marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.
Memaparkan catatan dengan label lovemyself. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lovemyself. Papar semua catatan

Rabu, 26 Ogos 2026

Jalan-Jalan-Jalan 2025: Kunming, Yunan China, Incident bodoh!

 .:Assalamualaikum:.

Da jia hao ni men!

Moh le kite sambung travelog di bumi Yunan lagi. Maybe 1 episod ni je lagi and then, abes. Hope so!

Well, Lepas habis Xianggerila, Lu Jiang, Dali. Last baru sampai Kunming. Ritu masa sampai, kita sempat kenal-kenal terminal kereta api laju aje. Tapi kali ni kita akan merasai hiruk pikuk kota Kunming. 

Sebelum sampai Kunming, kita masih lagi berada di Dali. Breakfast sekejap di kedai depan jalan yang qing zhen. Hari ni baru dapat merasai jiao zi yang authentic pula. Well makanan cina kat sini tak berapa kena dengan tekak dan lidah aku tapi jiao zi kat kedai ni sedap. Dah la banyak. 

Selesai makan, masa untuk kemas-kemas luggage. Nanti jam 11-12 kita akan ke terminal kereta api laju untuk balik ke Kunming. So, siap packing, beg kitorang letak kat luar bilik pasal nanti akan ada orang bawak turun. Yeah.

Siap semua, kitorang tunggu kat bawah, beg nanti akan ada orang hotel bawak untuk dibawa ke area jalan raya. kat sini kereta tak boleh masuk, hanya kereta tolak atau buggy aje boleh lalu. Macam mula-mula datang tempoh hari. Since camtu kita tunggu je la bebudak bilik sebelah bersiap sambil duk lepak depan hotel. Hotel ni kecik aje tapi chomel la.. ada buggy datang untuk angkut beg. 

Entah kenapa ada seorang hamba Allah ni lepas siap-siap angkut reta depa 1 bilik, dia duk sembang-sembang dengan budak kat hotel tu tiba-tiba buggy berlalu tanpa angkut beg aku n beg kak Widad. 

Aku cuba berhusnu zon maybe ade sebijik buggy lagi kot sampai sebab nampak tadi dah pack. Tapi bila aku tanya Iqa dia kata 1 buggy tu je hotel sewa untuk angkut beg2 kitorang. Aku eehh..

Lepas tu Iqa bagitau kereta sewa untuk kitorang ke stesen kereta api dah sampai. Aku n kak Widad agak bengkeeekkkkk jugak la. Pandai-pandai pulak suruh buddy tu pegi tanpa tengok luggage2 lain dah terangkat ke belum. Rajin tak bertempat, orang tak suruh pandai-pandai nak jadi tourist guide.

Aku seret luggage aku dengan perasaan bengkekk. Aku sakit hati sebab memandai. Korang sedap berlenggang kangkung, aku kena sorong luggage 20 kg. Ko ingat ko aje yang bayar buggy tu? 

Iqa detect muka aku yang kepanasan so dia offer untuk sorang luggage aku. Ok. Boleh. Tanpa segan aku kasi je la.

Sampai dekat kereta, ada hal lain pulak jadi. Aku tak sure la agensi travel depa ni keja lagu mana, one by one ada mslah. Masalah sekarang, keta sewa yang depa sediakan tu saiz dia comel-comel aje. Sorang-sorang 2 buah luggage kau! (Aku je 1). So, luggages ni tak muat masuk kereta.

Depa duk try-try sumbat, pastu datang lagi seorang hamba Allah duk sibuk-sibuk buat concern cakap cina tanya ape problem, tengok dengan mata kasar pun da tau ape problem, masih nak tanya. Duduk senyap-senyap tak boleh. Makin dicuba susun makin teruk. Aku tengok luggage aku macam tak naik kereta lagi, hangen kali ke-2 pulak aku jadiknya. Kang tercicir kang! Luggages depa helok aje 2 buah masuk dalam kereta tu.

Muka aku maseh  bengkek so aku mengomel-ngomel la dengan kak Widad, sekali ada hamba Allah ni lalu depan aku dan berkata," patut la tak kawen, perangai macam ni". Dia slow-slow blah.

Hello, kau tuju kat aku ke weh? Aku dah rasa 2 kali bengkek, aku pun main cara kau la weh, aku pegi kat dia balik bagitau, " Macam la awak tu dah kawen". Sementelaah kat situ, 2 orang je yang dah kawin, yang lain tu sama aje status dengan aku.

Dia tergamam ingat aku senyap, tak balas. Ni aku balas ni terperanjat la ko. Aku actually tak tau dia tuju kat aku or kat Kak Widad. Sebab aku tengok kak Widad cool aje so, aku je la yang terasa sebab aku tengah bengkek dengan kau dah 1 hal pastu ko nak heh heh heh dengan orang China sebab ko boleh cakap cina tu kau punya pasal, tapi sekarang aku tengok luggage aku macam kena sidai. Kang tak pasal-pasal terlepas macam tadi.

Tapi tak cukup sampai situ, dia macam tak puas ati so dia cakap, "tapi saya ada boyfriend".

Aku pandang dia buat muka. Malas nak layan weh. AKU MALAS. Aku blah pegi tempat buggy sambil duduk atas tu.

Bukan ape. Aku rasa macam bodoh kalau aku bergaduh dengan budak macam ni. 'Pegi lah kau kalau nak tolong pakcik-pakcik China susun luggage tu. Hamak sangat nak jadi tourist guide kan'.Desis hatiku yang bengkek.  

Kak Widad follow aku duk kat buggy dan kitorang duk borak-borak santai, nak kata menganjing memang idok le. Gu lawan siap salah paham lagi bila aku kata, "kita dalam trip ni rilex-rilex je" kat Kak Widad. KAk Widad pulak direplynya, " kalut-kalut nak pegi mana?" 

Tetiba sorang lagi budak yang lain, nak marah-marah macam aku duk perli geng dia. 'Aah? ape benda wei'. Dia pada firasat aku cuba untuk back up best buddy dia tapi aku dan kak Widad tak layan. So, dia pandai-pandai slow down sdiri.

Tadi ade jugak kak Widad cuba tolong pakcik-pakcik China susun beg lepas make sure luggage kitorang dah masuk dalam kereta tu. Kak Widad cuba nak tutup bonet kereta tapi tak berjaya dan dia cubalah menekan, tapi suara-suara kat belakang duk menjerit jangan-jangan. 

Halah. Tahulah akak tu. Kalau dia buat pecah pun pandai la dia deal dengan pakcik-pakcik tu. Tapi benda tak jadi tapi panjang lebar lagi budak tu dengar suara nyaring duk explain kalau pecah kalau rosak blablabla. Aku respect la dengan kak Widad dia bulih buat muka sepoloh sen bila oarng duk mengata dia.

Tu yang aku gi duk kat atas buggy tu bagi peluang korang settlekan je la. Aku just nak benda jadi smooth aje. Bila pakcik kereta depan dah siap, bonet kereta dia dapat tutup, aku, kak widad n Iqa naek kereta tu. Dari awal lagi kitorang pair camtu lah secara natural. 

Kenapa bonet dapat tutup sebab ada 1 luggage kecik kena heret duk depan. Aku okey je walaupun aku tau ni bukan luggage aku. Kalau dari awal-awal letak 1 luggage kat depan, benda tak yah duk kalut-kalut. Boleh rilek-rilek aje. 

Tapi benda tak nak rilek! Ada hamba Allah rupanya tak puas hati dengan situasi tadi. Rupanya. Kereta aku dah ready nak gerak sebab semua duk dalam keta dah tapi tiba-tiba muncul kepada makhuk Allah tiba-tiba tunjuk tangan. Aku tak sure dia tuju kat aku ke kak Widad. Or maybe dua-dua.

"Kau (korang) (aku tak sure dia sebut mana satu) tua buat macam tua eh," pekik budak tu sambil mata menjengkel sambil tangan tu duk tunjuk-tunjuk. Aku masa tu duk tengah susun luggage hamba Allah yang mana ntah bila dengar camtu, aku makin membara di jiwa.

Aku terus balas tanpa basi ."KAU BUDAK BUAT MACAM BUDAK LA" sambil tangan aku tunjuk kat dia.

Dia tergamam dan dia tambah lagi, "Saya tahu lah saya buat apa, saya pandai cakap Cina".

Aku buat muka kot dia perasan. Tapi aku malas layan so aku buat tanpa isyarat 'ko blah la wei' sambil cakap, "pegi, pegi"

Dia sambung cakap, " Patutlah mak ayah tak bagi kerja KL, sebab perangai macam ni". Aku dah.. Hah, ape ni? Aku penah cakap apa-apa ke dengan budak ni pasal diri aku or family or apa-apa? Last aku ingat aku sembang betul-betul dengan dia masa malam kat Shangrila lepas makan. 

Time tu macam baru nak ais breaking gitu. Aku tak tanya pun pasal ko dan aku ni jarang cakap pasal diri kat stranger. Aku kalau cakap pun benda basic aje. Takkan detail punya. Dia yang duk sibuk-sibuk tunjuk perbualan wasap dia dengan boifie dia time tu. 

Dah tiba-tiba aku terkejut sebab dia berani keluarkan statement yang datang dari mana hentah tapi waktu ni aku agak sedih, over thinking. 'apa yang kak Nisa cerita pasal aku kat buddies dia sampai budak ni buat conclusion camni?'

Aku jerit balik kat budak tu dengan muka paling cengang. "Kau pegi budak!" Aku halau. Dia maybe nak ajak bertekak lagi kot, dia bergerak ke arah kereta dia, pastu dia sempat lontar perkataan, " BABI!" Boleh tahan kuat. Aku dengar maybe sebab tingkap pintu terbukak. Tapi kuat juga.

Gile aa budak ni memang mencabar kesusilaan aku betul, Aku nak bukak pintu belah aku duduk (budak tu berdiri kat belah pintu kak Widad) tapi terhalang dengan luggage + pintu tu kunci. Aku tak jumpa tombol pintu kat mana. Aku nak pegi tanya kak Nisa dia cakap apa kat budak ni sampai beraninya mulut dia cakap dengan orang yang dia barely kenal camni. 

Tapi naseb baik ada halangan so, aku sedar bila pemandu tanya okey tak lepas budak tu blah. Nak gerak or nak tunggu lagi. Aku lupa kita dah kena rushing pegi stesen keretaapi ni. Kereta bergerak bila aku kata okey. Kak Widad cuba tenangkan aku sebab muka aku dah merah padam plus air mata pun dah berguguran. 

Aku tak peduli sangat apa yang budak tu buat, tapi aku lebih fikir apa kak nisa cakap kat budak tu sampai dia boleh interpret camtu sekali. First pasal tak kawin, second mak ayah aku tak bagi aku keja kat KL. What thee?

(kak nisa tak de cakap ke dah berapa orang yang aku reject sepanjang duk Skali dulu?)Huhuhu. 

Anyway, waktu dalam perjalanan kak Widad tegur juga Iqa selaku tourist guide, apa peranan dia dalam kontrol benda camni. Dia kata dia dah buat keja dia dah, tempah tiket, tempah hotel, bawak tempat attractions semua apa yang pakej tawarkan. Nampak gaya kalu gini, x de tourist guide pun tak pe lah kot... Huhuhu.

 Malaslah aku nak pedulik hal Iqa ni, Tulat kita dah pun nak berangkat. Tak de maknanya cari gaduh dengan tourist guide pulak. Kang tak pasal-pasal tak balik Malaysia. Hahhahaha.

Sampai kat stesen kereta api, aku rasa nak aje campak luggage makhluk mana kat tepi aku ni. Tapi tulah. Aku rasa aja, innersoul aku masih lagi beriman, so, aku tunggu sampai aku nampak kereta depa berhenti pastu aku tinggal je la kat situ. Misi mengejar kereta api pula. Malas aku nak tengok muka sorang-sorang, aku dah la baru lepas nangis.

Ada lagi dalam setengah jam sebelum kereta api muncul. Kita berwanr-wanr dulu dalam area sini. Aku nak confront kak nisa tapi dia cam melekat pulak dengan buddies dia so, aku bia la dulu.. Tapi aku dalam pada ku gembira aku ada rasa sedih jugaklah ni. Overthinking mattt!

Aku pun pakai headphone je lah supaya aku tak dengar suara-suara sumbang yang menyakitkan hati.

Dalam train Iqa susun seat kepada keperluan semasa. kalau folo tiket tu memang si hamba Allah duk sebelah menyebelah tapi tak pe. Mujurlah tapi aku pelik juga kenapa dia tak susun kak nisa duduk sebelah aku malah kak nisa time ni memang menjauh dengan aku. And Kak nisa juga tak tanya what's going on. 

Aku tak sure-lah sama ada dia tak leh baca atmosfera yang berlaku atau dia pilih untuk bersikap natural. Serious, aku tak salahkan kak nisa pun pasal benda budak tu cakap. Tapi aku nak sedikit comfort and explaination supaya aku tak over thinking. 

Dalam train semua orang macam lebih berhati-hati bila nak bersembang, nampak sangat everyone tahu benda yang jadi kan tapi tak tau detail.

Thank to kak Widad sebab dia offer headphone dia yang lagi power, memang dunia luar terus mute bila pakai headphone tu.

Sampai di Kunming, lagi banyak terminal yang bakal ditempuhi sebelum sampai ke hotel. Aku agak penat, and overthinking aku hampir explode. Aku cuba cari ruang untuk bersembang dengan kak nisa, tapi keadaan tak mengizin. Adakah aku berhalusinasi yang kak nisa sedang avoid aku?

 I donno.

Akhirnya ada peluang aku boleh mencelah. Time tu semua budak-budak dah ke depan. Aku tanya kak nisa elok-elok. 

Aku tanya," Kak Nisa  tau dok gapo jadi?" Kak Nisa blur. "Ha?". Dia macam tak dengar apa aku cakap. Aku ulang soalan tapi pertanyaan lain, "Kak Nisa dengar dok gapo buddy travel kak nisa oyak tadi?". Aku refer kepada perkataan "BABI" sebab masa tu memang dia jerit kuat. I hope she heard that~

Respon kak nisa agak menyedihkan. At least untuk aku. 

"Kak nisa tak pehe Ada oyak gapo, tak molek kita kecek sini, lagipun kak nisa tak dengar". Ujarnya lebih kurang. 

Entah. Adakah aku diruang hatimu?.. Huhuhu. For me kak Nisa ni bukan sekadar seorang kawan biasa, tapi seorang kakak dah dalam diri aku. Dia ada time zaman kerja kat Skali dulu dan selalu ada time untuk curhat. Tapi.. Macam keadaan dah berubah kot.

"Okey." Ujar aku bila sedar ruang dan waktu macam tak mengizinkan. Agak deep hirisan dikalbu tapi apa boleh kita buat. So, aku follow the flow lah. Anyway aku berhusnu zon, everyone penat duk angkut luggage back to back.

Sampai kat hotel, Iqa siap check in. Kak Nisa panggil aku untuk bagitau kejap lagi siap unpack dia datang ke bilik hotel aku. Aku setuju aje. Mungkin ruang diskusi masih ada. Aku faham aje kalau kak Nisa sekarang berada dalam keadaan serba salah. Aku faham. Mereka itu adalah travel buddy sejak zaman lepas covid lagi. 

Kitorang penah planning nak gi Jeju 2020 tapi batal sebab Covid. Waktu bersilih ganti, so, kak Nisa jumpa travel buddy dia masa gi Kashmir. Aku masa tu hepi bila kak nisa selalu duk story pasal trip ke negara dia pegi. Tu yang aku nak follow jugak untuk trip kali ni. Nak kenal-kenal kata orang.

Aku dengan kak Widad jadi rapat lepas incident tadi. Sebelum ni, kitorang sembang bab diri masing-masing, tapi sejak masuk bilik baru ni, barulah terkeluar apa yang terbuku dihati. Start dari awal, Aku actually tak de masalah sngat dengan 2 orang yang lain; sorang orang Kelantan, sorang orang Selangor. 

Yang kelantan tu aku banyak sembang jugak sebab dalam ramai-ramai dia paling friendly dan aku rasa ade boundry lagi dan dia pun tak exceed the limit. Yang Selangor aku dah lali dah jumpa character cam dia so, x de isu pun. Dia suka, kita suka, dia nyampah, kita ignore dia, tak layan kita tak layan dia, nak sembang, kita sembang. So, no issue.

Yang singapore ni agak rare sikit. Kita tak de rapat mana, abes cerita yang aku tak perlu tahu aku jadi tahu dan dia ulang cerita tu sampai aku tahu benda apa jadi untuk trip depa sebelum ni. Rare betul. Aku siap tahu nama orang yang depa pulaukan dan semua kena agree yang orang tu memang patut kena outcast. Dia ingat orang datang trip ni nak kena entertain dia ke hape? 

Awal-awal trip ritu nak pinjam baju jacket la sebab nak pelbagaikan memori dalam gambar. Ko merepek ape weh. (Orang sengaja bawak padding jacket yang labuh supaya kesejukan tak meresap ke tulang-sum sum), (dia nak pinjam-pinjam pulak. Dia punya senteng, manelah kena dengan outfit)

 Buat manja-manja dengan aku (orang lain pegi semayang, dia tiba-tiba datang kat aku tanya boleh ke dia solat pakai cenggini (baju blouse tangan senteng,seluar jeans senteng). Aku kata pakai sarung tangan & sarung kaki pastu lulus je untuk solat. Dah 12 kali travel takkan benda basic camni tanya aku kot. Even nak solat kat mana pun depa tanya aku. 

(Bukan nak mendepang dada, kita ade tourist guide, should be dia la yang cadang ape-ape semua lagipun tempat-tempat ni dia dah datang bawak orang). (Aku lah klu ni adik-adik aku ke, The Saranghae Cingguya ke aku sebelum depa tanya aku dah bagi cadangan nak solat kat mane.. Atau depa yang pegi cari tempat-tempat tu bila cadangan dah dibuka).

 Nak suruh orang agree dengan dia bila dia query Iqa pasal initerari. Pastu suh aku teman dia (jadi assistant) pegi buat photoshoot kat Lijiang. Tapi tu lah, memang semua aku tak agree hahahahha. Dah kenapa aku nak kena folo kau.

Mengada-ngada dengan suara buat-buat manja lagi bila imegresen dia tak lepas banyak cekadak pulak. Dia tu rakyat singapore mane mau beratur di line orang Malaysia nak lepas. Lagipun passport freehair sekarang dah berhijab, agak-agak la wei. 

Kata dah 12 kali travel kenapa noob sangat. Takkan tak reti nak follow rules. Malas nak layang eh aku.

Actually dari awal lagi aku tak berminat untuk pampered dia pun sebab you are so whyy???  

Kak Nisa datang ke bilik, kitorang talk-talk jugak la sambil nanges (aku kali kedua). Dan

 bagusnya kak Widad langsung tak masuk campur pun. Dia bagi ruang untuk aku and kak Nisa diskus dan explain benda apa yang jadi. Dan aku dah dapat jawapan kepada hal yang aku overthinking. 

Kak Nisa kata, dia tak penah pun cakap pasal aku kat depa secara detail, just cakap pada hari first time jumpa dan budak tu sangat curious dengan aku so dia tanya Kak Nisa macam-macam. Kak Nisa just bagitau gitu-gitu aje. Tak de nak highlight ape sangat. 

Dia tanya jugak kak Nisa kenapa aku dah tak keja kat KL sekali dengan Kak Nisa. Jawapan Kak Nisa sebab maka ayah tak bagi aku keja which was benda tak ade ape isu pun. Kau tu buat buat fitnah kat aku, kat mak ayah aku ingat mak ayah aku ni kolot ke tak bagi anak dia keja KL? (che ayah tak wi gi KL mulla sebab aku kena jaga syarikat, budok!)

Maybe dia pelik budak kelate macam loaded kot (sebab first day, dia dah usha beg aku pakai. Beg shopiah made in Vietnam je ponnnnnn). Katanya dah lama berkenan beg tu. Siap gi usha butik kat KLIA kot-kot ade. Bila ade, compare pulak dengan harga kat singapore dia. katanya kat sini mahal. 

Harga airport kot~

Awal-awal aku dah tahu dia kerja as nurse kat Singapore (Dia cakap). Tapi hairan, baru sampai kat airport buat perangai mengada-ngada cakap sakit kepala pening blablabla. Nurse ni dia tak reti eh nak prepare barang-barang ubat sendiri? Kak Nisa aje duk melayan dia. Nak harap aku? sorry sis, anak sedara aku pempers pun depa pakai sendiri.

That why jangan cabar orang senyap untuk berkata-kata, abes aku bukak cerita sebab selembrum aku mengembang bila aku tengah angin.

Haa lagi. Aku tak tahu aku yang terasa atau gurauan dia ni bodoh. Masa dalam flight dari Malaysia ke China, aku duk sembang dengan budak chinese, dia amik gambar pastu buat caption macam aku kemaruk usha budak chinese, dia upload kat story IG. (Kak Nisa kata dia tak rasa pelik pun dengan story tu, biase je). Okey. maybe aku termakan cili lebih. Pedas matt!

Budak tu yang ajak aku sembang weh sebab dia tengok aku duk crochet. Aku actually ok tapi kita baru tak sampai 24 jam kenal weh. Ko tak reti nak beza ke ko tu 10 tahun beza umur dengan aku. Dah buat caption bukan-bukan. Ingat aku hamak sangat ke kat lelaki? 

(Aku kalau ade lelaki ajnabi tegur pun aku suh orang lain settle kan sebab aku jenis malas nak buat deal.) 

Siyes, aku sakit hati dengan budak ni. So, aku gitau kat Kak Nisa aku maybe lepas ni tak berjalan dengan depa dah la. Lagipun tinggal 3 hari je lagi untuk ouls berjalan pusing area Kunming. Tak de pegi mana-mana attraction places dah kecuali pasar depa n masjid yang sepelaung aje dari hotel. So, no worries la.

Aku n kak nisa okey dah. Reconciliation. Kak Widad siap komen bila tengok ouls berpelukan. " Trip ni bukan menguji Ada dengan akak sebenarnya tapi menguji keutuhan persahabatan kamu dua orang". Huhuhu. I take it in to heart deh kak.

So, petang berlalu, ouls pegi area masjid Kunming sebab kat situ ada makanan orang muslim. Qingzhen. Pelbagai juadah dan aku makan sama-sama dengan travel buddies kak nisa untuk tengok fit-in lagi tak lepas incident ni, tapi kak Widad awal-awal dah back off dah. Dia gi makan kat kedai lain sorang-sorang.. Hahahaha. 

Dia kata nak alone kejap. Kita hormat keputusan itu.

Well, benda tak berapa fit. Dah pecah selerak dan aku pun tak tau ape yang dua orang lagi tahu pasal incident tadi. Depa tak ade nak mengejek atau perli atau nak menjauh tapi masing-masing macam berhati-hati. 

So, demi keamanan dan kesejahteraan kehidupan sejagat, aku gtau Iqa kitorang akn gerak sendiri selepas amik masa yang lama untuk fit in. Of course aku tak boleh dengar suara kepit nyaring penuh kepura-puraan itu. 

Malam tu, dinner asing-asing. Aku dan kak Widad makan hotpot sebab tengok cam best aje tengok orang duk makan-makan. KAt sini pilihan qingzhen lebih meriah. Lebih-lebih kaki dah meragam minta rehat. Ikut usia dua-dua ni nak cari bantal dan tilam aje tapi, kita on the trip kot haruslah berjiwa muda.

Hotpot tu akhirnya tapau sebab tak habis. Rupanya jam 9 malam tu kedai dah siap-siap nak tutup dah so, kitorang mengisi masa dengan bersiar-siar di jalan sepanjang street market itu.

Kitorang balik bila masing-masing dah kepenatan. Batuk aku menjadi-jadi juga tengah malam, aku just bersyukur sebab kak Widad ni nurse. Awal-awal dia prepare air suam dan suh aku makan ubat. 

Aku segan oh bila orang jaga aku sebab aku selama ni sebatang kara. Sakit pun aku tak pedulik, apalah setakat batuk cenggini. Tapi tu la.. 

Yang merana kak Widad gak sebab dia kena dengar aku duk huk huk huk. batuk teruk kau. Aku pelik kenapa aku macam demam balik? maybe emosi aku rini tak stable kot. Tapi lepas telan penadol dan tidur secukupnya, keesokan hari bila bangun aku dah segar balik. Demam semua dah kebah.

Siap koya-koya nak gi turun solat subuh kat Masjid lagi pagi tu. Bila sampai masjid tau ape jadi? Masjid tutup 😂😂😂. Rupanya diorang kalau subuh tak bukak kepada umum. So, solat kat bilik je la. Semangatkan.

Hari ni aktiviti santai. Rupanya bila duk dalam bilik bersembang dengan kak Widad lagi masyuukk.. lepas 1-1 rahsia kita rungkaikan. Bab incident semalam pun tak de nak ulas panjang lepas reconsilation dengan Kak Nisa.

To be continueeeeed... 


Rabu, 29 April 2026

Jalan-Jalan-Jalan 2025: Gunju at Ancient Town Li Jiang

 .: Assalamualaikum:.

Ahaks, walaupun dah setahun berlalu musafirku ke tanah China, namun aku tetap dengan positifnya nak jugak mengabadikan cerita beta kat sini. Well, biar semua tahu aku dah sampai ke China, tanah besar impian dikala darjah 3 sewaktu menonton drama bersiri cina. 

Wo shi Ai Da Gunju..ni ne?

Kesempatan yang ada kat Li Jiang aku penuhi dengan menjadi gunju yang menyamar. Hikhikhik. 

Aku ingat lebih kurang RM100 la kot aku bayar untuk sesi make up dan photoshoot kat sekitar ancient town tu. Well. 

Bila lagi nak melaram kalau bukan time travel ni. Time gi Korea kite jadi pwincess kat sane, bila gi Thailand kita jadi pwincess kat situ, jadi bila datang China ni, ayuh la kita jadi pwincess cina. Ahahahhaa. 

Tak nak banyak tulis la.. kita koya-koya bersama kat sini..


Pwincess yang malu-malu kuncim



xihuan wo? bu xihuan wo? 

wo mei you qian le

Wo you ma..

" wo song gei ni" kate brother photographer bila aku kata x nak edit gambar ni

ai bu ai?


Wo xihuan wo xihuan

mei you caption de la
wo gei ni.. yao ma?

 Dalam pakej tu make up termasuk photoshoot unlimited gambar, dapat 2 free editing tapi aku dapat 3 hew hew hew.

Semua gambar raw di bagi semua sekali. Dalam kes aku gambar dia tangkap dalam 35 keping gitu. pastu aku tambah edit 7 keping, saje buat kenang-kenangan (semua gambar diatas ni hasil edit sebab tu doiyin habessss ahahhaha) 

Masa nak pilih gambar nak kena edit memang rambang mata. Gambar yang photograper tu amik memang semua lawa-lawa.. Terasa nak edit semua. Hahahaa.. tapi boleh tahan jugak la hrga sekeping tu. sebab tu aku cukupkan 10 keping ajew.  

Btw, syok juga dapat bergambar2 camni. Terasa macam model giteewww ahahahahhaha~

So, rate gambar & espresion yang mana korang sukaaa. 

 

Selasa, 26 Mac 2024

RAMADAN 2024

 .: Assalamualaikum :.

Alhamdulillah, panas lip lip pun alhamdulillah dah masuk 15 ramadan sedar tak sedar. 

Syukur alhamdulillah walaupun demam jua tak ketinggalan nak join sekaki menguji diri ini. Seriously tahap ke-hotness-an tak boleh bincnag. Tu yang smpai kedemaman. Agak ujian juga kedemaman kali ni sebab I is tak de tempat nak bermanja. ~

Dulu boley la gak pegi gesek kat mommy sambil wak muka sedih sambil kata "che, demey.." 

pastu mommy pun letak tangan atas dahi pastu bagitau, "biasa dah gitu musim ni.. gi lah tido-tido nuh".

 I is like my arwah mommy yang tak pandai sangat nak show manja sebab beliau dilahirkan menjadi seorang yang kental. But me~, kental kat luar je, kat dalam manja nak mampuih klu gini.

So, I lagi la bergesek kat mommy macam Pippin selalu buat kat aku. Hmm.. Pippin pun dah arwah jugak so, ke mana harusku bawa diri ini~

But because aku ini mewarisi kekentalan mommy, maka demam ini segera aku cari cara untuk menyahkan dari diri. Masuk hari ni 3 harilah aku kedemaman. Jumpa doktor is my last opsen seperti biasa. Pengalaman-pengalaman lepas berjaya aku lepasi iaitu untuk mengelak tekak dari terus kering, aku minum air sejuk setiap 5 minit (lepas berbuka la sis) dan makan ubat (yang biasanya aku skip).

alfatihah omma appa

Aku sendiri jerelong (lap air kat kepala, dan badan) which was part paling sedih dalam hidup. sob sob sob. Biasa drama korea chagiya yang buat T.T. 

Ubat pun aku suh adik aku hantar stok penadol yang dia ade. Sadisss~.

Beginilah naseb si Forever Alone. Sakit pun kena hadap oneself. 

Tapi masalahnya aku ni waktu siang aktif kemain. Aku ingat aku stat dengan sakit kepala dan sakit tekak dulu. Waktu pun memang panas ceng ceng. Time tu jugak aku ditugaskan untuk pegi hantar and amik anak buah aku yang kecik sekolah sebab kakak n abang aku outstation. Even masa tu dia ngat ngat sakit aku just go on jugak.

2 hari jugak lah. Masa hantar pagi tu tak pe la x terik sangat mentari. Waktu kerja aku duk office je. Tapi masa nak gi amik diorang tu panas masyaAllah. Tapi sempat lagi menyinggah ke Eco Setia.

So, aku pikei antara punca aku demam ni sebab aku exhausted. Aku patut rehat je layan korea. Ni tak duduk diam. Ade je benda yang aku sengaja pegi buat. So, lepas berbuka, lepas semayang maghrib dia dah abes limit. Demam kus kus yang panas gile sampai aku tido atas kain basah kot sebab rasa bahang gile badan aku time ni. 

Naseb baek formula aku menjadi. Tengah malam aku terjaga, badan rasa ringan sikit, kepala pun tak berat, badan tak panas sangat. Kering kot kain yang aku alas tido tu~.

So, bangun solat isyak.

Feeling dia memang sadisss..huhuhu. Time sakit ni aku tertanya-tanya sendiri memang Mr. Left aku ni, dia dalam kesesatan yang nyata atau dah syahid atau memang tak wujud eh? 

Tapi don't worry sebab soalan itu hanyalah sekadar berbasi-basi mengenangkan kehidupan yang fana ini lantas aku sambung tidolah. Esok nak kena sahur lagi.

++++++++

Hari-hari yang seterusnya aku tempuhi dengan perasaan yang live must go on walaupun Mr. Left tiada. Aku ingatkan bila aku kehilangan both parents, akan muncul pelangi untuk menghiasi kehidupan ini agar berseri dengan kehadirannya. Namun, begitulah kehidupan. Untung adik aku yang ke 14 & 15,  diorang jugaklahyang bertemu dengan partner masing-masing after mommy dady tak de. So, once again, tinggallah aku sebatang kara.

So, Mr. Left, if you dare to come in this moment, you must be someone that strong enough to deal with me, becuase I already became a Queen. The Cold Queen.

 +++++++

Cold never bother me anyway. But hot like this aku pun dah start jadi orang super Sayyan ni aceane? 

Not my fault..kekeke.

+++++++

My sahur

Ekceli my life tak de la quite lonely mana pun. Just bila kita tak berupaya ni kita pun nak someone kita boleh rely kan. Ekceli my ramadan quite great-lah. Bila hujung minggu aku got time to berbuka puasa dengan adik-beradik semua. Siap awal ramadan lagi dah buat iftar jamae sebab my 4th sister's family balik kampung sekejap. So bila berkumpul, of coz la bukak reramai. 

Dataran peninggalan tokku sangatlah menghubung kiwa kami adik beradik

I ous pun sempat join iftar kat Madinah Ramadan buat kali pertama sejak Madinah Ramadan kat kota Bharu dibuka with family of coz. 

Dulu tak pernah pegi sebab zaman covid19 dan yang penting memang ouls x penah bukak posa kecuali dengan family. Dulu la..~

Selain tu juga berbuka puasa kat Masjid Muhammadi pun sempat. Jadi memang tak sunyilah my life ni.

Tahun lepas kerap bukak posa kat sini sebab lepas lawat omma kat wad, tak tahu hala tuju so singgah sini.
Sempat la kuar moreh reramai lepas balik terawih

 Aku adik beradik ramai ni jenis random tau. Datang tak berjanji tapi tiba-tiba jumpa kat situ. Pastu tak pulak stay situ utk solat terawih, kitorang pegi masjid lain yang area dekat rumah adik beradik yang lain. Pastu siap terawih gi serbu kedai pakcik kat stesen minyak reramai. Adeh & aneh kan. 😂😂😂😂. Kes cenggini la yang menyebabkan keFOMOan sorang-sorang. Memang rugi kalau missing out

Jarang-jarang join majlis ilmu

 Keberuntungan berada di Kelantan dan komuniti yang menyeru kepada kebaikan ni adalah sangatlah dihargai. Selama aku duk merantau ni aku rasa kerajaan negeri Kelantan je yang cakna dengan kesejahteraan rohani rakyat dia. Ada aje program-program rohani yang membina jiwa walaupun skit. 

Contohnya booklet yang ni adalah keluaran siri 32 yang maksud dia selama 32 tahun dah kerajaan negeri kelantan keluarkan petikan ayat al-quran yang sesuai dengan isu semasa untuk program tadarus. Ada ustazah yang akan kupas ayat tu.

Program yang aku pergi ni program Ramadan Delight untuk beliawanis. Sambil-sambil tunggu berbuka dapat la jugak ilmu kaaann

Malam pulak aku join geng tadarus kengkawan Najwa. Okey la tu, dapat gak bersosial..Ngeee 

Geng ngaji virtual

Hari-hari biasa, kalau rajin aku gi semayang terawih kat umah abang aku yang sulung. Kalau tak berapa rajin nak jalan, tambah-tambah waktu demam, aku semayang terawih kat umah je la. Laju skit. Ngeehh

Cuma, bila hidup sorang ni tak de orang yang lepas abes keja untuk aku borak-borak, berperang. Naseb baek ritu anak buah aku duk ngan aku 2 hari. Siap dia bagitau , "mujur Suha mari, bulih la cikDa kecek..." Hahahaha. Sadisnya

NAseb baik mereka pandai amik ati cikda masak sedap

Keja aku lps balek keja hanyalah skroll FB, TT, IG, Wasap dan repeat sampai jam 6.00 ptg. Barulah nak stat msak tapi kejap je lepas tu tak tau nak wat ape. Sambung skrol. Haha. Jarang-jarang turun pegi siram pokok bunga peninggalan mommy.

berbuka simple-simple jerr kalau duk rumah sorang

Mari aku tunjuk menu-menu berbuka dan sahurku yang sebatang kara ini~

Berbuka tak dak nasik

Kerabu Suon ni aku buat lepas aku macam tak tau nak buat apa dengan kerang yang aku rebus. Kalau zaman dulu, kerang rebus ni adalah yang direbut-rebutkan kan time moreh tau. beli sekilo dua tu meamng tak akan jadilah kat umah aku. Nak beli kurang-kurang 3-4 kg. Tapi bila duk sengsorang, aku beli sekilo tu pun bahagi dua pastu makan sengsorang no syiok oh.

Pastu aku pun buat la kerabu suon berlaukkan kerang dan fishball. Hari tu aku tak dak mood nak makan nasi

Ikan jeket sumbat

Hari yang paling aku rasa exhausted. Kemain buat air 2 jenis kau. Last-last nasi lauk tak abes, air tak abes. Lepas makan aku rasa tak larat gile..sadis oh bila kenang saat ni. Tu la orang kata makanan banyak tak menjamin kita gumbira kan kan kan.

Haa, camtulah Ramadanku untuk tahun ke 2024. Masih sendiri dan lebih advance tinggal sendiri sebatang kara~

Omma & appa. Bogoshoppo

Ahad, 24 September 2023

Jenjalan Ke KL: Majlis Konvokesyen MIHRM


 .: Assalamualaikum:.

Annyeong yorobun

Tima kasih ye encik atas gambar yang cantek~

Ingat tak yang ari tu aku amik profesional certificate HUMAN RESOURCE OFFICER MIHRM tu..

Haa.. Bila ouls dah complete course tu dan siap amik exam lagi, maka masa yang ditunggu-tunggukan adalah..

konvokesyen!!

Yeah.. Walaupun sekadar sijil tapi harus diketahuai bahawa semua ilmu yang kita peroleh layak untuk diberi penghargaan. Hanya kita sahaja yang tahu pengorbanan untuk mendapat ilmu ini. 

Jadi bila MIHRM buat majlis konvokesyen ni rasa wah la tapi malas lah pulekk nak pegi. Heh! 

Entahlah sejak omma appa sakit ritu rasa takut nak tinggal rumah, ni bila omma appa tiada perasaan tu terbawa-bawa jugaklah kengkadang tu. Tapi memikirkan why not memeriahkan majlis konvokesyen tu lantas cepat-cepat pegi register untuk tanda hadir nanti.

Majlis yang berprestig ini dibuat di Universiti Malaya bermaksud aku kena travel ke KL la citernya. Dah la tu awal bulan September iaitu 2 September 2023 bermaksud lagi aku kena prepare awal-awal la nak kena buat gaji orang keja semua itu yang melibatkan kerja-kerja aku. Dalam masa yang sama juga kat umah aku bakal berlangsung majlis kesyukuran sempena adik aku berkahwin. 

Busy kan..

Iye lah.. Aku kan bakal president negara Uganda, kenalah belajar-belajar busy.

Di sebabkan aku dah lama tak singgah umah my sister bila pegi KL, jadi untuk trip kali ini aku pown berazam untuk stay 2 hari kat umah my sister. Kang kecik ati kakakku yang sedia kecik itu bila adiknya yang ke duabelas ini datang ke KL asek stay kat hotel atau umah sewa lama. Tak  boleh camtu. Family is my priorit. Gettew.

So, jimat duit hotel bolehlah berjimba-jimba bila kat KL nanti ngee..

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, aku naek KL naik bas express Mutiara sebab my sister duk Gombak. Leceh klu naek flight sebab tempat turun nun jauh disana KLIA. Aku tak suka turun kat Subang so, not bad pun klu naek bas. Boleh la rehatkan badan (kononnya). 

For me, klu nak gi area KL dan seumpamanya dan tak rushing, aku prefer Bas express. Tapi kalau nak gi area Putrajaya dan seumpamanya dan rushing (macam balek hari), aku prefer flight. 

Naek flight ni kata je 1 jam sampai KLIA tapi tambah tolok dengan gate close la, nak kena check in la, kengkadang tu penat badan oh. Klu dari KB-KL tak pe, 5 minit je dari umah. Orang drop cenggitu pun tak pe. Tapi klu dari KLIA tu nak menapak sampai ke destinasi take time jugak.

Klu naek bas express, boleh la melenggang kangkung angkut semua benda tak penting pun tak pe. Sampai kat Greenwood (kalau turun kat Gombak) tunggu my sis and bro-in-law pick up. Dah sampai umah.

Senang.

So. Sampai Greenwood subuh, lepas subuh I is bersiap-siap lah untuk ke UM itu. Bersiap awal sebab ingat nak Grab je ke sana tapi my sis insist nak hantar..Nge.. Aku tak register pun orang untuk bersama masuk dewan konvo ni sebab berdasarkan 2 kali (eh 3 kali) pengalaman konvo, boring je untuk orang yang datang tengok.

Mujur ade kakak di KL


Alang-alang da dapat baju ni marilah kita wat mini photoshoot

Hadiah konvo katenyee

Naseb bek kak niey, abe Nazri + Sufiya datang, boleh la tolong-tolong I ambik gambar sebelum kena masuk dewan itu. Hee..

Duk syiok photoshoot tertiba brader ni kata 'saya ambil u pose saja'. peace laju je naik

 Planning hari ni lepas konvo, aku, AAB plus Fara nak gi melepak kat KL. My Seoulsisters mane boleh lupa guys. diorang ni pemangkin kehidupan. Konvo ni buat syarat je simbolik kepada ilmu yang telah aku peroleh selama 3 bulan memerah otak dan keringat belajar. Gittew.

Tak sangka pulak bilanjumpa kak long aka Arifah iaitu geng kursus FITEC 2018 pun konvo sekali. Terus gi duduk kat barisan yang sama. 

Tak sia-sia aku hasut kak long join MIHRM untuk second batch Kelantan, dapat kitorang konvo sesama ngee.

Maka awkward moment dapat dihapuskan apabila geng ada bersama

Batch 1 Kelantan

Laju jugak sillibus diorang ni aku nak dekat setahun baru konvo, diorang bulan 5 kalu tak silap complete kos dah konvo.

Credit offical MIHRM facebook hee~

We are done!

Selepas beberapa jam berlalu, aku pun dah berjaya menggenggam skroll certified HR Officer ni, maka upacara majlis istiadat konvokesyen beransur selesai. 

AAB datang lepas aku kuar dewan dah. Sengaja aku memang suruh diorang datang lewat. 

Spot my name
We did it!

Duk tunggu diorang sampai ni sambil duk tengok gelagat lautan manusia, AAB sampai. Punyalah mata dia duk tuju kat booth bunga sampai aku yang duk melambai tepi ni dia memang tertutup hijab la. 

Terharu oh bila AAB beli bunga sunflower walaupun majlis da berakhir. Da la tu beli depan aku. Dah nampak semangat dia pilih bunga tu aku pown pegi kat dia, siap tanya nak mana satu lagi. Rose ke sunflower. 

Romantik giles my Seoulsister nieh 😂. Me of coz la sunflower always in my heart.

trimas my lebeli seoulsistor.

"Kadang-kadang mereka bercakaran, kadang-kadang mereka berciuman"- Quoted by Ade Yunita Mafruhad masa kat Brunei sbb beliau kompius tgk Tge Saranghae Cingguya. Yelah, sebelum maghrib tu nampak bergaduh macam x de hari esok, pas maghrib nampak kitorang duk bersalaman dan berciuman macam tak pernah gaduh.. Hohoho..

Since pagi tadi Kak Niey dia nak beli bunga tuk aku tapi boleh-boleh dia lupa bawak purse maka my own sister dah buat aku kempunan dia ganti dengan beli kopi Wonda kat mesin air. Tu pun pakai syiling yang ada. Sadis betol. 

Hadiah konvo katenyee

Kalau kakak aku dah bagi pagi tu maybe aku tak bagi AAB beli tapi since kempunan aku  yeaa hepi bila AAB belikan aku bunga. Hahahaha.

Kenalkan my AAB

Love you till jannah, cinguya! 

AAB dah sampai, si Fara pulak ni manakah anda? Sambil-sambil tu marilah kita bergambar-gambar kenangan. Ada lima ratus juta gambar diambil, tapi macam biasa amik yang paling comel. 

Haha..

Mane si Fara ni~

Fara pulak sebenarnya dia ke-jem-an di lebuh raya. Kali ni Fara dah berBezza. So tak de dah la istilah merempit bersama. Lega oh. Klu tak aku join rempitz dengan jubah ni la. 

Sepanjang aku duk KL dengan diorang, merasa jugaklah jadi pembonceng rempitz di Kota Raya dan perasaan tu memang dahsyat. 

Mengumumkan ketibaan~...

Bila Fara da beli keta ni alhamdulillah wasyukurillah. Bezza dia adelah dalam 7 bulan dah kebersamaannya. Tu pun sebab mommy dia suh dia beli, boleh wat gi makan angin katenya.


Datang-datang wat hal
IMAGIN NUR- entah la~

So, di suatu petang yang mendamaikan itu, kemana arah dan tujuan kita?

Susah tol nak decide. Since kitorang ni kategori tak remaja mana, haruslah mencari tempat lepak yang slow-slow sikit sebab ye la. Tak seremaja dulu nak ke hulu dan ke hilir. 

One Utama destinasi yang menjadi pilihan sebab dekat dengan UM. But First jom kita makan sebab keroncong kasih sayang sedang berlegar-legar di ruangan peritoneum.

 Selepas pusing OU, maka ayuh la kita ke The Chicken Rice Shop, Bukan Sekadar Nasi Ayam.

Lapar oh!

Actually last kitorang jumpa adalah bulan 3 ritu diorang datang ke Kota Bharu. Ni bulan 9, banyak jugak gosip-gosip baru yang perlu diupdatekan sebab kitoarang pun da jarang-jarang wasap, biasalah komitmen memasingkan.

Yang selalu ada adalah reply wasap status. Tu pong kalau si Fara tu, hareeeeeeem nak up status. AAB lak alhamdulillah ade perkembangan dah, pandai dah up status. Klu tak asek diorang je la reply status aku.

Aku kan ratu up status. Barulah nampak hidup gittew. haha

Kitorang duk dalam mall dari siang sampai ke malam. Sempat jugaklah pegi kat secret Garden atas OU tu. Menarik.

Tetiba dalam mall berbatu ade taman flora dan fauna. Flora je la.. Fauna tu mungkin burung-burung yang bertenggek dan ikan-ikan dalam kolam serta serangga pelengkap suasana.

Selamat datang ke Secret Garden
Yang wangi itu bunga yang manis itu saya

Saya ke bunga?

Selain itu juga kitorang menghabiskan masa selama dua jam dalam kotak gelap untuk melatih vokal kot tahun depan boleh trio masuk Gegarrr Vaganza. Hahahaha. Lama tak test suara kat dorebang ni.. 

Alhamdulillah, memang sakit telinga guys. Aku nih klu nyanyi lagu kanak-kanak pun tak lepas apatah lagi lagu Jacklin Victor. Tapi tak tahan pilih lagu intifada untuk berhibur. Islamik la sikit..ngee..

Actually pusat karaoke kat sini tak de dark web mane pun. Dia macam dah jadi tempat hiburan keluarga dah kalau tengok suasana tu. Tak de gelap-gelap dan tempat dia sangat public dan cantik. Macam cafe pun ada. Lorong-lorong ke dorebang pun bercahaya. So, memang tak rasa insecure la bila duk sini. Nak kata tempat maksiat tu rasa dah boleh buang da kot tanggapan tu. 

Kita datang dengan kengkawan nge3.

So, torrbaekk. Uhuk-uhuk. 

Sakit tekak.

Pertemuan bersama AAB dan Fara berakhir jam 9.00 malam lebih kurang. Tu pown pas abes kat OU sempat lagi singgah solat maghrib kat mall baru kat area Kota Damansara. Aku rasa area Kota Damansara nih memang penuh dengan mall weh. Ape khabar agaknya e-Curve sekarang ye~

But again, KL. Kalau salah timing memang tak sempat la nak solat. Fara la.. aku tak pe bley jamak qasar..Hee..

air peberet Fara di kedai peberetnya

Sampai umah, mandi manda, ZZZzzZZzz.. Esok nak menempuh hari yang panjang lagi..

Untuk hari ke dua di KL ni, kita spend masa dengan family pulak. 

Sementelaah itu hari ni hari Ahad so, everybody ada kat rumah. Actually my sis ada 2 orang anak pompuan Auni & Sofiya. 

Jadi jomlah kita berjimba-jimba dengan family pulak. Dan macam biasa bila datang KL ni tak sah kalau tak wat lawatan ke IKEA.

IKEA Cheras lah sebab semalam dah bermain-main di area Kota Damansara kan. Lagi pun tempat makan di IKEA CHERAS besaq. Tapi besaq-besaq pun orang giles ramai. Ni datang awal-awal pun tempat dah full house!

Kemain datang awai. Tapi tak pe boleh lepak lama

Selesai makan-makan-makan, marilah kita ke destinasi utama iaitu untuk mencari lesung dan ulunya. Ngee..

Hai love~

Entahlah aku ni, dari zaman pak kadok lagi teringin dengan lesung dan ulu Ikea ni walaupun aku tau aku takdenya rajin nak tumbuk-tumbuk dalam ni nanti.

Tu la terpengaruh dengan cite Siam yang aku tengok masa sekolah menengah di mana scene tu adalah kawan dia bagi hadiah kawen, kemain berat.. Tengok-tengok hadiahnya lesung dan ulunya.. ngee.. Terbawak-bawak cite tu sampai ke hari ini. Oh my brain!

 Ni bila dah lama nak dan alang-alang sudah di sini, kena grab. Kalau tak beli dia akan mengganngu selebrumku sampai ke sudah.

Tapi-tapi-tapi~ 

Aacane nak wat balek tu pikei kemudian sebab berat dia nauzubillah.

Awal bulan duet da selamat jalan kekasihku~

Duk seronok menjamu mata bermain-main dengan barang Ikea kat showroom, tetiba kakak aku pulaaak datang idea rajin pegi beli set pinggan mangkuk untuk abang aku yang ke 10 yang baru naek umah baru. 

Aii..Ai.. Ai..Siapa yang kena wat balek?? (tunjuk diri sendiri sambil redhoo dan pasrah)

Memang seharian jugaklah duk kat IKEA tu.. Makan pown dah lama mana, sahkan duk dalam gedung tu kan..

Tapi benda tak abes kat situ, sempat lagi gi Eco Shop kat Selayang. Korang paham-paham la aku nieh. Aku dan Eco shop berpisah tiada. Mesti nak jejak walaupun x membeli. Dan baru ku tahu kat Ecoshop sini ade Bakery Shop. 

Huiihh.. Tapi memandangkan perut aku dah kenyang maka, hanya ku simpan semua roti-roti yang ku nampak lazat itu di ruang selebrumku semata.

Petang tu dah kat rumah dan sempat la aku goreng nasi sebab tak tahu nak buat ape. Ni lah aku sekarang. Otak dah nampak rumah dah.. Dah nampak nak main masak-masak kat rumah. 

Bahaya betol orang yang baru dapat dapur ni. Dia lain macam sikit.

Belok bahu ambo~

Malam tu kak Niey sekeluarga hantar aku ke Stesen Bas kat Greenwood yang first time dalam hidup aku tunggu bas kat tepi jalan cenggitu. Aku heran orang duk kutuk stesen Bas KB tapi stesen sini lagi teruks. Haha terkutuk pulak. 

Malam tu nak jadi citer bas agak delay la. Dah la first time menunggu bas kat Greenwood, dah rasa macam gelandangan pun ade dengan gelapnya, dengan ramai orangnya, dengan bawak barangnya.. Hahaha.

Tapi alhamdulillah, sampai je bas aku pecut masuk dengan kesemuaan barang-barang tanpa gagal. Misinya adalah tido sampai depo.

Bangbil datang amik, dan oh rumah.. Ku rindu padamu tanpa gagal. Lepas solat subuh kita take a nap sekejap sebab jetleg nge3. 

Sambil bersiap-siap nak pegi kerja sempat unboxing hasil tangkapan di Ikea dan teros susun atas rak na..

Nampak tak semangat pertiwi dia cane.

Spot my adelston

Abadikan setiap tulip sehingga saat akhir di rumah

Overall, itulah cerita lawatan aku ke KL. 

Tapi tak sure pegi untuk konvo atau pergi untuk jimba-jimba hikhikhik.. Yelakan, lama dah tak berjimba-jimba di Kota Raya cenggini walaupun destinasi yang sana setiap kali tuju ngeeeee..~

btw, I am Certified HR Officer 😁😁😁

Hi, It's me~



link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...