marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Isnin, 26 Oktober 2026

Quick update October 2026

 .: Assalamualaikum:.

Ni Hao?

Selepas 10 hari menyepi, hai kini tora datang lagi. Adeh! Tetibah.

Dak-dak tahun 90an je tau ape tu Tora Datang lagi.. eheheehe.

Btw, ape dah jadi dalam 10 hari yang lalu ek?

Ahaks.

Actually, aktiviti semakin hari semakin random ya. Idk why but I quite like it! Dah sekarang bila dah jadi camni, kita redho ajelah. dan make it official. Since aku dah ada 2 orang assistants kat office yang mana bagiku dah mature enough untuk tanggung loadwork yang aku buat selama ini. Actually 2 orang assistants aku tu dari tahun 2022 dan 2024 lagi berkhidmat. 

Kalau dulu aku keja OT tanpa henti, ke sana kesini sebab alasan kerja, because burden kat belakang kita kalau bab payment, document and delivery semua, tapi sekarang aku dah boleh serah kerja-kerja kat diorang dah. Aku tak payah nak buat sangat rahh sebab yes.. itulah one of kinda achievements yang patut kita celebrate kan. 

Aku kat company ayah ni bukan 2-3 tahun, tapi masuk tahun ni dah 9 tahun, tahun depan masuk 10 tahun. Aku masuk keja kat company ayah ni bukan masuk dengan pengetahuan zero, aku dah pun kerja sejak umur 23 tahun lagi after konvo degree. So what?! Aku tak rasa aku masih setahun jagung.

Aku ingat juga lepas abes praktikal, ayah suruh aku masuk office as kerani. Time tu, abang ke 2 aku as manager suruh aku buat sistem invoice pakai Access from scratch. Aku konvo pun idok dia suruh aku buat. Aku cuba nak tunjuk pandai jugak time sebab FYP aku buat website. 

 

Tapi memandangkan aku bukan nya teror mana sebab system aku buat masa FYP tu pakai PHP & java script & html bla bla, jadinya bertelekulah kat komputer untuk paham sistem Access plus proses CRM syarikat. Template boleh buat, tapi system automasi tak siap buat. Ade ke suh aku buat, dengan tak ade sape mengajarnya apekah?! dah tu aku meng -excuse me kan diri lah.. baik aku crochet, dapat jugak duet poket.

Aku simpan eh lagi file Access ni.. hahahhahahahahah.. tgk tahu bilaa


Btw sistem aku buat tu sempat abang aku ke 8 pakai buat test. Dia jadi tapi tak jadi. Entah. Aku masa tu manelah expert. Aku ingat aku key in no account syarikat tak betul 1 nombor, mengamuk dia sebab dia dah submit invoice tu kat customer MOF, tapi duet tak leh  masuk sebab no acc salah. 

Dah sape suruh pakai sistem tu plus, sape suh tak check. Eheks.

Maafla. Masa tu too young too dumb tu realiseee~

Aku sempat jugaklah part time kat company ayah dalam 2, 3 bulan, pastu konvo. Selain dari buat sistem yang tak berapa betul tu, time tu aku juga blogger tegar + crocheter yang berjaya (sila usha blog saya tahun 2011..hahaha). Lebih berjaya dari sistem yang aku buat. Hahahhaha. Da kla gaji aku bayar RM500 je selama aku keja. 

Time ni ayah dah tak masuk office dah, semua abang aku yang ke 2 control. Ayah bahagian sign chek je. Dan abang aku ke 8 time ni pun ntah pape kejap ade kejap tak de tapi banyaknya tak de. Kalau ade pun dia duk parking check dia punya saham secara online (ke orang panggil ape, trader ke? idk) Waktu tu dia OK lagi. Duk show off reta dia..keh keh keh 

Lepas abes konvo aku letak jawatan, AKA malas lah nak sambung buat sistem tu. Aku pun tak tau mane error dia. Tak de sape nak mengajar. Puas godek youtube tapi tak de solution. Actually, sistem CRM kat comapany ayah pakai manual aje tapi abang aku saje nak test aku lah kotnya. Pastu tukang pakai abang aku yang sorang lagi. Haa.. eloklah

(Tak berapa nak quick sangat ni bila aku throwback benda yang lama dah hampir hilang da dalam selebrum ni- tapi dia boleh-boleh dia muncul balik eh)

Sebab tu jangan cari hal dengan aku, selebrum aku memang bekerja keras bila aku triggered. Dia akan cari jugak sekecil-kecil maklumat untuk diinterpret dan of course la follow my POV. Dah kenapa nak folo POV Kau!

Btw, after tamat konvo, Skali Web Services bagi offer untuk buat internship as Apperentis kat company dia. Nyiru aku hulurkan bila tau Atiey (senior UMS sama kos) keja kat situ. Dia yang invite aku dan sekali dengan kak Nisa. 

Haa.. di situ dunia kerjayaku bermula. Even mentah dan naif, aku tetap dah keluar bekerja di usia 23 tahun. Okey. Proud me is proud.. Ahahaha.. Yang penting sepanjang hidup aku tak penah pakai cable. UTP mahupun USB. 

Aku dari dulu memang berusaha atas kaki sendiri.

Eh jap. Entri ni memang untuk throwback cerita silam ke aceane?

Okey, sorry. Sebenarnya aku nak kata beban keja aku kat office sekarang ak seteruk mula-mula aku kerja hahahha. dah melalut sampai bukak kisah lama.

Disebabkan bebanan aku dah dipikul oleh assistants aku yang lain, maka, masa aku dah menjadi lebih regang dan luas. Bila regang dan luas ni dia menambahkan opportunity lain untuk aku berkarya dalam hidup. Memandangkan che & ayah dah tak de sekarang or 4 tahun dah, life aku makin ntah pape. Tak de tempat bergantung, so aku pikei, aku kena hidup dengan penuh matlamat.. hehehhe.

Sebab bermatlamatlah, 2 tahun aku yang lalu macam terumbang ambing dan aku penuhi dengan aktiviti travels dan buat je la ape yang aku suka. Butt, bila cam tu, aku nih seorang yang tak suka bermewah atau menghabiskan duetku dengan benda yang tak datangkan pulangan, sebab tu la tahun lepas aku gali balik impian yang aku nak tapi tertangguh. Sebab dalam banyak-banyak impian aku terselit buat buat other business yang sesuai dengan jiwa.

Sebab tu juga, tahun ni aku kurang untuk gi travel (actually aku penat travel back tu back masa tahun lepas huhuhu), dan aku fokus untuk buat something yang tak perlu banyak bergerak, ada duet masuk walaupun pasif (supaya aku shopping kat shopee & tiktok dengan bahagia), so aku start buat investment untuk amik kelas bahasa Mandarin sebab sedar masa aku gi China tempoh hari, perkembangan teknologi dan ilmu orang China ni memang luas dan absurb. 

Pastu passion aku untuk mengajar, aku invest lagi dalam Train-The-Trainer Programme under JPK. Jangan tanya kenapa aku tak jadi cikgu or lecturer, dulu lepas abes degree aku memang tak minat nak apply sebab bagi aku sc comp ni susah gile. Aku tak reti eh nak mengajar benda aku tak de passion. Plus masa kat Skali pun aku elak kot amik designation Web Developer sebab mungkin sistem &coding yang aku buat masa praktikal & office ayah dulu tak bagi aku perasaan cemerlang. ahahaha

Tu aku tolak awal-awal pastu masuk designation Web Designer sebab aku reti HTML & CSS. PhotoShop & Dreamweaver is my life (masa tu). 

 Actually aku tak cite lagi amenda 10 hari yang aku buat selepas entri terakhir dituliskan.. Hahhahaha..

K. Sorry untuk kali ke 2. kekeke..

Untuk 10 hari lepas, aku banyak fokus kepada exam HSK dan Kelas Asas Crochet yang pertama kali aku anjurkan setelah lama terkubur. Bila eh last aku ajar orang mengait? 2018 mungkin? Masa tu ajar dak-dak PPWK batch aku la kot.

So, setelah itu debaran melanda sebab so nerves la. Hahaha. So, Ada Studio dalam pembikinan itu, kita penuhkan dengan keperluan asas gaya training center. Aku pinjam TV screen & set meja kopi kat office untuk display buat sementara sebab kat office dah tak pakai, dari berhabuk, marilah kita memberi makna kepada TV & set meja kopi tersebut. Pastu aku add on beberapa perabot untuk buat gerai barang crochet untuk didagangkan. 

Since rumah tu sebelum ni kipas hidup segan mati tak mahu, aku pun tukarlah yang baru. Pastu untuk bilik latihan aku pasangkan aircond supaya aku tenang mengajar. Rumah tu masyaAllah panas yang amat. Lebih-lebih lagi bila tingkap bilik tu aku dah tutup sebab keadaannya teruk benor. Kos nak pasang tingkap balik tu so tinggi sebab frame dah reput, pastu banyak hal nak kena buat aku suh tukang tutup aje lah. Senang. Aku tak nak pikei banyak dah.. penatt~. 

Toilet pun banyak juga ongkos di keluarkan. Masa mula-mula selenggara dulu aku tukar bowl tandas sebab toilet kat rumah tu dah macam toilet RNR yang angker. Pastu dengan paip saluran buangan tersumbat dan pecah dan macam-macam lagilah citenya.. tak pe.. Kita telan aje.

Kire toilet pun 2 kali kerja pembaikian, first tukar bowl & air buangan tersumbat. Yang kali kedua, aku minta tukang buat adjustment sistem paip dan tukar kepala paip dan pasang sink. 

Walaupun kita boleh nampak duit kita sedang terbang, aku fikir ini adalah investment dan supaya rumah itu ada fungsi jadi kita benamkan dulu rasa menyesal atau apa-apa.. hahahha.

BTW, baru aje aku rasa toilet dah di upgrade. Tau ape jadi? Area rumah tu rupanya rendah sikit, so bila hujan lebat tak berhenti, toilet yang dah dibaiki tu penuh dengan air hujan. Huhuhuhu.. Aku ingat budak yang baiki buat keja tak betul ni, tapi bila aku tengok alik pintu belakang. Maka berhuhuhuhuulah aku. Air hujan kepung area situ dan toilet tu rendah sikit maka, dia pun dinaiki air. Sadis.

Lagi 4 hari Kelas nak start, Aku berdoa hujan tak turun, dan kalau turun janganlah lebat macam ritu..Alhamdulillah di hari kejadian, semua berlangsung dengan baik. Air hujan dah surut so toilet aku pun bersih tetiba hahahhaa. So, aku pun basuh la toilet tu sekali lagi dengan sabun.. buat bilas-bilas gitu.

Kelas berjalan seperti yang dirancangkan. semua berfungsi dengan baik termasuklah toilet tersebut. 

semua ok kannn
 

Aduh saliha betul. Aku tengah pikei ni cane aku nak komplen kat PBT untuk buat sistem longkang area tempat aku. Baru kusadarrr area rumah aku ni tak ade longkang! Dulu kiri kanan depan belakang kalau bukan parit atau kolam, maybe petak sawah.. tapi 20 tahun kebelakangan ni, tanah dah kena timbun dan tak ade tempat takungan air maka, penduduk terawal yang duduk kat area tu la terkena tempias.

Patut la setahun dua ni kilang ayah asek banjir aje! Kawasan rumah walaupun banjir tak terjejas sebab umah tinggi. Tapi kilang..Huhuhu.. Dah la kilang kayu & perabot, tiap-tiap tahun abesssss!!

Aku kena jadi YDP ke untuk atasi masalah sistem longkang kat kampung ku ini? Oh myyyy 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...