marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Khamis, 23 Mac 2023

Human Resource Training Program ditaja penuh oleh JPK dianjurkan oleh MIHRM & RIS LEARNING

 .: Assalamualaikum:.

Anyeong yorobunduel.

 

Salam Ramadan kareem kepada seantero pembaca blogku ini.


Alhamdulillah. Tak sangka first day of puasa aku tergerak hati nak mengarang di sini.. ngeee..

Bukan ape.. actually posting ni adalah draf yang bertajuk je. content memang tak de.. kekeke.

So alang tu marilah kita membiarkan jari jemariku menari diatas keyboard ini walaupun ada kerja-kerja menunggu untuk disettle kan.

Actually aku kena buat call beberapa jabatan.. Tapi memandangkan hari ni aku da banyak bersuara dalam perhimpunan khas Ramadan dan WAR team, jadi aku macam penat da nak berkata-kata. Jadi saat ini biarlah jari jemariku yang berbicara.

Eh..boley gitu eh.. hahaha. ape-ape je la.. Korang layan je la 10 perangai aneh aku ini.

So, berbalik kepada tajuk posting kita ni. HR training atau Human Resource Training yang aku sertai ni adalah sponsored by government di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Bila disponsored ni maksudnya aku tak payah bayar ape-ape asalkan follow program ni dari awal sampai habes. Program ni dianjurkan oleh MIHRM.

Alah.. macam program SL1M tu la lebih kurang.

Amenda MIHRM ni weh.. 


MIHRM ni Malaysian Institute of Human Resource Management. Benda berkaitan dengan  HR ni boleh take advice kat sini sebagai pengamal HR. Manakala program aku join ni adalah professional certified! menarik tak?..Haa kalau nak join boleh usha-usha website diorang.. Link di bawah yaa~

MIHRM

Actually kalau nak join personal memang agak pricey jugak la kos nya.. ada la dalam RM7000/pax. Benda free kita kena lekas-lekas grab. Tinggal nak bagi komitment kita je lebih kurang 4 bulan camtu. 


So.. No pain no gain.

Maka start dari submit beberapa dokumen wajib (Resume, copy ic, copy of highest academic qualification, letter of company support dan surat pengesahan bekerja), maka dapatlah email tahniah anda berjaya selepas beberapa minggu.

First class

Happy kepalang bila berjaya nih. Yang bestnya program ni dibuat khas untuk kelantanese je. Jadi locationnya di Kelantan jugalah. Jadi tak perlu aku bersusah payah untuk book tiket fight or bas untuk ke kelas yang bakal diadakan selama 4 bulan lebih dan kurang. Program ni adalah first program untuk Kelantan dan secara tak langsung we ouls jadi 1st batch. 

LDK pertama

Lebih kurang 24 peserta untuk batch 1 kelantan yang join program ni. Kebanyakan yang join orang Kota Bharu tapi nak tau kelas kami dibuat kat mana?? TOK BALI PASIR PUTEH!

Hahahha.. punyalah jauh kena drive tiap2 minggu sejam perjalanan tapi still ok dari buat kat KL or luar dari Kelantan. Kebanyakan peserta dari Kelantan dan ada beberapa orang dari Terengganu. OK la tu kan.

Banjir dan Pilihan raya pun sanggup diredah demi training ini okeey~  Semangat tu kena tinggi hahaha 

Kelas mula bulan Oktober dan kitorang berdepan dengan 8 module setiap 2 minggu. Module tiap-tiap minggu agak best la berkaitan dengan bidang kita so boleh la cerna lebih-lebih lagi trainer yang berpengalaman yang handle kan. Budak-budak kelas pun ramai yang masuk air. Penat kadang-kadang tu nak layan celoteh diorang. Main-main gak tapi setiap kali kelas, setiap kali tu la ade exam untuk module sebelumnya..

Naya pak karim.

Tapi Ok ok je sebab trainer sporting kan. Kadang-kadang boley open book sebab benda HR ni kalau tak berkaitan dengan AKTA everything is up to you.

Kat sini ada benda-benda yang kita da tau tapi belum tentu paham, haa.. sangat berguna untuk take note. Untuk kepentingan company ouls la jugak since HR ni adaalh crucial part jugak dalam organisasi. Hang la tukang cari orang kerja, nak rekrut lagi, nak bagi training lagi, nak kena amik tau hal ehwal pekerja, performance diorang, kena talk lagi, dan banyak la perkara yang boleh dibincangkan dalam kelas ni.

For me yang dah bertahun duk dalam bidang ni memang rasa best la dengan sesi dan module yang diterima. Macam part OSHA, HRDCorp, PERKESO tu semua dalam tangan la sebab aku folo benda ni dari awal2 dulu lagi untuk HR company.

Ni serba sedikit la pasal HR training class ni. Yang aku nak berceritanya adalah pasal hari terakhir bersama program ini dimana lepas habis training module bulan 12 tahun lepas tu, kitorang sekali lagi berdepan dengan exam secara bersemuka dengan pihak sponsored iaitu JPK. Ini adalah klimiks program la sebab waktu ni evaluation markah diberikan kepada peserta on da spot. 

12 Mac 2023 baru ni adalah tarikhnya yang mana lepas aku abes fun run baru ni, malam tu aku berkejaran naek bas. Da la pihak learning centre bagi date on the spot, memang tak prepare sangat la untuk pegi naik KL. Iye.. untuk exam ni kena naek KL. 

Memang tak kuasala nak drive sebab lagi penat. Dan aku bersama 2 orang lagi geng kelas buat pakatan untuk pegi balik hari. Gile tak gile da lama tak buat camni. Hahahha.

Dengan kaki yang sengal2 sakit sebab fun run tu maka naek la aku ke KL dengan harapan dapat markah asal lulus pun boley la. Buat raso2.. Tak ke satu kerja pulak kalu tak lulus kena retake exam balik. Dah tu kena datang KL lagi. Aku pun tak tau kenapa aku muak gi KL sekarang. Hahahaha. 

Mungkin tahun lepas aku kerap gi sana masa wat TransPRK mata kot. Jadi aku da malas. Ke sebab aku trauma dapat covid lepas balik KL ritu? hurm entah la. Tapi aku rasa sebab aku bimbang kat mommy kat rumah. tu yang aku tak sanggup nak gi jejauh..lama-lama.

So..study la aku dalam bas sekadar berharap lulus dalam kesengalan kaki itu.. hee..

man jadda wajada

Sampai TBS subuh-subuh, so lepas solat subuh dan bersiap semua, tujulah kami bertiga kedek-kedek dengan grab ke Bukit Jalil sementelaah dalam email kata exam start pukul 8.30 pagi pada hari sabtu (kennot brain belom awai nau!)

simple breakfast sebelum berjuang
dalam grab. muka bercahaya tu paling penting.

Sampai sana rata-rata bebudak batch 1 Kelantan memang da berkampung di situ sejak awal pagi. Semangat takkk??.. Usai pukul 8.30 pagi management pun bagitau exam start pukul 10 pagi. 

Eh..tak ke hangin jua itu.. Kitorang ni da la tergesa-gesa datang sini. Ingat Bukit Jalil ni sepelaung je dari TBS. isk.

Tapi tak pe.. kami kan budak baik jadi redho je la.. sambil membuat bising dan havoc sikit kat situ hahaha..

Geng budak buas

Jam berdetik 10.00 pagi laju je budak-budak ni tekan komputer masin-masing dan buat assessment yang di minta. Aku pukul 11 lebih da siap da. PAstu aku jugaklah orang first pegi interview session dengan pegawai PJK tu. Overall tak de ape yang sulit pun kecuali debaran di dada bila tengok semua berdebar-debar jantungkuuu... hahahha.


Exam berakhir dalam pukul 2 ptg camtu. Alhamdulillah result cantekkkk.. lulus cemerlang alhamdulillah. Dan aku terkebil-kebil sambil pikei aku nih memang pengumpul sijil ke.. hahaha. Sijil apa nak lagi?

alhamdulillah

UPSR. PMRU. PMR.SPM. Matrik. Degree. Master.  SKM tahap 1. SKM tahap 2 ?

Tapi tak leh lawan dengan pegawai yang interview aku tu lagi lah.. dia ade 2 PHd, 4 Master .. 😁

Pihak management hajak kitorang lunch kat Resort hape ntah kat area situ. Ape lagi nyiru kami tadahkan. Oh ya.. yang datang exam ni 14 orang, yang bakinya tu akan amik exam next week. 


Tetiba kamcing dengan Kak Nik Fazira selaku management RIS Learning tu. Sebab nama Nik punya pasal. Dia suka menyakat pastu aku nih jumpa geng memang join the group la. Tapi ah kak ni siyes baek la.


Petang lepas makan boley2 dia hajak aku pegi Pavillion Bukit Jalil ajak gi karaoke la ape la.. Aku awal-awal tu memang takde niat la nak melepak kat mana-mana sementelaah itu aku just duk ingat 4 fingers kesayanganku kat KL Central. 

Setiap kali datang KL aku selalu bayangkan aku makan 4 Fingers.Tu je feeling yang pujuk aku supaya datang exam ni.

Pandai dia bodek budak2 yang join aku balik nanti supaya join dia punya program, jadi diorang start tanya aku, jadi tak nikki? dengan muka puppy eye~

Habis alasan da aku cakap kitorang kena gerak awal, tiket bas pukul 8 blablabla agar dia tau aku pas abes makan ni nak dismis nak gi KL Sentral.

Tidak berakhir disitu sesi pujuk memujuk last-last aku mengalah la sbb skrg ni da pukul 5 ptg da ni.. Gi KL Sentral pun lambat sementelaah itu jalan of coz jem + KL Sentral dengan TBS lagi jauh kalau banding dengan Bukit Jalil. Hampeh kan..

So, follow la diorang gi Pavi Bukit Jalil. Baru bukak katanya. Part karaoke tu tak jadi lah sbb idok le aku nak klu bukan dengan saranghae cinguya. Ingat aku ni berjiwa terbuka nak pilih lagu pun berejam. Nak nyanyi dengan diorang lagi.. memang hidok le.

Kitorang sekadar window shopping sahaja lah dalam pavi besar gedabak tu. Kaki sakit weh + tido ayam dalam bas + otak tak function sangat sebab penat.. Kau rasa kitorang larat nak mengukur jarak kelebaran pavi tu dengan pakaian formal lagi ni.

Main-main kat sinilah

So, sebelum maghrib camtu bila kak Nik kata dia pun nak beransur, I is lega. Hahhaha. Next time la akak kita ronda-ronda KL.. ngee..

Kak nik ajak masuk area Jepun town.

So lepas tu kitorang amik grab pegi TBS sambil aku kesedihan mengenangkan 4 fingers ku yang tak sempat aku kunjungi dan memikirkan bila kapan lagi aku akan merasainya...

Sampai TBS, kitorang solat dan bersiap untuk balik. Bas pukul 10 malam camtu. Aku pun da tukar baju yang lebih selesa la selepas malam td tak berapa nak tido. 

Pakai baju camni selesa sikit bila malam kan

Sebelum naik bas sempat la lepak makan kat KFC di TBS tu sebab lapar jugak ni. Tadi waktu makan lunch tu aku tak de la beria nak makan sebab aku duk pikei nak makan kat 4 fingers. Siap meal aku bagi separuh kat orang. Hahaha. dah tu sedih tak dapat 4 Fingers.

Sadis benor. Ayam kepsi pun ayam kepsi lah.

Yang penting tak sabar nak naik bas dan ZZZZzzzZzzz...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...