.: Assalamualaikum :.
Annyoung Yorobun.
|
Happy birthday to me!
|
Oh, baru aku perasan tak de pun post pasal my birthday day kat sini.
adududududu. So tak pe. Start from now i'll make sure ade post la pada
hari tersebut. Even jauh bulan pada tarikhnya~
So besday I tahun ni tak de ape yang menarik pun
sebenarnya๐. Tapi tetap nak buat post walaupun tak de ape yang menarik๐. Tapi tak
de la tak menarik juga. Menarik la juga untuk dikenangkan.
Sebab apa? Sebabnya pada hari dimana usia ku berganjak itu ku telah mencabarkan
diri untuk membuat 10 biji pizza italio mamacita neaga ayayayaya~ homemade untuk ahli keluargaku
terdekat. Plus terchenta.
Namun.. Namun..Namun.. keadaan rumahku kini tak seperti sedia kala. Tiba-tiba ada padang jarak padang terkukur di situ ya..
|
My dad lepas discharge hospital katanya nak buat reno rumah. Terus dipecahnya ruang area lapang tu.
|
|
Makan pagi terakhir di ruang dapur rumah sebelum rombak
|
Waktu ni PKP sebenarnya so aku ingat nak buat surprise delivery kat umah
masing-masing sebab umah adik beradik aku ni dalam pagar yang sama je
sebenarnya. Takat nak pegi delivery food tu tak yah pakai surat MITI pun
ngeee. Tak de roadblock juaa hahaha.
Namun, itu hanyalah planning yang berkira-kira di ruang synap otakku tanpa
ku terjemahkan kehendak itu secara realitinya..
Nak wat delivery food umpama panda konon,padahal rumah aku ni every single day di setiap petang adalah tempat berkumpulnya adik-beradik aku dengan anak-anak buah aku kat dapur sementara
rumah ni. Ingatkan bila keadaan dapur yang ibarat setinggan itu tidak sudinya orang menyingggah namun telahan itu langsung tidak mengena.
|
Dapur sementara kat luar rumah |
|
Makin menjadi-jadi pulak diorang berkumpul. Kadang-kadang jadi macam kedai tomyam Siam. Kadang-kadang menjadi kedai kopi tokyo. Bila tiba musim buah dan macam dusun pun ade juga. Tapi paling sadis waktu hujan. Ni kalau orang tv3 datang harus masuk Bersamamu.
|
Tak muat ๐
|
Jadi, planning untuk delivery tu aku
kuburkan di benak ini dan kemungkinan tahun depan boleh buat lagi. Jika diizinkan waktu dan tempat.
Aku macam biasa, kalau ade pape planning nak buat aku kena jot down sebab kemungkinan benda tu menghilang terbenam dalam benakku. So bila ade notes camni boleh la jugak menjadi rujukan. giteww
|
Tiap kali nak wat pizza tiap kali tu la cari resepi wat doh. ahaks
|
|
Aku camni lah. Kena lukis dulu sebelom nak buat pape ๐
|
Walaupun delivery pizza tak jadik tapi planning untuk buat pizza itu tetap berlangsung. Jadik! Barang-barang ak dah beli siap-siap kot. Aku start berperang didapur nan indah itu sejak pukul 11 pagi lagi. Demimu pizza. 10 biji kot.
|
Doh pizza dah siap ditebarkan
|
|
Mamacita.. |
Sorang-sorang tau.
Dari zero tau.
Sikit lagi nak jadi orang Itali tau.
|
Kebakaran sikit sebab oven duk jauh dari tempat tebar roti
|
Paling tak tahan dapur kat belakang, tapi nak membakar kena berlari ke depan rumah sebab oven kena letak kat depan sebab plug kat belakang tak de ๐
Nak kata aku buat ni nak celebrate birthday tu
tak de la. Just makan petang bersama ahli keluarga terchentaaaaaa pada 23 Jun 2021.Beramai-ramai. Macam biasa. ahaks.
|
lepas makan kita cari pelangi senja
|
Tahun tak de sape sudi nak bagi hadiah. Sadisnya. Tetiba rindu saat kerja kat Skali dulu. Makan-makan kat
Sweet Tree pastu diorang wat suprise party kat aku.. huhuhu..
|
rindu geng spikers kat Skali |
Hm.. Sedar sikit dah tua. Sobs.
Tetapi tidak mengapa. Sebab aku sayang diri sendiri maka aku pun suruh shopee hantar hadiah tuk beta. Dari Nikki untuk Ada. bhahahaha.
|
Mini fridge for my room
|
Mentang-mentang la dapur jauh buat pantry kat bilik hahahhahaa
Nak tengok video aku berhempas pulas wat pizza? Sila folo me on Tiktok..ngeee~
+++++
Oh pi besday tuk my twin lain tahun jugak ๐
Okey lah.. post ni kita share dua sebagai tanda ingatan tulus ikhlas plus sorry la bab tak wish besday tuk dia ritu. Bukan tak ingat tapi buat-buat lupa.. hee..
Kan da bagitau busy duk menguli pizaaa... hee~
(macam la dia baca blog aku~)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan