marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Ahad, 5 Disember 2021

Oh My Gigi!

 .: Assalamualaikum:.

Anyeong yorobun!

Pernah tak korang rasa sakit gigi yang gile punya sakit? Rasa sakit dia tu lebih rela hati disakiti la dari gigi disakiti. Aku penah!

Tibe~

Oh ya. aku bangga dengan rabbit teeth aku okey~

Minggu lepas hentah la mengapa. Bangun dari tido rasa berdenyut-denyut gigikuu~. Tapi buat dono je la ingatkan macam sakit-sakit biase yang tetiba datang tetiba hilang tuu. Kot la malam tadi aku bermimpi kunyah lamb chop kot sementelaah dengan itu hujan mencurah-curah tak berhenti dari malam sampai pagi so aku ingat gigi aku ngilu sebab sejuk. ~

Ade ke camtu eh? 

Hentah la. Sebab seingat aku lepas kejadian aku buat MOS bertahun dulu (2014 maybe) gigiku senantiasa sihat dan cergas. Tiada unsur-unsur berlubang or masalah gigi. Aku bangga kot ngan gigi sendiri yang gagah perkasa~

Tapi bila sakit ni berterusan. Aku panik! Aku tidak mengerti! Aku kaget!

Tapi still once doesn't simply care sakit ke idok teruskan hari-hariku seperti biasa. Sementelaah aku agak busy dengan keja-keja kat opis.

Hari pertama..

Hari Kedua..

Hari ketiga..

Aku tunggu-tunggu jugak agar dia sembuh sendiri sakit itu sebab menurut firasatku mungkin ini adalah ulser. Tapi sakitnya berpanjangan. Serius aku tak tau nak buat ape. Sakit dia dah menjadi bukan kepalang sampai malam-malamku terganggu sebab sakit gilesssssss tapi tak tau nak wat camane. (Tapi makan tok talla~)

Sakit dia aku tak leh nak brain sampai sanggup aku kekah bunga cengkih aku walaupun tahu je la bunga cengkih ni sedapnya hanya bila buh dalam sira pisang pastu buh ais. Oh sedapnya~ Tiber

Klu buh dalam mulut camtu. Dia rasa.. entah.. Sukar untuk digambarkan. Tu dak kat opis mengajar. Tapi yillek. Keadaan tetap sama. (Tapi makan tok talla~)

Tiada yang ok. Makin berdenyut-denyut telan penadol pun tiada jua ok. 

Jadi di hari keempat, dengan semangat bertekad cemerlang, awal-awal pagi lagi aku bersiap untuk pegi klinik pergigian Pengkalan Chepa seawal yang boleh. Nampak tak awal bersiap sebab aku tak dapat tido pun malam tu, tak sabar menunggu hari cerah.

Ditemani Diha, maka selamatlah tiba di klinik gigi. Even record aku kat klinik pergigian tu pun dah terhapus kira nak cakap betapa lama aku tak jejak kaki kat situ sampai rekod pelanggan setia pun dah dihapuskan.

kos rawatan pergigian. Berbaloi dan banggalah jadi rakyat Malaysia

Mujurlah tak ramai pesakit, kalu tak, aku rasa dah lantik diri sendiri jadi dentist check diri sdiri kat situ jugak. Dengan sakit-sakit gini ni..jangaan~.

Maka bila tiba giliranku selepas 10 minit register. Dentist mula buat checking. 

Ternyata yang bermasalah bukan gigiku. Namun yang bermasalah rupanya gusiku 😒. Gusiku bengkak siap bernanah lagi. Serius aku pun tak tahu apakah punca dan masalah kenapa sampai camtu sekali. 

Lama sangat aku biar kot sampai jadi infection. Yelah. Even tengah sakit gigi, makan tak penah missed. Aku pown heran. Ritu kena booster makan x lalu ni sakit gigi asek makan je kejanya~.

"saya cabut deh gigi awk hak ni?" tanya doktor itu sambil goyang gigi geraham area gusi bengkak itu

Aku terus.. Ehhh~😳😳😳

Tidak ku relakan untuk dicabut kerna selama 33 tahun hidup ni dah 8 batang gigiku dicabut tanpa rela walaupun gigiku dalam keadaan sihat walafiat. 4 batang kena cabut sebab buat braces masa form 4 dan 4 lagi melalui MOS. Gigi bongsu yang tersepit

Memang idok la aku mau dicabut gigi yang sakit ini. Dah la tu gigi geraham kot.

+++

Aku masih ingat lagi peristiwa dentist cabut gigi geraham bongsu melalui MOS yang second time tu. Rasa nak mati guys 😭

Sebabnya ubat bius dia tak menjadi atau dia bius area lain dengan yang dia nak cabut. Aku still ingat lagi dia gergaji/ belah gigi (geraham kan)tu sampai keluar ayaq mata aku. Bayangkan camane aku tahan sakit tu. 

Dan yang paling aku rasa aku redha jela kalu aku jadi pape sebab waktu dia nak cabut gigi tu energy dia x cukup kuat so terkial-kial, berkali-kali dia umpil tapi tak tercabut-cabut (akar gigi kuat sangat) sampai kena dentist lelaki yang cabutkan. Tak leh salahkan dia jugak sebab dia kecik elok cam aku. So. Paham je la tak kuat sangat. Ingat senang ke nak jadi dentist klu reng (strength) x kuat?!

Kan ade cite orang mati sebab cabut gigi. Maybe benda yang gini la kot terjadik. Waktu MOS first tu tak teruk sangat keadaan aku sebab dentist dia (pompuan gak) tapi cam mak-mak gayanya pastu badan besaq. Sekali umpil dah tercabut gigi tu. Sebab tu masa nak wat MOS second time tu kompiden je boleh.

+++

So. jawapannya memang idok le aku nak buang gigi sebab gigi tu elok-elok saja cuma gusi je yang problem. 

Tak sure dentist tu acah-acah nak buang ke atau dia memang bertekad nak buang. Tapi lepas dia kata nasib baik akar gigi aku masih kuat so dia tak jadi buang. Lega

Dentist tu kata datang next time untuk buat scaling dan kalu masih tak ok nak buang gigiku. Ni ugutan ke ape ni 😨. Buat scaling tu aku bersetuju sebab last aku scale gigi 2017/2018 (kot)

Siap check up. eh~

Pastu sakitku ini ottoke??! desis hatiku. Rupanya dia bagi aku ubat tahan sakit dan antibiotik untuk nyahkan nanah dan bengkak gusi tu. 

Aku bukan takot ubat.. Cuma trauma skit nak dtg sini.

Done! Eh~ (bila kau tak expect so fast thing happened kat klinik kerajaan. Aku siap bajet kul 12 tengah hari baru settle. Tapi ni pukul 9 pown belom. Hahaha)

Bila dah over laju camni aku dan Diha pun ayuhlah ke McD. Aku harus bersarapan supaya aku dapat telan ubat-ubatan ini semua. Aku sebenarnya emang tidak tertahan lagi sakitnya

But first lemme get my food

Eh kauu. Bila dah makan ubat. Sesaat.. Dua saat. Teros hilang rasa sakit tu. Automatik. Giles ah.. Dasyat benor dad*h aku amik ni. Amazing tak leh nak cakap. 

Dan bila sakit gigi itu hilang. Maka aku mengajak Diha jom kita berjimba hip hip hureeeaaay! 

Orang kate makan aiskrim elok untuk gigi~

Tak dak hip hip hurey sangat pun. Alang-alang dah keluar ni aku pun ajak Diha settlekan beberapa kerja yang terbengkalai.

Contohnya jom Diha temankan cikda ke Pejabat Tanah Daerah Bachok amik geran tanah my sister yang duk kalumpo. yang actually benda dah settle lama berbulan (before PKP) tapi nak pegi amik tu sooooo lazy sebab aku bukannya lalu jalan Bachok kalau nak ke bandar.

Demi tidak geran itu merepot dalam almari kat pejabat tanah tu, ayuh la Diha~ (Before tokku tanya baik cikda settlekan)

Lepas settle keja kat pejabat tanah jom kita ke kedai faberet everyone, Eco RM2. Selalu pegi barang mesti habes. ni bila dah start naik seposen arap ade barang la. But.... still barang tak de. Kosong. Kosong~

Tak sure la Eco tak sempat nak restock atau kuasa membeli tu terlampau tinggi. Datang je barang dah licin, rak kosong. Jangan sampai beta menjajak every Eco RM2 kat seluruh kelantan~

Kosong-kosong pown abes la jugak dalam 60 hingget 😂. Kat sini je paling mampu nak membeli belah bak raja. Tak yah tengok price tag katenye 😂

Asal nak gi area Mydin sebab nak beli lokcing and da geng. Alang-alang duk area ni kan. Aku ni hantu dengan benda-benda ni jadi tidak dapat tidak memang kena beli. Kat Kota bharu ni 2 tempat tekak aku boley terima kuah lokcing ni yang rasa dia pior cam kecik-kecik dulu which were kat area Mydin ni dan satu lagi kat Eco Setia KB. 

Tempat lain kalu aku try hampa.. Bukan nak kata la tapi cam tu lah~

My peberet op coz sosej cheese dan sosej besaq dabak yang x de inti dalam. Dapat yang tu tak makan nasik sari pun i don't care. Lokcing pulak as assesori kenangan mase kecik ngee.

Bila gi KK, benda ni wajib beli ngeeeeh~

Pastu gi Maydin lak nak beli air mineral untuk buh dalam mini fridge comel in my room. Alang2~ 

Berbaloi beli mini fridge ni sebab dia aku makin minum ayaq putih. Ingat rajin ke nak menapak ke dapur untuk segelas ayaq putih lebih-lebih lagi waktu malam?. Tak berbaloi sebab bilik aku ngan dapur tu jarak dia sangatlah jauhh.

Nak kuar Mydin, ade sorang adik ni sekat untuk hulurkan signature support program UNICEF. Even aku tau teknik ini sebenarnya adalah untuk terbangkan duetku, tapi aku layan je adik tu untuk bagi penerangan pasal program tu. Aku memang tak boleh dengan program-program voleenteery cenggini i is full support. 

Lagipun benda sah dan yang penting Siwon Oppa adalah muka depan UNICEF i must support haha. 

Demimu abe siwon dan kanak-kanak

 Lagipun tak salah sumbang kalau ade extra. So program ini adalah khas untuk children I aku tak de own children kecuali anak-anak buah aku. So why not hulurkan tangan kurangkan beban~

So, overall sakit-sakit gigi pown. Keja Onz.


Hari ni dah 4 hari menelan ubat sangat amazing bengkak dah surut. Yang sakit tu tok sah cakap la ari pegi klinik tu dah helok teros. Aku sempat makan 3 kali jer bagi benar-benar sakit tu hilang. Bila makan sekali dalam 8 jam dia tahan pastu start ank sakit balik sebelum dia sakit aku makan. Lepas tu sampai ke hari ni alhamdulillah helok.

Hope next time aku gi jumpa dentist tu dia tak apa-apa kan gigiku. Hope tisu gusiku pon helok tak yah wat drama, aku yang menderita. Amazing. So sakit gigi jangan jadi cam aku simpan. terus gi klinik berdekatan. 

Dan jangan sia-siakan klinik gov.  Murah, jimat, menjadi, orang tak ramai. I love it!

Satu lagi, jangan pegi time aku pegi. Aku tak leh ramai orang dan menunggu 😁😁😁

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...