marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.
Memaparkan catatan dengan label iklan hangat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label iklan hangat. Papar semua catatan

Isnin, 18 Mei 2020

Aktiviti sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

.: Assalamualaikum:.

So, hari ni dah masuk fasa ke berapa eh kita berkurung?
Awal-awal ritu rajin la nak countdown bagai tapi bila dah selalu sangat dah lupa dah..huhu..
Ni dah ramadan. Siap dah masuk 10 malam terakhir dah pun.
Tapi masih lagi dalam PKP yang ditambah B iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Sepanjang PKP nak masuk 3 bulan ni banyaklah pulak benda terjadikan. 
Dengan mula-mula in my own POV, hepi hikhikhik. Sebab boleh rehat seketika dengan kesibukan duniawi kerja-kerja nih. Tahun lepas siap pikei boleh tak aku nak mintak cuti sebulan tak buat ape-ape just tido dalam bilik dan merefleksi diri. huhuhu.

Rasa tahun 2019 soo much extrovert thingy aku buat sampai penat sangat huhuhu. Penat dengan ape aku pun tak sure. Sebab tu siap mengarut nak apply cuti sebulan boley tak boss?? hohoho.

So, benda dah melanda negara. Bukan negara je. Tapi satu dunia kena lockdown. So, cuba berfikiran positif dan nilah masanya kita nak berehat kununnya. Minggu first and second best la. Bangun tido sambung tido. Kemas bilik, sambung tido. Sambung tido, bukak FB, tengok drama dan repeat. Perghh!.. Macam dunia ini ana yang punya. 

Tak habis dengan tu aktiviti mendapur pulak. Dapur kat umah time ni ibarat restaurant. Nak makan bagitau je. Tukang beli barang ade. Tukang buat pun ade. Tukang sepah pun tak ketinggalan. kan kan kan.

Omma dan appa dah tersenyum lebar dah bila sama anak-anak solat berjemaah setiap kali masuk waktu. Terubat lah kot rasa dihati ayah bila semua solat berjemaah macam kecik2 dulu walaupun tak dapat nak solat jumaat. Imam kampung ada.. imam import mesir pun ade. 

Untungnya walaupun berkurung, adik beradik aku duk dalam Pagar Rumah yang sama jadi tak de rasa berkurunglah sangat. Petang-petang siap boleh form 2 team untuk main bola kadut kat halaman rumah. Stay fit katenya. Kalau biasa tak sempat nak berkumpul time ni la menjadi. 

Memang kitorang tak keluar langsung waktu awal-awal. Hanya ketua interim je yang keluar. Nampak tak betapa patuhnya kita kepada arahan negara.. Gittew. 

Macam aku sendiri kalau keluar pun sebab gi ambil ubat ayah kat hospital. Lepas amik terus balik umah. Dah tak boleh nak merawang ke tempat lain dah. First sebab malas. Second sebab tak de keperluan. Barang dapur atau toiletries sume dah kirim kat abang dan adik aku untuk dibeli.

 Minggu ke-2 PKP pulak dapat tawaran dari Urusetia Pembangunan dan Kebajikan Wanita Negeri Kelantan (uKekwa) untuk jahit PPE bagi kegunaan frontliners KKM. Satu family join yang ni memang rare! Abang ipar aku la yang paling semangat nak jahit. Ye la kat KL dia ade kedai jahit. Haruslah tunjuk bakat terpendam. 

Yang kedua bersemangat abang-abang aku. masing-masing tak nak kalah jugak terus bawak mini portable mesin jahit untuk turut mengembleng tenaga buat PPE. Nampak macam mudah, tapi terkial2 jugaklah mula-mula tu. Nak potong kain lagi nak jahit camane lagi. Tapi memang best lah sebab semua join sampai anak-anak buah pun datang menolong. 

3 hari kitorang berjaya menyiapkan 50 hoodie dan 104 sarung kasut. Okey la dengan pertolongan 3 mesin portable biasa dan 2 mini portable. Ruang tamu omma jadi mangsa tapi tuan badan redha dan seronok kalau tengok riak muka tu. Tak yah tolong masak kat dapur pun tak pe waktu ni.hikhikhik.

masuk minggu ke 5, baru datang otak business bila ramai yang menempah mask muka kait. Memang tak de niat nak amik tempahan crochet tapi "dia mari denga tok kaba sobat' (baca:rezeki) bila beta up dan status mask muka ku yang merah membara semangat waja. Tujuan asal post tu hanya nak bgtau je yang i pown ade mask jugak hikhikhik walaupun negara kekurangan sumber mask ni. Dengan kata lain nak show off skill la 😂. 

Sekali ramai yang nak tempah dan time tu dah tak de aktiviti ape dah nak buat. Oklah tempahan dibuka. Apabila dibuka, jadi mimpi ngeri pulak sebab tak cukup tido 😂. Tapi tak pe. Sebab dapat duet extra yang mana dah selamat beli barang-barang keperluan Pippin + cadar baru hikhikhik. Orang lain sibuk dengan baju raya kasut raya aku sibuk nak cadar raya.. hew

Tu la lebih kurang cerita yang berlaku dalam kehidupan beta sepanjang PKP. Tahun 2020 yang penuh dengan kesukaran tapi dalam kesukaran tetap ada kesenangan. Kenangan yang akan tetap ukuh di sanubari jadi esok-esok bolehlah bercerita kepada generasi akan datang pasal wabak ni. 

Since aku paling suka dengar cerita orang-orang tua dari POV mereka sendiri pasal sesuatu perkara berlaku zaman diorang macam pendaratan jepun, perang blabla, jadi aku nak save something yang boleh aku pulak tukang bercerita kepada anak cucu esok-esok. Mirip Bilbo Baggins bercerita pengembaraannya menentang Smaug kepada Frodo Baggins and da friends. Aku pun tengah menentang jugak. Menentang makhluk halus si Covid -19~

Rabu, 16 Ogos 2017

CROCHET TIME: PROMOSI SEMPENA 31 OGOS

.: Assalamualaikum :.
 Tak jawab dosa, jawab tanda sayang..hikhikhik

Tanggal 31 bulan 8, 57
 Merdeka! Merdeka!

Yeah. Sempena bulan yang baik ini, bulan di mana Tanah Melayu mencapai pembebasan dari British, ATAS LOTENG pun nak rasa kemeriahannya dengan membuat Promosi beberapa product Keychain termasuk design baru amigurumi.

Tak zabar nak tau product ape?
 Lemme list one by one ya..

1. Smiley Ball keychain (small size) : Harga Asal : RM2.50 sebijik -->; Harga Promosi RM 2.00 (lebih 700 ditempah dan terjual)



2. Lovely Love Keychain (small size) :Harga Asal : RM2.50 sebijik -->; Harga Promosi RM 2.00 (lebih 800 ditempah dan terjual)




3.Dango daikazuko keychain : Harga Asal : RM3.50 sebijik --> Harga Promosi RM 2.50 (lebih 500 ditempah dan terjual)



4.Camera Keychain : Harga Asal : RM3.50 sebijik -->; Harga Promosi RM 2.50 (product terbaru dengan harga pengenalan)




  ++++++++++

Nak buat apa beli bebanyak?..ehh.. jangan tak tahu keychain ni boleh buat as doorgift, hadiah kenang-kenangan, accessories dan lain-lain lagi. Baru orang kata wahh..ade kelainan gittewww.. nanti nak tunang,kawen, akikah tak tahu nak bagi ape? Haa..ni lah jawapannyaa..

Kalau korang nak order campur-campur pun boleh, tak ada masalah. Yang penting min order 20 pieces. 

Promosi ini bermula hari ni 16 Ogos 2017 - 31 Ogos 2017. Sebarang tempahan kena buat dalam tempoh masa tersebut untuk mendapat harga yang special tau ^^ 

Untuk tempahan boleh msg/whatapps/ di nombor 013-4428320. Ataupun email ke..niknursyuhada@yahoo.com

Detail pembayaran akan disertakan nanti.. 

Permintaan paling hot tentulah:
Smiley Ball Keychain 
Lovely keychain 
Dango Daikazuko

Atas Loteng Production Kembali aktif

.: Assalamualaikum :.
Tak jawab dosa, jawab tanda sayang..hiks.



Hiks, tahun ni jarang sangat ada masa nak berblog bagai. Busy dengan pelbagai urusan. Biasalah tu kan. Kesempatan yang ada ini, I dengan penuh rasa rendah diri nak umumkan bahawa ATAS LOTENG PRODUCTION kembali aktif selepas beberapa tahun senyap.

Keputusan ni diambil selepas setahun berfikir (pergh lama beno). Lepas amik master hari tu, penah fikir untuk aktifkan kembali ber-crochet, tapi time tu tak sangka bertali arus rezeki ikut cabang lain. Jadi terpaksa tanggung seketika untuk projek kait-mengait ni.

Buat keputusan ni bukan satu keputusan yang senang tau memandangkan kerja dengan orang paling senang untuk mendapat sesuap nasikan. Tapi kerja dengan orang ni apabila semua kerja nak dilepaskan kat kita, dia nampak sangaaat tak adil kat situ. Dari terus menjadi kuli orang yang suka ekploitasi kan kita, why not kita sendiri exploitasi diri sendiri (=.="). Ada rezeki lebih boleh bagi reward kepada diri sendiri..kekekkeke.. Lagipun bab reseki ni, Allah swt yang tentukan. Yang penting ada ikhtiar nak buat apa selepas berdoa. InsyaAllah, rezeki Allah itu luas.

Jadi, before anything else, since dah lama tinggalkan fans of Atas Loteng kesepian, aku rasa aku perlukan kembali semangat lama yang memeriahkan Page Atas Loteng Production. So, daku nak buat GIVE AWAY sempena comeback ni. Hee..



Bila fikir je terus rasa excited sorang. Tak zabar nak awardkan beberapa jenis hadiah untuk Fans of Atas Loteng..

Korang rasa untuk gift tu korang nak ape ek? ada beberapa gifts nak di offerkan. Antaranya, top up, crochet tools, crochet product, multipurpose purse dan shawl.


Haaaa.. korang tulun pikei dan suggest boleh tak, pleasssseee???


BTW, sekarang Atas Loteng Production dengan bangganya nak war-warkan Kelas Asas Mengait yang bakal dibuat nanti.


untuk Lebih lanjut layari Fan Page Atas Loteng :)


Rabu, 8 Jun 2016

Handphone Baru: Vivo Y35, I like!

. Assalamualaikum:.

Henpon kita rosakkk... kita sedihhh ;'(

Ingat tak kita penah teruja dengan henpon SONY EXPERIA ZL yang disayangi selalu dulu-dulu tu..

Ni antara henpon yang penah dipakai oleh beta sejak perkenalan beta bersama henpon...Evolusi Telefon Saya...

***sambung balik entri yang seminggu lebih terkubur..nge..**


Nak jadi cite.. henpon ZL langsung tak boleh pakai.. aku syak beteri dia problem..nak on je dia kuar perkataan SONY pastu mati.. pastu hidup balik, keluar perkataan SONY.. mati balik.. nak shout down x leh..so.. begitulah keadaan dia sampai kong!.. sedih sangat tgk keadaan beliau...

Tapi sedih lagi aku yang mati kutu, sebab tak de henpon spare pong!.. teros rasa idop dalam tempurung..kui3..

Jadi petang tu, selepas bermesyuarat dengan Fara (sebab A5 dia pun rosak jugak huhuhu).. maka, nak tak nak aku PERLU henpon baru..atas sebab

1. ZL dah tahap nazak sangat nih, kalau gi baiki, maunya sebulan dua (pernah antar centre 33 hari baru dapat balik)..
2. ZL da hampir 2 tahun aku pakai.. kire jangka hayat smart phone lama la jugak kan nih..
3. Yes.. aku rasa aku tak leh idop tanpa smartphone (pengakuan ikhlas kuikuikui)..nnti camne nak berhubung dengan Chanyeol, EXO sume.. kalau x leh nak masuk ig..haha.. main point kot tu.

Maka dengan itu, kami pun ke Gurney Plaza untuk usha talipon baru.. huh.. bukan usha la..tapi beli teros.. kekekkekeke..

Maka, lepas buat beberapa tinjauan kat kedai phone , maka aku ngan Fara pun angkat la talipon VIVO Y35.. hasil daripada review beberapa kali kat google..




Amoi yang jual phone VIVO ni ramah dan mesra, so.. senang cite..beli la..hahhaha..

VIVO Y35 ni bagi aku not bad la.. hampir 2 bulan pakai (masa draft ni ditulis..now da masuk 2016..lol).. sekarang da masuk bulan 6 tahun 2016, ViVO Y35 aku masih berfungsi mase cam aku idop dengan ZL je.. ciap kadang2 tu rasa da lama benor pakai Y35 nak cakap betapa handphone ni masuk ngan aku..keke..

Overall, sebagai pengguna ViVO yang baru.. khasnya hp Y35.

HIGHLY RECOMMENDED!.. 

bentuk dan design lawa | Nipis dan ringan | bateri tahan lama (siyes) | Gambar lawa | storage besaq | RAM 1.5 GB

Aku rasa Y35 ni tak de masalah dalam menerangi kehidupan sehari-hari. hp ni 24 jam kot duk tangan aku.. bateri tahan je.. dulu kalau 15% aku rasa hp da nyawa2 ikan.. tapi Y35 ni 15% boleh skroll FB, IG sampai muntah..kekekeke


Tang camera lak..aku puas ati jugak..masa time gi Korea Selatan bulan 3 lepas.. aku pakai Y35 je untuk merakam memori.. ade bawak camera..tapi malas nak pakai sebab berat.. nak kena bukak beg lagi tu la ni la.. da la sejukkk nak mati.. so last2.. camera hp jerr..

So, bagi aku..aku suke ViVO punya product based on Y35 ni.. next time.. kalau nak terrbeli hp pun..aku akan usha ViVO dulu.. :)











antara quality gambar yang diambil pakai Y35.. brightness and sharpness tu yang paling penting bagi aku..kekekke

Khamis, 11 Februari 2016

DISCOVER KOREA YOUR WAY CAMPAIGN:Cara untuk dapatkan T Money dan Tiket shuttle Bus Gapyeong FREE!

.: Assalamualaikum:.

Annyeong ...

Hee.. baca tajuk pon da excited kan.. apatah lagi kalau dapat pelbagai jenis voucher  Korea secara FREE kan.. Sempena Cuti-cuti Korea ni.. memang banyaklah Korea Tourism Organization (KTO) bagi kitekhususnya rakyat Malaysia benda-benda FREE yang kite saaaangat mustahak untuk dipakai time kat korea nanti.. Tak caya.. ha...ce bukak site KTO untuk dapat info dan updates.. KTO Malaysia.. ye.. kita masuk ke website KTO Malaysia sudaa..kang bagi yang ori susah pulak kena mengeja hangul..kekekkeke




Antara benda- benda yang best yang boleh dapat secara FREE tu termasuklah:

1. Kad T Money

- kad ni penting untuk naik subway, bus dan public transport yang lain..mudah cite, T Money ni ibarat rapid card la..
- Harga dia 3,000 won, dalam tu ade 2,000 won so, kat sini da jimat dalam 5,000 won.

2. Tiket shuttle bus Gapyeong

- Sesape nak ke Petite France, The Garden of Morning Calm dan Nami Island molek sangat la kalau dapat tiket ni.. dah la tu round trip pulak.. memang best la
- Harga dia 5,000 won

3. 15% discount untuk AREX ticket dan free water bottle

- Tiket AREX ni tiket train dari Incheon ke Seoul Station
- Harga asal 8,000 won, tapi lepas diskaun dapat 6,900 won..jimat 1,100 won
- Free water bottle tu pulak selagi stock masih ade..kekeke..

dan banyak lagi lah..korang kena dapatkan sdiri baru tau camane feeling tu..kekekke.. atau.. baca dulu kat sini kalau rasa naaaaaak lagi banyak voucher free tu..




+++++++++

okokok.. tau cam tak sabaq camne nak dapat benda-benda ni secara free kan..meh sini.. baca betui-betui.. kalau tak paham.. pm kiter k..


Step-stepnya adalah:

1. Masuk dalam website KTO Malaysia, tekan my account, akan keluar


 2. Kalau belum ada akaun, korang kena register dulu as Kaki Korea Club Member, click je REGISTER AN ACCOUNT NOW..

3. Isi form tu dengan penuh kasih dan sayang.. dan jangan lupa untuk INGAT username dan password dan email..


4.Abaikan kejap account Kaki Korea Club tu jap, sebab tujuan kita register account tu untuk jawab survey je.. so..untuk jawab survey tu sila la klik sini..


5. Isi email yang korang register tu.. dan retrieve account..



6. Lepas isi, tekan submit now. So, kalau form tu da diterima, korang akan dapat redemption code. oleh itu, mohon tekan button 'Email me redemption code' supaya korang dapat simpan nombor redemption code korang..

7. Check email untuk make sure dapat ke tak..

COMPLETE!.. tapi tak boleh goyang kaki lagi untuk dapat kan voucher tu.. untuk dapatkan benda-benda yang tersebut tu, korang ade dua cara yang perlu buat, optional la kan..

1. Pegi redeem semua tu kat KTO sendiri kat HAP SENG PLAZA, KL

2. Post dokumen-dokumen tu ke KTO


Aku pilih cara first pasai excited nak pakai hanbok bagai..kekekke.. baca la kat sini..sempat promote..

 

 Show off skit..bakaq line..kekekke



untuk redeem kat KTO secara walk in, jangan lupa untuk sediakan

1. COPY OF I/C (Depan belakang) (kat bahagian atas paper A4 tu tulis username dan email akaun KAKI KOREA CLUB)
2. COPY OF ITINERARY FLIGHT KE KOREA
3. COPY EMAIL REDEMPTION CODE

dia akan check satu-satu dokumen tu dan iti flight diorang amik, yang dua lagi korang simpan balik.. pastu korang kutip la pape boucher, kupon , pamplet yang korang nak.. unnie korea kat situ wat rilex jew..haha.. pastu boleh la korang balik dan bermimpi ke Seoul..kekekkeke

Untuk pilihan no. 2 yang banyak dibuat orang.. adalah by post

cara dia mudah je..

1. Sediakan ketiga-tiga dokumen yang disebut (Copy of I/C, Iti flight dan redemption code email)
2. Sediakan juga envelope yang bersaiz C4 (229mm X 324mm) beserta alamat rumah dan stamp yang berharga  RM3.50 atau parcel POSLAJU yang beralamat sendiri. (Kalau buat untuk lebih dari 3 orang, kena bagi parcel yang lebih besar la na..)
3. Email kepada  klkoreaplaza@gmail.com dan provide copy of I/C, Nama, No. Tel, Kuantiti, masa hantar parcel tu..
4. Poskan kepada:

Korea Plaza,
Korea Tourism Organization
Ground Floor,
Menara Hap Seng,
Jalan P. Ramlee
50250 KL.

Ciap!.. tunggu segala mak nenek tu sampai kat umah korang je la ye.. Tak sabaq ngat..gi sdiri.. tu je ubat dia.. kikiki..

p/s: Setiap orang kena buat akaun dan jawab survey kalau nak.. tak boleh main aku-pakai-ko-punya-je-lah-nanti ye.. time hantar dokumen tu pun, setiap orang wajib bagi.. tak boleh main alah-pakai-ko-punye-je.. tapi kalau nak mintak kawan tolong amik or poskan.. no hal.. boleh je..ko-tolong-amikkan atau ko-tolong-pos-kan dengan syarat dokumen lengkap.. kalau tak..

sorang- sorang la pegi beli T Money nanti...kekeke..

p/s 2: jangan lupa dapatkan coupon book 2015-2016 Best tourist destination in Gyeonggi-do, Korea sebab dalam tu ade coupon 2,000 Won off untuk Petite France (Harga asal 8,000 Won jadi 6,000 won) dan banyak lagi cam Lotte World off,  Everland dan lain-lain..x nak cakap sebab tak pegi pun nanti..

kan baguih dapat free tiket Nami Island, Gyeongbokgong palace, Namsan Tower Cable car..kekekekkeke.. atau tour ke SM town..dapat la kite jumpa dongsaeng EXO kite.. tapi kalau dapat melawat oppa Hea secara FREE kat Military Service Base pong I rela..kekekeke...orang bagi betis nak paha..kekekkekeke..


Daaaan.. jangan lupa tau..

Jangan lupa terjah KTX information Centre kat NU Central untuk dapatkan Tourist Train Ticket secara FREEEEEE !!!


Setakat ni dapat jimat sekurang-kurangnya 13,100 won...haa.. jimat tuu...


Tak paham aku merapu ape..tak pe..korang still ade choice untuk paham.. tekan sini untuk dapatkan maklumat pasal booklet (voucher dll tu)

Survey period ni sampai 15 Disember 2016, Travel period pulak sampai 31 Disember 2016..
so.. 
bak kata EXO, 
Take Your time, 왠지 두근대는 밤이야,
 na na na na.. na na na na...~

Thanks to kak Ida BBM sebab sudi share pasal campaign ni kat group BBM.. i heart u akak!

Rabu, 16 September 2015

CROCHET TIME: Lovely Crochet Class 3


.: Assalamualaikum:.

Hey guys.. Happy Malaysia Day.. I am wishing for better Malaysia for future generation :D

......

I am quite busy this period.. yeah..as Master student of course! Besides, there are plenty of works waiting for me to finish as we grow up..  right?..

So.. my third class of crochet was happened last 2 weeks actually. It was happened on 31 August 2015 somewhere at Kota Bharu after came back from Brunei Study Trip... It was rushing but to think kak Zai (the one who invited me to teach crochet stuff to participants), I don't feel burdensome.  It was cooled!.. I received new students a lot.. Thanks to Nisa' Kelantan for organizing this event so I can improve my teaching skill and improve myself to be a good crocheter. Like Chan Yeol said, " I feel matured one level ;P "..


The event went well but sadly, the participants can't finish their product within time provided so, it made me feel little sad because last time participants can finish well..

There were maybe because of some factors.. the teacher was not enough skill? or too tired ? or not prepared well ?(yes, this part I blamed myself, I need to make well preparation. Or maybe the location was not really convenience for crochet activity or the number of participants quite a lot, so I can't personally teach them.. I should discuss with kak Zai about this thinggy next time.

However, as I said, the class went well, and the children did well just they can't finish the syllabus :)



 Like always, before start crochet activity, they must hear some theory of crochet stuff..ngee



 They paid attention I see.. good :D




 Dedicate me is dedicate.. teaching them from  zero..



 So.. it's time to crochet ..



 My precious student :D.. haha.. kak Wani was always attend to Lovely Crochet Class.. and she is now expert in crochet.. :D



 Watching them crochet..



Show them how amigurumi pattern is defferent from flower pattern..



So.. I hope they can practice alot.. yeah..

More pictures & how to joint the class? or everything you want to know about class.. please contact Nisa' Kelantan page

If you interested with the private class or searching for crochet tools, feel free to like my page, Atas Loteng 100% Handmade Crochet, or.. contact via wassap 013-4428320 or ig Atas Loteng Production.


Story about last classes Lovely Crochet 1, Lovely Crochet 2 ( Just notis I didn't make entry for second class..sorry..)

Anything regarding crochet stuff..


Sabtu, 23 Ogos 2014

PRINTED WIDE SHAWL HALFMOON ELLIYEEN

.: Assalamualaikum :.

Alhamdulillah, Atas Loteng kini melebar sayap dengan menjual PRINTED WIDE SHAWL HALFMOON ELLIYEEN selepas WIDE SHAWL HALFMOON MARJAN yang serasi dengan pelanggan yang memakainya :D


Alhamdulillah..

meh cini kite jamu mata korang sume dengan shawl terbaru Atas Loteng

 PRINTED WIDE SHAWL HALFMOON ELLIYEEN (limited edition)

Harga : RM35
Jenis Material: High quality korean chiffon, Printed
Warna Utama: Oren | Pink | Merah | Hijau Lumut | Purple
Saiz: 170 x 90 cm
Kelim tepi, mudah terbentuk di wajah, jatuhan flow kain yang cantik dan menutup dada
Sesuai dipakai oleh lapisan umur dan bentuk badan



AVAILABLE
 PRINTED WIDE SHAWL HALFMOON ELLIYEEN (limited edition)

Harga : RM35
Jenis Material: High quality korean chiffon, Printed
Warna Utama: Oren
Saiz: 170 x 90 cm
Kelim tepi, mudah terbentuk di wajah, jatuhan flow kain yang cantik dan menutup dada
Sesuai dipakai oleh lapisan umur dan bentuk badan


AVAILABLE
 PRINTED WIDE SHAWL HALFMOON ELLIYEEN (limited edition)

Harga : RM35
Jenis Material: High quality korean chiffon, Printed
Warna Utama: Purple
Saiz: 170 x 90 cm
Kelim tepi, mudah terbentuk di wajah, jatuhan flow kain yang cantik dan menutup dada
Sesuai dipakai oleh lapisan umur dan bentuk badan



AVAILABLE SOLD OUT!
 PRINTED WIDE SHAWL HALFMOON ELLIYEEN (limited edition)

Harga : RM35
Jenis Material: High quality korean chiffon, Printed
Warna Utama: Merah
Saiz: 170 x 90 cm
Kelim tepi, mudah terbentuk di wajah, jatuhan flow kain yang cantik dan menutup dada
Sesuai dipakai oleh lapisan umur dan bentuk badan




AVAILABLE
 PRINTED WIDE SHAWL HALFMOON ELLIYEEN (limited edition)

Harga : RM35
Jenis Material: High quality korean chiffon, Printed
Warna Utama: Pink
Saiz: 170 x 90 cm
Kelim tepi, mudah terbentuk di wajah, jatuhan flow kain yang cantik dan menutup dada
Sesuai dipakai oleh lapisan umur dan bentuk badan



AVAILABLE
 PRINTED WIDE SHAWL HALFMOON ELLIYEEN (limited edition)

Harga : RM35
Jenis Material: High quality korean chiffon, Printed
Warna Utama: Hijau Lumut
Saiz: 170 x 90 cm
Kelim tepi, mudah terbentuk di wajah, jatuhan flow kain yang cantik dan menutup dada
Sesuai dipakai oleh lapisan umur dan bentuk badan



 cara pakai PRINTED WIDE SHAWL HALFMOON ELLIYEEN same je dengan halfmoon-halfmoon lain... 5 minit da ciap..

dan paling special...


 Saya hadiahkan sehelai halfmoon Elliyeen kepada emak saya sebagai perasmi keluaran baru.. tak sangka esok pagi mak terus pakai untuk menghadiri kuliah Fiqh Wanita yang diadakan 2 kali seminggu di Masjid kampung saya. sangaaaaat lah terharu.. hihi.. cantik tak.. mak pakai sendiri nih.. hihi.. tak nampak macam orang umur 50 tahun kan...hihi.. jangan tak tau tahun ni  mak saya 64 tahun ye^^..

So kepada sesape berkenan dan nak order.. boleh wassap/ mesej/ Wechat 013 4428320 ataupun inbox Atas Loteng.. insyaAllah dilayan dengan ramah :D

 oh.. Wide Shawl Halfmoon Marjan (ada permata di hujung shawl) dan Wide Shawl Halfmoon Mariha (tiada permata di hujung shawl) masih available jugak^^













hari ke 12 tidak bersama experia XL.ohhhhhh~

Rabu, 14 Mei 2014

GIVE AWAY CONTEST: WIDE HALFMOON SHAWL MARJAN FOR FREE !

.: Assalamualaikun :.

Hai oulls..

Hari ni ak nak wat something dr luar kebiasaan yang aku selalu wat kat blog ni..harus lah kan kita mencoba setiap benda wat terdaya selagi termampu atas dunia ni tuk keep moving kan..

Aah..bermadah pujangga lak beta ni.. Beta ni klu stat melalut..memang ke laut..haha
So.. Selama beberapa abad (amboi..hiperbola jew lebih ni).. Ak beberapa kali je penah try GIVE AWAY CONTEST  dr blogger lain.. Menangnya tak penah la pulak..haha.. Biasalah..saje2 cuba naseb kan..

So.. Disebabkan cam best je..cam menarik je selain menambah bilangan kengkawan blogger benda2 cenggini harus di-try- kan..
 
So dengan ini..julung- julung kalinya untuk pertama kali, blog beta .: FromMyHeart :. Akan mengadakan GIVE AWAY CONTEST ( sila tepuk tangan.. Hahaha)

sila lah copy gambar ni dan linkkan beliau kepada entri ni k :D


SAYA MENCARI  PEMENANG SEJATI YANG BERPELUANG UNTUK MEMENANGI HADIAH WIDE SHAWL HALFMOON MARJAN 
( yeaah..boleh wat raya.. Sape nak bagi shawl halfmoon free2 kan). 

+++++++++++

5 PEMENANG YANG BERJAYA HARUS MEMENUHI SYARAT-SYARAT SEPERTI BERIKUT:

1. Warganegara Malaysia tak kira semenanjung,  sabah, sarawak boleh join.. Yang oversea punya..lengkali ye korang.. ;-)

2. Usia, jantina adalah TIDAK PENTING asalkan korang serious nak join contest ni.. Kalau korang rasa lelaki tak layak join..korang silap lah kot..sbb mane tau korang bertuah.. Shawl tu boley kasik to ur gf ke..bestfriend ke.. Adik ke.. Kakak ke.. Mummy ke.. Nanny ke.. Semua boleh.. ;-)

3.Sebagai BUKTI PENYERTAAN, anda  WAJIB jadi follower BLOG NI dan LIKE FANPAGE Atas Loteng 100%  Handmade Crochet. Tak ketinggalan supaya dibuat entry di blog anda, Banner Contest adalah optional untuk letak ke tak dalam entri anda asal LINK KAN entry ini da okei :D (..dan  sila linkkan entry anda tersebut di ruangan komen)

4. Sila tinggalkan di RUANGAN KOMEN, Nama facebook anda, email address, link entry blog anda, kaler shawl yang anda mahukan, dan pastikan anda tulis KOMEN/ PANDANGAN DAN CADANGAN MEMBINA mengenai blog ini

5. Penyertaan akan bermula 15 MEI 2014 sehingga 28 MEI 2014 (**11.59 pm, tutup penyertaan) so anda ada masa lebih kurang 2 minggu untuk fikirkan idea untuk bina pandangan dan cadangan blog ini.  Penilaian dibuat berdasarkan nilai bombastik pandangan dan cadangan anda. STRUKTUR AYAT TERPULANG KEPADA ANDA sama ada nak pakai bhs sastera ke..straight forward ke..asal difahami.

6. Da settle. Berdoa lah agar kemenangan berpihak kepada anda :-D

+++++++++++


Small de pieces je kan syarat-syarat yang disediakan.. hehe.. anggap je memang saya berhasrat nak bagi Shawl Halfmoon Marjan kat anda.. :D..

so geng..Don't forget ajak jiran tetangga, orang sekampung anak beranak.. adik beradik same2 memeriahkan GIVE AWAY CONTEST: WIDE HALFMOON SHAWL MARJAN FOR FREE ! ni.. baru meriah kan :D

nah.. tayang-tayang skit Shawl Halfmoon MARJAN nak bagi korang bersemangat waja nak dapatkan hadiah ni ..hihihi..

cepat..cepat..cepat.. grab shawl ni untuk bergaya dihari raya nanti :D

 Lagi entry mengenai HALFMOON SHAWL MARJAN, Klik sini

Isnin, 21 April 2014

Crochet Time: Assignment Crochet 40 jam

.: Assalamualaikum :.

Agak haru biru jugak lah kehidupan aku ujung minggu lepas.. mana x nya.. ak dapat customer yang request wat satu produk crochet dalam tempoh kurang daripada 48 jam sempena hadiah kelahiran putri seorang VVIP.. 

mulanya ak tak berani nak amik tempahan sebab ..ye la.. bygkan.. benda yang aku tak penah wat tapi nak kena buat.. pulak tu timeline dia punya la sekejap ari khamis baru gtau nak produk tu.. hari sabtu sebelum kul 5 ptg da kena delivery.... 

dan jugak sebenarnya ari khamis, jumaat dan sabtu..aku sepatutnya kena gi Semerak atas program kemasyarakatan (program anak angkat dan gotong royong) dengan adik aku ..  tapi lepas kena pujuk dek kak chik.. aku pun dengan hati yang berbelah bagi ..terima lah tempahan ini..

kesian jugak kat kak Gee (customer) sebab bos beliau nak benda ni ASAP sebab ari sabtu tu diorang da nak fly ke KL atas urusan keja..

so.. kat sini aku la yang tersepit kekekeke..

lepas bincang through wassap.. ak siap carik pattern dalam net yang aku anggar boleh dibuat dlm masa yang singkat.. agak terbeban jugak lah satunya sebab rushing (well.. ak x suka benda yang not well organize) dan keduanya.. aku tak penah pun buat bnda ni..pernah jugak lah pasang niat nak buat benda ni.. tapi x de lah se rushing ni sebab byk try and error dalam crochet ni..

seperti yang dijanjikan, kak Gee dan kak Nik datang lah ke rumah aku untuk tgk hasil kerja ari kamis tu..kire first time la ni customer datang umah (Atas Loteng).. sebelum2 ni.. through FB je..kekekek.. selepas bincang itu dan ini.. kitorang bersetuju lah untuk buat product tu simple tapi menarik.. warna yang dipilih adalah kuning lembut dan pink..

******

HARI KHAMIS

maka pukul 1 ptg.. aku mulakan lah tugasan assignment tersebut....

aku pakai benang bulu NONA 100% acrylic kaler baby yellow (57) dan pinky (53), buat double strip. Hook saiz 4.5 mm
1 petang- 12 malam: Dengan penuh dedikasi maka aku ber-crochet lah aku dengan penuh kasih sayang.. berenti hanya untuk makan dan solat je..petang tu rest jap bagi ilang boring..melepak dgn ahli keluarga.. huh..macam2 la diorg wat cite ape akan jadik klu ak x ciap bnda ni..hahahha.. lepas tu sambung balik.. best.. First time dapat mandat x yah masuk dapur masak (padahal memang x pun).. hahahhaa..


nasib baik buat double stripe sebab cepat skit dia membesar.. klu x jenuh jugak lah kait yang sama tanpa henti..lawa kan structure dia :D
 Kait..kait.. dan teros mengait tanpa mempedulikan sekeliling.. agak haru biru la sebab nak wat banyak keja..tp kena stick ngan benda ni lagi..

nampak macam da nak ciap padahal baru separuh..
HARI JUMAAT 

9.00 pagi: stat balik mengait dengan perasaan yang tenang lepas settle keja2 mengemas kat dapur.. paham2 la ujung minggu ni ramai anak halus datang.. so.. masanya da terdelay skit berbual2 dgn diorg dan lain2 benda la kena wat kan..

kat atas tu hasil kait pada jam lebih kurang 10.30 pagi dan stock benang bulu tinggal 2 gulung lagi.. memang x cukup la nak buat ni.. maka dengan itu.. haruslah adik aku, tikah menjadi driver untuk ak me-restock benang bulu yang dah kehabisan ni..

sebab takut membuang masa dalam perjalanan membeli benang.. so ak pun bwk peralatan kait bersama2.. boleh mengait dalam kereta (haha..nampak tak betapa aku ni passion dalam membuat keja yang diaanamahkan).. mujur lah mengait dalam kereta sebab aku da save lebih kurang sejam untuk aku siapkan hanya beberapa row (lebih kurang 2 inci je dapat siap dalam masa 1 jam)...bygkan betapa lebar dan tinggi benda yang ak nak wat ni..tu pun mujur pakai 2 stripe..klu satu.. baru panjang mana ntah la..haha

aku pown x sedar bila adik aku amik gmbr ni..tetiba je masuk fb cakap ak obses..haha.. ni bkn obses ni..tp passion.. la sngatt~

masa ni kena tinggal dek budak2 ni gi men jet ski ngan kayak kat pantai sabak..sadis..
6.30 ptg: setakat ni, baru 20 inci ak da siap.. ada lagi 6 inci yang ak kena kait.. pulun3 sampai limit..kul 11.30mlm ak terlelap kejap dgn hook masih di tangan..haha..

 HARI SABTU

3.00 pg : ak try sedaya upaya untuk mengait.. tp ak dah abes limit sebab da lama x berjaga malam.. so ak rest dulu kejap.. kul 5.00 pg..ak sambung balik dgn perasaan yang segar..

yeaa... base da ciaaaap.. kire skrg lace tepi je lagi.. igtkan senang je wat beliau.. tp rupanya agak leceh..
6.00 pagi: yeahh.. akhirnya base dia da ciapppp.. teruja kejap.. lepas solat subuh.. sambung wat lace tepi tu.. tukar hook saiz 3.5 mm.. dan pakai benang bulu kaler pinky..yang ni single stripe je.. agak mencabar la wat lace ni.. sebab dalam satu stitch nak kena sumbat at least 1 sc, 1 hdc, 1hd, 1hdc.. so agak sempit lah.. so process wat lace ni agak slow..nak wat satu corner pun da ambik masa sejam

dalam kul 8 pg- 9.30 pg: rest jap..mandi, breakfast, kemas dapur n then sambunnng sampai la ciap.. 

hasil lepas ciap.. sori ak x leh nak tunjuk full benda aku buat sampai la hasilnya sampai kat tuan dia..tp yang penting masa ni lace da ciaaap :D

hasil lace di corner..

da ciaaaaappp.. dan lega..

 11.00 pagi : Alhamdulillah.. akhirnya apa yang aku duk membongkok kait da ciaaaap..yeah..hepi2.. tapi sebab coraknya agak plain.. lepas tanya pendapat ramai patut x letak bunga.. so aku pun berani la bg suggestion kat kak Gee untuk letak 3 kuntum bunga penaik seri.. kak gee orait je..

ak prefer ade bunga..bunga ni amik masa setengah jam tiap satu.. so sejam setengah pulak la tambah tuk wat bunga tu..

nama bunga nya a frothy flower yang ak amik patternnya dalam net..thx for Very Beri Handmade for sharing the pattern :D

so..people LIKE Atas Loteng on FACEBOOK :D
dalam kul 3 ptg baru lah semua ready sekali ngan tag dan balut.. fuhhh..mencabarkan..

kul 4 ptg.. seperti yang dijanjikan.. hantar lah produk ini kepada kak Gee kat airport..fuh..naseb baek airport ngan rumah 5 minit je (kalau kak ngah la yang bawak ketanya..hahaha)

sampai kat airport..pass kpd kak Gee benda ni.. arap beliau dan seisi organisasi itu berpuas hatilah dengan hasil kaitan tu.. Arap cik putri pun seronok berbalutkan hasil tangan aku dan bondanya pun suka :D

kul 5 ak collapse atas katil..tp tahan 30 minit je nyenyaknya pastu.. sempat lagi ke pantai berlariku untuk melepas angin semalam .. dan malam nya.. aku ZzzZZzz.. sambung sampai pg (ari ni aku ponteng kelas..hahaha)

apepun..tima kasih kak Gee sebab beri kepercayaan kepada amatur sepertiku (cam x caye je x de crocheter/ knitter around KB)..likee... can't believe it..seriously??!

akan ku igt pengalaman ini.. lepas ni confident da la nak kait bnda ni dengan pattern lain..hiks.. tp betul ke aku kire 40 jam ni?? gile catat record.. mesti untie Teresa bangga dengan anak murid youtube dia..haha

p/s:1) pattern 100% adalah hasil karya sdiri..hiks
      2) last2 ak cancel nama aku kat UBes untuk program anak angkat tu.. dan tak pasal2 tikah pun cancel gak nama dia..hahahhaa
     3) tak sangka dapat support seluruh ahli keluarga dalam membuat benda ni.. hahahaha...
    4) so.. how much should be paid for this urgent product? any suggestion guys..


link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...