.: Assalamualaikum:.
Anyeong yorobunn~
*sapu sawang sawang tebal di blog..ngee*
Bulan 9, 10, 11, 12, 1... wow. 5 bulan jugak rupanya terdiam sepi blog beta... Patutla tebal sawangnya.
Bersabarlah anak. Mutahir ini diri ini ke-busy-an yang amat sehingga terabai tempat dikala beta menitip tinta jiwa.
Namun tidak bermaksud tiada ingatan beta di sini.
Alhamdulillah ala kulli hal.. Insya Allah nanti kita titipkan tinta tertangguh pada masa-masa lalu. Throwback la ape lagi.
Selamat Tahun 2023. Masih sempat untuk mengucapkan selamat tahun baru biarpun dah masuk bulan 2. Orang kata bulan Jan tu biasanya trial pack 2023 jadi bulan yang betul jatuh pada Feb la kan.. ngee
Beta ingatkan tahun ini tahun paling signifikan buat diri ini kerana ia merupakan tahun yang beta nanti-nantikan sejak sedekad lalu.
Well sebab tahun ni kan tahun 2023.. Tarikh lahir beta kan 23. Jadi adalah sebatian kimia disitu.
Ingat kalau tiada sebatian kimia beta akan boleh mudah-mudah ingat dengan nombor ini. huhu
Tapi.. ku sangkakan panas berpanjangan tapi gerimis mengundang di permulaan tahun.
Tak apa lah..
Take it as enhancement level of maturity. Kita hanya boleh merancang tapi rancangan sebenar milik Allah SWT.
Tak salah dengan rancangan kita cuma, mungkin not today~ bak kata BTS.
Taaa gwenchana. InnaAllaha Maana.
Kann.. bila tangan da start menari atas keyboard ni dia kan banyak hallah nak ditulisnya. Ikut je ape yang terlintas di kepala ni.. Mujurlah kerja-kerja daku sudah beres.
Semalam dah hantar report akaun kepada accounting service. Tu lah yang aku duk sibuk sebulan dua ni sebenarnya kalau bercakap soal kerja.
Kalau bercakap soal diri.. tahun 2022, aku kehilangan Pippin the Grey.. Almaklumlah Pippin..
Ya..Pippin yang selalu aku ceritakan itu.. Seekor kucing kelabu yang nakal tapi comel.. aka peneman aku yang kesepian ini. Teman akrab aku di rumah. Sape yang baca blog aku tapi tak kenal Pippin korang memang ah..
Mohon kenang daku dalam doamu |
Pippin hari tu kena Sporotrichosis atau dikenali sebagai sporo masa tahun 2020. Tapi dia da survive helok masa tahun 2021.
Memang da ok sangat la tapi tau je la si Pippin ni. Dia still lagi dengan gaya bekeng dia bila dah sembuh. Kalau jumpa kucing lain datang masuk kat kawasan territory dia memang berabis la kucing tu kena.
Species gedebe tak tau la kutip perangai sape sebab aku pown tak sempat berkenalan dengan bapak dia.. aku tau mak dia je si Rose.
Tapi nampak macam si Rose tu kucing bangsawan yang perangai helok je.
Siyes.. Pippin ni dengan orang je dia jinak. Klu dengan kucing memang nasib la..so aku memang buh dia dalam umah dia la selalu.. lepas time siang je.
Bila lepas dia waktu siang tu ade lah petang tu dia kan balik dengan luka la ape la.. Bila aku nampak aku buh ubat tp bulu Pippin ni lebat so kengkadang aku tak perasan luka dia..
Luka Pippin ni kalau tak diubat segera memang amik masa nak cure sebenarnya..aku syak effect dari sporo tu la.
Ataupun faktor umur.
Kalau dikira-kira Pippin ni adalah dalam 5-6 tahun (tahun manusia) camtu so mmg kategori warga emas la kot. Hohoho.
Aku jeles dengan Bajibul Haniz Zalikha. Helok je kejadian dia walaupun warga emas.
Tahun lepas jugak aku kepatahan kaki. Bila da patah kaki tu memang tak sempat nak take care Pippin sangat la. Aku bukak pintu rumah dia untuk dia pepandai la nak keluar masuk, so memang kaw kaw dia pegi main sampai lupa daratan.
Memang tak ingat balik rumah hadoi.
Sakit baru tahu cari tuan dia. Aku try rawat dia sebab nampak luka luka zaman sporo dia macam kembali. Tapi kali ni macam tak makan saman. Tak berhasil. Aku pun da tak larat nak rawat dia macam dulu. Just boleh sapu sapu ubat luka dia je dan Pippin pun da lemah.
Aku try gi vet untuk permudahkan urusan Pippin, tapi rupanya prosedur tu agak rumit dan last-last kena redha je lah bila Pippin da lemah dan tak bermaya.
Pippin mengakhiri riwayatnya pada 5 Disember 2022..
Good bye to you my trusted cat~~
~~~~
dan sebenarnya aku bukan kehilangan Pippin sahaja pada tahun 2022..
Aku juga kehilangan lilin pedoman kehidupanku yang membimbingku selama keberadaanku di muka bumi ini.
iaitu seorang ayah pada hujung tahun 2022. 31 Disember 2022. Al-fatihah untuk ayahku Nik Abdullah Bin Raja Ahmad.Mohon sedekahkan al-Fatihah buat ayahku yang bersemadi di negara abadi |
Sebak untuk aku ceritakan hal pemergian ayah sebab berlaku dalam cepat sangat..
unexpected..
Tapi.. Kami redha dan pasrah dengan ketiadaan ayah kerana ayah dah bersemadi dengan Tuannya.
Meskipun sedih dan berduka, life must go on.
Orang lain alami di saat mereka bergantung harap kepada ayah, orang lain alami saat mereka mentah, orang lain alami bersendirian.
Tapi Allah Maha Kaya.
Aku, adik beradik alami pemergian ayah saat kami boleh berdiri di kaki sendiri, di usia yang sudah boleh terima qadar dan qado' Tuhan. Bersama ahli keluarga yang lain.
Kitorang puas hati sebab boleh jaga ayah waktu sakit. Boleh urus sendiri jenazah ayah dari ayah hembus nafas sehingga selepas di perkuburan.
Aku sendiri turut bersama disaat-saat ayah hembus nafas terakhir, dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan serta ditalkinkan.
Ayah ni masa hayat dia solat tahajud tak pernah tinggal kecuali sakit sejak umur 30an lagi omma bagitau. Ingat mudah nak pelihara 16 orang anak kalau iman dan takwa tak kuat?
Waktu sakit dulu pun tetap solat dan mulut dia selalu terkumat kamit bacaan zikir dan selawat.
Waktu ayah duk HDU, dia pesan kat kami supaya selalu bisikkan kat telinga dia bacaaan al-Quran zikir dan selawat sebab dia tak nak pergi dalam keadaan lagha.
T.T
Allahu.. aku da nak start kuar air mata..
Tak mo sedih-sedih..
That's why aku berkeinginan untuk menconteng blog hari ni.
Semoga hari-hari kita dalam keredhaan Ilahi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan