marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Sabtu, 4 Jun 2022

Dream come True : Buat eye surgery hilangkan rabun mata (Part 2)

 .: Assalamualaikum:.

Annyeong yorobun..

Sembang kemain ritu pasal buat eye surgery, siap cerita salah silah sejarah pakai spek lagi hahha tapi cite pasal surgery ciput je.. ngee

sorry guyss.. So meh I cite ape eye surgery yang selalu orang buat untuk hilangkan rabun.

--------------------

So, waktu first time pegi klinik Advance Vision, staff tak de sebut pasal lasik biar pun berkali-kali aku sebut aku nak buat lasik. Dia bahasakan eye surgery yang aku nak buat ni as laser atau TransPRK. . Kefahaman aku pula dari pembacaan LASIK ni bukan LASER.. So I is kompius di situ.. 

datang ke kl dengan harapan yang menggunung

Tapi don't worry sebab kekonfiusan tu hilang bila dia explain semua hal berkaitan dengan eye surgery.

So, meh sini I pulak explain kat you oulsss...

++++++++++++

Ape beza LASIK & Trans PRK ni? 

Actually dua-dua ni surgery untuk hilangkan rabun.

Tapi Trans PRK ni lagi smooth pembuatannya menggunakan 100% laser dalam masa kurang dari 15 minit pembedahannya. Manakala untuk LASIK adalah pembedahan mata yang berbentuk tradisional dimana doktor bedah akan buat flip (hiris kornea mata) kat kornea mata dan barulah doktor laserkan bahagian yang terlibat. Dua-dua akan buat kita seriau satu badan but don't worry sebab kita buat under sedar dan pakej siap dapat bau hangit waktu laser lagi hihi. 


LASIK pun tak amik masa yang lama cuma doktor kata dia tak nak sentuh mata patient secara fizikal so bila dah ade teknologi baru ni, why not.

Kos eye surgery aku hampir atau mencecah 6k jugaklah disebabkan last power klinik Advance Vision check 7.00 padahal spek yang aku pakai tu 6.25 camtu. laju giles power naik lepas aku decide pakai spek selama 2 bulan sebelum surgery tu. 

semangat awal orang tak bukak kedai dah sampai

 

nampak macam tak de orang tp yang sebenarnya penuhh.. ni aku pukul 9.00pg dah terpacak kat sini
isi borang dulu sebelum pape hal

Kalau mata ouls kiri kanan power dengan rabun kurang 5.00, korang boleh buat Trans PRK ni dengan harga 3k je.

Anyway kalau nak buat surgery ni kena make sure tisu kornea mata lebih dari 500 lapis. Mana nak tau. 

Datang je Advance Vision ni untuk buat FREE check up. 

Aku  nasib baik lepas-lepas je 500 lapis kalau tak nangis tepi bucu klinik mengenangkan RABUN seumur hidup.

kenali mata anda

sebelum nak buat dia akan make sure kita paham dulu prosedur dan risiko

Oh ya. Tang lapis tisu kornea mata ni memang semula jadi tau setiap orang ade berapa lapis berapa lapis. Bukan bulih main bulan depan makan something2 jadi bertambah. Oh tidak la.

the gurls who accompany me during my kl stay

Alhmadulillah waktu first appointment dalam bulan 24 jan 2022. Bila check up beres, jumpa doktor beres so aku decide untuk buat surgery 25 Feb 2022. Why aku tulis semua kat sini. Supaya esok-esok aku ada rujukan..hahaha.

Surgery hanya dibuat pada hari jumaat sahaja kalau  ikut prosedur di Advance Vision. Actully bila dah buat check up semua dan mata kita sihat boleh je terus buat surgery within a week tapi sebab ni kan zaman covid, prosedur dia kemain lagi renyah. 

30 minit sebelum eye surgery

Tapi demimu mataku. Aku sanggup hadapi mehnah dan tribulasi ini.

nak berdebar tak sempat sebab 10 minit dah siap operate
hari ke-2 lepas eye surgery mata masa ni hanya tuhan yang tahu sakit dan azaaab itu.

Tapi lepas beberapa hari pegi next check up, bila staff bukak lens (dia buh lens utk protect kesan laser kat mata) dah kabur balek. huhu.

hari ke 4 selepas surgery dapat tengok TV clear tanpa rabun dah..

2 minggu lebih kurang bertapa kat umah kak nisa kat cyberjaya (lepas 4 hari eye surgery)
 

Bila macam tu I is sangat menggelabah tapi rilex. Next appointment which was 1 week after last appoinment I tanya doktor and she say It's normal. 

sempat membolos perut airasia untuk apoinment kali pertama selepas surgery

 Biasa recovery happen dalam tempoh 1 bulan dah bleh tengok cantik dah dan kena banyakkan berehat dan ada la beberapa pantang larang macam jangan swimming, jangan basuh mata, jangan gosok mata, pakai ubat yang dibekalkan dan jangan angkat benda berat-berat. hew hew 

sebab insecure pegi sorang macam biasa, jadi aku ajak anak buah teman

 Bila doktor cakap cenggitu lega dan pulak elok sangatlah berpantang betul bila kena covid19 ritu 7 hari berkurung dalam bilik, amazingly mata dah improve dan memang 100% clear. Wow!

So, rasa saaaangat bersyukur atas peluang kedua. InsyaAllah akan ku jagamu wahai mata dengan baik. Bear with me together we stay. 

gittew..

Disclaimer:  Sekarang  bulan Mei (sehingga post ini ditulis semula (ekceli ni draft dari bulan berapa ntah) (new update: bulan 6 hihi) dah masuk bulan ke 4 aku tanpa spek. 

Alhamdullilah sight aku improve gile2 selepas 3 hari buat surgery selepas rehat yang cukup. boleh kata 100% nampak dan boleh baca.

Tapi bila malam menjelma mata aku tak leh main phone dalam gelap, mata akan rasa penat macam dia sorang anggota badan yang bekerja sepanjang masa. Bila rasa penat, lantas aku rebahkan diri tanpa pendolum tidur. 

Sedar-sedar dah subuh.. ngee.~

Perlukan part 3??!! tunggguuu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...