marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Khamis, 3 Februari 2022

Selamat Tahun Baru 2022

 .: Assalamualaikum:.

Anyeong!

Happy New Year to all readers.


Bulan Feb baru nak ucap hepi new year baguslah. Huhu. Bulan Jan tu kita kire macam trial pax 2022 la. Bulan Feb baru betul-betul 2022. Boleh pulak gitu ye.

Hihi. 

So, ape yang best 1 month trial 2022 duk hiatus tu?

Rumah baru dah nak hampir macam rumah.

Huhu.

Nak kata best sangat tu tak ade ape sangat pown. Masih mengulangi hari-hari seperti sebelum ini.

 Azam 2022 pun tak dak. Adakah hidupku kini tidak bermakna? Oh apakah?!!

Masih lagi seorang ada

Sebelum hidupku diselubungi kemurungan marilah kita berblog-blogan agar bisa mengusir perasaan yang aku pun kurang pasti kenapa ia hadir sedangkan iku tidak pernah inginkan. Adalah ini suatu dugaan?

Naseeh's day. Dah 2 tahun sama macam umur covid19

Oh Tuhan. Janganlah Kau menguji hambaMu dengan sebatas kemampuan yang tak mungkin aku harungi...

Amin.

Reunion bersama PPWK cinguyaa

Kenangan lalu simpan kemas dan campak ke Laut China Selatan dan doakan agar arus membawanya mengalir ke Segi Tiga Bermuda agar segala rahsia hati terus terkubur disitu tanpa perlu dihakimi lagi. Past is always past.

Awal tahun pun dah fefeeling hati terlukai dah kenapa?

hai 2022, please be nice to us!

Anyway. Demi mengusir cas negatif itu marilah kita berbicara tentang hal-hal masa depan yang lebih cerah. So. Awal tahun ni aku dah bertekad cemerlang untuk tidak mempunyai sebarang azam 2022. 

Tapi sebaliknya cuba melangsaikan azam-azam terdahulu..

Pertemuan tak disangka-sangka dengan mokteh the saranghea cingguya
Suatu pagi pada 31 dis 2021

Mengapa semua ini boleh berlaku sebab, semasa aku dapat planner baru, aku macam nak la tulis resolusi 2022. Well semangat katanya. Tapi memandangkan tulisan aku macam makin buruk, dan bila aku cuba untuk brainstorm benda apa yang patut capai 2022.. Semua macam tak bagi kerjasama. Otak jem nak fikir.

So, aku belek balik resolusi bertahun-tahun yang tak tercapai dahulu kala. Ye. Of coz ade. Hahaha.

So dengan itu aku declare, Azam 2022 aku adalah untuk settle resolusi before ni. 

Contohnya macam nak buat LASIK! 😂

Bulan 12 je kuar kat timeline fb 😂

 Bertahun lamanya impian aku nak buat benda ni. Hentah bila akan tercapai. So. Untuk tahun ni akan ku cuba sedaya upaya fulfill kan impian yang terbengkalai. Tak kesah la impian yang mana satu. 


Selepas 2 tahun tak ke KL

Demi menggapai cita-cita nan tersimpan
tak dak caption

 Ha..gitulah cerita mukaddimah entriku untuk 2022.

Hope minggu depan ade entri baru la~

Pippin?? Masih lagi sebuas dahulu kala dan single

...

btw doakan my mom. Minggu yang lepas my mom sesak nafas dan berkejaran ke hospital. Ade kaitan dengan lung cancer yang dihidap dua tahun lalu. 

Alhamdulillah, buat masa ni semua under control but omma still lagi kena hospitalized. Doakan omma cepat sembuh dan bersama dengan kami seperti sedia kala.

us


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...