marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.
Memaparkan catatan dengan label langkawi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label langkawi. Papar semua catatan

Ahad, 10 April 2022

Throwback Le Tour De Langkawi 2021: Hopping Island Sekitar Langkawi

 .: Assalamualaikum:.

Ayuh

Ayuh kembali kita ke segmen throwback. Hari kejadian malas nau tulis blog, maka marilah kita mengimbau kenangan saja.

Hari tu kan I ade story pasal pegi ke Langkawi dengan rombongan ahli keluarga.. Maka marilah kita membuat kesinambungan rantaian percutian ini..

Paling bahagia walaupun ayah dia tak join sekaki

Kitorang actually sampai kat Langkawi malam jugak la. Memang lunyai seharian duk dalam kereta pastu naik feri lagi dengan ahli rombongan yang ramai dan kanak-kanak rebina yang memang kena sentiasa berjaga-jaga la. Kang tak pasal-pasal terjun jeti sape nak tanggung?

Sebagai contohnya..

Tapi don't worry sebab semuanya behave belaka. Biarpun meraung-raung dalm feri sebab tak biasee~




Sampai Langkawi  kitorang menginap di homestay kat Pekan Kuah, 30 minit dari Jeti Langkawi. Langkawi waktu ni agak lengang tak macam dolu-dolu kita pegi meriah dengan kedai-kedai yang berlampu neon warna-warni. Kali ini ade kawasan sunyi je..

Sampai kat homestay, tuan rumah yang pemurah menjamu kami yang agak lapar dengan nasi berlauk ayam. Baik tuan rumahnya. Sementelaah itu rumah homestay 2 pintu itu berada dalam pagar rumahnya. Kedua-dua rumah dua pintu itu kami sewa. Ahli rombongan ramai apa boleh buat.

Untuk hari keesokannya kitorang berhasrat untuk menjelajah pulau-pulau di Langkawi. Kat sini mudah. Boleh buat booking kat shopee je. Zaman sekarang memang keja dihujung jari je. Harap-harap cuaca esok elok saja.

Kitorang dapat sewa boat besar ngam-ngam dengan bilangan ahli rombongan. Kalau tak silap RM280 untuk trip ke Pulau Dayang Bunting, sarang burung helang dan satu lagi Pulau Beras Basah.

Get ready awal-awal pagi

Perjalanan ke jeti ambil masa lebih kurang 30 minit je dari Pekan Kuah ke Jeti Teluk Baru. Jalan tak sibuk 30 minit ok la sebab kalau ikutkan liku jalan tu boleh tahan juga. Kat situ tempat untuk Island Hopping. Sampai pagi-pagi tak delah kalut sangat. Cuaca pun mendung dan tenang.

Ahli rombongan sesampai jeti

Panorama indah warisan alam sangatlah memukau dengan cuaca sekarang ni. Sayup-sayup dengan bunyi kicauan burung, monyet sahut-menyahut dan desiran flora fauna nan terpukau. Tinggi bukit bukau buat rasa diri ini kerdil. 

Dalam kenangan air tea ice lemon

Tiba di Pulau Dayang bunting, aku disambut oleh kera-kera yang melepak kat situ. 

Sambutannya kurang asam betuil sebab belum sempat aku buat apa-apa botol air kena rampas oleh seekor kera ni 😂. Dasar!


 Tengok kat Tiktok time tu my sister sempat rakam

Lupa. Serious aku lupa nak masukkan botol air aku dalam bag. Bertambah dengan kehadiran diorang yang memang suka amik makanan atau minuman orang yang datang. Kesian baby depan sebab botol susu aiken (ke jenama apa?) kena rampas dek kera yang jahat. Dah tu selumber je dia togok susu tu selepas mengoyak puting botol susu dengan rakus. Pastu buat muka 😤.

Ingat menang la tu rampas botol susu budak. Dasar makhluk hutan!

Dengan aku pulak siap main berebut pulak sebab aku terkejut so aku pung tak nak lepas botol air aku 😂. Tindakan reflex. Biasa aku main berebut-rebut ni ngan anak-anak buah aku je. Bersungguh berebut. Naseb baek aku tak jentik kepala dia. Tapi last-last dia la yang menang sebab dia ugut aku dengan tunjuk taring dia. 

Cess. Aku serender.

Amik la.. Amik..😡~ Aku doa biar sakit perut sebab rampas air orang tak berkat tau.

Untuk masuk ke Tasik Dayang Bunting ni kena bayar entrance fee RM3. Kalau nak main aktiviti dalam tu macam berkayak ke mandi-manda ke nak naik bangau ke kena add RM10. 

Gegurl in da house

Sebab aku hanya sekadar ingin menikmati suasana kat situ (sebab dulu aku penah masuk macam x de aktiviti ape sangat) jadi bayar RM3. Adik-beradik aku yang lain ade yang add on ade yang tak.

Loong way to go

Aktiviti panjat tangga berlangsung. Fuh. Nak kata jauh tak de la jugak tapi sebab lupa kat sini memang kena meyusuri jalan berbukit untuk sampai ke tasik tu dari awal sampai akhir tak de pit stop. Dalam 10 minit camtu selamat la tiba. 

Tangga dia

Tasik Dayang Bunting ni dalam katanya so hati-hati la sebab laluan kat kaki lima tu tak lebar mana. Jangan sampai selisih dengan oran lain pastu terjatuh.. huhuhu. Ceq dak mau nanti basah baju ceq.

Gamabunta kata tak pe duduk je

Kat sini tak dak buat apa-apa (aku la) hanya sekadar memerhati dan melihat gelagat orang je. Tukang jaga baby dan anak buah aku yang seronok duk main kolam buatan. Yang lain berkayak. Macam yang aku cakap tadi, aku malas nak membasahkan diri so, begitulah aku sampai times out. 

Nak ke pulau lain pulak katanya.

Second trip kitorang ke check point sarang burung helang. Yelah kot sebab kat sini banyak burung helang. Besar kecik tua muda. Magnificient Malaysia kot. haha.  

Lepas siap tengok helang, boat bawak kitorang ke Pulau Beras Basah. Kat sini pun aku just gi main kat area hujung dunia sebab malas nak duk dalam kelopak manusia yang ramai. Social distancing katenya.

Sosial distancing katanya masuk hutan

Oh. Boat kitorang tak amik pakej Monglive (ke ape namanya) kalau tak boleh merasa siakap viral ngeehh.

Overall OK sebab boat yang kitorang amik ni private boat. Tak de nak tunggu-tunggu orang lain untuk penuh ke ape. khas untuk kite-kite aje.

Dengan adik beradik kena amik gambar camni barulah ukhuwah fillah tiljannah

Pakej ni separuh hari dah settle. So settle naik jeti dan balik ke rumah untuk makan tengah hari. Trip kali ni kitorang jimat banyak bab makanan sebab setiap kali waktu makan kitorang akan balik masak kat umah. Beli bahan basah kat kedai-kedai tepi jalan dan masak simple-simple je kat rumah. Tukang masak ramai so don't worry.

Lagipun dah lencun main air kena air pulau memang penat yang amat la untuk kanak-kanak. So kita recharge energy kat umah sementelaah itu 30 min je perjalanannya. 

Lepas asar kitorang kuar balik ronda-ronda bandar. Gi serbu Ismail Group Mall kat Pekan Kuah. 

Guess what?? Chocolate kat sini semua dah sold out! Siyess.. Dah tu barang kat situ dah tak meriah cam dulu-dulu. Dah tu kitorang wat rancangan ajoom ke Dataran Lang. 

Cakelat habes kita beli ni je la datangjauh-jauh

FYI selama aku gi Langkawi ni sebenarnya aku tak penah jejak kaki (aku rasa) kat dataran ni. Jenguk-jenguk waktu nak balik masa tunggu kat jeti je selalunya. Waktu tu kan kecik, semua tak boley.. Ho Ho.. 

Bila dah besar ni, aku ajak abang aku ke sana tak kire. Naseb nek dia nak pegi. 

Sesampai di dataran lang, hujannnnnn Oh!.

Tapi sebelum tu sempat jadi Mignifient Islamic Ngee

Seharian tak hujan petang ni hujan oh.. mujur waktu gi hopping tadi tak hujan. Bila dah hujan camni.. ayuhlah kita pulang~. Malam pun kian menjelma. 

Esok hari masih panjang untuk kita naek cable car. Harap cuaca esok elok sebab kitorang nak conquer trip awal pagi lagi. hik

Stay tune guyss..

dah macam acara sukaneka dah

Sabtu, 5 Februari 2022

Cuti-Cuti Malaysia: Ke Langkawi selepas Kemelut Pendemik Covid-19

 .: Assalamualaikum:.

Annyeong yorobun.

Tajuk kemaaainnn~ hahaha..

p/s: Entri ni dibuat before 2022 lagi. Macam biasa. Terbenam dalam draft post. Ade masa ni ajomm sambung ceritaaa~ 😓😅😇

So, hari tu me and my adik beradik went to Langkawi Trip setelah lama berkurung di negeri sendiri. Al-maklumlah, bila kerajaan umum dah boleh rentas negeri pakat mata penuh bersinar. Tak sabar katenya.

Hello Langkawi

Tapi before aku terus jari jemari comelku menari laju, ajoom sesame kita doakan keselamatan dan kesejahteraan mangsa banjir Selangor & Pahang. Taufan Rai dari Philipine punya pasal tapi ekor dia tempias kena area Selangor.

Harap everyone bersabarlah dengan ujian yang melanda. Kita kat Kelantan ni bila jew musim hujan tak henti-henti memang dah ready dah.

So, berbalik kepada cerita Trip to Langkawi ni pulak. Rasa we ouls last menjejak kaki ke sana (atau spesifiknya aku lah) masa kawen my brother of 11. 5 6 tahun yang lalu waktu 2016. 

Bila semua ahli keluarga dah complete vaksin memang terasalah bahang jom kita jenjalan nak.. jom kita jenjalan nak~

 Planningnya seminggu sebelum gerak. Kakak aku yang ke 5 la yang excited nak jalan. Nak bawak anak-anak berjalan katenya. Tapi kalau ramai-ramai join jadi meriah~

Meriah tak meriah, 5 kereta konvoi bersama. Yang bujang's Belake kitorang nek Si Chempaka, Saga baru kesayangan BangBil. Family yang lain, Kak Na sekeluarga, kak B sekeluarga, Abe Mie Sekeluarga dan Abe E sekeluarga. Totalnya semua ade la dalam 26 orang giteww termasuk Kak Kah n Naseeh dan Adha, anak buah aku.

Berhenti sekejap kat Hentian Perah unbtuk breakfast

Trip ni pergi hari Rabu- Sabtu. Waktu ni cuti al-Sultan Kelantan memang panjang la.

Bekalan di atas kereta

Semangat! Kitorang bertolak jam 4 pagi dari rumah. Aku punyalah excited siap tak tido malam tu. Kemas bengbarang dan buat sandwich. Almaklumlah dah setahun tak packing-packing travel ni. Sampai kalau boleh satu bilik nak angkut.

Kitorang bertolak dinihari tu sebabnya nak bagi sempat solat subuh kat Batu Melintang. Senang naik sampai banjaran Titiwangsa nanti boleh breakfast kat tempat biase tu. Pastu nak kejar feri kat Kuala Perlis waktu petang. 

Subuh dulu

 Feri sekarang jangan mudah nak walk in tau. Alamatnya tak menjejak kaki ke Langkawi la gamaknya. We oul beli online siap-siap seminggu sebelum naik. Sold out senantiasa!

Sambil-sambil tunggu feri kita posing-posing duluuu cam orang single

Tapi.. itulah kita rancang tapi Allah yang Maha Merancang. Nak jadi cerita, waktu nak pegi tu hujan berterusan sejak pukul 2 pagi lagi. Allah!

Hari-hari sebelum tu elok-elok je cuaca yang kengkadang cerah kengkadang hujan. Even gi utara pun sebenarnya pun pengakhiran musim hujan. So kami mengharapkan cuaca indah la even hujan nanti.

So, first day trip pun hujan lebat tanpa henti seolah petanda... ~

Hujan di sepanjang jalan.

isk.. jangan~

So, sepanjang perjalanan kami dari Kota Bharu ke Machang- Tanah Merah- Jeli-Batu Melintang memang hujan! Isk. Kitorang berenti solat subuh kat Batu Melintang rasanya. Gitulah.

Ingat nak stop breakfast kat restaurant kat puncak banjaran Titiwangsa, tapi tak bukak so kitorang berenti kat RnR Perah. 

Baru duk nak menikmati sarapan pagi tetiba orang ofis call, ayaq masuk kilang!

Adeh. Time orang bercuti ni jugak la dia nak banjir.. huhuhu. Tapi keadaan terkawal. Budak-budak kilang sempat selamatkan barang-barang. Kesiannya sampai dalam opis bawah air masuk. Tak penah-penah nak banjir tetiba ari ni bos-bos derak banjir ye~

Hujan lebat tak berenti-renti sejak pukul 2 pagi naseb la.

Dari kelantan hujan sampai ke Perak. Masuk negeri jelapang padi je mendung sikit dan perjalanan di teruskan sehingga ke Perlis. Berenti makan tengah hari kat kedai woris , Kak Pah Nasi Kerabu kuala Perlis. 

Depan kedai kak Pah sebelum merasa siakap

Actually kedai dia bukak untuk makan pagi je tapi dah kak pah tau kitorang nak datang, dia saje drag sampai tengah hari tunggu kedatangan rombongan dari Kelantan. 

Katanya femes ikan ni. Beriban-riban

Terus dijamu ouls dengan siakap masak pedas. Bukan sekor tapi 5 ekor teros. Amik kau. Benda dah jadi viral. hahahha

Senang kat Jeti ade masjid terapung ni boleh jamak qasar zhr asr

Ni penjaga pippin sepanjang tuannya berjalan-jalan hahaha

 Okey.. Nanti kita sambung lagi buat apa kat Langkawi berhari-hari tu.. kekekeke~

Rabu, 30 Ogos 2017

Ke Langkawilah Kita: Naik Cable Car ayuh!

.: Assalamualaikum :.

Walaupun aku baru balek dari Trip Ke KL menjadi babysitter anak buah aku yang ke #35 aku tetap nak bercerita pasal trip ke Langkawi bersama Keluarga. Huhuhu. Since aku kerja paling jauh, jadi ingat senang ke nak menyelit dalam trip family cenggini. Tak boleh jadi. Aku nak pegi jugak. Naseb baek time tu aku banyak masa terluang jadi boleh la join sekaki.

Dari Kota Bharu, kitorang berkonvoi 4 buah kereta. Start gerak dalam pukul 4 pagi, solat subuh dekat area Rantau Panjang, tiba dalam tengah hari at Jeti Kuala Perlis. Dari Jeti kitorang naik feri ke Pulau Langkawi yang mengambil masa lebih kurang 30 minit.

 Dalam feri membuaslah kami.Kekeke. Abang aku je dah 2 family, kakak aku satu family, kitorang yang bujang ni dalam 5 orang. memang 1/4 feri tu kitorang je.. kekekekeke

Sampai kat Jeti Pulau Langkawi. Hai Langkawi

Tempat menginap di areaPekan Kuah

me and anak-anak buah. Pergh dah besaq da sume..

She is Oo-Dah

Ayuh ke manalah kita.

Inilah tempat yang dituju.

Tunggu turn naek cable car

Mak oiiiiiiiii...tingginyaaa

abe E muka kenaling sampai putoh jadinya jadinya..kekekeke

Sampai area check point pertama. Tengok pemandangan sayup dihujung sana. MasyaAllah

"Hai teropong hikmat, tunjukkanlah aku pasir berdegungggg"

Ke manakah kitaa

Locking our heart here and make it lost
Ustaz Ya sekeluarga. Atau Ustaz Z. huhuhu

geng lantai

Dan mulalah start buat kampung

akan ade yang over conquered

from above

ini pula bini ustaz Ya dan anak-anak. Bini ustaz kakak aku..kuikuikui

Memories.
Yup.. Memang best lah kalau bercuti dengan family. Sebabnya. Hmm.. tak ada specific sebab. Yang penting best.

Saya dah.. anda bila lagi..:)


link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...