Annyeong yorobundeul.
Minggu lepas bersamaan 1 Mac 2024 (wow siap tarikh) aku akhirnya berjaya
memecahkan bucket list 2020 aku dimana ianya adalah untuk menjejakkan
kaki ke hulu Kelantan dengan keretapi. Train to Dabong!
Akhirnyaa.. |
Well, teringat masa zaman pengakhiran PKP dulu bila Train to Dabong ni saaangatlah pemes amos tapi nak buat camane, untuk ke sana memang memerlukan masa dan team yang baek. Barulah berjaya expedisi itu. Gittew.
Actually seminggu sebelum kejadian, Najwa ade ajak aku untuk pegi berjimba-jimba ke Penang untuk tujuan aktiviti sosialnya. Beliau mengajak aku sebagai temannyalah kirenya. Mula-mula aku rasa nak jugak pegi tapi sebab tentatifnya kurang menarik iaitu pegi jumpa Kak Izah & Dayah (rakan Misdev yang sedang menunggu due untuk beranak), dan melawat kampus USM. Pulak tu perginya bersama prof UMK. Lagilah idok aku mau.
Jadi aku berkira-kira sama ada patutkah aku mengekori xpdc ini?
Dalam pada itu juga, tanpa adik aku yang bongsu sadari dia terrlepas cakap bahawa dia busy minggu depan untuk membuat aktiviti sosialnya bersama rakan dan taulan phDnya untuk berjimba-jimba naik Train to Dabonggggg, aku tanpa segan silunya memaksa beliau agar memasukkan namaku dalam aktiviti terrrsebut.. Untung ada adik bongsu, boleh la aku join sekaki shamelessly.
Jadi, tanpa lewat seminit pun aku bagitau Najwa aku tak nak folo dia. Ngeeh.
Tapi cerita disebalik cerita, actually Najwa tak jadi pun nak naik Penang tu. Alasannya tak tahu bila dayah nak beranak. Pong boleh la wa. Legalah aku sebab at least tak de la aku penyebab kepada kecancelan aktiviti sosialnya.
Bangunnnnnn.. |
Maka, tepat jam 3 pagi kala dinihari pada 1 Mac 2024 yakni hari Jumaat, aku bangkit dari katil untuk bersiap-siap ke Wakaf Bharu kerana station kereta api yang terdekat itu ada di sana dan kereta api akan tiba tidak lebih dan tidak kurang pada jam 4.26 minit.
Untuk ke sana biasanya sejam or lebih tp pada pagi dinihari itu, setgh jam dah sampai. Lajulah. Ye lah. Sape je yang rajin keluar dikala dinihari ini tanbahan pulak cuti-cuti ni. Hanya budak-budak yang tak sabar ke Dabong aje yang buang tebiat ini.
Apsal cikda napok mace mok2 jah duk nga adi 😱 |
Untung, selain aku selaku orang luar, rupanya cik Tsu (iaitu adikku yang bongsu) ajak Majdi jua untuk menggantikan temannya yang tidak dapat bersama.
Bagusss. Boleh la cikda bbuaah skit.
Rombongan Train to Dabong ini hanyalah seramai 8 orang termasuk aku, adi, adik bongsu yang aku panggilnya sebagai maknae dan sahabat seperjuangan Master/PhD USMnya seramai 5 orang.
Tepat jam 4.26 pagi, semua berpusu-pusu menembus perut kereta api KTM itu dengan jayanya. Masing-masing mengambil tempat dan boleh tahan ramai orang dalam perut kereta api pada waktu ini.
Sementara menunggu subuh 2 jam dari sekarang, aku tidur-tidur ayam, sekadar untuk membuang rasa bosan sambil menjaga wudukku yang telah diambil dari rumah. Peristiwa masa kat Korea masa naik Train to Busan masih lagi terngiang-ngiang di ingatan walaupun telah berlalu 8 tahun yang lalu.
Tapi bila teringat balik terasa kelakar dan sadis.
Wudukku terbatal gara-gara kekalutan dan tertukar train. Punyalah bersusah payah amik wuduk kat tandas awam di stesen Seoul, dah la sejuk, kena marah dengan ahjumma sebab air berselerak kat sink. Alih-alih batal disebabkan ade ahjushi baik tolong angkat beg terpegang tangan.
Bukan aku sorang yang kena tapi semua adik-adik aku yang batal sama.😁😁😁. Masuk dalam train punyalah dasyat bau haprak (hancing) dan susah nak wuduk (train myugunghwa). Last-last solat isyak jam 3.45 pagi kat stesen Busan.
Punyalah panjang throwbackku. Ngee.
Usai masuk waktu, dan wudukku masih terjaga, aku bingung kerana bilik solat dah penuh dan beratur panjang. Di belakangku ada keluarga yang sedang solat berjemaah di ruangan lapang dalam perut kereta api tempat mereka duduk.
Pandai diorang pilih seat iaitu seat jenis berhadapan antara satu sama lain, jadi boleh lah mereka bentang tikar dan solat.
Aku pun segera melakukan hal yang sama, apabila kiblat dah ditetapkan, maka solatlah aku buat kali pertama seumur hidup dalam train. Pengalaman berharga bagiku. Yang lain juga turut solat subuh dengan tatacara yang sama.
Aku gabra mula-mula sebab air tak ada dalam toilet waktu subuh itu. Tapi tak menjadi masalah kerana aku masih berwuduk. Kedua, kerana teringat waktu dalam penerbangan pergi dan balik dari umrah tempoh hari, waktu subuh hanya 5 minit sahaja dah siang. Kelam kabut nak sembahyang subuh. Dalam train ni pula pergerakan hanya dalam 100-45km per jam. Jadi masa tu masih lagi banyak. So, boleh solat dengan selesa.
Usai semua solat, jam menunjukkan 7.18 pagi, dan tibalah kami di stesen yang dinanti-nanti kan, iaitu stesen Dabong.
Sempat bergambar-gambar dulu kat situ sementara menunggu maling atau guide kami tiba. Oh ya, kalau nak datang Dabong untuk melakukan aktiviti wajib ambil guide ye. Jangan korang pepandai naik gunung or panjat bukit or masuk gua sendiri-sendiri.
Menempah orang kata.
hai Dabong. We are here! |
So, datanglah maling gunung kami iaitu err.. ape eh nama beliau. Ok Fine. aku da lupa.
Eh..Ingat dah. Nama dia nama nabi nabi, dan unik pulak tu, maka ingatlah, iaitu Idris. Muda lagi tuannya 24 tahun. Sempat berkenalan dalam gua bila lama-lama melayan karenah memasing lantas tetiba dia pun jadi geng xpdc kami.
See, betapa mudahnya geng Gen-Z ni buat kawan dengan geng geng Gen-Y.
Sebelum kena marah kat abang polis sebab duk posing kat rel ketapi. Aku baru nak tunjuk cite hindustan kat anak buah aku |
First kitorang check in kat Gua Ikan. Kat situ kami breakfast dulu yang disediakan oleh Idrus. Selepas breakfast kitorang menuju ke aktiviti mencabar iaitu meneroka gua-gua di sekitar Gua Ikan ni, iaitu Gua Sempit, Gua Keris, Gua Pagar dan last Gua Ikan.
Sebelum: Muka riang ria lagi sebelum masuk ke gua Gelap.. |
I is malas nak bercerita panjang takut menjadi part 1 blablabla.. So..Let's gambar berbicara okeyyy~
Selepas: Muka punyala letih padahal baru siap meneroka Gua Gelap |
Gelap sungguh kabaq kat hang! Dah la sempit, gelap dia memang tak nampak ape satu. Siap kena merangkak nak habis dia punya trail tu. Bayangkan.
Kami berlapan bersama seorang Idris.
Siap jumpa kelawar lagi. Baru siap meneroka satu gua tapi semua dah lencun 😂😂😂
Setelah berjaya menawan Gua Gelap, xpdc diteruskan dengan menyusur Gua Keris. Melayu sangat namanya. Entah ape ke bendalah ade kat sini. Desis hati ini yang sudah layu. Ngee.
Masuk je pintu Gua Keris, eh
Ada port tangkap gambar, maka ayuhh lah. |
Idris kata sini port amik gambar sebab batuan dia macam frame. So, jangan dilengahkan saat ini. Btw, Gua-gua yang ada ni memang gelap gelita dan anda memang wajib bawak headlight sendiri setiap orang.
Gambar bersinar tu sebba ade orang sponsor spotlight setiap kali amik gambar. Huhu..
Kalau stalagtite bertemu stalagmite dia akan menjadi Column, Tapi kalau saya bertemu awak? |
Okey, sempat pulak aku cuba mengayat di dalam hati. Btw, kenapa gua yang kitorang jejaki ni nama dia Gua Keris sebab Column yang terjadik kat sini telah menghasilkan bentuk keris yang besarrrr.
Tu tengoklah betapa terujanya saya kat situ. Well mudah detect diri sdiri sebab aku je yang begemerlapan kat situ. Mungkin namaku ada Nur jadi memberi cahaya kepada insan-insan lain jua.
Okey bai. Mengarut paling A. hahahaha
Btw (again), Gua keris adalah gua yang saaangat luas. Aku siap bila nak kuar ni, kerana dalamnya hanya kami bersembilan dan boleh-boleh pulak Idris membuka cerita-cerita mistik kat sini.
Ehh la budak ni. Jam pula menunjukkan baru pukul 9.00 pagi. Dia punya penat~
Penat oh!
Area ni gelap gileee.. Tapi ada cahaya masuk dari atas |
Area kat sini dia panggil God's Light. Entah sape yang bagi nama entah lah. Tengoklah bayang-bayang Adi yang real tu. Gambar ni terang sebab kean suluh lampu je. Tapi hakikatnya gelap gulita oh!
Dah macam rancangan National Geography dah ni |
Tahukah anda pembentukan staligmite mengambil masa selama 60 tahun untuk terhasil?
Ok. Info ni aku dapat dari Idris okey~
Kat sini jugak terhasil juga ukhuwah fillah till jannah dengan kanak-kanak rebina ini dan secara officialnya akulah yang paling tua. Sambil-sambil berjalan melihat kebesaran Allah, sempat la berkenal-kenalan sehingga Idris ni dah jadi member kamceng dah melayan kanak-kanak rebina yang lain.
Aku pun dah berkenalan dah dengan kengkawan maknae aku nih.
kat area ni juga mengajar erti kifarah. Allah tegur cash ngee.. |
Bukan akulah tapi syuhada yang lain.. ngeeeeh. Tak de la, bergurau je. Berjalan dalam gua ni grip kaki kena bagus sebab laluan licin tiada siapa yang tahu.
Syuhada yang kuning tu tak boleh tengok macam tempat duduk jadi dia akn kalau boleh tak nak berjalan-jalan dah lantas mengajak assyuhada mengikut jejaknya.. hahhahaa |
Setelah sejam tak jumpa cahaya matahari, bila jumpa.. wefie first |
Berlalu masa di Gua Keris, kitorang patah balik untuk ke Gua Pagar pula. Gua pagar ni sama ada menjadi laluan pertama atau terakhir depends on guide korang bawak la. Sama juga dengan Gua Gelap.
Boleh jadi pintu masuk atau laluan keluar.
Gua Pagar ni tak seluas gua Keris, so memang rugi kalau kat Gua Keris tu korang tak go deep untuk melihat kebesaran Allah SWT.
Masih tersenyum tu kire okey la kaaan. |
Di Gua Pagar ni tak banyak benda untuk dipelajari sebab sama je dengan pelajaran di Gua Keris. Cuma kat sini banyakla spider web yang dikatakan menjadi penghalang lubang gua untuk di tembusi. Mungkin selama ni kita tengok kat dalam movie or buku cerita, tapi kat sini real la wei walaupun kecik2 je barangnya.
Kita budak-budak gen Y ni maybe selalu jumpa masa kecik-kecik tapi bagi budak2 Gen Z, maybe diorang tau spiderman je kot. Ngeee..
Tamat lawatan kita ke kompleks gua di Dabong, but masih ada satu gua yang belum diterokai, iaitu Gua Ikan yang terletak di seberang jalan. Actually bila korang dah dapat adventure ke kompleks gua tadi, ke Gua Ikan itu meh je la..hahahhaa. Sebab kat situ tempat rekriasi tak macam gua-gua tadi.
Kata reakreasi, senyuummm.. |
Kat sini lautan manusia memenuhi Gua Ikan sebab kalau untuk trip anakberanak yang ade anak-anak kecil, biasa tour guide dia bawak ke sini je la.
Nasib baik hakimah selitkan aktiviti adventure kompleks gua tadi dalam aktiviti ni jadi rasalah berbaloi tu walaupun seluar baju dah comot-comot masa kat gua sempit td 😂😂😂
Syuhada dan assyuhada sedang meneleport rasa hati masing-masing~ |
Jam menunjukkan pukul 11.30 pagi. Jadi kemanakah destinasi yang Idris bawa kami. Maka ayuhlah kita keeeee.. alah dah lupa nama tempatnya. Ape resort ntah untuk buat aktiviti flying fox.
Btw, benda-benda cenggini memang my bucketlist la. Masa ni lah nak tunjuk ke'teror'an kita masa zaman kanak-kanak dulu oh!
Kalau tak buat aktiviti cenggini ingat senang-senang nak pegi panjat pokok macam dulu-dulu?
Hello world. Walaupun rel dia sekejap boleh laa~ |
Abes je aktiviti lasak, ouls dibawa Idris ke monumen ataupun lokasi bergambar di Gunung Stong. Gunung ke 3 tertinggi di Malaysia? (let correct me if I wrong).
Kita dah kat Dabong, haruslah bergambar walaupun gunung stong aku belum pernah jejaki.
Hello Thereee~ |
Kat sini ada insiden menyayat mata dan menggelikan ketiak berlaku apabila hakimah dan assyuhada terlanggar antara satu sama lain. Buaas la kanak-kanak rebina ni.
Jam menunjukkan pukul 12.30 petang. Idris nak tak nak kena la pegi solat Jumaatkan. Sementara itu dia drop kitorang kat jeram dulu, jauhhhhhhhhhh masuk ke dalam. Line pun tak de kat situ.
Macam biasa aku tak ingat nama tempat tu tapi kat situ ada kawasan hidro. Jeram air terjun ni macam tempat orang mengaji pondok. Ramai juga duk berkelah kat situ. Alhamdulillah, terjaga.
So kat situ kiotrang bentang tikar dan berkelah sampailah Idris menjemput lagi. Jangan dilupai bahawa train kami pada jam 4.46 petang.
Berkemah sama si Nopal |
Tak tahannya, syahir siap bawak peralatan berkhemah siap ada dapur portable lagi. Naseb baik dapat la merasa megi cup kat situ.. Ngeee..Padahal tak kesah sangat pun pasal makan. Entah. Bermain seronok sangat makan pun lupa
Kat situ ouls solat jamak qasar zohor & asar. Best area ni. Walaupun tak mewah tapi toilet dan surau elok terjaga.
tepat pukul 3.00 petang Idris datang untuk menjemput kami. Hajatnya sebelum balik nak pekena dulu makanan panas di Dabong. Katanya megi ketam thorrbaekk kat sini.
Aku order lah satu untuk dinikmati. Idris bawa kami ke kedai masakan panas milik family dia. Baguis Idris ni bagi aku. Dia memang guide yang bagus. Dah la tu ikut je perangai budak-budak ni. Actually budak-budak ni bergurau dengan dia tanya dia tinggal kat mana.
Makan tengah hari kat umah dia la dan blablabl (sembang budak-budak), sekali betul dia bawak datang kedai mak dia. Family dia pun baik-baik. Orang Kelantan terima tetamu, what do you expect~
Masa mencemburui kami, aku siap kena tapau lagi megi ketam sebab mengejar train. Ni kalau lambat ni memang masak la kan. Dah la megi ketam tu sedap. Aku rasa 16 ringgit je. Bukan takat ketam, ayam telur sebijik, telur hancur pun ada dalam tu. Megi tu memang kaya dengan kasih sayang.
Aku sambung makan dalam train. Tapi tak abes gak. Aku wat balik umah buh dalam freezer, esok sambung makan. Still the best lagi ketam tu.
Btw, lama juga perjalanan train ni pkl 4.46 petang naik. Pukul 7.30 Petang sampai kat Wakaf Bharu. Aku siap tidur puassss. Bangun-bangun baru sampai Tanah Merah. Tu pun tersedar sebab ade geng t-shirt Merah Train to Dabong buat bising sebab terjumpa kawan dia kat stesen tu. Dah bangun tu ape lagi, aku bukak plastik makan megi ketam, ngeee.
Cite tak abes kat situ je tau. Kitorang sampai molek-molek azan maghriob berkumandang kat Stesen Wakaf Bharu. Ouls amik keputusan untuk gi solat kat Masjid Putih kat Bulatan Wakaf Bharu tu. Siap solat ingat program ni dah abes, akan balik ke destinasi masing-masing? No- No-No.
Raung for coffee always open bro!, So kitorang berpakat untuk ke ATAS CAFE kat area Lotus, KB. Actually 1 Mac 2024 ni birthday Justin Bieber. How I know? Aku ni not fan dia tapi HAKIMAH WAS HIS DIED FAN last time. Sampai aku kena tahu bila JB dilahirkan.
Tapi selain JB yang aku tak kenali itu, ada lagi orang lain yang dilahirkan pada tarikh yang sama, iaitu NIK AHMAD MAJDI!
So, let's go to Atas Adi. CikDa and the gang are celebrating your birthday!
Mujur ado Adi jadi social activity cikda become smooth~ |
CikDa was happy for this trip. Thanks to all making it happened!
Naseb baek cikDa take noted aktiviti cikTsu ngeee~
Last, but not least!
Seronok ekspedisi ramai-ramai.
BalasPadambiasala menghabiskan masa yang terluang. Terima kasib sudi dtg blog saya^^
BalasPadam