marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.
Memaparkan catatan dengan label harapanku-jua~. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label harapanku-jua~. Papar semua catatan

Sabtu, 6 Januari 2024

Salam Tahun Baru 2024, Are You Ready?

 .: Assalamualaikum:. 

Anyeong yorobundeul

Hikhikhik. Lame benar bercuti dari menulis blog na. Bulan 9, 10, 11, 12 

Haaaa Tahun Baru baru muncul. Baru lah nampak BARU~ ngeeee~~~..

Well, well, well..macam tahun-tahun sebelumnya Januari adalah trial pax untuk 2024. How was your day dah masuk 6 hari (setelah 2 hari menjadi draft)  di tahun 2024 ni? Aku sedikit bahagialah berbanding awal tahun lepas bila appa pergi meninggalkan aku~ Sekarang baru ada kekuatan untuk kembali bersinar dan berdiri di atas kaki sendiri biar seorang diri melayari hari-hari (Ayat nak malankolik je ngee) 

Sepi~

Okeylah. Firstly walaupun di baris ke 3, SELAMAT TAHUN BAHARU 2024 DUNIA ! 

Harap semua baik-baik saja walaupun satu resolusi pun tidak aku buat lagi untuk tahun ni. 

Tak boleh ke kalau aku just orang kata redah ajerr 2024 tanpa prepare ngee~ 

Al-fatihah buat omma dan appa

but as I knew me myself is once doesn't simply redah ajerr sebab jiwaku kabut kalau tak de planning. Dia macam.. baik kau tak payah ada otak untuk berfikir dan tak payah ada hati untuk merasa. Ha gituu..

Eh, terpanjang lah pulak mukaddimahnya

Tadi pikei mula-mula nak karang post ni nak gitau I'm Sorry je for not being here for these several months. Tapi ni dah macam biasa dia dimana posting yang melalut-lalut tanpa sebab..ngeee.. 

Sori la guys, excited sebab dapat mengarang panjang. Lepas gian orang kata ngee..

Actually, yang sebenar-benar-benarnya ketiadaan ku disini sepanjang beberapa bulan yang lalu adalah kerana diri ini busy lebih daripada perdana menteri Uganda. Iya guys, seriously I kabo. 

Selepas pemergian omma beberapa hari terus naik Kuantan untuk Training Class

Pas oppa omma tak de ni,rasa sepi~~~~ tapi busy!. Nak bercakap dengan orang pun rasa macam tak de mood so aku pun bermain-main ajer dalam circle ku iaitu familyku. Tu kalau diorang layan la. Biasanya aku duk bermain sorang-sorang layan drama sorang-sorang. 

Yang n Anis ada datang menziarah lepas pemergian omma

Dulu Pippin ade boleh la jugak berbahagia bersamanya. Tapi sekarang one by one sudah berberlalu pergi meningggalkan aku, maka aku redhoo.

Sepupu kawen kat ICT kita join memeriahkan suasana

Hah bayangkan lah camane. Ritu adik aku yang ke 15 kawen. 

Eh tak de posting la. Ngee.. 

Last posting aku adalah pasal Jenjalan Ke KL: Majlis Konvokesyen MIHRM yang mana post tersebut masa bulan 9 😅

Happy convocation
Sebulan lepas tu Ris Learning Centre anjurkan Dinner yang dibuat khas untuk peserta batch Kelantan sebab perform sangat heee~

Meh aku recap skit agenda-agenda di sebalik ketiadaanku di blog ini untuk merawat hati pembaca blogku. Hmm.. Macam blogger sejatikan..

Aku rasakan aku sorang jer maintain dgn tittle blogger ni kan..kan kan walaupun ramai bloggers lain dah beralih arah ke platform lain. kan kan kan. Hikhikhik..

Eh mana recap nyaa..

Hee.. (lemme check flipZ3 first sebab nak tgk galeri gambar)

Oh.. Benarlah masuk bulan September ni aku busy dgn hal-hal berkaitan dengan keja. Ya Allah, tak menang tangan naseb baek ade staf yang berkaliber turut sama memeningkan kepala mereka dalam memenuhi permintaan pelanggan yang kadang-kadang hmm.. sampai situ je ngee.. Bulan tu juga persiapan majlis kawen my 15th sistah jugak kian gian berlangsung. Semua kena buat sendiri na, macam zaman omma appa ada. Lebih-lebih lagi my eldest brother dah bertukar menjadi waibee ni dia kena lah buat jemputan seantero dunia. 

PRN
Menginfak abang sulung kepada ummah atas kemenangan dalam PRN

Zainab iaitu isteri Saad (abang angkat dari France) datang dari Thailand untuk ziarah arwah omma

Kitorang buat semua persiapan mcam zmn omma appa ade. Dari zero sampai lah majlis habis berlangsung all out!. Itu pun seminggu pulak nak kena amik masa untuk kemas menjadi seperti sedia kala. Semua periuk belanga kitorang pakai yang sendiri na

Test-test 
ajk pinggan mangkuk
Muka yang jangok inilah yang berhempas pulas untuk menjayakan majlis

Post wedding 2 minggu pun tak siap lagi mengemasnya. Wedding of the year katakann~

Alwayss

Selain tu jugak aku dah start program outstation dengan program-program latihan untukmu companyku~

Training lagi bulan 8
Training bulan 9

Rutin

Dan tak lupa jua jenjalan makan angin ke negara orang iaitu Thailand iaitu paling dekat boleh bolos dengan kenderaan sdiri Narathiwat ajerrr.. 

Tiba-tiba kat Thai na
Beria pegi Thailand semata-mata nak masuk seven E

Start buat renovation umah secara kecil-kecilan aiatu tambah area laundry kat area belakang umah supaya lebih keterjaminan darisegi security ngeeh. Aku ni takut la kalau belakang umah aku jadi amazon. Siyes aku tak nak. So, I panggil la tukang umah Pok Ya untuk buat keja-keja renovasi itu. Belajar beli mozek + cat sikit lagi aku boleh keja kedai hardware.

Niece & Nephew home party sebab nak ajak yang besar-besar umah tak ready lagi. Ajak yang kecik-kecik boleh la buat trial pax dulu sblm wat kenduri besar2an ngee.
Atas Loteng is actived this year!
Tak sangka hujung bulan 10 dapat bulk order. Happy n stress haha

Gi Thai pulak x cukup sekali, repeat lagi dek penangan abang kau yang ke 3 nih. Abang aku nih kalau hari- hari pun dia onz.

Second time di bulan lain hoho
Aktiviti setiap pagi jumaat

Lepas tu join-join program camtu. Ok la. Just malas nak menulis je la cite dia..hee..

Hujung tahun dapat berderat bersama sebab majlis kenduri belah lelaki berlangsung kat area KL

Join program solidariti untuk Palestin kat Stadium Muhammad IV

Kalau tengok Draft posting 2023 ade la dalam 3 posting yang belom selesai~.. Nanti ada masa I update and post la.

Actually blog ni mewakili rasa hati fikiran dan timeline aku sepanjang membesar menjadi orang. Tak sangka usia blog ni sdiri pun 16 tahun selepas berpaling tadah dengan wordpress abang aku. Becoz of that aku terus menulis dan mengorot kisah antara realiti dan fantasi, antara harapan & doa. Haa gitu.

2024 & doa & harapan

Khamis, 7 Januari 2021

Selamat Tahun Baru 2021

 .: Assalamualaikum:.

Hampir sebulan tak da entri ade yang tertunggu-tunggu tak? Hiks perasan orang tertunggu-tunggu padahalnya tak de pown.

Sokey.. soright. 

So, entri ni sesaja nak ditulis mencelah kesibukan yang menghimpit. Busy oh. Busy dengan program makan-makan. Ahaks.

+++++

Disclaimer: Ayat atas tu draft tahun 2020. Nampak sangat kann.. BUSY disitu tulis pun sekerat je. hikhikhik.

 btw.. 

------------xxxxxxxxxxxxxxxxxx------------

H A P P Y     N E W     Y E A R    2 0 2 1 !

-----------xxxxxxxxxxxxxxxxxx------------- 

Wah.. sedar tak sedar masuk 2021 dah kita ye. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di dunia yang fana ini.

Sedar tak sedar si covid-19 pun dah setahun bertapak di dunia ni. hurm..

Tak pe sebab dengar cite vaksin dah otw. Harapnya ya. Yang penting kekalkan jarak sosial dan pakai pelitup muka di mana anda berada. Wah!

#kitajagakita

 So, kalau tiba tahun baru soalan femes amos haruslah.. Apa azam ditahun baru?? Azam tahun lepas ape cer? hikhikhik.

Malas lah nak cakap banyak tapi doa-doakan lah azam beta yang berkurun sejak 2014 dulu akan menjadi kenyataan tahun ini iaitu. NAK BUAT LASIK..

ahahahhaa. Tak menjadi kesudahnya. Ke nak tunggu ade optical Surgery macam Advance Vision Centre wujud kat Kelantan baru tercapai azam huhu. Tu la dulu waktu duk PJ tak de pulak bersungguh-sungguh nak pegi. Ni bila dah berjauhan...mula lah nak buat perangai..kekeke

manusia..

 

susah cari bingkau berkenan, bila dah berkenan seribu tahun pun sanggup pakai yang sama. bingkai ni masuk tahun ni dah 4 tahun bersamaaaa..

 Azam yang lain-lain tu kita folo je azam tahun-tahun sudah. hahaha. Kalau 2018 dulu aku rajin buat list sampai 60 list kot. tapi bila dah tua ni malas nak buat goal pulak. 

Eh.. Tahun ni dah 33 tahun. masyaAllah 😱😱😱

Tapi aku 23 tahun senantiasa. ngee.

Pape pun 2020 for me tahun santai-santai. haha. Seronok kann dapat cuti free 3 bulan masa PKP dulu kekeke. Tapi walaubagaimana pun bila Pippin kena sporo memang 24/7 devoted menjaga beliau huhu. Bulan 10 baru fully recover.

handsome me always handsome

Bulan 11,12 bulan makan-makan masyaAllah memang makan je keja i huhu. 

Btw sekarang ni musim tengkujuh. hujan ribut usah diceritakan. Memang menjadi-jadi. Tapi alhamdulillah sebab macam banjir tahun ni tak teruk melampau lampau kat Kelantan. Banjir tu tetap jadi sebab dah memang musim dia kan. Begitulah sunnatullah.

Terima seadanya.

Tapi hari ni cuaca dah macam ok. Mendung semalam dah berlalu pergi tinggal angin sepoi-sepoi bahasa je. I lioke! 

Ape pun for this year harapnya everything we planned will work smoothly insyaAllah.

Tetiba rasa nak pegi buat 100 list new year resolutions.

Huh! arap je la..hihi

let's hope for the best!

 

Isnin, 18 Mei 2020

Aktiviti sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

.: Assalamualaikum:.

So, hari ni dah masuk fasa ke berapa eh kita berkurung?
Awal-awal ritu rajin la nak countdown bagai tapi bila dah selalu sangat dah lupa dah..huhu..
Ni dah ramadan. Siap dah masuk 10 malam terakhir dah pun.
Tapi masih lagi dalam PKP yang ditambah B iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Sepanjang PKP nak masuk 3 bulan ni banyaklah pulak benda terjadikan. 
Dengan mula-mula in my own POV, hepi hikhikhik. Sebab boleh rehat seketika dengan kesibukan duniawi kerja-kerja nih. Tahun lepas siap pikei boleh tak aku nak mintak cuti sebulan tak buat ape-ape just tido dalam bilik dan merefleksi diri. huhuhu.

Rasa tahun 2019 soo much extrovert thingy aku buat sampai penat sangat huhuhu. Penat dengan ape aku pun tak sure. Sebab tu siap mengarut nak apply cuti sebulan boley tak boss?? hohoho.

So, benda dah melanda negara. Bukan negara je. Tapi satu dunia kena lockdown. So, cuba berfikiran positif dan nilah masanya kita nak berehat kununnya. Minggu first and second best la. Bangun tido sambung tido. Kemas bilik, sambung tido. Sambung tido, bukak FB, tengok drama dan repeat. Perghh!.. Macam dunia ini ana yang punya. 

Tak habis dengan tu aktiviti mendapur pulak. Dapur kat umah time ni ibarat restaurant. Nak makan bagitau je. Tukang beli barang ade. Tukang buat pun ade. Tukang sepah pun tak ketinggalan. kan kan kan.

Omma dan appa dah tersenyum lebar dah bila sama anak-anak solat berjemaah setiap kali masuk waktu. Terubat lah kot rasa dihati ayah bila semua solat berjemaah macam kecik2 dulu walaupun tak dapat nak solat jumaat. Imam kampung ada.. imam import mesir pun ade. 

Untungnya walaupun berkurung, adik beradik aku duk dalam Pagar Rumah yang sama jadi tak de rasa berkurunglah sangat. Petang-petang siap boleh form 2 team untuk main bola kadut kat halaman rumah. Stay fit katenya. Kalau biasa tak sempat nak berkumpul time ni la menjadi. 

Memang kitorang tak keluar langsung waktu awal-awal. Hanya ketua interim je yang keluar. Nampak tak betapa patuhnya kita kepada arahan negara.. Gittew. 

Macam aku sendiri kalau keluar pun sebab gi ambil ubat ayah kat hospital. Lepas amik terus balik umah. Dah tak boleh nak merawang ke tempat lain dah. First sebab malas. Second sebab tak de keperluan. Barang dapur atau toiletries sume dah kirim kat abang dan adik aku untuk dibeli.

 Minggu ke-2 PKP pulak dapat tawaran dari Urusetia Pembangunan dan Kebajikan Wanita Negeri Kelantan (uKekwa) untuk jahit PPE bagi kegunaan frontliners KKM. Satu family join yang ni memang rare! Abang ipar aku la yang paling semangat nak jahit. Ye la kat KL dia ade kedai jahit. Haruslah tunjuk bakat terpendam. 

Yang kedua bersemangat abang-abang aku. masing-masing tak nak kalah jugak terus bawak mini portable mesin jahit untuk turut mengembleng tenaga buat PPE. Nampak macam mudah, tapi terkial2 jugaklah mula-mula tu. Nak potong kain lagi nak jahit camane lagi. Tapi memang best lah sebab semua join sampai anak-anak buah pun datang menolong. 

3 hari kitorang berjaya menyiapkan 50 hoodie dan 104 sarung kasut. Okey la dengan pertolongan 3 mesin portable biasa dan 2 mini portable. Ruang tamu omma jadi mangsa tapi tuan badan redha dan seronok kalau tengok riak muka tu. Tak yah tolong masak kat dapur pun tak pe waktu ni.hikhikhik.

masuk minggu ke 5, baru datang otak business bila ramai yang menempah mask muka kait. Memang tak de niat nak amik tempahan crochet tapi "dia mari denga tok kaba sobat' (baca:rezeki) bila beta up dan status mask muka ku yang merah membara semangat waja. Tujuan asal post tu hanya nak bgtau je yang i pown ade mask jugak hikhikhik walaupun negara kekurangan sumber mask ni. Dengan kata lain nak show off skill la 😂. 

Sekali ramai yang nak tempah dan time tu dah tak de aktiviti ape dah nak buat. Oklah tempahan dibuka. Apabila dibuka, jadi mimpi ngeri pulak sebab tak cukup tido 😂. Tapi tak pe. Sebab dapat duet extra yang mana dah selamat beli barang-barang keperluan Pippin + cadar baru hikhikhik. Orang lain sibuk dengan baju raya kasut raya aku sibuk nak cadar raya.. hew

Tu la lebih kurang cerita yang berlaku dalam kehidupan beta sepanjang PKP. Tahun 2020 yang penuh dengan kesukaran tapi dalam kesukaran tetap ada kesenangan. Kenangan yang akan tetap ukuh di sanubari jadi esok-esok bolehlah bercerita kepada generasi akan datang pasal wabak ni. 

Since aku paling suka dengar cerita orang-orang tua dari POV mereka sendiri pasal sesuatu perkara berlaku zaman diorang macam pendaratan jepun, perang blabla, jadi aku nak save something yang boleh aku pulak tukang bercerita kepada anak cucu esok-esok. Mirip Bilbo Baggins bercerita pengembaraannya menentang Smaug kepada Frodo Baggins and da friends. Aku pun tengah menentang jugak. Menentang makhluk halus si Covid -19~

Ahad, 16 Februari 2020

Recap 2019

.: Assalamualaikum:.

2019??!

x de caption
hmm.. 2019 berlalu dengan cepat sangat sampai aku pun kena fikir dengan teliti apa yang terjadik.
Tengok dalam galeri gambar pun macam tak segila dulu bab berselfie dan bergambar. Adakah ini disebabkan perubahan umur? oh no!

Tak seperti 2018 yang mana things happened with plans but untuk 2019, aku rasa banyaknya jadik on da spot. Tengok-tengok dah jadik. Tengok-tengok dah siap. A bit exhausted awal2 tahun tapi hujung-hujung tahun quite ok lah jugak.

Huuu..

Antara yang mengisi kehidupan 2019:

1. Gi umrah bersama family
2. Adik aku kahwin
3. Masuk bilik baru
4. Jenjalan ke Vietnam bersama The Bujang's Belaka (even ade orang baru kawen join sekali) & ALMS & wakil JALMS
5. errr..
6. hmmm..
7. ...

eh rasa 365 hari tahun 2019 rasa exhausted sangat sampai planning awal tahun semua kelaut tapi bila list ni macam x banyak je.. huhuhuhu..

Tak pe. Kita bagi kat gambar berbicara lah.


1. Umrah Bersama family

Best memory ever bila berkesempatan menjejak kaki ke Tanah Suci pada Februari 2019. Siyes sampai ke hari ni rasa moment-moment indah bila menjejak kaki ke Masjidil Haram dan Masjidil Nabi rasa seakan-akan di awang-awangan selama 12 hari tu. Apa tak nye. Beban-beban kerja tak fikir langsung. Pastu memang rasa rilex je. Feeling dia duk kat dua2 tanah suci ni lain tau.

Tiap-tiap hari orang kat umah bervideo call nak tau tengah buat apa. waktu ni lepas solat asar. Tengah jalanraya pong boleh!

Sebab kitorang sampai madinah dulu so tak yah nak berihram lagi. Subuh-subah dan ready nak gi solat subuh. Pagi siap breakfast kul 10 ready bersiap nak gi ziarah tempat-tempat bersejarah dan attraction. Sebelum zohor dan ready nak gi masjid balik makan. Tido jap. Asar gi masjid. Balik sempat singgah kedai-kedai area hotel. Berkesempatan masuk raudah fuh.. Rasa dekat dengan Rasulullah. Jumpa saudara seislam seantero dunia. Jumpa orang Amerika, Turkey, Paris, Mesir dan lain-lain lagi. 


First time masuk Raudah teruja dia lain macam. Ni area dah kat luar Raudah.

Kalau kat Masjid Nabawi ni kita digalakkan solat bebanyak. Ikut lah nak buat solat apa yang penting buat selama yang mampu. Kalau rasa nak mengaji pun boleh. Part best bila berkesempatan masuk Raudah la. Menangis bila dapat solat sunat kat raudah sebab orang berpusu-pusu masuk situ, ramai semua berebut untuk beribadah kat raudah.

Berkesempatan untuk berkunjung ke Bukit Uhud dimana ramai para syuhada' (eh nama kite) di kebumikan di sekitar kawasan ini termasuklah saidina Hamzah iaitu pakcik Rasulullah

Waktu duk Mekah pulak, aktiviti dia lain pulak. Tak sama waktu duk di Madinah. Awal-awal nak masuk ke Tanah Haram kena niat buat umrah wajib dekat miqat Bir Ali (sebab datang dari Madinah). Kalau tak memang kena bayar dan sembelih seekor kambing kalau tak silap. Haa.. Bila dah datang nak buat ibadah seeloknya jangan memain lah dengan syarat sah dan syarat wajib umrah ye. Naya dan sia-sia je datang jauh-jauh nanti.

Asalkan ade wuduk. Orang tak ramai. pergilah tawaf walaupun panas ceng ceng. hikhikhik

Dekat Tanah Haram ini perkara paling besar nak buat adalah tawaf. Kalau ada kesempatan, pergilah bertawaf walaupun tak nak buat umrah. Lebih afdal dari buat ibadah lain tau. Yela. Kat Mekah ni je yang ada kaabah. Rugi lah kalau tak ambil peluang buat ibadah tawaf bila dah berada kat sini. Dan bacaan setiap kali tawaf pulak tak ada bacaan khusus. Semua up to us. So, kalau nak tawaf tanpa baca apa-apa pun tak pe. Nak baca doa dalam buku umrah pun tak pe. Nak mengaji sambil tawaf pun boleh. Nak baca doa-doa sendiri pun boleh. Antara kau dan Tuhan-Mu dan semoga Allah memakbulkan doa-doaku. Amin.

Oh ya. Diantara Rukun Yamani dan Hajaratul Aswad,kita di galakkan baca Rabbana atina fidunyahasanah wafil aakhirati... 3 kali sebab ni sunnah Rasulillah buat waktu tawaf. 

Oh ya. cuaca waktu duk kat Mekah ni tiba-tiba panas macam tak biasa sebab 4-5 hari di Madinah cuaca sejuk 9 darjah celsius. Kat Mekah second day macam dalam 28-30 darjah selsius camtu. 

Waktu-waktu biasa (solat) kitorang melepak kat bawah basement je sebab tak nak berebut kat area kaabah. Lagipun penat sikit bila duk kat Mekah. Baitul Haram BESARRRRRR sangat kot. Orang pun RAMAIIII.. Kalau terjauh sikit dengan omma memang susah dah nak cari mane kelibat omma appa. Tapi last-last jumpa jugak kat basement tu. 


Pernah try pegi solat kat level sebaris dengan kaabah. Duk mencari port nak bentang sejadah je pun lencun sebab orang memang ramai dan sesak. So, ayuhlah kita e basement yang sejuk dan berhawa dingin ini.

Pastu boley jumpa Tariq. Hikhikhik. Entah anak Turkey mana tetiba jadi anak angkat aku siap main-main hp kite belek-belek geleri gambar, bemain teka-teki walaupun komunikasi macam ayam dan itik. Buda kecik ni umur 3 tahun datang buat umrah sejak baby lagi. Tariq dah jadi HAJI HAJI HAJI Toriq dah pong. hikhikhik

Cite dia mak dia du sebelah aku time magrib tu. First tu aku malas nak amik port sebab malam tu I is penat dan nak tido jap sementara menunggu isyak. Tapi budak kecik ni duk merengek-rengek kat mak dia nak ape ntah. and automatically aku ini tak boleh tidak memang magnet dengan budak kecik lantas mengagah beliau dan tiba-tiba..

dah jadi macam anak sdiri. ~
The Power of Makcik of anak buah 38 orang. hahahhaa..

Bestnya masa duk kat Mekah ni kitorang duk kat Hotel Safwah. Depan pintu Masjidil Haram je kot. Memang save tenaga dan masa. 

Dengan kesempatan yang ada, sempat berkunjung ke Jabal Rahmah, simbolik kepada tempat pertemuan nabi Adam AS dan Siti Hawa apabila dilepaskan ke bumi. Memang agak aneh dan janggal rasanya bila berada di sini sementelaah diri ini Forever Alone. 

Aku nak baca doa agar dipertemukan jodoh dengan siapa pun aku tak tahu. Tak de yang bertakhta di hati kecuali oppa hohoho.  Kang aku mengarut doa agar dipertemukan dengan Lee Dong Hae oppa kang tak pasal-pasal omma aku bertukar menjadi incredible hulk. Nak melawak kawen dengan orang Korea pun dia dah bagi warning " Jange duk kecek ngarut gak ..." huhu. Tu lah kot sebab kenapa aku tak kawen-kawen. Cinta tak direstui oleh orang tuaaa...hahahahha

Taste anak dia kemain.. kekekekeke..

Jadi aku pun berharaplah dan berdoa dalam hati.. 'ok asal boleh kawen je'..haha.. 

lepas tu buat 10 perangai pelik Hagemaru. Ntah bila nak mature tak tau.

auu..sweet la dale gambar. Luar gambar begocoh lana..hahahahaha. Satu-satunya tangan lelaki yang boleh pegang.

Jabal Rahmah ni memang tempat yang sangaat diminati oleh semua insan. Sebenarnya kat sini tak ada ritual atau ibadah kursus atau sunat untuk dibuat. Kalau tak panjat bukit ni pun tak pe.. Tapi tu lah dah alang-alang sampai mari lah kita memanjat-manjat dalam jubah. Barulah orang arab sejati.. kan

So, 5-6 hari jugalah berada di Mekah ni. Banyak tempat-tempat menarik sempat dikunjungi tapi yang tetap best semestinya berada dalam masjidil haram. Selain best duk bertawaf dan menatap kaabah dengan mata sendiri, aku sebenarnya kagum dengan senibina masjid ini. Luas, besar dan moden ,mewah. Atas kepala matahari bagai sejengkal tapi kat telapak kaki sejuk batu marmar. Sebab tu tawaf waktu tengah hari pun on. Bestnya zohor tu boleh solat dekat dengan kaabah. Nanges dapat solat dekat dengan kaabah tau. Biasa tengok kaabah dalam tv. Tapi ni depan muka. Peluang tuu.. 

Benda paling bermain dalam kepala sewatu di Mekah adalah Tariq. Entah. Kepingin nak jumpa dia lagi. Aku syak aku rindu anak-anak buah aku kat rumah la kot. Dah takkan rindu kat Tariq yang berusia 3 tahun ni. Jangan nak kata jodoh sangat lah.. ahahhahaa..

Siyes. Setiap kali gi basement aku arap mommy dia ade kat situ dan Tariq tunggu aku lah..hahaha.. 3-4 hari duk mencari-cari kot-kot la terserempakkan. Ingat kat situ 10 orang je yang ade nak senang-senang terserempak. Memang tak mungkin lah. 

Buttt... Last day before nak tawaf kudum. Lepas isyak masa nak balik ke hostel, kat basement aku ternampak susuk mommy Tariq. Oh maaaaaai.. Ya Allah.. seriuslah memang mommy Toriq dan Tariq duk dalam riba dia tu duk main ape ntah..

Teros aku.. "oh Tariq..!". Teruja kot. First sebab doa termakbul. Second sebab memang budakk tu lah yang aku jumpa balik..huhuhu.. Naseb baek je tak beria nak peluk klu tak mommy dia memang kena terima aku jadi menantu dia lah.. hahahahhahahahah.. 

So, aku tanya ingat aku lagi tak.. dia ingat weeehhh.. btw budak ni boleh cakap english sikit-sikit. Tengok muka dia yang mischief dan comel ni. Mommy dia lawa oh.

happy me happy.. Boleh balik ke kampung halaman dengan perasaan hepi.

Dah rasa macam duk di zaman sekolah dulu-dulu pulak bila berada kat Tanah Suci ni. Dulu rajin dulu gi tamrin lah, tarbawilah. So, bila duduk kat sini perasaan nak buat kerja-kerja ibadah ni senang dan tak kekok walaupun first time. Ye la. Basicnya sama je cuma jadi extra bila kita dalam ihram.

Ok .

Kalau cite kat sini tak abes maybe tak habis-habis kot. kang tak ter recap yang lain. Jemput baca kat travelog kat sini yang tak siap-siap ni..hikhihi.

Kot la ade yang teruja nak tau pengalaman beta di sana drop  komen kat bawah la ye.. nnti kitew rajin skit boleh buat entri baru..hee..


2. Adek aku kahwin

Lepas seminggu dua balik umrah, adik aku pulak kawen. Yaah.. Jangan di tanya dia memang langkah bendul. Dah jodoh dia datang dulu kita tak de hak nak halang. Dah aku x de calon mak tak restu menantu Korea nak kata ape lagi..wuwuwuwuwuwu..

Aku okey je x de dengar mak cik bawang mengata aku sementelaah itu ade orang tanya aku baru habis study ke. So aku kire aku awet muda lah.

Aku tak peduli. Kalu aku nak kawen aku nak kawen dengan orang yang segang dengan aku..hahaha.

Mane nak cari ntah la. 

korea kot?

The Bujang Belake dua orang lagi tak de dalam gambar

Boleh baca entri adik aku kawen kat sini

 3. Masuk Bilik Baru

dalam kenangan
Ingat lagi tak entri Shui Fan Zhai Berwajah Baru dengan Loft bed yang Bombastik ni? Sebelum majlis kawen adik aku, aku dah bertukar bilik. Aku masuk bilik kepada abang sulung kepada kakak ke 4 kepada abang ke7kepada abang ke 3. 

Dann..taakk..seharusnya akuuuuu~ sob sob sob..
Bila dah tak de dinding terasa cam luaslah pulak.
Last aku yang dapat bilik tu menjadikan bilik aku membesar 2 kali ganda. Oh kenapa ini berlaku? Sebab abang ke 3 dah masuk rumah baru so aku lah yang mewarisi bilik tersebut. Jadi my Shui Fan Zhai bagaimana? Ayah amik keputusan bilik kesayangan beta kena rombak kembali seperti asal. Oh No!

Actually panjang cerita sejarah bilik aku tu. Aku kan ramai adik beradik. Even bilik pun kena tambah lagi bila masing-masing membesar dan nak privasi sendiri (aku la tu) . Bilik aku asalnya ruang antara dua bilik sebenarnya. Tapi masa form2 aku merengek kat mak aku nak bilik coz aku nak concentrate study. Aku ni dah la spesis yang tak boleh barang-barang aku bersepah. Most management girl kot.. hahaha. tak de la. time tu memang aku tak suka barang bercampur dengan adik-adk aku yang lain sebab diorang tak kemas. so I is rimas. 

So, mak ayah aku ok aku nak bilik share dengan adik aku. Bila kakak aku sorang da kawen dan buat umah, bilik dia adik aku yang amik. dan aku dan shui fan zhai tetap utuh bersama even kecik. Now. kena masuk bilik baru amik masa setahun baru aku feeling wah bilik sendiri lah besarlah. blablabla. lambat sangat feeling tu sampai..ahahhaha.

Jangan disangka bilikku yang kecik reta sikit..hahaha

Bila bilik dah besar ni susah pulak aku nak deko-dekonya. Tapi yang penting mesin jahit kesayangan kena masuk bilik la. Peti ais je la aku letak kat luar. Letak dalam bilik ramai pulak buat reta. Letak kat luar tak de pulak makanan or minuman. selalu abes. Tapi tak kesah la..hahahah

Penat kot membuat dekorasi nak bg masuk dengan jiwa..hahahaha..Even now pun slow-slow lah nak add on agar bilikku menjadi bilikku syurga ku..

Stay tuneeeeeeeeee untuk room tour di masa yang akan datang yang ku kira tak tau bila tu..hikhikhik


4. Jenjalan ke Vietnam bersama The Bujang's Belaka (even ade orang baru kawen join sekali) & ALMs & wakil JALMs

Ini adalah aku punya resolusi 2019 yang ku kira tercapai. Abeh borong lah kirenya makan angin dengan ahli keluarga. The Bujang's Belaka tu abang aku, ALMS tu aku n adik pompuan aku. JALMs tu anak buah aku. Well ahli keluarga ramai kan siap boleh buat group-group lagi hahahhahahahhaha..

So ke Vietnam atau Ho Minh Min ni adalah trip 3 saat yang mana. Bincang-bincang teros kena jadi dan fly lah kami ke sana sampai ahli keluarga lain tergamam sebab berlaku on da spot. Yang jeles tu tak sah cakap la..hahahahhaha..

Jemput baca travelog kat sini ye. dan part 2 kat sini 

5. Dan seterusnya aktiviti-aktivit random yang menemani ouls sepanjang tahun 2019. 


First time datang kat cup sleeve event. BTS pong BTS la. V pong V la. Yang penting boleh melepak di cafe sambil menghirup secangkir kupi

Random main kat KBmall. Orang akan kata aku baya2 diorang punya. So buat ape nak jadi orang berusia bila kita sedar kita muda remaja. eh.. hahahaha


Uncle Saaad in da houseee.. So, marilah kita ke Seoul Garden meraikan orang France..hikhik

This is memorable memory. Bertahun aku dan Mc Yang tak jumpa. Akhirnya kami bertemu di Kuala Lumpur 

With Saranghae Cinguya! Setiap kali turun KL acara wajib adalah lepak umah Fara which was my ex house hohohohooohoho.
 Bersama mereka muka bulat macam belon pon bukan suatu kutukan hahahaha. Antara resolusi 2019 yang tercapai adalah bersama mereka ini since 2014. We are sisterhood. Ukhuwah fillah till jannah

#tag "kadang-kadang mereka bercakaran kadang-kadang mereka berciuman" hahaha.
 Itu adalah quote by Ade Yunita Mafruhat bila tengok we guys duk menggila.


Oh ya.. Mok teh dah kawen tahun lepas ntah mana gambar aku tak jumpa cari hohoho.

Random Us is random. Mr Dakkgalbi untuk kali yang ke tujuh ratus enampuluh juta kali.


+++++

Kalu ikutkan memang berjuta-juta lagi recapnya.. tapi tak ape lah. Ni pun draf sejak dari awal tahun tak siap-siap. hikhikhik.

So cerita anda bagaimana?



link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...