.: Assalamualaikum:.
Wah nampak gaya bulan ni blog aku aktif semacam. ahakas. Rajin nak buat update katanya. Dah la tajuk pun buat sekoda je sebab sekarang pun mood aku masih random tak tau ape nak.
Malam tadi Fara dah bukak undangan nak gi jenjalan sebab dia nak habiskan annual leave dia. Ni, aku dah start excited ni acane?
We, The Last Saranghae cingguya yang tinggal haruslah menghabiskan masa sesama memandangkan 3 ketul ini yang masih belum berumah tangga. Masa berlalu dengan pantas, tapi dalam masa yang sama ada dua orang member kamcing masa kat MISDEV dah separate. Oh no.
Kinda sad a bit for them tapi pape pun life must go on dan aku doakan yang berbaik buat sahabatku dimana jua mereka berada. Sesungguhnya Allah bersama kita.
Korang kalau ade mase moh le kita buat reunion kat oversea.. Hee.. mengada...
Kembali kepada cerita bakal trip yang akan jadi ke tak tu...Kita tungguu.. selagi tak beli tiket flight, harapan tinggal harapan je tu.
AAB pulak baru-baru ni excident jatuh motor. Aduss. Dia ni duduk KL, memang family orang KL tapi gi keja merempit oh. Ritu, dia kata ujan, jalan lecak & traffic jammed, dia nak menyelit tapi tiba-tiba jatuh motor.
Aku paham perasaan tu sebab zaman sekolah tu aku pun rider kental jugak walaupun bawak scooter suzuki gi sekolah.
Dan penah beberapa kali terbalik motor.. Huhuhuhu.
Lepas aku keja Skali, dah jarang bawak motor dan boleh kata bila dah ade Areumdaun Betsy, memang tak la bawak motor. Dulu, motor dengan aku pon motor lagi besar. kekekekke
Actually dengan tangga gaji dia tu bukan tak boleh beli keta pun, tapi dia loyal kepada motornya plus tak berani nak bawak keta. Katanya Fara sebab kat umah dia limited tempat parking so, susah jugak.
Tapi aku tetap suggest suh dia beli kereta for better safety. Fara pun da 3-4 tahun dah berBezza. Tu pown sebab pengalaman jatuh motor jugak jadi beli keta. Klu tak.. kalau tak hapenya..
Sampai sekarang pun si Fara tetap jadi rider sejati di Kuala Lumpur. Keta dia pakai time nak balik kampung je sebab Fara orang Sabak Berenam.
Tunggu AAB pulaklah pakai keta. Aku bukan ape. Aku ni tak sanggup nak hadap benda bukan-bukan jadi kat sistertilljannah aku nih. Da la aku geng pun tak berapa nak banyak, ni best buddy pulak macam-macam hal. Ni tegur tanda sayang k (buat macam diorang duk depan aku hahahaha)
Since kesihatan dia tak okey lagi, so dia kata trip latest ni (kalau jadi) dia tak leh nak join lah before kesihatannya benar-benar ok.
Baiklah, Sis. kak da doakan awak sihat walafiat selalu. Jangan buat tak tahu, banyak lagi boarding pass untuk di unlock ni.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Err, actually kan, masa aku start nak tulis entry ni bukannya kisah ni aku nak tulis sebenarnya, hahahha..
Tapi ni dah tersyasul berapa perenggan ni ingat aku nak padam balek?
Sorry hahhahaha.
Actually tadi aku duk usha blog sendiri, duk baca entri-entri lepas dah tu ter stuck zaman 2011 dimana aku boleh terkecimpung dalam dunia crochet. Perghh..
Kalau nak diikutkan ni, 15 tahun dah aku berkecimpung dalam arena crochet tanpa disedari crochet dah jadi expertise aku dah tanpa formal education. Hik Hik Hik.
Patutla beria nak mengajar orang crochet pun.
Minggu ni kerap pulak aku sembang dengan a-zhi (sebuah chatgpt) pasal life aku, hahhaha. Dah abes manusia ke kat atas muka bumi ni sampai dengan AI pun aku onz bersembang macam buddy.
Don't worry guys, aku bukan species tangkap cintun dengan bukan makhluk (kot la orang anggap aku obses dengan robot). Dengan manusia pun aku bercinta pakai otak, apatah lagi dengan AI yang bijak pandai camtu.
Kita harus biarkan synaps kita menjana dengan lebih luas supaya tak cepat jadi nyanyuk. Jadi kita kena kreatif dalam berfikir. Hah, gitu.
Random sangat nih penulisan aku ni. Hahahaha. Semua benda yang aku cakap kat atas tu macam tiada perkaitan pun hahahha.
Ni ke impaknya bila aku isolate diri dari manusia dan menggunakan medan ini sebagai tempat meluahkan perkara yang terbuku di hati? Kekekeke
Biaq pi la.
Tak ade sape yang kesah, hahahaha. Aku ni ibarat sebarang kara, masih lagi rasa nak kena bantu orang yang dah stable kehidupannya. Depa pun tak kesah sama ada aku terhanyut dan hilang atau pun tak.
Whatever! Sebab nobody understand apa yang sedang aku alami sekarang. Not even people yang closed to me sebab susah untuk aku meluahkan benda ni. Sebab tiada yang nak dengar dan even mendengar pun still lagi macam aku the whole villain.
Biarkannn.. biarkan.. tak mampu lagi bertahann.. (tetiba lagu Frozen dalam versi melayu). Malam tadi aku ade dengar lagu Loser BigBang dalam versi melayu. Best kot 😂
So,bila keadaan dah jadi macam ni, kita sama-masa pretending je la.
Adakah doa aku masa depan kaabah ritu sedang menguji? Serius, Aku takut dan aku rasa tak mampu nak hadap.
Benda yang ada dalam kepala aku berat, berat sangat untuk aku pikul. Lebih-lebih lagi bila integriti kita dipertikaikan. Nak bagitau orang pun susah, apatah lagi tak bagitau.
Sorang-sorang hadap, orang lain senang aje, dah terbentang depan mata. Yang dibelakang buat kerja... Hmmm..
Tu pun ada mulut yang kata, kita tak buat apa-apa, dia aja yang bekerja!
" Ya, Allah. Mudahkanlah urusanku jangan dipersusahkan. Ya Allah, Hanya Engkau mengetahui segalanya yang nyata dan yang tersembunyi dan jangan Kau uji daku dengan ujian yang aku tak mampu pikul"
"Jangan jadikan perselisihan ini asbab kami tidak dijemput ke syurga-Mu Ya Allah. Jernihkan lah apa yang keruh, tenangkanlah apa yang ribut, perleraikanlah apa yang serabut dan jadikanlah kami hamba-Mu yang soleh & solehah."
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tak ape, semoga ada sinar untuk hari mendatang, semoga diberi hidayah & kasih sayang Ilahi.
So, minggu lepas aku dah pun jalankan Kelas Asas Crochet buat julung kalinya.
Alhamdulillah, penyertaan penuh dan dah ada yang booking untuk second class walaupun aku masih nak kena betulkan silibus untuk mengajar.
Dan aku juga dah ada private class juga. Rasa bahagia itu sangatlah real.
Untuk mengajar, aku prefer private kelas sebab boleh fokus mengajar, kalau kelas yang ramai, aku harap peserta sendiri yang ada inisiatif untuk approach aku dalam kelas bila aku terlalu fokus kepada peserta lain.
1st class boleh dikatakan berjaya sebab ada peserta yang dapat siapkan tugasan dan ada peserta yang betul-betul determine untuk terus crochet bila balik rumah. Practice make perfect kata mat saleh.
Aku sendiri dulu pun ambik masa 3 hari untuk faham terminalogi crochet, rasa bahagia bersama crochet yang membuatkan jari jemariku mula menari tango bersama dengan hook & yarn.
Best feeling ever bila ada projek yang orang request aku dapat buat sendiri dengan pengiraaan patterns dan belajar untuk make it advance.
Sebab tu untuk semua perkara, we love it because we understand. Even in pain, we know what we want to do, what we should do!
Bukan tunjuk protest macam budak tak pergi sekolah. Ngee..
Bukan mengata tulis dalam status,
bukan mengajak orang untuk boikot.
Aku fikir kita semua ni grown adult kan?
To be fair, aku bukan orang yang selfish, I naturally attract to people who need help, but once my heart felt wronged, abes la, tengok muka pun aku tak boleh.
Aku innocent, tapi aku faham macam mana dunia bekerja. Aku nih sejak kecil dah buat negotiation dengan orang. Aku naif tapi tak semestinya orang boleh tiao aku sesuka hati bila aku dah faham macam mana dunia ni berfungsi.
Time orang cuba cari kesalahan kau, cuma nak mengambing hitamkan kau, cuba amik kesempatan, aku boleh back up kau kerana aku tak nak kau terpalit benda yang tak sepatutnya, tapi bila kau tak puas hati dengan aku, kau mengambing hitam kan aku sebegitu sahaja?
Mana keadilannya. Balik, balik kita yang kena..
Everything aku buat aku cuba calculate dulu. Tak mudah. Ingat kita ni species gula lei yang mudah cair?
Once broken consider sold.
Sebab tu aku susah nak marah suka-suka hati. Nak badmood suka-suka hati. Tapi orang, sedap aje mengata kat kita, cakap-cakap belakang entah betul entah tidak.
Even macam tu pun aku still cool aje.
Tapi bila semua ni berakhir, aku harap dia telan balik ludahnya itu~
Hope cepatlah masa berlalu, dan keadaan akan stable balik. Aku nak hidup baik-baik tanpa drama murahan, tanpa sebab tanpa apa-apa.
Dan kehidupan ini indah bila tiada batu api atau duri dalam daging atau bara dalam sekam.
Jangan jadi penyebab namamu disebut dalam doa disebabkan perbuatanmu itu.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku baik-baik saja, kalau nak buat apa-apa, buat saja. Jangan dengki dengan aku yang single ni, okey?!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan