marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Khamis, 19 Ogos 2021

Pluviophile

.: Assalamualaikum:.


☔Pluviophile (n) : A lover of rain. Someone who finds joy and peace of mind during rainy day.

Signs that you are Pluviophile:

1. Feel relax and comfortable when it rains

2. You find dark sky is beautiful

3. You love walking in the rain

4. Rainfalls significantly alters you mood and make you happy instantly

5. You like rain gazing

6. The sound of rainfall is most relaxing ans smoothing on your ears

7. You love the smell of rain

8. You tend to sleep a lot better on rainy night 

9. You are secretly a shower addict

etc..

+++++

Aku rasa introvert sejenis yang suka hujan. Cam aku? 

Sape introvert, sape suka hujan, Sape INFJ.. Kita geng!.

Beberapa hari ni cuaca mendung dan hujan selalu mencurah kat bumi tuhan ni specifiknya kat bumi Kota Bharu, Pengkalan Chepa ni la. Maybe seluruh Malaysia pun sama. Entah aku tak sure. Adakah cuaca pun bersedih dengan apa yang terjadi kat negara kita? 

Dengan hari-hari kes covid-19 yang kian meninggi, dengan anti-vaksin yang duk kondem vaksin, dengan politik negara yang tak tahu mane penyelesaiannya. Huuu. Haru biru nak pikeikan semua. Tapi nasib baik aku bukanlah presiden negara Uganda untuk memikirkan agenda dan konspirasi yang berlaku kat dunia ni.

Baik aja aku teruskan hidupku merindui pada yang tak sudi dan dengan itu dapatlah aku mengait dengan penuh keazaman dan banyak tempahan masuk 

lantas poket aku kecing kecing~

Bijak tak otak business aku. Ambik kesempatan atas perasaan sendiri. Ngeee..

 

Jap.. Aku tengah nak story morey pasal pluviophile kan? Dah kenapa kena melalut pasal benda lain eh?😂. Haa..Gitu la gitu.

So, cite dia pasal kecintaan kita kepada hujan. Entah bila je hujan, aku tetiba rasa best je. Dia macam kita rasa calm dalam dada. Misal kalau aku tengah drive.. Pastu hujan.. Feeling dia rasa nak drive sampai ke hujung jalan. Merenung jauh ke luar jendela.Tak berkalut fikir pasal benda lain. Best feeling ever. Tapi jangan sampai tetiba ade keta kat depan or belakang wat hal la.. Klu tak.. habis mood pergi..ahahaha.

Tak pun bila duk dalam bilik tengah crochet or doing something bila hujan mencurah-curah aku suka sangat pakai stokin, pasang fragrance, pastu merayap masuk dalam selimut dan tido~.. ahaks.

Best feeling ever.

Dulu aku takut kalau nampak kilat atau bunyi kilat. Tapi kontranya aku suka hujan + ribut. Ntah kenapa aku bila hujan dan ribut aku jadi rasa calm sangat. aneh gile. Tapi sekarang aku dah tak takut bunyi kilat tapi takut la jugak kan benda camtu hahahaha. Kalau hujan ada kilat aku boleh tido nyenyak huhuhu.

Oh dulu aku takut gelap. Kilat pastu gelap double takut. Masa study dulu aku bukan species stay up memalam so aku akan tido before roommate aku tido. Tapi bila dia tekan je suiz nak tutup lampu auto aku terjaga sampai dia dah tau dan tolong pasangkan lampu tido aku before tutup suiz lampu bilik. 

Sweet kann 💓

Sebab bila aku dah terjaga sampai ke subuh la aku tak leh tido. Sebab tu aku tak suka stay up. Aku nih ibarat cenderella la tak leh after 12 PM. Dia jadi tak betol. Ngee 

Kengkadang aku suka main hujan. Kitorang kat umah ni siap boleh berpakat jom main hujan walaupun dah besar panjang. Lagi kalau abang aku yang sejenis suka menyakat. Boleh dia duk sembang-sembang elok-elok dia gi prank tolak masuk lopak air 😆.

Bila sorang dah basah yang lain apa lagi. Tu belom tengok part anak-anak buah aku yang mata dah berbintang dah tengok lopak air ibarat Sunway Lagoon. Dapat greenlight camtu teros la main tak igt dunia.


Tapi hairan jugak baru bulan 8 tapi dah start hujan macam musim tengkujuh. Hmm.. Kenapa ya?  

btw aku suka 😙😊😊



 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...