marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Isnin, 11 April 2022

TUKAR UMOBILE KE DIGI

 .: Assalamualaikum:.

Annyeong yorobun.

 

Selepas beberapa kali siri kena sidai dek UMobile tahun ni, maka aku bertekad cemerlang untuk say baibai kepada beliau dengan penuh rasa menyampah. Hoho.

Aku tak tahulah orang lain camana, hidup aku ade hp dengan tak de lebih kurang same je bila pakai telco UMobile ni. Memang kadang-kadang tu boleh pulak no coverage duk sedap-sedap skroll TikTok. Itu OK lagi, ni terus dia bagi No Sim. Masa gi KL ritu padahal KL ni tempat dia lah area IMBI tu.. Tak de coverage kauu!

Eh..

Jangan diuji orang yang setia sebab bila kesetiaannya sudah tiada nilai, even memori bersama hampir 10 tahun (wow lamanya aku dengan UMobile) pun sanggup buat tak endah. Mengada eh Umobile sekarang. Aku contact customer service pun tak de ape-ape improvement. 

So dari camtu. Ayuhlah kita tukar.

Since aku dah berpaling dari Celcom sejak bertukar ke UMobile lama dulu so tak mungkin akan ku kembali kepada Celcom. Jadi pilihan yang aku ada of course laa..

💛DIGI💛

kaler tema dia kuning kot.. ngee.

Aku ni dah lama tak menapak ke telco center. Memang da lama merancang kalau gi KBMall (Digi Center) akan ku singgah ke situ. Tapi idok la pulak aku ke situ dan dari hari ke hari memang tak sempatlah nak tukar telco. Aku sabo je walaupun Umobile ntah pape. Pakai je wifi office atau umah. 

But..But..But ..Tahukah anda bahawa kita boleh je tukar telco tanpa ke Digi Center.. Tahukah anda???!

Rupanya saya baru sedar eh apsal la aku tak ke website Digi je dan usha-usha kat situ tanpa perlu aku ke KBMall di bulan Ramadan yang mulia ini (sebab aku tak larat nak menapak kat Mall).

Lantas synaps berhubung dengan baik. Tup tup tup.. Selesai urusan tukar no. Eh. Laju !😆😆😆

Cara dia? Senang je guys.

ayuh ke website  digi. Tekan image itu untuk ke situ



Gi kat promotion. 

Haa kat sini kebetulan pulak sempena bulan mulia Digi wat promotion untuk tukar telco. Helok sangat.

Banyak betul promotion yang berkaitan dengan tukar telco nih.

 

Aku ni sejenis lupa nak top up klu pakai prepaid jadi sejak dulu lagi aku pakai postpaid. So, aku pilih postpaid. Baru la rasa ade orang ingat kat kita kalau tak ingat bayar bil haha..


 So, bila dah berkenan dengan package ni kita pun add to cart la ape lagi semanagt kena kobar-kobar. Untuk aku secara peribadinya package 60 pun dah ok dah sebab sehari-hari kehidupanku kalau tak kemana office dan rumah je hala tuju aku.. kekeke

Apa lagi guyss..

Daftar sekarang. Seterusnya boleh ke website Digi sebab kat situ dia bagi langkah-langkah daftar. Senang!

Dah ready. check out bayar rm60 nanti dia hantar simcard ke rumah anda. Tungguuuu..

Tak sabar nak pakai line kuning. ngeeeh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...