja nak buat dulu samada sebelum omma appa sakit atau semasa sakit. Waktu balik kerja pun sama. Pendek kata seharian masa aku adalah bersama mereka.

Che bgtau dia tak sempat ziarah pusara ayah, tapi bila tiba giliran che disemadikan di bawah kaki ayah

Tapi kini...

Agak banyak masa yang perlu di spend agar perasaan tu berlalu pergi. Apabila teringat mereka alfatihah akan meniti dibibir dengan sendiri. Semoga syurga buat ibu dan ayahku. 

Dalam pada masa yang sama, kami adik beradik ambil tanggungjawab untuk uruskan peninggalan omma appa. Tak banyak, dan tak juga sedikit, sekadar bekalan di dunia buat anak-anak 16 orang ini.

Apa-apa pun, semoga segala urusan dipermudahkan. Allah dah atur semua cantik-cantik, kita yang hidup inilah pula kena ambil part untuk buat bekalan untuk hari muka kelak. 

Semoga kita pun antara insan pilihan Allah berada dalam rahmat dan kasih sayangnya. Aminn..

Waktu raya 1st 2023, semnggu lebih keluar dari HUSM. Ceria aja waktu ni sbb anak2 ramai berkumpul

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...