.: Assalamualaikum :.
Alhamdulillah, panas lip lip pun alhamdulillah dah masuk 15 ramadan sedar tak sedar.
Syukur alhamdulillah walaupun demam jua tak ketinggalan nak join sekaki menguji diri ini. Seriously tahap ke-hotness-an tak boleh bincnag. Tu yang smpai kedemaman. Agak ujian juga kedemaman kali ni sebab I is tak de tempat nak bermanja. ~
Dulu boley la gak pegi gesek kat mommy sambil wak muka sedih sambil kata "che, demey.."
pastu mommy pun letak tangan atas dahi pastu bagitau, "biasa dah gitu musim ni.. gi lah tido-tido nuh".
I is like my arwah mommy yang tak pandai sangat nak show manja sebab beliau dilahirkan menjadi seorang yang kental. But me~, kental kat luar je, kat dalam manja nak mampuih klu gini.
So, I lagi la bergesek kat mommy macam Pippin selalu buat kat aku. Hmm.. Pippin pun dah arwah jugak so, ke mana harusku bawa diri ini~
But because aku ini mewarisi kekentalan mommy, maka demam ini segera aku cari cara untuk menyahkan dari diri. Masuk hari ni 3 harilah aku kedemaman. Jumpa doktor is my last opsen seperti biasa. Pengalaman-pengalaman lepas berjaya aku lepasi iaitu untuk mengelak tekak dari terus kering, aku minum air sejuk setiap 5 minit (lepas berbuka la sis) dan makan ubat (yang biasanya aku skip).
alfatihah omma appa |
Aku sendiri jerelong (lap air kat kepala, dan badan) which was part paling sedih dalam hidup. sob sob sob. Biasa drama korea chagiya yang buat T.T.
Ubat pun aku suh adik aku hantar stok penadol yang dia ade. Sadisss~.
Beginilah naseb si Forever Alone. Sakit pun kena hadap oneself.
Tapi masalahnya aku ni waktu siang aktif kemain. Aku ingat aku stat dengan sakit kepala dan sakit tekak dulu. Waktu pun memang panas ceng ceng. Time tu jugak aku ditugaskan untuk pegi hantar and amik anak buah aku yang kecik sekolah sebab kakak n abang aku outstation. Even masa tu dia ngat ngat sakit aku just go on jugak.
2 hari jugak lah. Masa hantar pagi tu tak pe la x terik sangat mentari. Waktu kerja aku duk office je. Tapi masa nak gi amik diorang tu panas masyaAllah. Tapi sempat lagi menyinggah ke Eco Setia.
So, aku pikei antara punca aku demam ni sebab aku exhausted. Aku patut rehat je layan korea. Ni tak duduk diam. Ade je benda yang aku sengaja pegi buat. So, lepas berbuka, lepas semayang maghrib dia dah abes limit. Demam kus kus yang panas gile sampai aku tido atas kain basah kot sebab rasa bahang gile badan aku time ni.
Naseb baek formula aku menjadi. Tengah malam aku terjaga, badan rasa ringan sikit, kepala pun tak berat, badan tak panas sangat. Kering kot kain yang aku alas tido tu~.
So, bangun solat isyak.
Feeling dia memang sadisss..huhuhu. Time sakit ni aku tertanya-tanya sendiri memang Mr. Left aku ni, dia dalam kesesatan yang nyata atau dah syahid atau memang tak wujud eh?
Tapi don't worry sebab soalan itu hanyalah sekadar berbasi-basi mengenangkan kehidupan yang fana ini lantas aku sambung tidolah. Esok nak kena sahur lagi.
++++++++
Hari-hari yang seterusnya aku tempuhi dengan perasaan yang live must go on walaupun Mr. Left tiada. Aku ingatkan bila aku kehilangan both parents, akan muncul pelangi untuk menghiasi kehidupan ini agar berseri dengan kehadirannya. Namun, begitulah kehidupan. Untung adik aku yang ke 14 & 15, diorang jugaklahyang bertemu dengan partner masing-masing after mommy dady tak de. So, once again, tinggallah aku sebatang kara.
So, Mr. Left, if you dare to come in this moment, you must be someone that strong enough to deal with me, becuase I already became a Queen. The Cold Queen.
+++++++
Cold never bother me anyway. But hot like this aku pun dah start jadi orang super Sayyan ni aceane?
Not my fault..kekeke.
+++++++
My sahur |
Ekceli my life tak de la quite lonely mana pun. Just bila kita tak berupaya ni kita pun nak someone kita boleh rely kan. Ekceli my ramadan quite great-lah. Bila hujung minggu aku got time to berbuka puasa dengan adik-beradik semua. Siap awal ramadan lagi dah buat iftar jamae sebab my 4th sister's family balik kampung sekejap. So bila berkumpul, of coz la bukak reramai.
Dataran peninggalan tokku sangatlah menghubung kiwa kami adik beradik |
I ous pun sempat join iftar kat Madinah Ramadan buat kali pertama sejak Madinah Ramadan kat kota Bharu dibuka with family of coz.
Dulu tak pernah pegi sebab zaman covid19 dan yang penting memang ouls x penah bukak posa kecuali dengan family. Dulu la..~ |
Selain tu juga berbuka puasa kat Masjid Muhammadi pun sempat. Jadi memang tak sunyilah my life ni.
Tahun lepas kerap bukak posa kat sini sebab lepas lawat omma kat wad, tak tahu hala tuju so singgah sini. |
Sempat la kuar moreh reramai lepas balik terawih |
Aku adik beradik ramai ni jenis random tau. Datang tak berjanji tapi tiba-tiba jumpa kat situ. Pastu tak pulak stay situ utk solat terawih, kitorang pegi masjid lain yang area dekat rumah adik beradik yang lain. Pastu siap terawih gi serbu kedai pakcik kat stesen minyak reramai. Adeh & aneh kan. 😂😂😂😂. Kes cenggini la yang menyebabkan keFOMOan sorang-sorang. Memang rugi kalau missing out
Jarang-jarang join majlis ilmu |
Keberuntungan berada di Kelantan dan komuniti yang menyeru kepada kebaikan ni adalah sangatlah dihargai. Selama aku duk merantau ni aku rasa kerajaan negeri Kelantan je yang cakna dengan kesejahteraan rohani rakyat dia. Ada aje program-program rohani yang membina jiwa walaupun skit.
Contohnya booklet yang ni adalah keluaran siri 32 yang maksud dia selama 32 tahun dah kerajaan negeri kelantan keluarkan petikan ayat al-quran yang sesuai dengan isu semasa untuk program tadarus. Ada ustazah yang akan kupas ayat tu.
Program yang aku pergi ni program Ramadan Delight untuk beliawanis. Sambil-sambil tunggu berbuka dapat la jugak ilmu kaaann
Malam pulak aku join geng tadarus kengkawan Najwa. Okey la tu, dapat gak bersosial..Ngeee
Geng ngaji virtual |
Hari-hari biasa, kalau rajin aku gi semayang terawih kat umah abang aku yang sulung. Kalau tak berapa rajin nak jalan, tambah-tambah waktu demam, aku semayang terawih kat umah je la. Laju skit. Ngeehh
Cuma, bila hidup sorang ni tak de orang yang lepas abes keja untuk aku borak-borak, berperang. Naseb baek ritu anak buah aku duk ngan aku 2 hari. Siap dia bagitau , "mujur Suha mari, bulih la cikDa kecek..." Hahahaha. Sadisnya
NAseb baik mereka pandai amik ati cikda masak sedap |
Keja aku lps balek keja hanyalah skroll FB, TT, IG, Wasap dan repeat sampai jam 6.00 ptg. Barulah nak stat msak tapi kejap je lepas tu tak tau nak wat ape. Sambung skrol. Haha. Jarang-jarang turun pegi siram pokok bunga peninggalan mommy.
berbuka simple-simple jerr kalau duk rumah sorang |
Mari aku tunjuk menu-menu berbuka dan sahurku yang sebatang kara ini~
Berbuka tak dak nasik |
Kerabu Suon ni aku buat lepas aku macam tak tau nak buat apa dengan kerang yang aku rebus. Kalau zaman dulu, kerang rebus ni adalah yang direbut-rebutkan kan time moreh tau. beli sekilo dua tu meamng tak akan jadilah kat umah aku. Nak beli kurang-kurang 3-4 kg. Tapi bila duk sengsorang, aku beli sekilo tu pun bahagi dua pastu makan sengsorang no syiok oh.
Pastu aku pun buat la kerabu suon berlaukkan kerang dan fishball. Hari tu aku tak dak mood nak makan nasi
Ikan jeket sumbat |
Hari yang paling aku rasa exhausted. Kemain buat air 2 jenis kau. Last-last nasi lauk tak abes, air tak abes. Lepas makan aku rasa tak larat gile..sadis oh bila kenang saat ni. Tu la orang kata makanan banyak tak menjamin kita gumbira kan kan kan.
Haa, camtulah Ramadanku untuk tahun ke 2024. Masih sendiri dan lebih advance tinggal sendiri sebatang kara~
Omma & appa. Bogoshoppo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan