marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.
Memaparkan catatan dengan label me. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label me. Papar semua catatan

Rabu, 4 Februari 2026

Recap 2025

 .: Assalamualaikum:.

Anyeong yorobun deul.

Aku rasa 2025 aku berlalu dengan begitu saja. Tak de ada yang significant selain aku cuba mengisi kehidupan aku dengan idea yang spontan.

Sejak beberapa tahun ni, entah ke mana hala tuju, seriously aku pun main redah je. Dia dah hilang spark. Main buat ape yang terlintas sebab tu aku isi dengan pegi jenjalan. Tak leh orang cakap jom, aku sambut terus tak fikir panjang..Huhuh

Contohnya trip aku ke China. Ke Yunnan. Bila kak nisa basi-basi ajak pegi tanpa fikir panjang teros aku transfer bayar booking. Hohoho. Nak kata banyak duet tu tak de la sangat, tapi perasaan nak lari dari kebosanan yang membungkam tu lagi kaya. Duit boleh dicari... Ngeee..

Lagipun kerja-kerja, simpan-simpan bebanyak pun nak bagi kat sapa? Hew Hew. Baik aku babysit diri sendiri. Takkan nak bagi kat LHDN aje.

Err.. okey. cam biasalah. mukadimah yang panjang dan merepek.. Kekeke

Btw, kalau recap aktiviti 2025 yang berlangsung dalam hidup aku memanglah agak berisi.

First, awal-awal tahun aku pasang kabinet dapur yang aku beli kat shopee sendirian berhad. AKU PASANG SENDIRI berbekalkan ilmu kemahiran hidup masa sekolah rendah.. dan youtube.

 Aku ade kilang buat kabinet dapur, tapi sebab atas loteng ni pakai lantai kayu aku kena cari cabinet kalis air so, bila usha-usha ade jual kat shopee. Laju aku order. 

Haa.. ni bila semua balik of course la rumah i jadi tempat berkumpul

 Elok, cuti sekolah kak Niey balik bercuti kat kampung. Nasib baek operasi pasang kabinet settle sebelum family kak niey tiba so tak de la bersepah rumah beta dengan benda yang tak siap.

Seronok bila tengok umah kita contain dengan adik beradik

Kalau depa balik, mesti diet hancus sebab boleh kata every day 3 kali sehari keluar makan-makan.

Sempat jugak pegi ke Jeram Mengaji main air sungai sambil picnic. Bab-bab picnic tak yah cakap la. Set camping lengkap.

Jeram Mengaji di awal tahun

Bulan 2, abe (anak buah sulung lelaki) bertunang. Ank buah dah bertunang, makciknya bila?. huhuhuuhu

Cikda cuba amik berkat orang bertunang

 Aku ingat bulan 2 juga aku ade jugak pegi Thailand dengan adik beradik. Hepi bila dapat guna buku merah. Ye la. Buat bukan main tapi tak pakai is suatu pembaziran. hihihi

Nak gi jenjalan sambil singgah rumah waris (anak angkat arwah tokku Som) kat pondok. Dia mudir kat pondok di Pattani. So dapatlah aku jenjalan ke Selatan Thailand dengan family abe Yom & family abe Din.

Pondok Baba Syukri

To be honest, family aku ada waris dekat Thailand ni, tapi yeah.. macam biasa. Aku mana kenal sangat. Hahahha. Biasa bab penyambung silaturahim ni bagi kat abe din, kak na dan kak bie yang expert. We ouls amik tau camtu je la.. Hiks. Tapi kengkadang abang2 ipar aku lagi expert kenal waris belah ayah atau che. Anak-anak?? errr..

Kat Pattani ni sempat la duk semalaman, gi lawat peninggalan masjid-masjid lama dan paling best pegi menyelam bundle. Hahahhaha. Hakimah paling excited menyelam bundle. 

Penat tunggu diorang shopping

Aku duk melilau aje. Pastu berebut nak beli beg sandang kaler kuning dengan maisarah, anak buah aku. Dia menang. Aku pulak sembat sambar apron dan wind breaker kuning. Hepi bukan kepalang.

Dengan adik-beradik n anak-anak buah ni memang kitorang sekepala. Walaupun gap umur jauh, tapi maaf la makciknya ini jiwa remaja. Orang lain busy pampered anak, aku busy pampered diri sdiri.

Disuatu tengah hari yang panas ceng ceng
Hana redo je dapat makcik yang camni

Part yang kelakar lagi, part pegi beli selipar crocs. Punyalah folo bila sorang-sorang beli sampai diri sdiri pun nak jugak walaupun aku ni species tak pakai benda baru kecuali benda tu aku bosan atau rosak.

Sejak bila bukak kilang selipar ni

Sebab pakat duk beli, lantas aku pun nak jugak. Sebab jenama ADDA. kekekeke. Pink pun pink lah!

FOMO bila bersama mereka!

Ada jugak hari bosan sedunia, abang aku, abe e buat program main badminton siap booking court siap sedia hadiah lagi! Memang random. Terpaksa la aku main badminton.

Siap ade yuran penyertaan dan banner oh

 Aku ni nak kata pandai main badminton tu memang jauh panggang dari api, tapi demi permainan, kita lawaaaan! hahahhaa. anak beranak je dalam court tu memang bising dan meriah dan seronok

Lepas tu puasa menjelma. Oh, seminggu sebelum puasa, aku mintak tukang buat lanskap baru kat rumah. Masa aku gi Thailand baru ni terinspirasi dengan cafe2 depa yang banyak buat style simple garden. Dioarang tabur batu putih aje kat laman dengan pokok-pokok hijau. 

So dengan cuaca yang panas terik, pemandangan dia macam diawang-awangan. So, demimu laman rumah, dari jadi hutan amazon tanpa dirawat helok aku buat padang jarak padang ketekukur dengan letak batu-batu camtu. Lagi sedap mata memandang.

Bulan puasaku agak membosankan. Hanya malam aje terisi dengan solat terawih di umah abe Yom & tadarus dengan geng online. Kalau dulu-dulu buka puasa meriah sebab bersama ahli keluarga tapi sekarang dah sorang-sorang. 

Thanks to Najwa untuk aktiviti tadarus ni

Kadang-kadang rasa nak nangis aje bila waktu berbuka. huhuhuhuhuhuhu.  

Tetiba kena pegi Kemaman untuk hantar dokumen di suatu hari di bulan posa

Sekali sekala ade la berbuka dengan ahli keluarga tapi tu la.. Dia tak sama dengan dulu-dulu punya.

First bukak posa ramai-ramai hari Jumaat kat Madinah Ramadan
Kak Long ajak di bukak posa kat sekolah Mariha kat Tanah Merah

Solat magrib dulu sebelum pulang ke rumah
Tawarih kat umah abe Yom berjemaah bersama-sama

Hujung-hujung ramadan baru terasa bila ramai balik dan berkumpul.

2,3 hari sebelum tamat ramadan
Last day posa semua ada kat kampung halaman yang permai

Raya cam biasa. Tak de ape yang special mana. aka Bosan. Sedikit gambar di hari raya pertama. Compare dengan raya-raya yang lepas, tahun ni paling membosankan sebab tak de kerja-kerja merewang untuk di buat. Gi umah kak long abe Yom hari pertama raya, kejanya duk bergmbar

Warna tema kelaut semua. Hahaha yang ade family boleh la sama. Yang single mingle ni same dengan KA jelaa
Naseb baek cikda pakai masker tiap malam, rasa comel disisi MUA Shark

So, aku pun pergi la China. Hikhikhik. Nak tau cherita ku ke China sila baca di posting yang lalu. Hikhikhik. (baru ciao sampai kat Li Jiang. Dali, Kunming belom lagi. 

Dapat kawan baru trip ke China

Tu pun aku tak tau nak story morey tak cite mengarut yang jadi kat sana. Tengok la cane mood beta. Nanti kita spill the tea.

Ni Hao!
Lama sangat duk Yunan rasa nak tukar kerakyatan dah

 Seminggu, dua minggu, tiga minggu, kebosanan menghantui hidupku lagi lantas aku ajak my third bro, abe din sekeluarga," jom la abe kito gi healing kat pulau". Sementelaah time tu dah masuk musim panas, sesuai untuk bermain laut ini. 

Berderat ramai-ramai is heaven

Bukan takat family abe din aje, family kak na pun tak ketinggalan untuk join sekali. Abe e nak join tp ain dalam pantang. Harap maaf la. Ahaksss.

So, projek onz, kitorang (family abe din 3 ketul, family kak na berketul-ketul plus hakimah). Adik bongsu tak leh tinggal la sebab we ouls je gegurl yang single. Harap dia tak kawin sebelum aku kawen la. Klu tak memang bawak diri la aku. Huhuhu

Kitorang pegi healing kat Pulau Redang amik pakej hari je. Tido kat Kampung Mangkuk, esok hari naek pegi Kuala Terengganu. Buat ape? entah la labu.. saje menghabiskan diesel d-max hahahaha. Eh.. Kitorang gi tengok citer Gayong time ni. 



Hikhikhik

Balik dari Terengganu, minggu depannya anak saudara lelaki sulung pulak berkahwin. Majlis belah keluarga lelaki. So, mengembleng tenagalah ouls untuk majlis sebab, like always, majlis kenduri kendara ni nak tak nak memang akan buat Dalam Pagar. Sementelaah itu abe ni anak abe aku no 2 yang mana umah dia pun memang dalam pagar yang sama. 

Cikdabila?

Maka selamatlah ouls mempunyai anak saudara yang baru, Wawa. Ni perkahwinan anak saudara yang ke dua la dalam sejarah. Diha dah kawen awl tahun 2024. Siap dah ade anak lagi. 

Bahagian Jo Kako bekwah

Makciknya?? Doakan aje lah guys. I pun dah mereput duduk keseorangan ini. ahahaha

Sempat lagi abe E buat pulak kejohanan badmintan sebelum Hari Raya Aidiladha. Asal boleh main je bebudak ni. Ore kato ado meney. Sama sungguh aje dengan orang jo nyambut. Supportive family ore kato.

Masa raya qurban pulak, pulak Rumah Dalam Pagar berjaya menumbangkan 3 ekor lembu. 3 ekor ni aje bahagian adik beradik. Tahun ni aku pun join serta untuk amik bahagian. Beramal di hari raya. Pahala dapat, ukhuwah pun dapat.

Tukang gulai la sangat~

Lepas tu sambutan bufday. Hahahaha.. niat dihati bukan nak wat sambutan besday pon. Makan-makan petang bersama keluarga. Dulu masa che ayah ada, meriah belah petang. Selalu je ouls adik beradik berhimpun untuk berbual bicara. Tapi dah alang-alang tu kita celebrate la besday ahahahhaha. Semua last minute. Laksa pinang pun main order je dengan kedai. Kek beli 1, suprise 2. Gittew. Terasa di sayangi. 

Sebab rasa disayangi I hadiahkan diri sendiri smart TV kat umah. Abe Din tolong pasang. Bab2 pasang memasang barang eletronik, memang keja abe Din sejak dahulu kala.  Hihihi . Yeaa. Umah da ada TV selepas 2 tahun duk tengok pakai LCD home threather. Hiks

Selepas 2 tahun pakai LCD smart TV kita tukar Smart TV lah pulak

Tu baru separuh tahun ek. Pastu masuk je separuh tahun lagi, kitorang gi Golok balik hari. Hadoi la. Memang tak de keja betul la. Masuk Golok semata-mata nak amik feel gi oversea. Gi try cafe-cafe kat sana dan of course la menjejaki stesen minyak yang ade 7E. Entah la. Entah tak entah sempat rembat skirt kembang kat kedai baju 1. I is cannot.

Dan bulan 7 jugak, Didi (anak saudara) pun masuk KKTM. Hari pendaftaran saje mengekor abe Yom untuk daftar Dee kat situ. Kak long tak leh gi jadi macam biasa, cikda is offering herself as tribute. Ahaks. 

Besar doh Di Di. Dulu (loni pun) manjo lagi nga makcik dia

Btw, ni first time cikda ngata anak saudara gi daftar. Yang sebelum-sebelum ni, cikda was not there. Sebab Didi ni kat Pasir Mas Lubok Jong tu je, so, I was all in. Ngeeh

Join gi relly kat KL, Dah lama tak join so why not!

Also, sebab memang bosankan... Aku pun join jugak Fun Walk Che Siti Wan Kembang by SUK. Lupa dah bawah exco mana. Tapi yang penting subuh-subuh lagi dah duk kat Masjid Muhammadi sebab kat situ akan jadi starting point. Turut sama of course Maknea plus Kak Biey & Jida (anak saudara).

Hai hai hai

 Aktivti-aktiviti cenggini memang kena join supaya badan tak berkembang dengan jayanya.. ahahahha

Andddd.. After that, aku ada anual trip dengan The Saranghae Cinguya pegi ke Jakarta & Bandung. Hehehehe.. Ni pun lepas beberapa kali kena push bila nak gi jenjalan. Of course la 3 ketul ini stay together lagi sebab 3 ketul ni masih single forever. Isk.

Tiga ketul ni aje yang available sebab yang lain dah kawen & beranak pinak

 Jadi marilah kita florishing ourselves. Tak lama, dalam 4,5 hari camtu je. (Kalau rajin akan ada posting travelog menyusul naa).

Dari Kiri: Ade Yunita Mafruhat (amboi, nama penuh nampak), Me, Fara & AAB

Oh, selepas 10 tahun, we ouls jumpa Ade Yunita Mafruhat. Budak Misdev 14 batch kitorang. Dialah yang pencetus kepada tagline The Saranghae Cinguya

" Kadang-kadang mereka bercakaran, kadang-kadang mereka berciuman". Nama The Saranghae Cinguya pulak diberi oleh Mira Misdev14 masa kat Medan sebab asek duk tengok kitorang beragam dalam bas, sikit-sikit duk cingu cingu (masa ni baru nak beramah mesra dengan budak-budak Misdev14)

Balik dari trip, company buat prgram leadership pulak. Bab bermain.. Onz. Tak kesahla jawatan ape aku kat situ hahahhaa. 


Daann.. tak lama lepas tu buat besday celebration my first brother with my third sister in law. Abe Yom & kak chik kongsi tarikh besday yang sama. Since Kim Kimi buat internship kat KB Smoke House, maka, memang berfine dining la ouls malam tu dengan adik beradik + anak saudara yang ramai. Full house restauran.

Hai bea
Pi besday kak chik

Bulan 9 aktiviti slow skit. Ade pun pegi ke Festival Textile kat Istana Balai untuk tengok kesenian warisan Kelantan dengan my abe yom's family. PAstu banyak settle urusan-urusan kerja sambil berderat. Ahaks

Tengah panas cengceng pun boleh ajak pegi taman. Dah sapa suruh tak de mall kat TM
Meeting 

Tapi entah apa yang merasuk abangku. Selain acap kali ke Selatan Thailand, kitorang juga acap kali pegi ke Terengganu. Tak dok meney cari meney 😂. Just jenjalan macam tourist gitu je. Siap pegi melawat pasar payang lagi. Ahaks

Waktu ni ain abes pantang dan bangbil balik cuti sekolah

Abe Mie dapat cabutan bertuah dapat pakej pegi Umrah. Dia mengajak jugak kot sape2 kitorang adik beradik kot-kot nak join dengan travel umrah dia ni. Since aku rasa dah lama nak gi buat umrah. Inilah peluangnya. Ada mahram rasa secure sikit. Hakimah pun nak join mengukuhkan lagi perasaan membuak untuk menjadi ibadurahman ini.

Secure booking, umrah nanti bulan 11. So, bulan 9 ni kitorang banyak pegi kursus kat Masjid Jelatang Kaabah. Tak sabaq baq hang!

Tapi tapi tapi, sebab dah lama tak jumpa anak-anak buah yang berada jauh di mata dekat dihati, tetiba buat idea untuk gi jenjalan main kat Genting Highland. Invitation asal untuk geng ALMS & JALMS & SALMS je since they area now already besaq2 mengalahkan makcik makcik mereka dan based diorang sekarang sama ada KL & kuantan, so aku dan hakimah kepingin untuk berjalan-jalan. 

 

ALMS & JALMS & SALM

Nak gi KL macam bosan aje sebab tak de tempat lepak selain area Putrajaya ataupun IKEA. So, marilah kita keluar bermain anak-anakku. 

Mula-mula ALMS & JALMS & SALM, tapi tetiba bangbil nak join. Abe E nak join. Of course Hadi (anak buah baru aka suami Diha) turut sama join. Tetiba anggota group bertambah huhuhu.

bab main semua A
Yang jadi mangsa jaga budak2 ni makcik lah.mujur sayang klu tak pegi hayun kat games dah

Tapi sebelum gi JJG (Jalan Jalan Genting) aku dan hakimah juga enrole program mendaki gunung stong. OMG. Hahahahhaaha. Kitorang enrole bulan 7 lagi tapi UBES tangguh bulan 10 baru betul2 jadi. Since aku pun memang kena training jalan jauh nanti untuk umrah dan kekal fit, yeah.. Let's hike ! 

Dengan menghadirkan diri join program hiking ni, means aku dah pun menunaikan wishlist yang tergendala lama dulu. Tapi wishlist tu setakat nak naik Kem Baha je. Huhuhu. Takpe. Ni lah orang kata Nak betis bagi paha. Eh.

Tapi sempat pula pergi merungkas gunung stong huhuhu

Lepas naek gunung, me and family join pulak  Fun Walk for Palestine

So busy oh!

Masa yang di tunggu-tunggu. Bulan 11 menjelma. So, ayuh, umrah lah kita. Seronok. Paling best dalam tahun 2025. Harap nanti dapat buat travel log jugak lah.


Dan last Bulan 12. Sekali lagi pegi China. Kali ni ke Guangzhao. Yang ni urusan keja. 

 

So, memang pack 2025 ku. Tapi betullah. Even pack, aku still alone.

Ottoke? 

Naseb baek anak-anak kak long balik kampung, bulih cikda wat steamboat party

 

Mr. Jodoh, when will you come and lead the way?

Sabtu, 27 Mei 2023

No Word but I got plenty to said!

 .: Assalamualaikum:.

Annyeong yorobun.

Paling membencikan bila benda tak de la complicated mana, tapi dah jd bercelaru macam puzzle yang bersepah pulak jadinya.

First aku paling tak suka nama aku kena petik dalam bab yang tak berkaitan. Make me need to explain from the beginning and you expect people wnt to listen it?

Secondly, I hate third party connection. Very much!

That's why everything I did by myself without involving other third party because obviously the information that I want to convey will change a bit. Or worst part, totally change. 

For example, we are the victim at first, but because of third party that we trusted we become like villian. 

Pulakk~

Tapi bila benda dah jadi, enjoy je la nak buat apa lagi. 

But somehow memang aku jadi tak puas hati lah kot~

Benda dah nak rapat kepada conclusion, alih-alih ade orang lain tolong buat conclusion. Dah la tu cerita direct kepada POV dia. Cerita kita, POV dia.. What the ???

Awal-awal suruh bagi kerjasama banyak alasan, tak kuat, tu la ni la.. Tapi bila sampai masa ehhhhh.. kita jugak yang kena.

Padahal kita da cuci tangan, hanya fokus kat life sendiri. Orang memang dari awal lagi memang gitu pun layanan dia, x de kaitan dengan aku pown, tapi nama kita pulak naek. Aduss. 

And the second party pulak seolah-olah innocent. Macam benda yang dia buat itu benda yang terpaling betul atas dunia. Tanpa rasa bersalah, tanpa rasa malu. Dah alang-alang jadi camtu, datang lah confront me.

Susah lah macam ni. Dah la aku ni spesies overthinking sampai ke planet Pluto jauhnya. Sorang buat perangai camni.. dua orang buat perangai camtu. 

Korang kalau nak team up, team up la betul-betul. Jangan aku terpalit dengan benda bersegi-segi camni. Aku dah bagi peluang ni dah kenapa nak petik nama aku pulak. 

Kalau bebetul kawan, dia tak akan makan kawan. Dia akan steady je sebab dia tau tu kawan dia. 

p/s: heran la.. benda-benda cenggini ingat zaman sekolah je yang jadi rupanya bila besaq pun jadi jugak.

      Lupa. Dulu mana sempat nak buat perangai-perangai cenggini ~




 


Sabtu, 28 Ogos 2021

Review Produk : Nano White

 .: Assalamualaikum:.

Anyeong yorobun

Pose popularku 2020

Masuk bulan ni dah 8 bulan aku guna Nano White skincare. Sangat memberangsangkan perubahannya. Well kalau kita stick dengan satu-satu skincare dalam tempoh lebih dari setengah tahun means skincare tu menjadilah dengan kulit kita kaaaan!

Seriously aku memang happy sangat bila parut sporo makin hari makin nipis kat muka. Yang tak tahu camane kulat sporo boleh hinggap kat muka boleh baca kat sini. 😥

Tahun lepas walaupun luka sporo dah berjaya dikekang tapi parut peninggalannya..masyaAllah. Sangat menakutkan. Bayangkan muka yang helok tetiba terpalit parut sebesar duit syiling 50 sen . memang rasa insecure. 

Insecure insecure pun membelek muka di cermin tak pernah jelek😆. Konfiden kena tinggi baru up senantiasa. ngeh..

So dalam rasa tak secure tu aku pun try la macam-macam petua dan cara untuk mengembalikan kecantikan wajah. Menangis bila terkenangkan kulitku tulus dan mulus dahulu kala~tapi bila dah jadi gini.. ibarat jadi macam putera Wang So yang terbuang dan tersakiti. 

Hai.. Saya lah Putera Wang So itu.

Kemuncak rasa macam jadi Wang So bila balik dari Pulau Perhentian. Muka time tu burn dan parut pun jadi gelap dan timbul. Fuh lagilah rasa insecure tahap infiniti. Muka dah la hangit tambah pulak parut isk.

So, masa tu ade akak yang suggest buat dermapen. So, of coz. I buat. Ade orang promote some products untuk hilangkan parut dekat drugstore, yes. I beli! Flevettes is my night sweets. Demimu parut yang jelek. Tak hingin jadi Putera Wang So.

Tapi tu lah. Nak kulit elok balik, tapi just main pakai skincare yang dipromote, apa diaa. Orang promote bio oil, kita sapu bio oil, orang promote vit c oil kita buh vit c oil. Orang promote shaklee kita order shaklee.

Lepas buat dermapen sekali dua, kulit muka jadi elok tapi parut still ade..
Ni awal bulan Disember 2020..

Mula-mula cam wahh.. ade la perubahan tu.. tapi lama-lama.. keseluruhan n kulit nampak muka start kering merekah, gelap dan pigmentation start buat onar. Dengan kata lain kusam dan tak sihat.

Pesen amik gambar camni. Kalau boleh lubang hidung pun nak di zoom kann...

Masa ni memang kulit muka agak kusam. Sadis dengan diri sendiri hurm..

Sangat teruk. 

Memang waktu ni rasa malu ngan cermin. sob sob sob. (Baru rasa jelek dengan diri sendiri huhuhu)

Terfikir-fikir produk ape yang seswai dengan mukaku buat masa ni sebab Safi, cosmodern, dan lain-lain macam dah tak functions dah ni.

Sedih kan.

Teringat yang waktu muda remaja dulu aku pernah guna produk Nano White.

Zaman study kat USM dulu. Adelah dalam 5 tahun lepas kan. Bagus produk Nano White menurut aku dulu. Aku stop pakai sebab masa tu Nano White susah nak dapat kat kedai.. Abes tak de stok je kat Watson. Sebab tu aku kembali kepada Safi Balqis. 

Skincare yang aku constant pakai dari sekolah menengah sampai uni produk Safi, Syahirah, Garnier Kuning(sebab masa ni terpengaruh ngan kak ija (heliza helmi) dan Nano White dan Hadalabo (tak menjadi sgt kat aku)

Lebih kurang tu je selain yang sesaje aku test. Produk merkuri timbang kilo pernah gak kena hahha. Tapi seminggu je sebab aku tak suka texture cream dia yang ntah pape.

Macam Safi Balqis pula menurut aku lah kan, Safi ni elok untuk kulit yang dah elok atau jerawat sikit2 camtu. Untuk kulit jadi cerah je.. Untuk parut cam aku ni tak efektif sangat. 

Tapi citer dia, muka aku berparut teruk Safi Balqis tak mampu merawat dari dalam.

That's why lah aku kembali mencari Nano white sebab stok Nano White macam selalu ade je kat drugstore area rumah aku. 

Tanpa ragu lagi maka, aku start pakai Nano White exactly pada tarikh 1.1.2021. Haa tu dia. Aku igt la sebab hujung tahun tu bufday my omma.

2 minggu lepas pakai produk Nano White

Produk Nano White sangat elok untuk merawat kulit muka aku. Dia punya menjadi tu rasa happy sangat. Takut jugak just menjadi awal-awal je macam produk aku pakai sebelum ni kan.. Tapi ternyata..

Makin hari makin menunjukkan kesan yang baik.

3 Minggu selepas menggunakan Nano White.

Muka dah ketara cerah. Kulit kusam tu dah tak de dah. Jerawat yang tak surut tepi hidung dah tak muncul dah. Pigmentation bawah area mata pun makin kurang. Kulit kering tepi bibir pun dah makin elok. Sooo Hepi.. 💃💃💃


Selepas sebulan..

Alhamdulillah. Kulit muka menjadi makin sihat sangat-sangat. Kire dah mencapai tahap hydration yang betul (kalau tengok dengan mata kasar hehe).

Anyway, aku sebenarnya ada study lah sikit sebanyak pasal penjagaan kulit muka before pakai Nano White ni. Sebab dah tau dalam Nano White ade ingredient yang baik utk protect skin barrier, untuk tambah hydration kulit dan untuk kurangkan pigmentasi. Kirenya aku pakai produk Nano White ni atas dasar pengetahuan la. Gitteww.

Tiktok dan youtube helps me a lot pasal tips penjagaan kulit muka ni tau. Tapi review pasal produk Nano White tu macam tak banyak sangat.Here we go for the Nano White skin care Review. Biar aku yang  menceritakan kepada semesta betapa kagumnya dengan Nano White ngeee..

Antara first few products Nano White yang digunakan waktu bulan Feb 2021.

Satu lagi. Sorang aunty cina promoter kat Watson yang suggest pakai Nano White ni. Dia cakap Nano bagus. Aku tau dia promoter Nano White of coz la dia promte barang dia tapi the way dia wat aku yakin untuk berabis duit beli product ni memang aku ingat la. Klu tak time tu aku ingat nak beli Wardah.. Atau Safi .. (lagi)

Me on Mac 2021

Sorry my face kinda boring sebab aku bukan jenis yang suka pakai make up. Tak reti sangat nak buat eyeline kat mata atau pakai contour atau highlight cam orang lain😅

Basically my make up rountine until foundation je. Even sekarang compact powder pun dah tak pakai. 

Foundation, lip gloss tu je yang aku pakai kalau hangpa tanya make up aku 😂. Jimat banyak.

 So, let me tempek gambar perubahan kulit muka sepanjang guna product Nano White

Beza Memang berbeza!

Bayangkan setahun aku ambil masa untuk kurangkan parut sporo tu. Alhamdulillah sangat memberangsangkan produk Nano White ni. Yelah, sebelum tahun 2021 masuk aku memang dah try banyak produk lain last-last produk tu rosakkan skin barrier muka aku huhuhu.

Sekarang bila skin barrier dah ok, kulit dah hydrated dan cerah rasa senang hati. So sekarang masa untuk hapuskan parut yang kian pudar itu. Hope berjayalah!~

Raya Haji 2021

Feeling happy sebab dah boleh pakai shawl style pin kat belakang.. Hew Hew. Antara style shawl yang aku selalu gayakan (dulu). Sepanjang kena sporo ni aku memang rasa insecure pakai shawl. Bawal je. hee.

Introducing the latest me~

 

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...