Anyeong yorobun, anyeong!
Minggu ni agak kebusyan sikit dengan kerja-kerja opis. Baru je mengomel keja da settle terus bertimbun-timbun kerja datang. Huhu..apa boley buat.
Perasan tak akhir-akhir ni ramai yang kedemaman (bhasa apa ini?).. budak opis aku lepas sorang-sorang kedemaman.. Naseb baek je diri ini masih lagi mempunyai anti bodi yang tinggi... Gittew..
Pengalaman demam kena covid dulu pun macam trauma sikit, so sekarang ni aci je macam rasa tak sihat teros makan vitamin.. huhu.. Klu macam aneh sikit.. okey la penadol la.
Dulu aku ingat aku demam camane pun, never let penadol slide in my throat orang puteh kate.. Tapi belajar lepas kena covid.. makan je laa kalau tak 3 hari la duk atas katil, monyok~
Mudah-mudahan covid or demam lupakan aku.. Langsung tak berkenan kat aku. Hohoho.
So, sekadar nak update blog sahaja sebab aku perasan ade je pengunjung datang to .: From My Heart:. ni rupenya. Hai guys.. jangan segan silu drop komen ye..
Sempat~
Bukan ape, ritu kawan adik aku rupenya mengusha blog aku adik aku gtau. Adik aku punya style jenis low profile, jenis fb pun tak berupdate, klu wat video tiktok pun mana ade muka.
Berlawanan dengan style aku yang ...Hmmm..
Aku ni jenis, kalau jumpa kat luar aku bukanlah spesies extrovert, aku tau sengih je biasanya.. dan agak kakulah citenya..atau pun invisible..
tapi dalam dunia maya, aku boleh kire jenis ada di mana-mana.. Nama lagi ADA.. memang kena wujud disana sini la~ HAHAHA.. Tengok blog jela.. orang lain rasanya tak rajin update macam aku nih.. kalau ada jarang sangat lah kot. Korang yang ade blog tu ce cek last korang update bila?? ngeee
ada di mana-mana menghantui anda~ |
Nak tanya..
Korang penah amik personality test MITB tak? Tak penah??..Tau tak amenda personality test tu.. tak tau?..
Ok tak pe.. korang tekan link ni untuk lebih lanjut..
Aku suka untuk share dengan ouls pasal test ni sbb dalam pada kita so hard nak please people or hard nak blend well dengan orang.. lebih-lebih lagi introvert (macam aku), sering kali bertanya-tanya kenapa susah nak blend well dengan orang, rerupanya kita nih ade certain perangai yang secara azali atau alami atau semulajadi memang kita jenis yang macam tu.. tak bley masuk~
Orang nampak macam aku well blend tapi sebenarnya aku ni trying hard untuk berada di sesuatu keramaian dalam tempoh masa yang tertentu. Aku lepas sejam masih lagi di situ, sama ada aku well blend atau aku dah toing-toing nak kena pegi somewhere untuk recharge energy hoho
Ha.. macam complicated je explaination aku kan.. tak pe.. korang try la buat test kat link tu.. Mudah mudahan kena dengan personaliti korang dan korang tau what the best for oulss..
Macam aku.. sejak beberapa tahun yang lampau test aku klu tak INFJ, dia akan jd INTP atau INTJ haa..camtu la.. memang susah nak lekat yang lain.. tapi aku lebih INFJ sejak beberapa tahun yang lalu dan aku pun memang masuk dengan peneranagan INFJ dan melantik aku sebagai INFJ. Hahaha.. Rare species katanya.
Bila aku buat personality test, aku akhirnya memahami aku dilahirkan dengan perangai-perangai yang aku mampu untuk jadi diri sendiri dan boleh berkemandirian hidup walaupun rare spiesis~
Spesies INJF ni susah sikit sis. Dia introvert, tapi jiwa dia extrovert.
Aku memang berkawan dengan circle aku je dari dulu sampai sekarang
Dan dulu zaman sekolah rendah aku hanya ada sorang je best friend forever iaitu Nabila yang aku kenal dengan dia sejak 10 hari lepas aku lahir atas dunia ni (over)~
Sebab dia anak kepada pengasuh aku zaman kecik hahaha. Aku lahir 23/6. Nabila lahir 1/7 pada tahun yang sama dan kitorang sekolah dari PASTI sampai sekolah rendah sama.
Umah dekat, tu la teman aku bermain dan bergaduh. Rekod paling lama gaduh hanya 3 hari sahaja dan paling pantas 5 minit sahaja.
Tapi lepas sekolah menengah masing-masing sekolah lain dan take me a year n two untuk blend well dengan orang lain dan jumpa best friend forever yang second iaitu Mc Yang.
Aku sekelas dengan mc Yang masa kelas peralihan (sekolah Agama Arab kat kelantan zaman aku ada kelas peralihan). Tapi hujung tahun baru betul2 BFF sebab dia banyak story2 dengan aku pasal My Fair Princess pastu kumpul collection My Fair Princess dan blablabla..
Aku rasa masa sekolah menengah kalau Mc Yang tak approach aku memang aku rasa aku aku tak de BFF la.
Aku ni lucky sebab ada orang yang jenis extrovert selalu kutip aku ngeeehh.. Mungkin aku nih spesies yang suka menjadi telinga orang kot. Jenis yang comfort orang A kot..huhu
Oh, masa waktu sekolah menengah ni aku ade la kengkawan lain jugak selain geng aku, cuma keserasian tu dia tak sama vibe macam Mc Yang la.
Jangan silap paham.. Aku ni friendly je.. Banyak je geng.. cuma aku jenis tak layan orang sangat 😂😂😂. My bad.
Masa matriks, uni aku ada geng.. tapi kawan sampai situ je la kan.
Masa zaman kerja aku nasib baek sebab jumpa kak Nisa.. Kak Nisa kutip aku dalam keramaian orang, Kalau tak meraung aku kat KL sengsorang.
Masa zaman master kat USM, aku jumpa Aniem. Haa.. dengan Aniem aku mmg BFF lah sampailah kenal dengan saranghae cinguya AAB, Fara, Dila dan bebudak lain. Memang masuk air semuanya..
Masa zaman USM kire da pandai bergaul, da pandai adapt dengan suasana. So, Bab2 berkawan dengan kanak-kanak rebina ni A la sebab well blend orang kata. Siyes masa zaman USM adalah zaman paling aku suka. Hidup tanpa beban yang ntah pape.. hahaha.
Contohnya sekarang la.. Aku mane ade BFF kalau bukan kawan-kawan lama aku. Tapi ramai da kawen so kita kena la pandai bawak diri. Sekarang kawan dengan geng-geng yang single dan mingle jela. Kawan baru silih berganti so no worries.
Tu baru dari segi introvert aku yang mana aku tak suka sangat berkawan dengan orang unless dalam program or aktiviti keramaian yang aku solo. Kalau dalam group aku nih jenis malas bercakap dengan orang sbb aku kira da wakil la kat orang lain utk berkata-kata. Perangai sungguh kan.
Tapi..tapi..tapi.. Bila aku dah start selesa, kenal orang tu, rasa macam suka, I can give you million information if I am happy with you~~~ even orang tu tak mintak pun.. dan 10 perangai aneh aku pun akan keluar bersama 😆😆😆😆
Ciri-ciri INFJ ni camni la lebih kurang.
Introvert -
energized by quiet time alone. Macam talipon kena caj, jangan guna. Guna time tu dia tak akan dapat kesan yang optima
iNtuitive -
See pattern and possibilities. Sebab tu aku memilih kalau nak benda-benda ke nak buat ape ke. Nak bagi energy masuk dengan persekitaran pun tooks me years. And aku only understand things work by experience compare to theory.
Orang kata aku suka ikut teori, tapi sebelum aku terjemahkan teori tu aku da wat beberapa research da..
Korang bodek la aku camane pun kalu aku tak de perasaan kat sesuatu benda tu, memang tak de harapan la. Tapi kalau tetiba je aku nak, I 'll try my best to get it. Kalau tak dapat jugak aku da berpuas ati. Tapi kalau aku ade peluang next time, aku akan buat lagi..
Contohnya dulu aku nak sangat main bungee jumping. Selalu duk riki-riki dengan abang aku jom pegi try. Tapi masa aku naek banana boat ntah aku rasa x fun pun, so lama-lama aku tak nak la main bungee jumping tu sebab mesti tak fun. Dia macam ade kaitan, tapi tak de... Haahahhahaa.
Tapi aku suka flying fox tu.
Feeling -
To tell you the truth I am a feeler dan too sensitive. Tapi aku buat-buat cool je.. Hhahahaha.. dan aku memang jenis ikot perasaan sket kalau nak buat paper.
Sebab tu kengkadang aku gaduh ngan diri sendiri jugak 😂😂😂😂😂. Sebab aku as a feeler memang ikut perasaan la tapi bcoz my life guide menebal dalam jiwa so, kenkadang diri sendiri pun tak setuju dengan benda aku nak buat.
Naseb baek intuitive aku tinggi. Jadi boley la balance dengan perangai aku yang ntah pape..~
Judging -
I am always somehow jenis judging. Ni antara sebab aku boleh benamkan perasaan ntah pape aku menjadi apa-apa.. hahahaha. Dia judging ni bukan benda buruk tapi dia lebih kepada berkira-kira.. Kalau buat macam ni result dia macam ni ke atau macam lain. Biasa aku tengok result dulu baru aku selidik benda disebalik yang terjadi.
Aku pun akan judge orang based on last experience dia, aku nak kawan
dengan orang pun aku akan judge jugak baik buruk aku kawan dengan orang
tu.
Contoh la kan. Aku kawan dengan orang ni, took me a month to understand behavior orang tu. Lepas tu ada la benda-benda yang orang tu buat lain dari kita punya kebiasaan, so aku akan tengok la past experience yang jadi kat orang tu yang menyebabkan dia begini supaya aku tak accuse orang tu sesuka hati. At least ade la sebab dia kan, so kita nak marah ke nak terasa hati ke tak de la klimiks sangat.
Last-last suka hati kau la budak~ not my business.
Sebab tu aku kata aku jenis susah nak adapt dengan sekeliling dengan cepat sebab aku perlukan masa untuk hadam dan paham benda.
Nak pegi memane pun aku judge dulu benda ni memberi kesan yang baik tak untuk aku. Sebab aku ni tak suka benda yang boleh mendatangkan keserabutan untuk masa akan datang. Aku paling tak suka kalau orang ubah planning tanpa bagi tau aku. Geram tau.
Agak aneh kan.. Tak, aku tak salahkan orang, aku hanya menjadi aku.
Sebab tu orang kata susah nak memahami aku. Aku sebenarnya tak perlu dipahami. Cukup hanya sekadar biar aku buat benda aku nak. Kalau nak tolong atau nak join aku silakan tapi kalau nak down kan aku no way sebab aku dah on the track.
Cold never bother me anyway.
-----------------
Dan bila kau selalu dapat cold treatment, kau menjadi kau. Tapi once,bila satu masa kau dapat good gesture treatment, kau selalu termiss sebab kau treat treatment tu macam kau dapat cold treament.
Dan bila kau termiss leading the treatment, kau menjadi confuse, tak tahu yang mana satu.. dan ...
That's the sad part of being me 😪😪😪
Tiada ulasan:
Catat Ulasan