.: Assalamualaikum:.
Ayuh |
Ayuh kembali kita ke segmen throwback. Hari kejadian malas nau tulis blog, maka marilah kita mengimbau kenangan saja.
Hari tu kan I ade story pasal pegi ke Langkawi dengan rombongan ahli keluarga.. Maka marilah kita membuat kesinambungan rantaian percutian ini..
Paling bahagia walaupun ayah dia tak join sekaki |
Kitorang actually sampai kat Langkawi malam jugak la. Memang lunyai seharian duk dalam kereta pastu naik feri lagi dengan ahli rombongan yang ramai dan kanak-kanak rebina yang memang kena sentiasa berjaga-jaga la. Kang tak pasal-pasal terjun jeti sape nak tanggung?
Sebagai contohnya.. |
Tapi don't worry sebab semuanya behave belaka. Biarpun meraung-raung dalm feri sebab tak biasee~
Sampai Langkawi kitorang menginap di homestay kat Pekan Kuah, 30 minit dari Jeti Langkawi. Langkawi waktu ni agak lengang tak macam dolu-dolu kita pegi meriah dengan kedai-kedai yang berlampu neon warna-warni. Kali ini ade kawasan sunyi je..
Sampai kat homestay, tuan rumah yang pemurah menjamu kami yang agak lapar dengan nasi berlauk ayam. Baik tuan rumahnya. Sementelaah itu rumah homestay 2 pintu itu berada dalam pagar rumahnya. Kedua-dua rumah dua pintu itu kami sewa. Ahli rombongan ramai apa boleh buat.
Untuk hari keesokannya kitorang berhasrat untuk menjelajah pulau-pulau di Langkawi. Kat sini mudah. Boleh buat booking kat shopee je. Zaman sekarang memang keja dihujung jari je. Harap-harap cuaca esok elok saja.
Kitorang dapat sewa boat besar ngam-ngam dengan bilangan ahli rombongan. Kalau tak silap RM280 untuk trip ke Pulau Dayang Bunting, sarang burung helang dan satu lagi Pulau Beras Basah.
Get ready awal-awal pagi |
Perjalanan ke jeti ambil masa lebih kurang 30 minit je dari Pekan Kuah ke Jeti Teluk Baru. Jalan tak sibuk 30 minit ok la sebab kalau ikutkan liku jalan tu boleh tahan juga. Kat situ tempat untuk Island Hopping. Sampai pagi-pagi tak delah kalut sangat. Cuaca pun mendung dan tenang.
Ahli rombongan sesampai jeti |
Panorama indah warisan alam sangatlah memukau dengan cuaca sekarang ni. Sayup-sayup dengan bunyi kicauan burung, monyet sahut-menyahut dan desiran flora fauna nan terpukau. Tinggi bukit bukau buat rasa diri ini kerdil.
Dalam kenangan air tea ice lemon |
Tiba di Pulau Dayang bunting, aku disambut oleh kera-kera yang melepak kat situ.
Sambutannya kurang asam betuil sebab belum sempat aku buat apa-apa botol air kena rampas oleh seekor kera ni 😂. Dasar!
Tengok kat Tiktok time tu my sister sempat rakam
Lupa. Serious aku lupa nak masukkan botol air aku dalam bag. Bertambah dengan kehadiran diorang yang memang suka amik makanan atau minuman orang yang datang. Kesian baby depan sebab botol susu aiken (ke jenama apa?) kena rampas dek kera yang jahat. Dah tu selumber je dia togok susu tu selepas mengoyak puting botol susu dengan rakus. Pastu buat muka 😤.
Ingat menang la tu rampas botol susu budak. Dasar makhluk hutan!
Dengan aku pulak siap main berebut pulak sebab aku terkejut so aku pung tak nak lepas botol air aku 😂. Tindakan reflex. Biasa aku main berebut-rebut ni ngan anak-anak buah aku je. Bersungguh berebut. Naseb baek aku tak jentik kepala dia. Tapi last-last dia la yang menang sebab dia ugut aku dengan tunjuk taring dia.
Cess. Aku serender.
Amik la.. Amik..😡~ Aku doa biar sakit perut sebab rampas air orang tak berkat tau.
Untuk masuk ke Tasik Dayang Bunting ni kena bayar entrance fee RM3. Kalau nak main aktiviti dalam tu macam berkayak ke mandi-manda ke nak naik bangau ke kena add RM10.
Gegurl in da house |
Sebab aku hanya sekadar ingin menikmati suasana kat situ (sebab dulu aku penah masuk macam x de aktiviti ape sangat) jadi bayar RM3. Adik-beradik aku yang lain ade yang add on ade yang tak.
Loong way to go |
Aktiviti panjat tangga berlangsung. Fuh. Nak kata jauh tak de la jugak tapi sebab lupa kat sini memang kena meyusuri jalan berbukit untuk sampai ke tasik tu dari awal sampai akhir tak de pit stop. Dalam 10 minit camtu selamat la tiba.
Tangga dia |
Tasik Dayang Bunting ni dalam katanya so hati-hati la sebab laluan kat kaki lima tu tak lebar mana. Jangan sampai selisih dengan oran lain pastu terjatuh.. huhuhu. Ceq dak mau nanti basah baju ceq.
Gamabunta kata tak pe duduk je |
Kat sini tak dak buat apa-apa (aku la) hanya sekadar memerhati dan melihat gelagat orang je. Tukang jaga baby dan anak buah aku yang seronok duk main kolam buatan. Yang lain berkayak. Macam yang aku cakap tadi, aku malas nak membasahkan diri so, begitulah aku sampai times out.
Nak ke pulau lain pulak katanya.
Second trip kitorang ke check point sarang burung helang. Yelah kot sebab kat sini banyak burung helang. Besar kecik tua muda. Magnificient Malaysia kot. haha.
Lepas siap tengok helang, boat bawak kitorang ke Pulau Beras Basah. Kat sini pun aku just gi main kat area hujung dunia sebab malas nak duk dalam kelopak manusia yang ramai. Social distancing katenya.
Sosial distancing katanya masuk hutan |
Oh. Boat kitorang tak amik pakej Monglive (ke ape namanya) kalau tak boleh merasa siakap viral ngeehh.
Overall OK sebab boat yang kitorang amik ni private boat. Tak de nak tunggu-tunggu orang lain untuk penuh ke ape. khas untuk kite-kite aje.
Dengan adik beradik kena amik gambar camni barulah ukhuwah fillah tiljannah |
Pakej ni separuh hari dah settle. So settle naik jeti dan balik ke rumah untuk makan tengah hari. Trip kali ni kitorang jimat banyak bab makanan sebab setiap kali waktu makan kitorang akan balik masak kat umah. Beli bahan basah kat kedai-kedai tepi jalan dan masak simple-simple je kat rumah. Tukang masak ramai so don't worry.
Lagipun dah lencun main air kena air pulau memang penat yang amat la untuk kanak-kanak. So kita recharge energy kat umah sementelaah itu 30 min je perjalanannya.
Lepas asar kitorang kuar balik ronda-ronda bandar. Gi serbu Ismail Group Mall kat Pekan Kuah.
Guess what?? Chocolate kat sini semua dah sold out! Siyess.. Dah tu barang kat situ dah tak meriah cam dulu-dulu. Dah tu kitorang wat rancangan ajoom ke Dataran Lang.
Cakelat habes kita beli ni je la datangjauh-jauh |
FYI selama aku gi Langkawi ni sebenarnya aku tak penah jejak kaki (aku rasa) kat dataran ni. Jenguk-jenguk waktu nak balik masa tunggu kat jeti je selalunya. Waktu tu kan kecik, semua tak boley.. Ho Ho..
Bila dah besar ni, aku ajak abang aku ke sana tak kire. Naseb nek dia nak pegi.
Sesampai di dataran lang, hujannnnnn Oh!.
Tapi sebelum tu sempat jadi Mignifient Islamic Ngee |
Seharian tak hujan petang ni hujan oh.. mujur waktu gi hopping tadi tak hujan. Bila dah hujan camni.. ayuhlah kita pulang~. Malam pun kian menjelma.
Esok hari masih panjang untuk kita naek cable car. Harap cuaca esok elok sebab kitorang nak conquer trip awal pagi lagi. hik
Stay tune guyss..
dah macam acara sukaneka dah |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan