marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Isnin, 27 Mei 2019

THROW BACK: Dairi Ramadan di Perantauan Nikki Ada

.: Assalamualaikum:.

ppwk cingu

Hmm..aku sangat lah berharap aku mampu menulis post cam ni setiap kali online. huhu.
aku tak kesah sangat tak de orang berkunjung pun but at least bagi aku blog adalah tempat aku mengimbau kenangan dikala dulu kala.

Antara hobi aku jugak adalah baca balik tulisan lelama aku nih. Kengkadang tempat aku pau gambar-gambar yang aku nak throw back.. kekekeke.

feeling dia lain macam tau. Kire cam sekarang ni. Bulan puasa ni aku terimbau kenangan semasa kerja kat Skali. Ingat berbuka puasa dengan kengkawan satu batch. Seronok. Even terimbau memori ntah ape ape pergi mengukur highway Putrajaya siap sempat tahajud kat masjid Putrajaya. Tu gara-gara ikut kawan bukak puasa kat De Flaming kat Wangsa Maju.

Terus melalut sampai na gi Putrajaya what??! Kite ikut je la sebab silent passanger. Kekeke.

Banyak kenangan kat Skali. Sebab keja kat situ 2 tahun. Jadi merasa la suasana puasa at KL. Tahun pertama dengan dak-dak spikers, yang ni memang habes duit je kejanya sebab selalu bukak posa kat luar.

Gengnya kaki jalan-jalan cari makan, manenya tak singgah berbuka kat kedai makan viral. Huhhhuhu.

Bukak puasa ramai-ramai ouls spikers
muka same je kalau keluar berbukak..hahahha

Tahun ke-2 more berbuka kat rumah sewa dengan housemates terchenta. Teringat pulak kat akak-akak yang baik. Al-fatihah untuk kak Mas yang telah kembali bertemu Ilahi tahun lepas. Seronok waktu kat Condo Sentul. Bersahur ke berbuka ke selalu masak sesama. Kat sinilah skill masakku terserlah..gittew. Jarang sangat berbuka puasa kat luar.

Kalau ade invitation kengkawan spikers atau majlis bukak puasa Skalians baru kuar.. klu tak memang seronok berbuka puasa kat rumah je. Masak je pape yang ade dalam peti. Plus OTK bawah office je. Balik kerja singgah OTK beli barang dapur. Life is simple!

Masa kat UMS dulu lagi lah.Roomates semua non-muslim. Kat level block masa tahun 1 dalam 4 orang je kot Muslim. Dah la 2 bulan masuk UMS, dah bulan puasa. Sahur sengsorang je. Tapi berbuka reramai termasuklah Michelle dan Nicole..kihkihkih.

Kengkadang tu sebab bilik aku memang suka terima tetamu, abeh sabahan n sarawakian level atas turun yang non-muslim bukak puasa semasa. hahaha.

The reason satu je. Sbb we ouls selalu masak sdiri kekekkekeeke.

My roommates yang dirindui selalu..
Best sebab bilik ouls siap boleh buat dapur lagi..ahahhaha. waktu duk kat bilik ni memang jimat la siap duet PT boleh simpan.

ahjumma sedang memasak *shhh jangan report kat JAKMAS*

ni cara bebudak kg AB batch aku bukak punya. Punya la berbukak makan ambuyat. Gary and ah fook pun join sekaki

Berbukak puasa dengan ambuyat ni Pina la punya idea. Semangat dia beli bahan-bahan buat ambuyat. Lepas tu diajaknya budak-budak kampung AB turun.

Ana duk kat kampung E pun join sekaki. Ah fook n Gary pun tak ketinggalan. First time aku kenal n makan ambuyat ni. kekekkeke..


hari indah bila jumpa kak ija. Rajin pulak aku gi terawih pastu..kekeke
Masa tahun 1 first time solat terawih kat Masjid UMS, perasan pulak aku akan ah kak yang cantik ni. Dah la familiar. tapi sape? Usha punya usha.. leerrrr.. Heliza Helmi. Uish.. ah kak ni aku suka kot.

Senior uni aku rupanya. Ape lagi.. abeh je solat terawih.. Akak.. Boleh amik gambar??..hehehehe

Masak juadah berbuka kat umah Abang Azhari

Dak2 HC00 dan HC05 kebanyakan single, tapi abang azhari berkecuali.  Dia invite la kitorang gurls n da boys datang bukak puasa umah dia plus ari tu birthday anak dia. Isteri dia time ni lecturer UMS.

Maybe isteri dia nak kenal2 bebudak yang berkawan dengan suami dia kot tu invite datang umah. kekekeke.. segan nak pergi sesaje, so kitorang pun rancang la nak masak2 kat umah dia gak.. time ni aku wat puding caramel rasanya. resepi turun temurun kak na.. kekekke


Masa kat USM lagi best! I ouls ade pantry kot dalam bilik. aku n aniem memang selalu masak la. jarang sangat beli makanan kecuali malas giles. Sebab makanan kat kantin x best langsung kot.

Kitorang siap ade rice cooker, dapur camping + hot plate Dila lagi untuk masak juadah berbuka. Pernah time Nara Shi mengidam nasi  pecal dia kat hostel luar, segerombolan keluar naik azizah pegi bukak posa kat situ.

sambal pecal situ tak yah kabo la.. Paling pedas atas dunia. Aku makan selalunya minum air yang banyak..kekekekke..

ni majlis berbukak puaa ISDEV with nim nim

CEO nasik lemak Rooftop..kekekke

Paling sedih masa keja kat TM. Bukan sedih ape, cuma siyes lonely gile. Kalau bukak kat luar pun, bukak dgn dak-dak SLIM tapi boring la skit. Tak rasa cam zaman spikers dulu. Sb masing-masing kate je jom bukak same2..tapi bila bukak sesama wat hal masing-masing. dah la makanan kat mall siyes mahal giless. Kadang-kadang rasa x berbaloi kot..huhuhu.

Kalau bukak kat rumah, kakak-kakak housemates prefer beli kat bazar, bukak posa same-same. Maybe sebb still baru kat situ, jadi awkward moment tu sangat la. Tapi dari bukak posa luar. I suka buka kat umah even aku makan repeat yang tu je hari-hari..huhuhu

ni kengkawan time TM. Dua2 dak SL1M
Paling Best? Masa duk kat umah sewa kat Kota Damansara ngan Fara n Dila. Even penat balik keja still lagi nak masak.huhuuhu.. Maybe sebab aku dah biasa dengan diorang ni.. Buat pape pun layan je..

Ujung-ujung nak abes posa baru kenal bazar ramadan..huhuhu. tu pun sebab malas nak beli stok barang basah sebab nak balik kampung. kekekeke. Even time tu keja nauzubillah penat, tapi balik umah terus energy charge 100%.. haa gitu

Menu kemain.. Steamboat cam 20 orang makan padahal ade kat umah 7 org je. Tapi best lah..sbb tak yah pakai tudung..kekeke..klu kat kedai da la berpeluh duk steam..pastu sesak lagi nak amik makanan.

Semua tu kenangan untuk DAIRI RAMADAN NIKKI ADA. Suka duka menjadi anak perantau. Yang penting tradisi kat rumah dari dari zaman aku kecik sampai sekarang still sama. hahahhaha.

Jap agi pas asar nak gi tolong omma buat juadah berbuka. Fuhh.

klu kat hometown..aku menunggu saat ni je..10 hari terakhir adalah aktiviti berbukak di pizza. Kire dah macam tradition da abang sulung aku belanja adik beradik dia yang ramai tu bukak punya kat sini. area atas tu cop tuk kitorang2 je..heww..heww..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...