marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Isnin, 12 Oktober 2026

Random Thought: Open diary

.: Assalamualaikum:.

Dajia ni hao!

Aku baru je tulis entri semalam quick entry katenya, tapi tak sangka aku actually ada silent reader eh yang datang berkunjung melayang kecelaruan jiwaku yang meledak hikhikhik.

Thanks ouls walaupun silent readers, ouls tetap memberi seri dalam dunia blog ku. AKU ADA KERNA KAU PUN ADA eh. *hug secara virtual* 

Dalam entri lepas, aku bagitau yang next entry aku nak kesahkan tentang aktivitiku sepanjang 2026 kan. Hurmm.. Aku ni kalau tak ade catalyst mana mahunya otak aku nak ingat benda-benda. So, nampak gaya ade aje benda terskip untuk di storykan past 9 months. Sorry

Nanti bila slow-slow datang, aku story okeih.

Anyway, selain dari benda yang aku btau dalam last entries, aku gak actually melayan jiwa aku dengan duk tengok cite kat Netflix. Nanti (jugak) kita kupas cite kalau ade masa (mohon jangan percaya, once aku procrastinate, 90% aku tak buat) <-- my weakness. Sebab tu apa-apa aku rancang kena wat on da spot, klu tak rancangan hanya tinggal rancangan sampailah tiba masanya untuk terjadi.. ahahahha

 BTW, sekarang aku tengah set up Training Centre untuk mengajar kraf terutamanya crochet la.. hikhikhik. Tak sabar jugak rasanya. Bulan 8 baru ni aku dah official jadi komuniti kraf tangan Malaysia.

Mesti korang cam rasa ehh sangatkan. Cam tiba-tiba aje. Hehehe. No No No. 

Actually ni impian aku masa keja kat KL dulu lepas abes buat Master. Sape ingat pas abes aku keja di Skali aku sambung study kat USM?

 Haa.. kat situlah impian terlakar. Tapi time tu sekadar impian je la. Sebelum aku amik Master dalam 8 bulan jugak aku buat keja sendiri. Buat shwal, ambik tempahan crochet, amik kursus jahitan dan lain-lain. Ingat time tu aku dapat tempahan VIP? Ingat tak? 

Kalu tak ingat ce gi refer entri aku zaman 2014/2015. 

Zaman kecelaruan identiti huhuhhu. Aku enjoy buat benda ni tapi pada firasat aku pada masa itu, dia tak jamin masa depan kerjaya sebab aku buat sebab tengah mencari identity kerjaya yang patut aku persue.

Time tu arwah ayah aku siap offer modal untuk bukak kedai jahit sebab nampak aku duk buat keja sendiri camtu tapi time tu ayah tak tahu aku tengah buat permohonan untuk buat master kat USM. 

Sebab tu bila aku datang offer sambung study kat USM tu, che and ayah terus ikut plan aku untuk sambung.

Masa kat USM pun aku still lagi bergiat amik order crochet. Bukan sebab aku nak duet sangat tapi tu adalah passsion aku. Aku pun tak tahu datang dari mana kemahiran seni ni even busy aku manage buat tempahan orang. Dapat more income tu adalah bonus yang besar la. Hehehehe

Kenapa aku kata aku buat bukan nak duet sangat sebab aku tak terdesak mana pun dengan status kewangan aku time tu. Simpanan waktu kerja kat Skali pun dah boleh buat aku bayar muka kalau nak beli kereta.

 Pastu dapat biasiswa MyBrain plus MARA. Aku siap boleh pegi Thailand, Medan, Brunei & Korea Selatan time buat Master dulu. Saje gtau nak showw off time tu tak terdesak dengan duet pun tapi bila abang-abang bagi duet of course nyiru saya tadahkan..Hehehhehe

Tapi masa duk USM ade jugak zaman saje-saje berniaga nasi lemak sebab hostel aku duduk jenis apartment yang ada pantry siap boleh masak secara official lagi. Time tu Nim Nim & Dila (Mok Teh) suka nao masak-masak. So, depa ni kalu masak memang cam Hari Kantin Sedunia. 

So, actually dari segi kewangan aku dah secure masa zaman sekolah lagi sebab tahu manage mana priority mana tak. Cuma aku ni tak nampak loaded sebab aku tak suka bergaya dengan benda branded. 

But still aku tak de la nampak sakai atau selekeh. Fashion aku orang tiru jugak even orang tak approved dulu. So, what can I said? #ytjt

Melalut panjang sangat dah ni dengan tajuk entri kita rini. hahahha. 

BTW, masa bulan 5 baru ni kalau tak silap aku, tak ingat dah, aku pegi enrole satu kursus Train The Trainer (TTT) yang mana pencetus kepada Atas Loteng 2.0. iaitu buat masa sekarang aku buh nama Ada Studio.  

Korang jangan terkejut pulak aku nih tetiba aje. Kan da kata aku ni walaupun introvert tapi otak aku tak abes-abes duk paksa aku buat something pulak time aku duk saje-saje. Sebab tu aku tak reti nak rest lama-lama. Jiwanya extrovert. Hhahahha . Time tido pun otak aku suka merayap pegi mana-mana. Memang la kan.


 Aku pun tak tau nak buh nama apa untuk training centre aku ni. Aku just nak conduct training session dulu sebab sebagai trainer aku kena buat official training session untuk membolehkan sijil TTT berfungsi ikut kaedah HRDC. 

Even sekarang ni aku tengah compius sama ada nak persue training aku berdasarkan corporate (management) perspective atau craft perspective. Jiwa dalam craft tapi corporate tu bidang academic/ pengajian aku hehehhe.

Dia cam tahun 2014 ritu la. Nak sambung study atau nak bukak kedai jahit? Tapi aku ada kelebihan dalam dua-dua bidang plus aku juga ada official certification untuk kedua-dua bidang. Jadi, buat masa sekarang aku plan untuk secure dulu bahagian craft sebab market aku nih kat Kelantan. Kebanyakan masyarakat suka cari income pasif yang tak perlu benda complicated.

Jadi bidang pengurusan corporate ni tak ada pendedahan sangat untuk usahawan di Kelantan. MAybe kalau kat bandar besar aku punya bidang corporate laku keras. Silap-silap klu kerja kat GLC dah pangkat tinggi dah 😏. Usahawan Kelantan suka refer tradisional method macam buat rules sendiri atau follow local authority punya rules. 

Tu yang jadi kelam kabut sebab kadang-kadang depa pun tak tau depa ni berada bawah Act mana. Daaan kalau hire profesional pulak depa suka pilih yang famous. Jadi kita HR practise kecik-kecik ni orang tak pandang sangat. Jenis kau pulak bukan suka bercakap tapi suka buat. Susah la.

Never mind yang tu biar masa yang buat keja. Yang sekarang ni, itulah prioriti -ku.

Allah mudahkan urusan. Ayah ada tinggal sebuah rumah, actually tu adalah kedai lama, tapi abang aku duduk situ dan renovate jadi rumah untuk dia dan family buat masa tu dan lepas tu dia pindah bila ayah hadiahkan rumah baru. So, rumah tu kosong setahun dua sampailah ada kontraktor JKR nak sewa untuk jadi tempat rehat buruh dia. Time tu ayah dalam keadaan tak sihat mana so untuk uruskan rumah tu so, dia bagi je la kontraktor tu menyewa. Ada juga hasilnya. Huhuhu.


Sekarang kontrak sewa pun dah tamat. So, aku as anak yang bertanggungjawab dari biarkan rumah itu menjadi rumah angker (paham-paham je la keadaannya bila buruh yang duduk), aku baiki dan buat major maintanance untuk rumah tu. 

Before ni aku suruh abang aku (yang direct kilang sekali) untuk guna rumah tu buat showroom ke ape ke yang berguna untuk kilang, but cadanganku dipandang sepi. 

Me, I think aku memang tak boleh tengok benda sajoo. Pembaziran yang akhbar dan kebetulan dah ada peluang ini maka aku akan jadikan rumah itu studio kraf. Buat pusat latihan dan buat hasil kraf macam jahitan, crochet dan lain-lain. Berguna kepada syarikat juga dari sudut segmen PKB. So, dengan senang hati aku je lah amik alih rumah itu daripada menjadi angker.

Renovation dah pun dalam peringkat akhir. Interior pun aku dah deko as perbajet aku ade la sebab ni pakai modal sdiri huhuhuhuhu. Tunggu income stable kita buat lawa-lawa.. Buat masa sekarang deco je pakat barang mana yang ada. Keekkeke

So, guys. Doakan Ada Studio sukses yee 😊😊😊 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...