.: Assalamualaikum:.
Anyeong yorobun
Pose popularku 2020 |
Masuk bulan ni dah 8 bulan aku guna Nano White skincare. Sangat memberangsangkan perubahannya. Well kalau kita stick dengan satu-satu skincare dalam tempoh lebih dari setengah tahun means skincare tu menjadilah dengan kulit kita kaaaan!
Seriously aku memang happy sangat bila parut sporo makin hari makin nipis kat muka. Yang tak tahu camane kulat sporo boleh hinggap kat muka boleh baca kat sini. π₯
Tahun lepas walaupun luka sporo dah berjaya dikekang tapi parut peninggalannya..masyaAllah. Sangat menakutkan. Bayangkan muka yang helok tetiba terpalit parut sebesar duit syiling 50 sen . memang rasa insecure.
Insecure insecure pun membelek muka di cermin tak pernah jelekπ. Konfiden kena tinggi baru up senantiasa. ngeh..
So dalam rasa tak secure tu aku pun try la macam-macam petua dan cara untuk mengembalikan kecantikan wajah. Menangis bila terkenangkan kulitku tulus dan mulus dahulu kala~tapi bila dah jadi gini.. ibarat jadi macam putera Wang So yang terbuang dan tersakiti.
Hai.. Saya lah Putera Wang So itu. |
Kemuncak rasa macam jadi Wang So bila balik dari Pulau Perhentian. Muka time tu burn dan parut pun jadi gelap dan timbul. Fuh lagilah rasa insecure tahap infiniti. Muka dah la hangit tambah pulak parut isk.
So, masa tu ade akak yang suggest buat dermapen. So, of coz. I buat. Ade orang promote some products untuk hilangkan parut dekat drugstore, yes. I beli! Flevettes is my night sweets. Demimu parut yang jelek. Tak hingin jadi Putera Wang So.
Tapi tu lah. Nak kulit elok balik, tapi just main pakai skincare yang dipromote, apa diaa. Orang promote bio oil, kita sapu bio oil, orang promote vit c oil kita buh vit c oil. Orang promote shaklee kita order shaklee.
Lepas buat dermapen sekali dua, kulit muka jadi elok tapi parut still ade.. |
Ni awal bulan Disember 2020.. |
Mula-mula cam wahh.. ade la perubahan tu.. tapi lama-lama.. keseluruhan n kulit nampak muka start kering merekah, gelap dan pigmentation start buat onar. Dengan kata lain kusam dan tak sihat.
Pesen amik gambar camni. Kalau boleh lubang hidung pun nak di zoom kann... |
Masa ni memang kulit muka agak kusam. Sadis dengan diri sendiri hurm.. |
Sangat teruk.
Memang waktu ni rasa malu ngan cermin. sob sob sob. (Baru rasa jelek dengan diri sendiri huhuhu)
Terfikir-fikir produk ape yang seswai dengan mukaku buat masa ni sebab Safi, cosmodern, dan lain-lain macam dah tak functions dah ni.
Sedih kan.
Teringat yang waktu muda remaja dulu aku pernah guna produk Nano White.
Zaman study kat USM dulu. Adelah dalam 5 tahun lepas kan. Bagus produk Nano White menurut aku dulu. Aku stop pakai sebab masa tu Nano White susah nak dapat kat kedai.. Abes tak de stok je kat Watson. Sebab tu aku kembali kepada Safi Balqis.
Skincare yang aku constant pakai dari sekolah menengah sampai uni produk Safi, Syahirah, Garnier Kuning(sebab masa ni terpengaruh ngan kak ija (heliza helmi) dan Nano White dan Hadalabo (tak menjadi sgt kat aku)
Lebih kurang tu je selain yang sesaje aku test. Produk merkuri timbang kilo pernah gak kena hahha. Tapi seminggu je sebab aku tak suka texture cream dia yang ntah pape.
Macam Safi Balqis pula menurut aku lah kan, Safi ni elok untuk kulit yang dah elok atau jerawat sikit2 camtu. Untuk kulit jadi cerah je.. Untuk parut cam aku ni tak efektif sangat.
Tapi citer dia, muka aku berparut teruk Safi Balqis tak mampu merawat dari dalam.
That's why lah aku kembali mencari Nano white sebab stok Nano White macam selalu ade je kat drugstore area rumah aku.
Tanpa ragu lagi maka, aku start pakai Nano White exactly pada tarikh 1.1.2021. Haa tu dia. Aku igt la sebab hujung tahun tu bufday my omma.
2 minggu lepas pakai produk Nano White |
Produk Nano White sangat elok untuk merawat kulit muka aku. Dia punya menjadi tu rasa happy sangat. Takut jugak just menjadi awal-awal je macam produk aku pakai sebelum ni kan.. Tapi ternyata..
Makin hari makin menunjukkan kesan yang baik.
3 Minggu selepas menggunakan Nano White. |
Muka dah ketara cerah. Kulit kusam tu dah tak de dah. Jerawat yang tak surut tepi hidung dah tak muncul dah. Pigmentation bawah area mata pun makin kurang. Kulit kering tepi bibir pun dah makin elok. Sooo Hepi.. πππ
Selepas sebulan.. |
Alhamdulillah. Kulit muka menjadi makin sihat sangat-sangat. Kire dah mencapai tahap hydration yang betul (kalau tengok dengan mata kasar hehe).
Anyway, aku sebenarnya ada study lah sikit sebanyak pasal penjagaan kulit muka before pakai Nano White ni. Sebab dah tau dalam Nano White ade ingredient yang baik utk protect skin barrier, untuk tambah hydration kulit dan untuk kurangkan pigmentasi. Kirenya aku pakai produk Nano White ni atas dasar pengetahuan la. Gitteww.
Tiktok dan youtube helps me a lot pasal tips penjagaan kulit muka ni tau. Tapi review pasal produk Nano White tu macam tak banyak sangat.Here we go for the Nano White skin care Review. Biar aku yang menceritakan kepada semesta betapa kagumnya dengan Nano White ngeee..
Antara first few products Nano White yang digunakan waktu bulan Feb 2021. |
Satu lagi. Sorang aunty cina promoter kat Watson yang suggest pakai Nano White ni. Dia cakap Nano bagus. Aku tau dia promoter Nano White of coz la dia promte barang dia tapi the way dia wat aku yakin untuk berabis duit beli product ni memang aku ingat la. Klu tak time tu aku ingat nak beli Wardah.. Atau Safi .. (lagi)
Me on Mac 2021 |
Sorry my face kinda boring sebab aku bukan jenis yang suka pakai make up. Tak reti sangat nak buat eyeline kat mata atau pakai contour atau highlight cam orang lainπ
Basically my make up rountine until foundation je. Even sekarang compact powder pun dah tak pakai.
Foundation, lip gloss tu je yang aku pakai kalau hangpa tanya make up aku π. Jimat banyak.
So, let me tempek gambar perubahan kulit muka sepanjang guna product Nano White
Beza Memang berbeza! |
Bayangkan setahun aku ambil masa untuk kurangkan parut sporo tu. Alhamdulillah sangat memberangsangkan produk Nano White ni. Yelah, sebelum tahun 2021 masuk aku memang dah try banyak produk lain last-last produk tu rosakkan skin barrier muka aku huhuhu.
Sekarang bila skin barrier dah ok, kulit dah hydrated dan cerah rasa senang hati. So sekarang masa untuk hapuskan parut yang kian pudar itu. Hope berjayalah!~
Raya Haji 2021 |
Feeling happy sebab dah boleh pakai shawl style pin kat belakang.. Hew Hew. Antara style shawl yang aku selalu gayakan (dulu). Sepanjang kena sporo ni aku memang rasa insecure pakai shawl. Bawal je. hee.
Introducing the latest me~ |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan