marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.
Memaparkan catatan dengan label selamat-menjamu-selera. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label selamat-menjamu-selera. Papar semua catatan

Isnin, 27 Mei 2019

THROW BACK: Dairi Ramadan di Perantauan Nikki Ada

.: Assalamualaikum:.

ppwk cingu

Hmm..aku sangat lah berharap aku mampu menulis post cam ni setiap kali online. huhu.
aku tak kesah sangat tak de orang berkunjung pun but at least bagi aku blog adalah tempat aku mengimbau kenangan dikala dulu kala.

Antara hobi aku jugak adalah baca balik tulisan lelama aku nih. Kengkadang tempat aku pau gambar-gambar yang aku nak throw back.. kekekeke.

feeling dia lain macam tau. Kire cam sekarang ni. Bulan puasa ni aku terimbau kenangan semasa kerja kat Skali. Ingat berbuka puasa dengan kengkawan satu batch. Seronok. Even terimbau memori ntah ape ape pergi mengukur highway Putrajaya siap sempat tahajud kat masjid Putrajaya. Tu gara-gara ikut kawan bukak puasa kat De Flaming kat Wangsa Maju.

Terus melalut sampai na gi Putrajaya what??! Kite ikut je la sebab silent passanger. Kekeke.

Banyak kenangan kat Skali. Sebab keja kat situ 2 tahun. Jadi merasa la suasana puasa at KL. Tahun pertama dengan dak-dak spikers, yang ni memang habes duit je kejanya sebab selalu bukak posa kat luar.

Gengnya kaki jalan-jalan cari makan, manenya tak singgah berbuka kat kedai makan viral. Huhhhuhu.

Bukak puasa ramai-ramai ouls spikers
muka same je kalau keluar berbukak..hahahha

Tahun ke-2 more berbuka kat rumah sewa dengan housemates terchenta. Teringat pulak kat akak-akak yang baik. Al-fatihah untuk kak Mas yang telah kembali bertemu Ilahi tahun lepas. Seronok waktu kat Condo Sentul. Bersahur ke berbuka ke selalu masak sesama. Kat sinilah skill masakku terserlah..gittew. Jarang sangat berbuka puasa kat luar.

Kalau ade invitation kengkawan spikers atau majlis bukak puasa Skalians baru kuar.. klu tak memang seronok berbuka puasa kat rumah je. Masak je pape yang ade dalam peti. Plus OTK bawah office je. Balik kerja singgah OTK beli barang dapur. Life is simple!

Masa kat UMS dulu lagi lah.Roomates semua non-muslim. Kat level block masa tahun 1 dalam 4 orang je kot Muslim. Dah la 2 bulan masuk UMS, dah bulan puasa. Sahur sengsorang je. Tapi berbuka reramai termasuklah Michelle dan Nicole..kihkihkih.

Kengkadang tu sebab bilik aku memang suka terima tetamu, abeh sabahan n sarawakian level atas turun yang non-muslim bukak puasa semasa. hahaha.

The reason satu je. Sbb we ouls selalu masak sdiri kekekkekeeke.

My roommates yang dirindui selalu..
Best sebab bilik ouls siap boleh buat dapur lagi..ahahhaha. waktu duk kat bilik ni memang jimat la siap duet PT boleh simpan.

ahjumma sedang memasak *shhh jangan report kat JAKMAS*

ni cara bebudak kg AB batch aku bukak punya. Punya la berbukak makan ambuyat. Gary and ah fook pun join sekaki

Berbukak puasa dengan ambuyat ni Pina la punya idea. Semangat dia beli bahan-bahan buat ambuyat. Lepas tu diajaknya budak-budak kampung AB turun.

Ana duk kat kampung E pun join sekaki. Ah fook n Gary pun tak ketinggalan. First time aku kenal n makan ambuyat ni. kekekkeke..


hari indah bila jumpa kak ija. Rajin pulak aku gi terawih pastu..kekeke
Masa tahun 1 first time solat terawih kat Masjid UMS, perasan pulak aku akan ah kak yang cantik ni. Dah la familiar. tapi sape? Usha punya usha.. leerrrr.. Heliza Helmi. Uish.. ah kak ni aku suka kot.

Senior uni aku rupanya. Ape lagi.. abeh je solat terawih.. Akak.. Boleh amik gambar??..hehehehe

Masak juadah berbuka kat umah Abang Azhari

Dak2 HC00 dan HC05 kebanyakan single, tapi abang azhari berkecuali.  Dia invite la kitorang gurls n da boys datang bukak puasa umah dia plus ari tu birthday anak dia. Isteri dia time ni lecturer UMS.

Maybe isteri dia nak kenal2 bebudak yang berkawan dengan suami dia kot tu invite datang umah. kekekeke.. segan nak pergi sesaje, so kitorang pun rancang la nak masak2 kat umah dia gak.. time ni aku wat puding caramel rasanya. resepi turun temurun kak na.. kekekke


Masa kat USM lagi best! I ouls ade pantry kot dalam bilik. aku n aniem memang selalu masak la. jarang sangat beli makanan kecuali malas giles. Sebab makanan kat kantin x best langsung kot.

Kitorang siap ade rice cooker, dapur camping + hot plate Dila lagi untuk masak juadah berbuka. Pernah time Nara Shi mengidam nasi  pecal dia kat hostel luar, segerombolan keluar naik azizah pegi bukak posa kat situ.

sambal pecal situ tak yah kabo la.. Paling pedas atas dunia. Aku makan selalunya minum air yang banyak..kekekekke..

ni majlis berbukak puaa ISDEV with nim nim

CEO nasik lemak Rooftop..kekekke

Paling sedih masa keja kat TM. Bukan sedih ape, cuma siyes lonely gile. Kalau bukak kat luar pun, bukak dgn dak-dak SLIM tapi boring la skit. Tak rasa cam zaman spikers dulu. Sb masing-masing kate je jom bukak same2..tapi bila bukak sesama wat hal masing-masing. dah la makanan kat mall siyes mahal giless. Kadang-kadang rasa x berbaloi kot..huhuhu.

Kalau bukak kat rumah, kakak-kakak housemates prefer beli kat bazar, bukak posa same-same. Maybe sebb still baru kat situ, jadi awkward moment tu sangat la. Tapi dari bukak posa luar. I suka buka kat umah even aku makan repeat yang tu je hari-hari..huhuhu

ni kengkawan time TM. Dua2 dak SL1M
Paling Best? Masa duk kat umah sewa kat Kota Damansara ngan Fara n Dila. Even penat balik keja still lagi nak masak.huhuuhu.. Maybe sebab aku dah biasa dengan diorang ni.. Buat pape pun layan je..

Ujung-ujung nak abes posa baru kenal bazar ramadan..huhuhu. tu pun sebab malas nak beli stok barang basah sebab nak balik kampung. kekekeke. Even time tu keja nauzubillah penat, tapi balik umah terus energy charge 100%.. haa gitu

Menu kemain.. Steamboat cam 20 orang makan padahal ade kat umah 7 org je. Tapi best lah..sbb tak yah pakai tudung..kekeke..klu kat kedai da la berpeluh duk steam..pastu sesak lagi nak amik makanan.

Semua tu kenangan untuk DAIRI RAMADAN NIKKI ADA. Suka duka menjadi anak perantau. Yang penting tradisi kat rumah dari dari zaman aku kecik sampai sekarang still sama. hahahhaha.

Jap agi pas asar nak gi tolong omma buat juadah berbuka. Fuhh.

klu kat hometown..aku menunggu saat ni je..10 hari terakhir adalah aktiviti berbukak di pizza. Kire dah macam tradition da abang sulung aku belanja adik beradik dia yang ramai tu bukak punya kat sini. area atas tu cop tuk kitorang2 je..heww..heww..

Jumaat, 12 Ogos 2016

Food Review: Buka puasa di Restoran Warisan, NU Sentral


.: Assalamualaikum:.

camat ari raye.
A ah, TM HQ memang dekat je ngan KL Sentral/NU Sentral. 3 Station dari Kerinchi Station sampailah ke KL Sentral. Dari KL Sentral menapaklah anda ke dalam NU Sentral. Hidup menjadi mudah apabila LRT ada.

So, sebab tu la destinasi makan-makan aku kebanyakannya kat NU Sentral.. hahaha.

Last day buka puasa kat KL, bebudak SL1M kat office aku ajak jom pakat berbukak posa kat luar ramai-ramai. Kat department aku ade 5 ketui budak SL1M termasuk aku. Well, semua bujang maka plan bermula. Semua sepakat untuk berbuka kat Restaurant Warisan makan nasi Kukus.

Jam berdetak kul 4.30 ptg cepat je semua gerak. Tapi sebelum tu tunggu solat asar kot-kot ramai orang kat NU Sentral. Dalam kul 5.30 ptg jugak la sampai sane even 3 station je pun, kuikuikui.

Nasib baik buat reservation by call sebab time sampai tu pun dah full house da orang booking. Nampak betapa rakyat Malaysia ini adalah penyumbang terbesar kepada sektor pemakanan negara..nampak tak? (dah kenapa kena tanya camtu sekali).

So,orderlah kami makanan yang diidam-idamkan. Range makanan kat sini 7.90 dan keatas. Speciality dia adalah nasi kukus pelbagai jenis beras ada. 10 jenis kot jenis nasi kukus yang dia offer.

mee ketam
Nasi lemak kukus biasa bersama jeket ayam
Nasi kukus ayam
nasi lemak kukus ayam berempah
Orang lain pakat order nasi kukus, aku pulak rasa nak makan mee ketam. Fresh katanya kat menu tu dia kate.. pastu sebab aku duk teringat nasi kukus yang selalu aku makan kat bazar tu rege rm5.50, jadi aku pun rasa tak berbaloi nak makan..hahaha..

Lepas order sementara menunggu azan berkumandang menandakan masuklah waktu maghrib bagi kawasan KL dan sama waktu dengannya, kitorang pun pegilah bermain, berjalan dan pape jelah asalkan bahagia.kekeke.

Kat tgh mall dia deco cam dataran Putrajaya. sekali ade bulan ni.
ni lah anak bulannya.
Dah nak dekat waktu, kembalilah kami ke restoran tadi. Btw, Warisan ni terletak dekat LG Nu Sentral, ujung alam.

Makanan kat sini biasa-biasa je. Sis bagi 2 1/2 bintang daripada 5 bintang.

Sebab 2 1/2 bintang:

-keadaan kedai kemas, interior boleh tahan, meja kusi banyak. Ada tingkat atas lagi kalau rajin naik tangga.

check masuk waktu ke belum
interior kedai
Bahagian atas.
-tokey dia friendly, siap keluar tanya we ouls ade lagi tak makanan tak sampai.
-Sebab musim puasa, setiap set dapat free kurma + air sirap (dalam menu tak cakap, rugi je beli air)

air sirap free
Kalau gi Mamak akan order air eberet Fara.haha. dah berjangkit air ni kat aku dah,
-Makanan dia biasa-biasa je.
-Mee ketam dia frust gile, lauk tak der pun. mee dan kuah semata-mata.
-HARGA MAKANAN DAN MINUMAN agak mahal, sebab tak nampak mana yang special.  Cian kat Tira sebab dia igtkan keriuk-keriuk ayam dapat banyak (sebab stated dalam menu),so dia pilih nasi lemak biasa, sekali keriuk tu atau nama komersil dia jeket ayam rangup dapat 4 keping, tu pun macam daun bunga kertas kering tercarik lima.

sedih mengenangkan jeket ayam rangup je macam..ngee..
Kutuk-kutuk pun makan abes. Kekekeke
Lepas makan, gi solat magrib kat surau level 2, dalam Nu Sentral. Bapak ramaaaaaaai orang.

Lepas tu balik. Nak balik pulak lagila azab dia sebab tunggu bas yang tak kunjung tiba. last-last nek LRT turun kat Bangsar, amik bas sampai rumah.

Budak KL baru belajar
ok bai.

Sabtu, 16 Julai 2016

Review Boat Noodle Aeon Mall, Kota Bharu

.: Assalamualaikum :.

Hi, Selamat Hari Raya.

#teamtilljannah

Sempat berjalan ke Aeon Mall KB masa raya kedua. Rumah pakcik, wajib lah melawatkkan pastu baru menapak kat Kelantan lagi-lagi lah harus mencoba menjejak kaki ke sana. Baru updated, katenya.

Actually, makan kat Boat Noodle ni adalah random thing yang tetiba abe E ajak makan kat situ selepas berlegar-legar tanpa arah dan tujuan dalam Aeon Mall tu. kekeke. Tunggu abe Din and family, tapi tak sampai-sampai.

Boat Noodle full house

So, ke Boat Noodle lah aku, abe E,Tikah, Iwa dan Hakimah. Memandangkan ini sahaja #TheBujangBlake yang tinggal, maka bergeraklah kami ke situ.

Kalau nak tau Boat Noodle ni kat level 3 area belakang, tepi food court. Boat Noodle ni femes dengan mee dia yang dalam mangkuk yang orang sekali makan pat lima nam mangkuk. Ntah, tak nampak sangat pun mane keistimewaan Boat Noodle yang digembar gemburkan ini except harga dia yang murah la kot. murah la rm1.90 da dapat makan mee. kenyang tu belum pasti ye puan-puan dan tuan-tuan.

interior kedai
Tak tau nak order ape..pakat layan hp, suruh orang lain order

Masa sampai kat restaurant tu, full house, kitorang siap kena beratur tunggu turn lagi. OOo, Boat Noodle ni kirenya datang dari Siam marilah sebab tema kedai tu macam ala-ala warung makan dekat tepi-tepi jalan kat Siam, tulisan pun ade Siam.

Orang yang datang pun kebanyakan orang cina (Siam). Sebab kat Kelantan biasa kalau Cina, Siam marilah. Tapi jangan risau. Halal. Tukang masak orang melayu (Siam).

Tempat masak dia style open kitchen, so boleh see through la cane dia buat mee celup tu. Tunggu dalam 15 minit, giliran kami tiba. So, we ouls order la so called the famous Boat Noodle mee dia.

menu dia
main menu

Pathumtani. Ayutthaya.

hah.Pemenda ni?

Jangan panik sebab tu dua jenis sup yang di offer dalam sajian diorang. Kire ni sup utama la. Nak pilih nasik boleh, nak pilih mee pun boleh. Nak pilih ayam boleh, nak pilih daging pun boleh.

Pathumtani ni jenis sup yang pakai kicap hitam, ade rasa masam-masam buah mangga sikit.

Ayutthaya pulak lebih kepada spicy. pekat sikit sup dia berbanding Pathumtani.

side dishes
Side dishes lain pun ade macam somtam, meatball, kerabu dan lain-lain. Sebagai peminat megi yang setia,aku order satu kerabu megi yang bernama Yum Mama.

Untuk minuman pulak, style hipster. Air dia serve dalam gelas panjang Chill, Chill. Ade beberapa jenis air yang hipster. Harga dalam rm6.00-8.90 giteww. 5 kepala lima jenis air.

menu air
kitorang order dua sorang mangkuk mee. macam-macam jenis. kejap lagi pandai-pandailah berebut.

sampailah mee dia. ceh. kecik sangat mangkuknya. da la tu berape urat dan sekeping daging or ayam dan satu fishball. makan semangkuk lekat celah gigi je pun.

Rasa dia?


Mee Pathumtani/Ayutthaya



Not my taste. sebab macam ade rasa budu hahaha. Eh, jangan salah sangka.Budu is my favourite, tapi rasa sup dia siyes tak kena dengan mee tu. dan bagi aku tasteless. tawaq kot. da la tak kenyang.macam makan ape ntah. dengan harga cenggitu aku rasa baek makan mee celup kat Pantai Sabak, lauk banyak, ajinamoto pun berasa tau!

1/5

Yum Mama/ Kerabu Megi


Yang ni puas hati makan. Sedap. rasa dia seimbang. ade pedas, manis, macam. Cumanya dengan harga RM8.50 (taktermasukgts), agak tak berbaloi la. Sebab aku penah beli yang harga 3 hinggit banyak dan sedap

3/5

Air Kaffee Yen


Ais je lebih. Manissemanismanismanisnya. Yang lain aku pau rasa adik-adik aku pun manissemanismanismanisnya. 2/5

Service

Mesra. Tapi slow. dan makanan yang sampai tak macam di order.


Akan pegi tak sekali lagi?

Kalau sengsorang tak nya aku pegi. kalau berdua pun aku tak akan masuk jugak. kalau nak wat reunion suka-suka, suka atilah aku iot majoriti.

Kenyang tak?

Tak.

Sebab lepas tu abe Din n family datang kitorang melahap Pizza 'Around The World' kat Vivo pulak.

makanlah pizza ini kalau nak me round dunia..haha

So, mohon tuan kedai Boat Noodle, sila buat improvement.ok bai.

Rabu, 29 Jun 2016

Hangout buka puasa di B.Bap Food, NU Central

.: Assalamualaikum :.



kutip image dari google. Thank you google!

Ari jumaat lepas, aku ngan adik aku berhajat ujung minggu ni nak turun ke umah kakak aku kat Segambut. Memandangkan kakak aku pun beriya-iya mengajak sebab dia baru je balik dari umrah kan.Harus la ade buah tangan something nak bagi kat adik-adik kesayangan dia kan..

So, ape lagi..kecik tapak tangan nyiru I tadahkan..

Adik ak yang bongsu sekarang study kat Uitm Shah Alam, aku kat Bangsar nih..so..kitorang janji jumpa kat KL Sentral je la..boley bukak posa sekali teros..

Lepas je opis time, berdesup la daku ke lrt Station untuk mencarik adik aku kat KL Sentral..mane la tau kot2 dia sesatkan..ahahhaa..nama je dia tu duk bandar, tapi bukannya selalu berjalan..same la cam kakak dia ni ha..

Jumpa kat KL Sentral, tanya nak bukak posa kat mana?.. sementelaah itu, kalau masuk kawasan mall ni, jangan harap la boleh walk in tepat-tepat waktu maghrib.. confirm sume kedai makan full house..dalam otak aku Dubuyo..Dubuyo biarpun ari Rabu sebelum tu da selamat Seafood Cigea selamat masuk dalam perot..kekeke

Lepas melilau seketika.. kitorang decide la nak try kedai makan koreayang lain. B.BAP FOOD. adik aku nih tak boleh nampak B.A.P, B.A.P nih..terus je setuju..group kpop feberet katenya.. aku pulak tak boleh nampak restaurant korea korea ni..teros nak mencubaa...

Sebelum decide nak makan kat situ tak..kena la dulu buat sedikit research psl restaurant ni.. halalan toyyiba ke idok.. so.. dapat review dari blog mana lupe (-.-")..halal katenya.. tak de kerbau pendek (istilah lecturer aku..kekeke) secara nyata dalam menu dan tak pakai alkohol .. insyaAllah halal..

So.. mencarik jugalah restaurant ni dalam NU Central nih.. kat mana..hang kat mana.. pusing-pusing..tak jumpa..isk..rasa directory tulis LG..

a ah.. memeng LG la..lepas tu kena kuar sebab pintu masuk kedai tu kat luar mall.. nak senang cari.. korang nampak Starbuck..kuar pintu situ..pastu gi kiri..menusuri kaki lima mall..nanti jumpala..

Masa nak masuk restaurant tu, jam baru pukul 5 something kot.. memang semangat, budak waiter tu pun macam err..akak x leh masuk lagi ni.. kok dia ingat aku nak makan sekarang ke ape? adeh..dalam kedai memang kosong maksud dia..aku ngan adik aku ni memang semangat dan pantas..hahaha..

interior kedai yang minimalis.Pun aku google jugak ++

Aku kabo kat dia nak booking untuk bukak posa..terus dia bagi menu..lama tengok menu.. dua tiga kali jugak la membeleknnya..khatam 3 kali sebab tak tau nak order ape sebenarnya..kekeke..adi aku cakap presentation gambar tak cantek.. tu yang 3 kali khatam tu..hahaha..

Overall menu yang disediakan adalah memang menu basic makanan korea antaranya, bibimbap, kimbap, sotong goreng masak merah ==", sup ayam gingseng, cigea, ikan bakar, bingsu, air green tea korea, aloa vera, robbuki, deobbukki dan lain-lain lagi..kekekeke..lupe ah nama makanan dalam Korea.. aku sebut dalam BM jerrr...kah3..

Aku ngan adik aku rasa nak try macam-macam, tapi tu nafsu semata-mata.. So, kitorang order robbuki ngan bimbap optopus dan air aleo vera.. cukup la tu..bukan spesies makan banyak pun dua2 makhluk ni..kekeke..

Ingat lepas booking nak blah la main-main dalam NU Central, tu lah rancangan awalnya.. tapi plan berubah lepas tengok ade plug.. haa.. ni nampak gaya berkampung kat sinilah..haha..sementelaah itu, kitorang memang species tak reti masuk mall dan berjalan-jalan window shopping..jadinya.. berkampunglah kami berdua kat kedai tu sampai maghrib..kekeke..

Aku sekarang tgh into Ahn Jae Hyun ngan Gu Hye Sun sebab amazing dengan relationship diorang, kenal setahun teros kawen.. bravo bro..x sia-sia jadi crush 3 minit.. so, layanlah diri ini dalam kedai tu citer BLOOD.. adik aku layan mende ntah kat phone dia..tambah best lagi kat luar tingkap hujan renyai-renyai turun..i sukeeee^^..

Ahn Jae Hyun menemani. sadis gile sebab ni pun crop gambar kat ig.Sobbs..


Sekali-sekala aku tgk jugaklah interior kat dalam kedai ni.. kedai dia dua tingkat tapi x de la besaq..minimalise punya style. Dapur dia boleh see through.. pelayan dia orang melayu siap pakai baju melayu (lelaki) dan budak pompuan baju kurung.. ak ngan adik aku macam.. ni konsep apekahhh.. haha..tapi tak kesahla..janji sopan.. nak pakai hanbok kot mahal kan..hahaha..

Dalam tempoh 2 jam tu ramai jugak la non muslim yang kuar masuk.. yang datang menempah pun tak kurang ramainya.. nak dekat bukak posa je.. full house!.. kemain haaa orang nak berbukak puasa dengan makanan korea ni..haha..makanan dia serve dalam pukul 7 malam keatas..haa bagus jugak tu..kalau kat umah pun kita kul 7 mlm baru ready nak menghidang..

Ngam pukul 7.26 mlm.. allahummalaka sumtu la.. pastu.. ngapp.. sebab gambar da amik sebelum ni..hahahha..

Portion untuk bibimbap saiz dia memang besar.. kalau orang selera besaq boleh la makan abes.. aku kongsi je ngan adik aku sbb da tau, nanti membaziaq.. bibimbap dia bagi 1 sup seaweed dan 3 side dishes.. Robbuki pun cam tu jugak.. ade 1 sup seaweed dan 3 side dishes.

Ape beza robbuki ngan deokbukki?.. haa beza dia robbuki ni ade ramyeon, doekbuki rice cake je.. so..kalau nak multiple taste..amik la robbuki..


Terjumpa gambar ni dalam wassap..haa..jadik la walaupun satu pic je dari tak de kan..



Ranting Robbuki dia aku bagi 4.5/5 bintang..
sebabnya sebelum ni aku penah makan kat Myeongdong Street Restaurant kat Kota Bharu, rasa dia tak kena.. merah je lebih..tapi kat sini, masuk dengan taste aku...cume kaler dia agak plain la skit.. oren-oren gitu..


Ranting bibimbap optopus pulak.. 4.8/5 bintang

 haa..boleh tahan sedap..rasa dia cam optopus masak merah yang aku makan kat Jeon Jul Jib kat Korea.. tapi kat Jeon Jul Bib tu sotong dia lagi fresh + portion dia untuk sotong je da besaq..huhu..tap..tap..tap..air liuq kuar..hahahha..

Air Aleo Vera pulak, sedap.. aku perasan biasa air kat restaurant korea ni memang dia serve tawar.. means tak buh gula la kot..hmm..biasa air yang tawar ni macam minum air kosong la kan.. tapi untuk air Aloe Vera cold ni.. terasa dia punya flavor dan nate de coco tu.. ntah orang panggil ape..kuikuikui..adik aku cakap ni minum air aleo vera Natural Republic ke..-.-"

lepas makan, kitorang pun kuar.. kuar je camtu sbb masa booking da bayar ciap2.. abes kat B.BAP FOOD untuk 2 person RM47.00


p/s: Urghh.. sadis gile sebab gambar semua aku ter-delete. ntah macam mane lappy aku ni save-nya sampai aku boleh ter-delete (ceh, salahkan orang lain pulak).. nanti lengkali aku gi sini aku tempek gambar bebanyak k.of coz la kena pegi lagi. Sedap kot makanan sini!.

Rabu, 2 September 2015

High Tea at Empire Hotel Brunei Darussalam


.: Assalamualaikum :.

Annyeong *lambai tangan*

Hee.. alhamdulillah daku selamat tiba di Malaysia tanah air ku selepas 33 hari merantau di bumi Brunei Darussalam. Ade la dalam 6 hari dah menjejak kaki di kampung terchenta ni.. Tapi ade kalanya hati beta masih lagi di sana..banyak memori terlakar disana..bayu sampaikanlah salamku kepada mereka...nge..


Sebelum mood aku menjadi sayu selayu-layunya.. baguih diri ini throw back cerita-cerita indah beta sepanjang keberadaan beta di bumi Brunei..kan...kan..kan.. semalam duk sort-sort gambar yang dikumpul.. fuh..banyak... tu baru dari talipon aku dan Fara dan Cik Ma.. belum lagi masuk yang lain..

-----------

Minggu pertama datang Brunei, antara aktiviti yang paling diingati adalah... ke Empire Hotel.. untuk berhigh tea.. bersama Pehin Orang Kaya Lela Raja Dato Seri Laila Jasa Haji Awang Abdul Rahman bin Haji Abdul Karim (insyaAllah betul nama beliau ni).. Kami warga ISDEV dan ajk UNISSA mendapat jemputan daripada pihak Pehin untuk menjamu selera kat Empire Hotel.

 Seriously tak sangka dapat merasa menjejak kaki ke Empire Hotel.. ye la..kalau orang tak bawak.. manenya nak jejak kaki kan.. alang-alang dah ke sini... haruslah melebarkan kaki mengukur kelebaran hotel dan kawasan-kawasannya..ngee..


Ni adalah hari yang ke 5 berada di Brunei :)


 Pemandangan ke arah pantai dari Hotel Empire...




 Sesampai je kami kat lobi hotel.. apa lagi...jom kita berselfiee... isk...hajat dihati nak amik gambar replika masjid.. tapi dihadang oleh Cik Ma pulak.. Cik Ma ketepi peliss.. ngee




 Ye..ini baru clear..kekekekke




Meja high tea baru tengah di set up...maka.. masa untuk explore race..kekeke..




tak boleh jumpa cermin besar.. pasti akan jadik mangsa.. naseb baik je cermin tu tak retak seribu...kekekkee..



Kalau pegi hotel, tempat yang wajib aku masuk adalah... TANDAS..ngee..sebab dia.. jugdemental..ngee.. takkan cantik sesuatu tempat kalau toilet dia kotor..kan..kan..kan... TANDAS kat sini ofkos la.. 1st Class.. ciap ade moisturizer untuk lembapkan tangan lepas cuci lagi..kelas gituuww...  




Repunzel wannabe..

Merenung keluar jendelaa.. melihat kebesaranNya..

padahal duk usha sape kat bawah..ngee.. eh.. tu pun ciptaanNya jugak kan..



Skrip meeting drama swasta..

" Ye Datin, baju yang Datin AAB tempah tu.. dah boleh pegi fitting da " Kata Datin CikMa
" Tapi masalahnya sekarang, I da mengalami proses pembesaran yang nyata.. tak muat baju tu nanti Datin CikMA", balas Datin AAB.
" Takpe Datin, kalau Datin tak boleh pakai, hadiahkan kepada saya, saya semua baju boleh pakai XD ", menyampuk Orang Kaya Nikki..

nge...

drama ini berakhir dengan... rupa-rupanya tukang jahit salah jahit..nak buat baju kebarung, jadi suit mengkarung...kekekeke..

ok..stop!






F4 katanya..haha.. eksyen skit dalam hotel mahal ni.. penat explore dalam ..ke bahagian luar pulak kite..


 

 An nyeonggggggggg..pis pis..kacang pis..



tak boleh jumpa pantai..terus nak serbu.. naseb baik tak boleh turun pergi kat gigi air pantai.. kalau tak.. abes ilang keayuan wanita melayu terakhir dalam baju kurung nih...kekeke.. maka dengan itu.. terhasillah gambar comeback cerita Cinderalela Ahmad Idham ngan Haliza Misbun dulu-dulu..mihmihmih..

*background music..** kita memang dijodohkan bersama..sehati serta sejiwa...~



 Siyes.. besaq giless hotel nih.. penat kaki ini melebarkan jejak..hahaha.. lepas penat ape lagi...

 Masa untuk makan...
 

 Antara juadah  High Tea..ada bun..ada sandwish..ade kek dan sebagainya.. ayaq selain jus mixed grape..we ouls boley pilih air lain.. daku ofkos la kempunan nak minum capucino.. kekeke..


Selamat menjamu seleraaa... First time duduk semeja dengan ajk.. naseb baik tak awkward sebab diorang friendly dan mudah buat kawan untuk berbual mesra.. ngee.. kat sini baru tau Amal ehem ehem dengan Fandi..ngeee..  Sukainah yang comel dan Siti.. muka cam taiko tapi dalam ati ade taman..ngeee... Hai korang  XD.. **Larik**








Bergambar kenangan depan pintu masuk Hotel Empire ni bersama-sama rombongan ISDEV dan Pehin dan rakan-rakan beliau.. terima kasih Pehin :D







link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...