.: Assalamualaikum:.
Annyeong!
Hari ni hari last aku kuarantin gara-gara covid-19. Sebelum- sebelum ni pun dah banyak kali aku alami saat-saat kuarantin disebabkan menjadi close contact. PKP,PKPP,PKB,PKPB pun pernah alami kan. JAdi kuarantin ni dah jadi normal hidup dizaman ni. Hanya menjadi extravaganza tiba-tiba kau kena kuarantin disebabkan kau POSITIF COVID-19. Pulak tu di akhir-akhir pendemik. Aduuh sangat.
Tak leh nak keliru sangat sebab keluar keluar terus 2 line pakai sekali test je |
Ceritanya aku sendiri sampai ke hari ini confuse mana aku dapat covid-19 ni. Agak boleh tahan jugaklah penangannya sementelaah itu dah banyak tahun dah aku tak demam teruk.Seingat aku 2016 la kot aku demam teruk masa keja kat Menara Annex Telekom Malaysia (Aku cuba-cuba belek blog aku balik kot aku ade story-story pasal demam tahun 2016 rupanya tak dak kat blog. Yang aku tulis tu kat ig rupanya)
Semangat menggodek ig sendiri. |
So, aku anggap aku dapat covid-19 ni kat KL lah kot sebab dua hari sebelum aku kena, aku elok je gi KL untuk buat check up susulan mata aku kat Advance Vision Eye Specialist Clinic. 2 Hari juga aku kat sana ditemani oleh anak buah aku. Aku stay kat area NU Sentral. Tapi nak kata crowded sangat ke ape ke tak de jugak time tu. Sanitize tangan, mask on (Siap double lagi) dan social distancing sentiasa aku amalkan.Aku ni walaupun rebel orangnya SOP no 1. Haha
2 hari kat rumah tak de la obvious jadi. Sakit kepala ke batuk ke memang No No. Takde. Cuma aku rasa exhausted la sikit sebab dari beberapa minggu ni keja menggunung sama ade kat opis atau kat umah. Kat opis pulak 2 orang staff +ve jugak, sorang lagi urusan majlis kawen so banyak keja kena incharge. Kat rumah semua dah bebas dari jadi CC atau quarantine time. Rumah pun dah hampir 97%siap renovate dan keja-keja punggah perabot kena la buat.
Hari jumaat tu memang tak berenti tau punggah perabot bersihkan 3-4 area siap deko lagi so memagn worn out abes la. Dengan mata yang tak sembuh lagi. Rasa sakit-sakit badan oh. Malam tu, tengah malam to be exact, tetiba badan menggigil kesejukan. Naseb bek ubat penadol Advance Vission bagi masih berbaki so aku makan ubat tu je la. Kot la sebab exhausted. Pastu tetiba jugak time tu rasa perut sakit cirit birit. Eh ni dah pelik. Tapi tak pe. Tidur lagi penting. Sampai la subuh tu, rasa aneh dan semacam je badan ni. Demam dah macam ni dengan suara serak, dengan pening, dengan bercelaru.
Minta test kit dengan adik bongsu (bilik lain) siap pesan jangan masuk toilet aku masuk tu. Ape-ape bley jadi kan.~
Lepas solat subuh aku tak terus check, tapi tido dulu sebab kepalaku musing deh. dalam pukul 7 lebih pagi camtu bila da okey sikit baru aku check dengan yakin bahawa aku tidak ada kaitan dengan serangat covid-19 dan ini adalah demam acah-acah. hurm. Yakin kau!
Sekali bila check. Halamak!
2 line oh!!! ottoke ottoke!! Aku berada dalam fasa denial di mana ni bukan air liur aku biar pun bersusah payah aku amik sampai nak muntah tengok ayaq liur sdiri.sebab aku nih trauma depan ayaq liur, muntah dan benda2 camtu hoho.
Hanya ini sahaja pemandangan beta |
Bila dah boleh terima aku pun masuk dalam mySejahtera untuk report kes aku. Tak tahannya bila aku bgtau dalam group ws family (group Atas Loteng - members; my third family n alms) rupanya abang aku yang ketiga tengah demam dari semalam tapi tak nak test. Sebab aku test dia pun test. Memang 2 line jugak 😄😄😄. Btw aku sejak balik KL takde jumpa dia lagi sebab umah dia duk Bunut Payung so mmg tak de kaitan lah kes kami berdua. Abang aku tu CC kiri kanan belakang depan. Satu taman dia boleh kata +ve
Jangan lupa update kat sini utk rekod KJ |
Maka dengan itu, kuarantin lah diri ini dan kalau alangkah eloknya kalau aku tau awal-awal, boley la aku restock makanan. Ni ape. Sadis betul kuarantin. Makanan pun kena order sendiri na. Sebab semua orang keja dan aku kuarantin dalam bilik sementelaah itu rumah aku ni ala-ala Hogwart. Nak ke dapur pun 10 minit. My mommy tak sihat mana memang idok la nak naik ke kayangan ni.
Senang pas demam aku kebah aku pown puasa. Teros. Alang-alangkan time tu Hari Putih. Nasi bukak puasa aku kirim kat adik aku no.15 sebab dia keja kat bandar so boleh la beli nasik kat aku waktu balik keja. Kak ipar aku pown ade wat datang buah oren pastu stok makanan kering aku suh adik aku no 13 belikan. Tapi aneh nau orang nak lain dia bawak lain. Pastu aku suh gak anak buah aku belikan ak bubur mcd masa masih demam. OK la kan dari nak susah mommy aku tu baik aku mintak tolong dari mereka ini. alah.. Kitakan adik bberadik ~
Nak masak sendiri katanya. Tapi taknak bilik berbau.. haa camane. |
Waktu ni aku baru sedar kepentingan seorang suami. Namun begitu, disebabkan aku masih survive lagi hingga ke hari ini maka aku concludekan dia x sepenting mana. Maka,teruskan dengan kesesatanmu, jangan cari aku~
Demam aku 3 hari jugaklah baru kebah elok. Lepas demam kebah baru lah dapat menikmati kehidupan dan keboringan hidup. Kalau tak memang tido je la kerja aku. Dengan keadaan mata aku kejap nampak, kejap kabur. Tapi hari ke 4, menakjubkan mata aku dah makin boleh cerap huruf kabur, boleh tengok screen hp & laptop dengan baik. Cahaya pun boleh terima dah. Alhamdulillah setelah lebih kurang 3 minggu lepas TransPRK, mata dah boleh melihat. Alhamdullillah. Terima kasih Allah!
Ada hikmah jugak kena covid-19 dan kuarantin ni.Klu tak mesti duk ngadap komputer sebab kerja kan. Actually powermata aku seminggu lps buat TransPRK tu dia macam tak cantik. Maybe balik dari surgery hari tu aku duk ngadap komputer + buat kerja angkat-angkat semua so dia jd something. No wonder la Dr. suruh banyakkan rehat.
Rupanya betul-betul rehat.
7 hari ni bahagia juga walaupun makan tak sangat. Makan is not my thing (ahaa~). Sebabnya kuarantin kan boring gile tak yah nak kata. Sorang-sorang tak bercakap. Kawan aku ade call tapi malas jugak lah nak angkatnya hahaha. Malas la kitew dia suami orang. Dia kawan zaman keja Skali dulu memang abah-abah punya style walaupun nama dia macam PM ke 6 kita 😆.
Memang kalau jadi pape kat kitorang dia memang rajin bertanya kabar. Mak ayah aku sakit dia called jugak tanya kabar. Tapi bila aku sakit, aku memang tak nak angkat hahhahahaha. (Harap dia tak baca blog aku dan kalu dia baca paham-paham la jib aku tak dak suara)
Kadang kadang cerah kadang kadang hujan |
Dalam tempoh ni rupa-rupanya bukan aku sorang je yang +ve. Rupanya AAB +ve. Alin, Amaal, Qema geng maahad aku dulu baru lepas abes, aku sambung legasi kata Alin. Pastu baru-baru ni. Mc Yang satu family kena jugak.
Ya Allah. Besar sungguh kekuasaanMu. Ni geng-geng rapat aku sume ni masa sekolah dulu termasuk AAB (ni geng saranghea cingguya USM)
Disebabkan kuarantin jugak,aku mentelaah kehidupan SUJU oppa balik. Oppadeul kan tengah wat comeback dengan lagu baru Callin' . Ahaks. Aku pown blank nak buat ape dalam bilik sengsorang bila demam dah kebah. Takkan nak pandang siling je. Mestilah buat something.
Sempat jugak habiskan 16 episod K-Drama Who Are You : School 2015. Aku pown tak tau kenapa dalam banyak-banyak cerita cerita ni yang aku layan. Nak layan cite baru kang x abes episod kang menggelupur nak tau episod baru.
Ni cite Pirate Kwang Soo punya cite. Kelakar gile. Pastu tak puas layan Sound of Heart pulak 😆😆😆 |
Mujur seminggu sebelum kena Covid-19 tu abang aku ke 9 rajin nak tukar SSD ke lappy comelku zaman 2014 ni. Untung boleh tengok youtube pakai lappy 😇😇😇. Boring pakai laptop aku pakai phone sebab Netflix aku register kat hp jew.
So, dear dairy.
Begitulah kisah hidupku untuk memori terkena covid-19. Siyes. Aku ingat aku takkan terpalit dengan covid-19 ni sebab macam aku kata td, aku betul-betul amalkan SOP + complete vaksin dan Booster. Tapi covid-19 makhluk halus yang tak nampak dengan mata kasar, even kena kat mana pun aku tak tau. Bersyukur sebab impak dia tak teruk mana. Just 1-2 hari pertama je yang down sebab ape pown tak leh. Lagipun dah lama x demam dia jadi blank kat situ. hikhikhik
Last day kuarantin baru dapat invent mask extender style baru |
p/s: btw anak buah yang gi sekali dengan aku tak kena covid-19 ni. Aku sorang jew 😓😓😓
Tiada ulasan:
Catat Ulasan