marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Ahad, 24 September 2023

Jenjalan Ke KL: Majlis Konvokesyen MIHRM


 .: Assalamualaikum:.

Annyeong yorobun

Tima kasih ye encik atas gambar yang cantek~

Ingat tak yang ari tu aku amik profesional certificate HUMAN RESOURCE OFFICER MIHRM tu..

Haa.. Bila ouls dah complete course tu dan siap amik exam lagi, maka masa yang ditunggu-tunggukan adalah..

konvokesyen!!

Yeah.. Walaupun sekadar sijil tapi harus diketahuai bahawa semua ilmu yang kita peroleh layak untuk diberi penghargaan. Hanya kita sahaja yang tahu pengorbanan untuk mendapat ilmu ini. 

Jadi bila MIHRM buat majlis konvokesyen ni rasa wah la tapi malas lah pulekk nak pegi. Heh! 

Entahlah sejak omma appa sakit ritu rasa takut nak tinggal rumah, ni bila omma appa tiada perasaan tu terbawa-bawa jugaklah kengkadang tu. Tapi memikirkan why not memeriahkan majlis konvokesyen tu lantas cepat-cepat pegi register untuk tanda hadir nanti.

Majlis yang berprestig ini dibuat di Universiti Malaya bermaksud aku kena travel ke KL la citernya. Dah la tu awal bulan September iaitu 2 September 2023 bermaksud lagi aku kena prepare awal-awal la nak kena buat gaji orang keja semua itu yang melibatkan kerja-kerja aku. Dalam masa yang sama juga kat umah aku bakal berlangsung majlis kesyukuran sempena adik aku berkahwin. 

Busy kan..

Iye lah.. Aku kan bakal president negara Uganda, kenalah belajar-belajar busy.

Di sebabkan aku dah lama tak singgah umah my sister bila pegi KL, jadi untuk trip kali ini aku pown berazam untuk stay 2 hari kat umah my sister. Kang kecik ati kakakku yang sedia kecik itu bila adiknya yang ke duabelas ini datang ke KL asek stay kat hotel atau umah sewa lama. Tak  boleh camtu. Family is my priorit. Gettew.

So, jimat duit hotel bolehlah berjimba-jimba bila kat KL nanti ngee..

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, aku naek KL naik bas express Mutiara sebab my sister duk Gombak. Leceh klu naek flight sebab tempat turun nun jauh disana KLIA. Aku tak suka turun kat Subang so, not bad pun klu naek bas. Boleh la rehatkan badan (kononnya). 

For me, klu nak gi area KL dan seumpamanya dan tak rushing, aku prefer Bas express. Tapi kalau nak gi area Putrajaya dan seumpamanya dan rushing (macam balek hari), aku prefer flight. 

Naek flight ni kata je 1 jam sampai KLIA tapi tambah tolok dengan gate close la, nak kena check in la, kengkadang tu penat badan oh. Klu dari KB-KL tak pe, 5 minit je dari umah. Orang drop cenggitu pun tak pe. Tapi klu dari KLIA tu nak menapak sampai ke destinasi take time jugak.

Klu naek bas express, boleh la melenggang kangkung angkut semua benda tak penting pun tak pe. Sampai kat Greenwood (kalau turun kat Gombak) tunggu my sis and bro-in-law pick up. Dah sampai umah.

Senang.

So. Sampai Greenwood subuh, lepas subuh I is bersiap-siap lah untuk ke UM itu. Bersiap awal sebab ingat nak Grab je ke sana tapi my sis insist nak hantar..Nge.. Aku tak register pun orang untuk bersama masuk dewan konvo ni sebab berdasarkan 2 kali (eh 3 kali) pengalaman konvo, boring je untuk orang yang datang tengok.

Mujur ade kakak di KL


Alang-alang da dapat baju ni marilah kita wat mini photoshoot

Hadiah konvo katenyee

Naseb bek kak niey, abe Nazri + Sufiya datang, boleh la tolong-tolong I ambik gambar sebelum kena masuk dewan itu. Hee..

Duk syiok photoshoot tertiba brader ni kata 'saya ambil u pose saja'. peace laju je naik

 Planning hari ni lepas konvo, aku, AAB plus Fara nak gi melepak kat KL. My Seoulsisters mane boleh lupa guys. diorang ni pemangkin kehidupan. Konvo ni buat syarat je simbolik kepada ilmu yang telah aku peroleh selama 3 bulan memerah otak dan keringat belajar. Gittew.

Tak sangka pulak bilanjumpa kak long aka Arifah iaitu geng kursus FITEC 2018 pun konvo sekali. Terus gi duduk kat barisan yang sama. 

Tak sia-sia aku hasut kak long join MIHRM untuk second batch Kelantan, dapat kitorang konvo sesama ngee.

Maka awkward moment dapat dihapuskan apabila geng ada bersama

Batch 1 Kelantan

Laju jugak sillibus diorang ni aku nak dekat setahun baru konvo, diorang bulan 5 kalu tak silap complete kos dah konvo.

Credit offical MIHRM facebook hee~

We are done!

Selepas beberapa jam berlalu, aku pun dah berjaya menggenggam skroll certified HR Officer ni, maka upacara majlis istiadat konvokesyen beransur selesai. 

AAB datang lepas aku kuar dewan dah. Sengaja aku memang suruh diorang datang lewat. 

Spot my name
We did it!

Duk tunggu diorang sampai ni sambil duk tengok gelagat lautan manusia, AAB sampai. Punyalah mata dia duk tuju kat booth bunga sampai aku yang duk melambai tepi ni dia memang tertutup hijab la. 

Terharu oh bila AAB beli bunga sunflower walaupun majlis da berakhir. Da la tu beli depan aku. Dah nampak semangat dia pilih bunga tu aku pown pegi kat dia, siap tanya nak mana satu lagi. Rose ke sunflower. 

Romantik giles my Seoulsister nieh 😂. Me of coz la sunflower always in my heart.

trimas my lebeli seoulsistor.

"Kadang-kadang mereka bercakaran, kadang-kadang mereka berciuman"- Quoted by Ade Yunita Mafruhad masa kat Brunei sbb beliau kompius tgk Tge Saranghae Cingguya. Yelah, sebelum maghrib tu nampak bergaduh macam x de hari esok, pas maghrib nampak kitorang duk bersalaman dan berciuman macam tak pernah gaduh.. Hohoho..

Since pagi tadi Kak Niey dia nak beli bunga tuk aku tapi boleh-boleh dia lupa bawak purse maka my own sister dah buat aku kempunan dia ganti dengan beli kopi Wonda kat mesin air. Tu pun pakai syiling yang ada. Sadis betol. 

Hadiah konvo katenyee

Kalau kakak aku dah bagi pagi tu maybe aku tak bagi AAB beli tapi since kempunan aku  yeaa hepi bila AAB belikan aku bunga. Hahahaha.

Kenalkan my AAB

Love you till jannah, cinguya! 

AAB dah sampai, si Fara pulak ni manakah anda? Sambil-sambil tu marilah kita bergambar-gambar kenangan. Ada lima ratus juta gambar diambil, tapi macam biasa amik yang paling comel. 

Haha..

Mane si Fara ni~

Fara pulak sebenarnya dia ke-jem-an di lebuh raya. Kali ni Fara dah berBezza. So tak de dah la istilah merempit bersama. Lega oh. Klu tak aku join rempitz dengan jubah ni la. 

Sepanjang aku duk KL dengan diorang, merasa jugaklah jadi pembonceng rempitz di Kota Raya dan perasaan tu memang dahsyat. 

Mengumumkan ketibaan~...

Bila Fara da beli keta ni alhamdulillah wasyukurillah. Bezza dia adelah dalam 7 bulan dah kebersamaannya. Tu pun sebab mommy dia suh dia beli, boleh wat gi makan angin katenya.


Datang-datang wat hal
IMAGIN NUR- entah la~

So, di suatu petang yang mendamaikan itu, kemana arah dan tujuan kita?

Susah tol nak decide. Since kitorang ni kategori tak remaja mana, haruslah mencari tempat lepak yang slow-slow sikit sebab ye la. Tak seremaja dulu nak ke hulu dan ke hilir. 

One Utama destinasi yang menjadi pilihan sebab dekat dengan UM. But First jom kita makan sebab keroncong kasih sayang sedang berlegar-legar di ruangan peritoneum.

 Selepas pusing OU, maka ayuh la kita ke The Chicken Rice Shop, Bukan Sekadar Nasi Ayam.

Lapar oh!

Actually last kitorang jumpa adalah bulan 3 ritu diorang datang ke Kota Bharu. Ni bulan 9, banyak jugak gosip-gosip baru yang perlu diupdatekan sebab kitoarang pun da jarang-jarang wasap, biasalah komitmen memasingkan.

Yang selalu ada adalah reply wasap status. Tu pong kalau si Fara tu, hareeeeeeem nak up status. AAB lak alhamdulillah ade perkembangan dah, pandai dah up status. Klu tak asek diorang je la reply status aku.

Aku kan ratu up status. Barulah nampak hidup gittew. haha

Kitorang duk dalam mall dari siang sampai ke malam. Sempat jugaklah pegi kat secret Garden atas OU tu. Menarik.

Tetiba dalam mall berbatu ade taman flora dan fauna. Flora je la.. Fauna tu mungkin burung-burung yang bertenggek dan ikan-ikan dalam kolam serta serangga pelengkap suasana.

Selamat datang ke Secret Garden
Yang wangi itu bunga yang manis itu saya

Saya ke bunga?

Selain itu juga kitorang menghabiskan masa selama dua jam dalam kotak gelap untuk melatih vokal kot tahun depan boleh trio masuk Gegarrr Vaganza. Hahahaha. Lama tak test suara kat dorebang ni.. 

Alhamdulillah, memang sakit telinga guys. Aku nih klu nyanyi lagu kanak-kanak pun tak lepas apatah lagi lagu Jacklin Victor. Tapi tak tahan pilih lagu intifada untuk berhibur. Islamik la sikit..ngee..

Actually pusat karaoke kat sini tak de dark web mane pun. Dia macam dah jadi tempat hiburan keluarga dah kalau tengok suasana tu. Tak de gelap-gelap dan tempat dia sangat public dan cantik. Macam cafe pun ada. Lorong-lorong ke dorebang pun bercahaya. So, memang tak rasa insecure la bila duk sini. Nak kata tempat maksiat tu rasa dah boleh buang da kot tanggapan tu. 

Kita datang dengan kengkawan nge3.

So, torrbaekk. Uhuk-uhuk. 

Sakit tekak.

Pertemuan bersama AAB dan Fara berakhir jam 9.00 malam lebih kurang. Tu pown pas abes kat OU sempat lagi singgah solat maghrib kat mall baru kat area Kota Damansara. Aku rasa area Kota Damansara nih memang penuh dengan mall weh. Ape khabar agaknya e-Curve sekarang ye~

But again, KL. Kalau salah timing memang tak sempat la nak solat. Fara la.. aku tak pe bley jamak qasar..Hee..

air peberet Fara di kedai peberetnya

Sampai umah, mandi manda, ZZZzzZZzz.. Esok nak menempuh hari yang panjang lagi..

Untuk hari ke dua di KL ni, kita spend masa dengan family pulak. 

Sementelaah itu hari ni hari Ahad so, everybody ada kat rumah. Actually my sis ada 2 orang anak pompuan Auni & Sofiya. 

Jadi jomlah kita berjimba-jimba dengan family pulak. Dan macam biasa bila datang KL ni tak sah kalau tak wat lawatan ke IKEA.

IKEA Cheras lah sebab semalam dah bermain-main di area Kota Damansara kan. Lagi pun tempat makan di IKEA CHERAS besaq. Tapi besaq-besaq pun orang giles ramai. Ni datang awal-awal pun tempat dah full house!

Kemain datang awai. Tapi tak pe boleh lepak lama

Selesai makan-makan-makan, marilah kita ke destinasi utama iaitu untuk mencari lesung dan ulunya. Ngee..

Hai love~

Entahlah aku ni, dari zaman pak kadok lagi teringin dengan lesung dan ulu Ikea ni walaupun aku tau aku takdenya rajin nak tumbuk-tumbuk dalam ni nanti.

Tu la terpengaruh dengan cite Siam yang aku tengok masa sekolah menengah di mana scene tu adalah kawan dia bagi hadiah kawen, kemain berat.. Tengok-tengok hadiahnya lesung dan ulunya.. ngee.. Terbawak-bawak cite tu sampai ke hari ini. Oh my brain!

 Ni bila dah lama nak dan alang-alang sudah di sini, kena grab. Kalau tak beli dia akan mengganngu selebrumku sampai ke sudah.

Tapi-tapi-tapi~ 

Aacane nak wat balek tu pikei kemudian sebab berat dia nauzubillah.

Awal bulan duet da selamat jalan kekasihku~

Duk seronok menjamu mata bermain-main dengan barang Ikea kat showroom, tetiba kakak aku pulaaak datang idea rajin pegi beli set pinggan mangkuk untuk abang aku yang ke 10 yang baru naek umah baru. 

Aii..Ai.. Ai..Siapa yang kena wat balek?? (tunjuk diri sendiri sambil redhoo dan pasrah)

Memang seharian jugaklah duk kat IKEA tu.. Makan pown dah lama mana, sahkan duk dalam gedung tu kan..

Tapi benda tak abes kat situ, sempat lagi gi Eco Shop kat Selayang. Korang paham-paham la aku nieh. Aku dan Eco shop berpisah tiada. Mesti nak jejak walaupun x membeli. Dan baru ku tahu kat Ecoshop sini ade Bakery Shop. 

Huiihh.. Tapi memandangkan perut aku dah kenyang maka, hanya ku simpan semua roti-roti yang ku nampak lazat itu di ruang selebrumku semata.

Petang tu dah kat rumah dan sempat la aku goreng nasi sebab tak tahu nak buat ape. Ni lah aku sekarang. Otak dah nampak rumah dah.. Dah nampak nak main masak-masak kat rumah. 

Bahaya betol orang yang baru dapat dapur ni. Dia lain macam sikit.

Belok bahu ambo~

Malam tu kak Niey sekeluarga hantar aku ke Stesen Bas kat Greenwood yang first time dalam hidup aku tunggu bas kat tepi jalan cenggitu. Aku heran orang duk kutuk stesen Bas KB tapi stesen sini lagi teruks. Haha terkutuk pulak. 

Malam tu nak jadi citer bas agak delay la. Dah la first time menunggu bas kat Greenwood, dah rasa macam gelandangan pun ade dengan gelapnya, dengan ramai orangnya, dengan bawak barangnya.. Hahaha.

Tapi alhamdulillah, sampai je bas aku pecut masuk dengan kesemuaan barang-barang tanpa gagal. Misinya adalah tido sampai depo.

Bangbil datang amik, dan oh rumah.. Ku rindu padamu tanpa gagal. Lepas solat subuh kita take a nap sekejap sebab jetleg nge3. 

Sambil bersiap-siap nak pegi kerja sempat unboxing hasil tangkapan di Ikea dan teros susun atas rak na..

Nampak tak semangat pertiwi dia cane.

Spot my adelston

Abadikan setiap tulip sehingga saat akhir di rumah

Overall, itulah cerita lawatan aku ke KL. 

Tapi tak sure pegi untuk konvo atau pergi untuk jimba-jimba hikhikhik.. Yelakan, lama dah tak berjimba-jimba di Kota Raya cenggini walaupun destinasi yang sana setiap kali tuju ngeeeee..~

btw, I am Certified HR Officer 😁😁😁

Hi, It's me~



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...