.: Assalamualaikum:.
Salam Ramadan al-mubarak |
Hai hai hai jom bersiaran bersama beta di bulan yang mulia bulan puasa pada tahun 2022 ini. Selamat berpuasa untuk umat Islam seantero dunia.
Sekarang ni benda puasa macam dah tak janggal kepada orang bukan Islam. Kat TikTok tu bila duk skrol ramai non-muslim cuba-cuba berpuasa. Ade yang buat 30 days challenge lagi.
Jadi kita yang lahir-lahir Islam ni ape cer? Jangan lak diorang berpuasa kita pulak yangyok.
Ayok No No No!
Tak tahu la area Kota Bharu je ke atau area Pengkalan Chepa je atau seluruh Kelantan. Hari first puasa hujan mencurah-curah ke ladang gandum sampai laa ni.
Untung-untung sejuk sikit cuacanya di bulan ramadan ni. So tak de la rasa lesu dan tak bermaya sangat..hew hew hew.
So, masuk hari ni dah 7 hari la dah ramadan yang kita lalui. Tak de banyak yang berubah. Rumah pun 98% complete dah boleh duduk dah. Mommy la yang paling tak sabar nak naik umah baru lepas renovate ritu.
7 kali basuh umah je tau.. Time rumah belum masuk letrik dah suruh basuh. Time orang pasang jendela pintu disuruh basuh.. Time orang buh tile walaupun separuh pun kitorang basuh. Berkat kena kerahan dan paksaan anak-anak akhirnya rumah berjaya didiami sebelum puasa. Ingat mommy daady sesaje beranak reramai?? 😆😆😆
Akhirnya boleh pakai meja ni setelah bertahun-tahun jadi meja hiasan 😆 |
Bukan takat tu je, seminggu sebelum puasa orang datang pasang paving ke ape orang panggil. Tu benda tu tu tapak gajah orang panggil tu. Seluas area lapang depan umah tu.
Untung anak cucu. Pasni seronoklah ouls berootd di segenap cerok.. yang cucu-cucu pulak seronok la main kat depan tu. hahaha.
Sekejap je bang-bang La pasang benda ni. 5 hari da settle. |
Bila dah siap, abang-abang I terus wat cadangan marilah kita berpiknik bukak puasa kat sini pada ramadan ke 4. Tempat jatuh lagikan dikenang apatah lagi tempak lepak petang-petang ye dak.
Siap je teros rasmi port lepak lama tapi berwajah baru |
Jaddi! |
Umah family I yang duk dalam satu pagar yang sama ade 4 families termasuk umah my big brother yang duk luar pagar (Pun dia gelarkan dirinya oghe Dale Paga). Kata dalam pagar tapi ni dah luar pagar.
Ahaks.. Susah nak jelaskan. Pendek kata family kitorang ni umah memang sebelah menyebelah la pendek katanya.
Oh ya ari Khamis baru ni, my mommy, daddy and 3 orang adik beradikku pergi menunaikan umrah. Wahh bestnya dapat tunaikan umrah di bulan puasa. Nak ikot, tapi tak pelah ritu dah merasai umrah insyaAllah next time kita pegi lagi dengan insan bernama kekasih (yang halal).
Kalau ade. Klu tak dak bertempel la dengan adik beradik sehingga akhir hayat. Huhu.
Doakan MOmmy daddy and sibling selamat sampai dan selamat balik.
Macam biasa, yang menghantar tu yang over biasanya..haha |
Semoga omma diberikan kesihatan yang baik semasa berada kat Mekah & Madinah |
So, bila mommy outstation dari dapur rumah ni maka bolehla aku acah-acah jadi chef in da house.. hew hew. Harap je la kan..Hahaha.. Aku nih nak kata tak reti masak tu tak de la jugak,nak kata reti tu pun tak juga sebab sebanyakannya mommy je tukang chef kat rumah. Aku tukang sedia bahan + tukang basuh pinggan mangkuk periuk belanga time masak.
So inilah peluang untuk menunjuk bakat yang tak berapa nak terserlah ni kan.. (Tengok-tengok abes keja nanti gi bazar beli juadah berbuka.. kekeke. (Kang kena kutuk kat abang-abang dan adik aku nih klu aku tak masak nanti. Silap-silap mommy balik nanti diorang report.)
Aku tak leh decide lagi nak masak apa sepanjang 11 hari ni. Hope ade la datang idea nanti. Ku berharap jua agar my brothers beli juadah lauk pauk so aku boleh goyang kaki sambil skrol TikTok Khairul Aming. Ngee
Dua hari ni alhamdulillah terisi lagi perut 3 saudara lelaki ku yang bujang itu. 2 orang abang + adik lelaki. Abang aku sorang lagi balik umah family isteri dia hujung minggu ni.
Selamat berpuasa semuaaa 😊😊😊
Tiada ulasan:
Catat Ulasan