.: Assalamualaikum:.
Tahun ni awal tahun sudah mencabar rupanya. (Lap peluh).
Hari tu aku pegi KL sebab ada appointment mata. 1 step closer untuk meng-clear-kan rabun mataku. Tapi pasal ni nanti I story lain.
Cite sebenarnya waktu I duk KL, my mom collapse sebab tak cukup nafas. Oh no!
Citenya sari sebelum aku nak ke KL tu omma sihat walafiat. Cuma nampak dia letih pastu tak bermaya maybe tak jumpa cucunya yang paling kecik sebab abang aku time tu balik kampung ayah bini dia.
Sampai la aku dapat berita dari group wasap family yang omma demam. Omma ade call juga lah masa aku duk KL tapi line umobile aku ntah ape-ape ntah. Line tak dak. Internet tak dak. Jakun agaknya bila dah lama tak datang KL
.. Aku call balik time tu omma cakap bunyi tak bunyi je macam nafas turun naik camtu. Hurm.. Tapi aku tak suspect ape2 yang teruk la sebab demam je kot. Lepas berehat maybe OK la kot.
Kok ditengah malam abang aku yang ke 10 bgtau dalam group underground (haha) tentang keadaan omma yang agak teruk dan nak dibawa ke kecemasan HUSM sebab oksigen drop teros. Dari pukul 4 pagi, sampai 6 pagi keadaan agak kritikal juga lah dengan prosedur covid-19 lagi nak kena hadap. Pukul 8 pagi baru omma dapat tempat kat wad kecemasan. Tak ada kabar berita lepas tu.
Aku pujuk aje hati ini agar sabar jap lg sampai rumah. Aku balik nek flight yang sepatutnya gerak kul 5 ptg delay sebab ade kes kecemasan dalam flight waktu nak departure. Dengan hp yang dah tak da beterinya lagi. Ah memang. Nasib baek aku terserempak dengan my second brother kat airport boleh la balik sesame tumpang dia balek umah 😅😌
Lemah dan tak bermaya |
Berbalik cerita omma, dengar cerita dah kena warded kat level 7 utara tapi still tak bermaya dan oksigen tak naik-naik. Kami adik beradik naik risau sangat-sangat dan mujur la adik aku yang bongsu volunteer nak gi jaga omma kat ward bila tau dah ade tempat kat dalam ward tu. Dapat la update terkini.
Sempat buat vc dengan family waktu awal-awal tu |
Tapi tu la.. dari hari ke hari oksigen still x improve. Sampai kena pakai oksigen yang lebih kuat. Last-last Dr. letakkan omma dalam ward HDU untuk dapatkan bekalan oksigen yang lebih baik. Dalam ward ni tak boleh ada penjaga. Dapat update terkini pun bila called sendiri ward tu cakap dengan nurse atau Dr. bertugas.
Makin besar oksigen kena masukkan |
Tapi tak selalu la dapat sebab everybody busy oh. Kalau la waktu called tu kena time nurse or Dr. yang tak busy mana dapat la update panjang lebar. Tapi kalau time busy memang update gitu-gitu lah citenya.
4 hari, makan masa sehingga seminggu omma duk dalam HDU sampai satu hari Dr. called minta permission untuk take further action if oksigen omma makin teruk atau tak sedar diri. Bila dengar camtu ouls tak keruan. First time in life happened dan kena buat keputusan. We ouls bincang dengan ayah and abang yang merupakan MA n isteri dia doctor nun jauh di Perlis untuk ambil jalan yang paling terbaik unutk keadaan omma.
We ouls bagi permission kat Dr. untuk take action if something bad happended dan tak lupa juga mulai saat tersebut kitorang sekeluarga berkumpul setiap malam untuk solat hajat dan bacaan yasin selepas solat maghrib. Niat untuk kesembuhan omma. Dengan cara ni kita bertawakkal dan memohon yang terbaik dari Pencipta. Kita serahkan tugas kepada para doktor dan memohon kesembuhan dari Pencipta.
Waktu ni rasa gelap dunia seketika tetapi kepada Allah tempat kita mengadu |
Tiap-tiap malam buat solat hajat dan bacaan yasin |
Alhamulillah, ibarat ribut kencang, sehari dua hari, keadaan omma makin stabil. Abang ke 11 dari perlis dan kakak ke 4 dari KL menjengah kampung. Walaupun kitorang tak mampu buat apa-apa untuk omma di HDU tapi bila semua ada di kampung ni rasa ikatan kat situ. Abang ke 11 selaku MA lebih cekap untuk bercakap dengan Dr. apabila buat call. Dengar update rasa lega bila keadaan dah stabil.
Asek kena cucuk baru sebab bengkak |
Seminggu kat HDU, omma dapat tukar general. Kat general ward tu adik aku la yang jaga mommy (tetiba bahasakan mommy na) balik. 6 hari kat sana, Dr. bagitau da boleh balik tapi hari last tu mommy demam, so kena extend 2 hari. Dr. masukkan antibiotik lagi. 2 hari terakhir tu aku volunteer untuk jaga mommy sebab adik aku pown dah burn out abess.
Muka i manyak hepi sebab lebih 2 minggu tak jumpa |
Musim sekarang kalau nak jaga pesakit kat hospital camane pun kena swab PCR. Fuuh.. naseb baek negative haha. Abes ternoda hidung gue.
Anak dan cucu che |
2 hari terakhir ni mommy bertambah better. Disebabkan lama terbaring kat katil HDU, badan dia jadi berat untuk bergerak. So untuk ke tandas memang akulah jadi runner bawa dengan wheel chair. Selera makan pun dah OK. Kalau tak sebelum-sebelum dia mommy selalu cakap tak lalu makan. Kata tak de rasa (tapi memang makanan spital tawar hebe-hebe kot).
Macam drama swasta potong epal kat spital hee |
Manyak improve lebih-lebih lagi dapat tahu ahli qariah buat solat hajat untuknya kat masjid (tgh vc dengan ahli qariah) |
Tapi tu lah oksigennya tetap 94-95% even keadaan omma dah makin elok. Kata Dr. biasa orang yang pernah hidap covid-19 (suprisely mommy kena covid-19 masa bulan puasa 2021 ritu) oksigen dia bawah 95%. No wonder la. Plus lung cancer stage 4 ni lagi. Jadi normal la kalau oksigen setara tu.
The doctors |
Berselera bila dapat makan nasi dari rumah |
Walaubagaimana pun, seperti yang dijanjikan lepas habis antibiotik baru tu moomy dah discharge keluar. Syukur alhmdulillah. Semua kat rumah memang bersyukur sangat-sangatlah setelah 20 hari mommy kat hospital tu.
Muka ada senyum bila Dr bagi discharge |
Sekarang keadaan dah makin OK. Boleh bercakap elok. Masih larat dan tak guna wheelchair dah.
Alhamdulillah setelah 20 hari di HUSM akhirnya selamat pulang ke pangkuan keluarga |
Moga dengan berkat doa dan solat hajat suami, anak-anak, adik beradik, saudara mara jiran, sahabat handainya, kesihatan omma bertambah baik.
Semayang hajat dan bacaan yasin diteruskan even mommy dah ade kat umah |
Amin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan