marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Rabu, 31 Januari 2024

RECAP 2023

 .: Assalamualaikum :.

 Annyeong yorobun.

Hari ni dah masuk 31 hari memasuki tahun 2024. Apsal aku rasa lama masa berlalu masih lagi stuck dalam Januari nih. eheks.. Mengadakan. Time masa cepat berlalu kata tak sedar, bila lambat mas berlalu kata stuck. 

Btw sekarang rasa musim sejuk bagi negeri Kelantan dan kawsn yang sewaktu dengannya. Sebab apa? Masuk hari ni dah dua hari dah hujan mencurah-curah ke bumi gersang ini dan udara sejuk melanda dan aku di sini kesejukan lantas ku rasa ingin berhibernasi seperti beruang. Ngeeh. (Draft ini ditulis pada 23 Januari lagi yee)

Siyesly aku pun rasa aku penyejuk dah sekarang. Dah macam jd macam arwah ayah pulak rasanya. Tak boleh hujan sikit mulakan sejuk. Kontra dengan arwah che yang sentiasa je cool panas atau sejuk. Aku dulu macam arwah omma suka time hujan sebab sejenis mamalia berdarah panas kot. Tapi sekarang dah berubah. ottokaji? Nak kata sekarang tak berlemak, rasa sekarang makin berlemak (manis ala amboi amboi)~. Tapi don worry berat beta masih lagi 44kg sama macam dolu-dolu jua.

Amik kau mukadimah pun panjang macam ulat beluncas dah walaupun sejuk menaip. Sebelum kemelalutan ku menjadi lebih parah, marilah kita recap what happened 2023ku yang ku kira tahun bahagia namun awal tahun pun dah gerimis mengundang. Okey ape. At least tak de la berharap kan.kan.kan.

Bak kata omputeh, better ending than pending. Aku tak tahulah orang putih mana tapi seingat aku ni motto crush aku masa zaman sekolah dulu. Tu sebab aku boleh ingat sampai hari ni. Klu tak rasanya tak masuk memory. Hew Hew.

Tetiba aku terjumpa quote by crush selama 15 tahun. Ngee. Simpannn~

So, godek-godek Flip Z jumpalah beberapa gambar untuk di RECAP 2023

Jumaat Pertama 2023. Pertama kali melawat pusara ayah selepas ayah meninggal pada 31 Disember 2022

Anak cucu semua datang untuk sedekahkan tahlil. Omma waktu ni tak sihat juga dan dalam eddah.

Akhirnya dapur basah siap setelah tergendala beberapa minggu. Bulan 2 baru siap. Bulan sebab apa, sebab kekalutan. Biasalah

Saje letak satu keping gambar sendiri. Rasa comel pulak gambar ni bila mr J tak sempat menyinggah

Tiap hari cuma menggembirakan omma. Waktu ni oksigen omma pun dah tak berapa cantik

Sejak ayah tak de, kesihatan omma juga asyik down. Maybe sebab waktu ziarah ritu omma terdedah dengan ramai orang. Biasa omma pakai oksigen waktu malam untuk tidur je, tapi masuk tahun baru ni kena pakai oksigen 24 jam jugak lah.

Naseb baek tempat keja tepi umah je, boleh la kerap jenguk dan teman omma kat rumah bila keja da settle sebab orang lain ada komitmen masing-masing.

 

Healing awal tahun dengan Najwa. Amende la awal-awal tahun dah kena healing
Crochet product yang pertama buat tahun 2023

Sejak akhir-akhir ni aku tak aktif untuk Atas Loteng sebab firstly of coz la sebab kerja hakiki yang overload hohoho. Second, aku malas third kurang tempahan. So, bottle holder ni dapat tempahan so terus pecut buat. Sehari siap kau!

Tulisan tangan ayah

Waktu kemas-kemas bilik study ayah jumpa satu buku ayah ni yang tulis macam seakan wasiat untuk anak-anaknya tahun 2020 tulisan itu ditulis. Allahu, rasa nak menangis pun ada sebab 16 orang anak ayah tu semua ada nama dan bahagian masing-masing. 

Awal tahun Sainab ada datang untuk lawat Che

Sainab ni dah macam family dah. Sainab orang Selatan Thailand yang berkahwin dengan Saad (anak angkat from France). Even tak de pertalian keluarga pun dia sanggup susah payah ambil cuti kerja kat Bangkok semata-mata datang untuk bertemu kami dan ziarah che lepas tahu ayah tak de. 

Dah la tu dia datang sorang diri oh. Saad dan Abdul Aziz tak datang waktu ni sebab diorang kat France Abdul Aziz cuti sekolah dan balik kampung.

Teman adik bongsu buat spek

Bab spek adik aku memang winner. Power pun bukan biashe biashe. 1+++. bukan ratus tapi ribu hoho. Mentang-mentang la aku dah cuci tangan dengan spek-spek ni, berlagak nau. Power aku last ritu pun kemain tinggi. Mujur je wat TransPRK eye operation..ngee.

Alhamdullilah untuk peluang kedua. Until today memang perfect lagi sight ni. Sight aku rasa sangaaat A+ sebab mata aku perfect nampak dalam gelap jua. Kontranya aku tak leh tido bila ada cahaya. Kena tido dalam bilik yang bebetul gelap baru selesa. Dan kengkadang mata aku berair tanpa sebab yang jelas. TAk tau la apsal sedih memanjang. Tapi jenjarang la berlaku. Kalau berlaku aku tak teragak-agak buh cecair mata supaya mataku senantiasa terjaga oleh anasir luar.

Ok, Sembang cite lain dah pulak. Ngee..

Bulan 2 ritu Sainab yang datangkan.aDn dan bulan 3, Saad pulak yang datang dengan anak dia Abdul Aziz. MasyaAllah si Abdul Aziz ni, first dan last aku tengok dia masa umur setahun dua masa duk KL dulu, ni dah umur 7 tahun dah pastu petah berbicara in English, Thailand, France and tak lupa bahasa Jawi (aka Siam).

Dia ni 2 minit je dah rapat dengan family kitorang. Siap anak-anak buah aku jadi member kamceng dia sampai sadis dia tak nak balik Siam. Ngeeh..

Bulan 3, Saad dan Abdul Aziz pula yang datang melawat kitorang

Tak tau nak habaq la family ni. Diorang sentiasa ingat Che and ayah sebenarnya. Saad dulu waktu datang Malaysia untuk travel, dan entah macam mana abang aku yang ke 8 terjumpa dia dekat kedai makan, borak-borak, rupanya Mat Saleh dari Perancis ni orang Islam rupanya. Orang arab keturunan Morrocco seingat aku. 

Boleh pulak abang aku bawak dia balik rumah ingat nak bagi tumpang sehari dua sebab solo traveller. Bila omma & appa tau background Saad terus suruh duk kat rumah buat macam umah sdiri. Time tu aku duk UMS Sabah. Kat rumah masa tu pun sunyi jugak sebab tinggal adik aku yang bongsu dan abang yang ke 8 je. Yang lain sambung study dan keja. So, memang sunyilah omma appa bila umah besar tapi tak dak orang. Tu kutip orang France pun boleh buat anak angkat. Ngee..

Yang kelakarnya, Saad yang nak duk sehari dua last2 duk hampir 4 bulan jugaklah kat umah tu pastu dia sambung gi travel ke Thailand. Tup-tup balik umah bagitau omma appa dia nak kawin. Hah??! Dia jumpa calon kat Hospital di Thailand. Calon tersebut adalah Sainab la. 

Arrangement untuk dia kawin memang dibuat oleh family kitorang memandangkan family dia kat France tk dapat datang. Maka ke Thailandlah family ku untuk menyempurnakan ikatan 2 mempelai.. Kelakar tak kelakar camtu lah citenya camane Saad menjadi ahli keluarga kami.

Maybe sebab tulah Saad sangat-sangat sayang omma & appa & family kitorang kot. Saad dia sebatang kara di Asia, x ade yang membantunya dan terjumpa family kami yang raikan everyone, syurga lah kan. 

Memori bersama Saranghea cingguya tidak dilupakan jua. Saat aku boring & a bit stress and tenat, mereka turun Kelantan kot. Dapat la merasa menjadi tourist di bumi sendiri lagi. Bukan jadi host tapi jadi tourist okey..ngeee..


Actually waktu ni i sedikit depress dengan perasaan I..ngeeeh~ But gwenchana

Tarawih pertama bagi ramadan 2023. Omma semangat nak buat terawih dengan oksigennya

Omma memang jenis orang yang bersemangat dalam semua hal. Tuan badan yang sakit pun tak akan nampak sakit malah dia malu untuk mengaku dia tak berdaya (samala macam anak mu ke 12 ini, omma 😢). 

Sebolehnya waktu bulan puasa ni dalam keadaan dia yang dah uzur pun masih nak buat ibadah puasa, solat malam dan lain-lain seperti kebiasaannya sewaktu ayah ada dan waktu sihatnya. Namun, kali ini lain sungguh. 

Cubaan puasa untuk hari ke 3 gagal apabila dirinya begitu tak berdaya untuk berpuasa. Dia tak sampai hati nak makan waktu siang, sebab tu badannya makin lesu dan tak bermaya, batuk dan demam. Kitorang adik beradik banyak kali dah nasihatkan omma tak perlu puasa dan last-last dia dengar kata abang sulung. 

Alhamdulillah. Tu pun dah rahmah.

Namun, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Seminggu ramadan, omma dikejarkan ke hospital sebab demam dia agak melarat dan oksigen drop byk. Ohh.. Waktu ni saaangat bimbang dan takut sebab seriusly ouls x ready. Masuk emergency, doktor letak kat zon merah, lepas tu kena kuarantin sebab suspek batuk kokain ke hape. Pulak dah. Kitorang boleh melawat aje tapi tak leh jaga omma. time tu

Oksigen drop teruk, lepas tu doktor cek history pesakit dan omma kena tahan ward.

Boleh katakan hari-hari bukak puasa kat area Kubang Kerian bersama adik beradik serumah

Lepas jumpa omma masa waktu melawat tak tahu ke mana nak tuju kita tuju ke Masjid Muhammadi

Aktiviti setiap petang, bawa makanan kepada omma. Sebab aku tau omma pun nak kitorang jaga dia macam jaga ayah ritu tapi of coz la tak boleh sbb status omma kena kuarantin

Alhamdulillah, hampir 2 minggu omma kat HUSM, akhirnya dapat pulang ke rumah seminggu sebelum berhari raya. Actually omma tak cukup oksigen sebab darah beku kat paru-paru makin membesar. Kira sel barah omma dah makin aktif.

Pulang dari HUSM, benda pertama yang omma buat adalah qada solat.

 Dalam bulan 6, keadaan omma kadang-kadang stabil, kadang-kadang agak celaru. Waktu siang tugas aku menjaga omma. Kenkadang sejam je duk kat opis, settle keja balik rumah. Omma banyak menghabiskan masa dengan berzikir, tidur (walaupun tak lena) dan termenung. Waktu malam, giliran adik aku yang ke 15 dan 16 yang jaga omma. Sejak appa tiada dioranglah yang tidur dengan omma.

Walaupun dalam keadaan uzur, sembahyang tak pernah miss. Waktu ni aku di sisi omma senantiasa sebab omma kadang-kadang dia jadi lupa.
Waktu dia ok, nak makan sendiri walaupun tak bermaya.

Omma pergi pada 21 Jun 2023. Suatu tempoh yang lama juga selepas kena warded baru ni. Al-fatihah untuk omma. Semoga Allah mengampuni segala dosa kedua ibupadaku dan tempatkan mereka di kalangan orang yang beriman. Amin

Tukar kasut Areumdaun Betsy

Alkesahnya Areumdaun tahun 2023 berusia 7 tahun dan tayarnya dah pun botak jadi aku pun dah lama nak tukar tapi baru ada masa untuk menukar tayarnya. Alang-alang dah tukar tayar maka kita tukarlah sekali sport rimnya agar Areumdaun Betsy seindah namanya.

Bila tengok gambar ni rasa macam orang dewasa. Huhuhu. Sesungguhnya banyak peristiwa 2023 mendewasakan diri.

Kadang-kadang rasa penat menjadi orang dewasa kan.

Tapi life must go on walaupun banyak kena hadap.

Betulah hidup ini keras. Tapi kita ada Yang Maha Kuasa

and the rest untuk recap, korang godek-golek lah blog ini. Heeee..

2023 officially menjadi anak yatim piatu. InsyaAllah segala budi dan jasa omma & appa akan menjadikan kami adik beradik insan yang berguna kelak. Tiada yang terbaik ditinggalakn oleh ibubapa kecuali anak-anak yang soleh. Semoga anak-anak omma & appa menjadi anak yang soleh dan solehah sehingga hari muka.

Ameen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...