marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.
Memaparkan catatan dengan label Malaysia tanah airku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malaysia tanah airku. Papar semua catatan

Ahad, 3 Mei 2020

Kenangan PKP 2020: Suatu kelainan

.: Assalamualaikum:.

Salam Ramadan al-Mubarak.

Wah. cepat masa berlalu dah masuk ramadan yang ke 10 dah hari ni. Puasa masih ok ke semua? Hik Hik Hik...

Tahun ni puasa boleh tahan lain macamnya. 10 hari berlalu dengan cepat. 10 hari lepas hujan mencurah-curah ke ladang gandum seolah-olah musim tengkujuh tapi hari ni mentari dah tak malu-malu kucing mengeluarkan sinarnya. Fuh terasa betullah ni musim kemarau. 

Kan. Lain sangat-sangat tahun ni. Kalau tahun-tahun sebelum ni pakat busy kerja. Balik kerja baru menyempat-nyempat tengok menu juadah berbuka omma. Tapi tahun ni, memang pagi-pagi lagi dah kena kerahan tenaga untuk bersiap siaga. Ho Ho Ho.


Btw kat umah sekarang ramai jugaklah yang ada. My 4th sister's family, Kak Niey masih lagi kat umah sejak balik bercuti sekolah hari tu. Lucunya lepas dua hari sekolah umum cuti tetiba PKP pulak diumumkan dan sampai sekaranglah diorang kat umah besar ni. Ha Ha Ha.

Kak Niey and anak-anak hepilah sebab selalunya seminggu atau dua je paling lama boleh balik kampung tokku. Ni dua bulan setengah. Abang iparku dah tak sedap duduk dah. Yelah kan. Walaupun duduk kampung best mestilah hati ingat kat umah dia di KL dan kampung dia kat Perlis. Sekali tersadai kat kelantan. kui kui kui. Orang utara nih bagi aku perangai dia sama je ngan orang kelantan.

" Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik negeri sendiri" 

Kalau tak, mane mungkin pekat loghat perlis dia tak ubah-ubah 😂

Waktu minggu ketiga PKP je dia hepi sikit sebab dapat menjahit PPE untuk frontliner. Menjahit is passion dia kot. So hepi lah tuan badan bila buat benda yang kena dengan emosi dia.

My sis dan anak-anak? My sis tentu tentulah hepi kepalang. 2 bulan beb. Dah la sekolah pun cuti. Huntung. Lebih tahun dah katanya tinggalkan umah omma ni. Bayangkan kak aku nih waktu umur 20 something dia sambung mengaji kat Jordan 6 tahun klu tak silap. 

Pastu kawen dengan abang ipar aku yang menetap kat KL. Dia pun dapat mengajar kat KL. Anak sulung dia umur 16 da sekarang. Balik kampung time raya dan cuti sekolah je lah. tu pun bergilir dengan balik Perlis. Maunya tak hepi kan.

 Adik-adik dia pulak evil. Huhu. Membuli kakak tak ingat dunia. Dah la tuannya kecik comel. Kena pulak buli dengan adik-adik yang comel ni. Dari start PKP sampai ke bulan puasa request nak masak itu dan ini je manjang. Hahahhaha. Dah kak aku pun dia layan kan je la.Mood omma pun makin okey sebab ade geng kat dapur. Boleh la jadi assistant baru.. Bila lagi nak tunjuk skill katanye. kui kui kui. 

Agak happening la rumah ni bila budak-budak pun ade sekali. Sakit kepada tak usah cakap lah. Haha. Tu nasib baik kakak aku yang ke 6 Kak Biey and family dah balik ke umah dia kat Machang before PKP diperketatkan. Kalau tak memang masak la keadaan kat umah ni. 

Dengan kena berebut tandas lagi. Gaduh dengan anak buah tak usah diceritakan lah. hahaha.. Tu belum lagi semua-semua orang kat rumah sebelah berkumpul. Kalau berkumpul memang selalunya dari kendurilah kat umah ni. 

Kalau biasa kita suka mendengar cerita-cerita orang tua yang pasal Jepun naik ke darat, peristiwa kemerdekaan, cerita tu cerita ni. Hope bila aku dah tulis kat sini sikit sebanyak boley jadi modal untuk anak cucu seksok. 

Tu kalau kawen. Kalau tak kawen anak sedara dan cucu sedara seksok. Aku nak cerita kat Naseeh masa tahun dia lahir niiii lah waktu itu cikda rasa sangat berbakti kepada negara dengan hanya #dudukdirumah kikikiki.


p/s: siyes x de mood nak buh gambar.. hoho.. mian..

Ahad, 5 Ogos 2018

HAPPY BIRTHDAY TO ME !

.: Assalamualaikum :.

Tak jawab dosa jawab tanda sayang..hikhik


me sepanjang zaman (paling bulat masa duk matrk makan 6 kali sehari. Matrik mara what do u expect?)

btw hmm.. selepas berabad baru ade posting baru. ok just blame me. tak de alasan nak bagi dah lantaran kealpaan diriku yang kerdil dan hina.
huhuhu.


btw. Mat Ri Ye.

haha. tu yang budak zmn milinium ucap Selamat Hari Raya k. So aku koya-koya dak generasi Z haruslah ber mat-ri-ye gak. ikut peredaran zaman katnye.(act draf ni da tulis lama da 2 bulan perap baru post )

Koya-koya jadi da-dak urban nih tak sedar beta dah officially masuk 3 series last 2 days. keh hek hek. Welcome Nikki Ada Abdullah to thirty years olds where real life is begin. ye ke?? kekeke

Untuk yang ke 30 tahun ni, aku fokus untuk love myself giteew. baru aku sedar selama ni aku always tend to ignore my birthday celebration. aku kalau boleh tak suka terima wishes dari orang or remind myself today is my birthday. Tapi tidak untuk kali ke 30 ni. akan ku buat ku rasa ada memori untuk aku ingat di kemudian hari. For this year ape ak buat bla bla bla.. and of course must put in the blog so I can continue remember that feeling.. gittew.

So, the day before my birthday was so special. Even without proper planning, we managed to send us to LA Hot Spring, Some where at Jertih. Ada cerita spontaneous for that day actually.

Start the day with my che,ayah, Tikah , abe E & abe yom & family go to hantar Diha kat UIA Kuantan for Matriculation. Yezza that Diha my first anak buah already go abroad to pursue her study. Cepat masa berlalu Diha pun da besar panjang.

da besaq anak buah ak.
So, tinggal sekerat je la yang stay kat umah, baru ready nak smabng tido (hiks) teringat kak chik ade bgtau nak gi Taman Tengku Anas, start from today she n family wanna change the life style to healthy life style.. gittew..

So, ouls pun pegi la Taman Tengku Anis for support kak chik n da gang. Bermula kat situ lah start aktiviti spontaneous. Dari Taman Tengku Anis ke Kopitiam  Kita yang famous amous dengan roti titab. Makan kat situ ok la. Roti titab dia sedap.

Otw balik rumah, hajat nak gi Butik Siti Nor nak amik shawl sepupu kawen, tp sesat pulak kekekeke. duk tengah mencari jalan menuju kebenaran, tetiba kak chik call katanya cepat balik jom bersiap nak gi LA Hot Spring. Alamak!

Ingat LA Hot Spring tu belakang rumah ke hape?? LA Hot Spring tu kat JERTIH, TERENGGANU kot! berdesup uturn balik rumah dengan semangat berkobar-kobar kemas baju bawak ape yang patut. Ha helok la sangat sebab diorang memang tak mandi pagi lagi. Aku sorang je rajin mandi pagi tadi. tak caya try cium bau. bau je tau..kekekke

So, tak sampai setengah jam bersiap, maka xpdc di teruskan. Vrommm dengan keta bro kitee..

ktorang smpai kat Jertih before solat Jumaat so sempat lagi beli bekal kat kepsi dengan megi kat 7e. Bersauna kejap dalam Isuzu abe Din sebab menikmati megi time dia tgh drive.Kekekeke. Abe Din n Kimi bersolat jumaat dekat masjid kampung La. Dah nak dekat da dgn LA hot spring dah ni. Yeah.. Selepas orang solat jumaat giliran gegurls pulak solat zhr + asar (jamak qasar) dan lepas tu menuju lah ouls ke tempat yang dituju sambil menikmati pemandangan kampung La yang indah sayup mata memandang hijau bumi Tuhan.

Sepanjang aku berjalan di Tganu ni, aku rasa terengganu negeri adalah negeri yang bersih. Sebabnya waktu kat La Hot Spring tu langsung tak de pampers baby yang tersorok celah pokok or what so ever plastik yang bergelimpangan or lidi-lidi yang bertaburan. There is no istilah campak sampah merata-rata.even daun kering berguguran pun tak tau bila masa diorang sapu. tak de ok.

Aku perati je family yang datang, semua (boleh dikatakan) bwk plastik sampah sendiri. Makanan + minuman tersusun rapi atas tikar or meja (macam pasar malam). aku respect betullah cara orang terengganu datang berpicnic! even tong sampah yang ade pun tak ade sampah pun berlonggok. Hmm..maybe diorang buat balik sampah tu kot. Hebat!

Settle berendam kaki dalam kolam air panas lbh kurang dalam sejam berada di situ, kitorang amik keputusan nak peti LATA KOLAM sebab alang-alang da datang ni nak berendam la oii. tak rok kalu seadar selam kaki jer kuikuikui. nak berendam dalam hot spring tak la kang tak pasal2 jadi steambot haahhaa.

fanassss air nyaa..
Nasib baik la Lata Kolam tu tak jauh mana dari LA hot spring. So, excited lah ouls untuk berendam kat sana. Pergh.. Lata Kolam is so marvelous! serious aah best sebab sungai dia panjang menyusuri hutan lepas tu batuan kat sungai tu memang semula jadi membentuk sungai jadi macam kolam. tak paham kan. kalau korang sampai sini paham la ape yang aku nak ckp.

depan tu banya lagi port yang luas terbentang tau!
Part yang best adalah kita tak berebut dengan family orang lain utk main air. memang play until drop dengan air yang sejuk, laju dan agak dalam. memang best la untu berendam. Privacy tu satu hal jugak. time ni la kalau korang nak jadi pandalela pun nak kuak lentang ke kupu-kupu ke serlahkan bakat anda..hahahaha. Sebab aku adik beradik kecuali abe din yang lain memang hancusss berenang.

Nama je anak pantai tapi nak terapung badan pun failed..hahahaha. kitorang main kat birai air je sebenarnya. tapi disebabkan area kitorang main tu disediakan tali so, kalau gerak kat area dalam sikti pun still selamat sebab berpaut pada tali. haahha.. acah nampak terer menyelam padahal kaki pegang tali..hahhahaaha.

best..best best!
Memang main till drop. lapa naik darat makan saki baki kepsi macam pelarian kebuluran. hahahha.

Tempat elok. Kat sini ade jugak rumah telaga yang viral tu..ade la dlm 3 biji. sape la yang berani menyewa kat situ tak tau la..haha.. ade gak disedikan ATV. pastu toilet dia elok jugak. Banyak.

kitorang kat situ sampai petang. Lepas siap main. ayuh kita pulang anak-anak.Waktu balik kak chik sempat beli petai. Hantu petai jugak rupenya. hahahah.


wajah bosku yang buat planning last minute
Okey.. tu cite sari sebelum genap usia 3 series tahun. Di hari waktu umur 30 tahun. halamak. I is lupa ape aku buat ari tu.adeh.


Tapi thing yang aku igt buat pizza since I eat pizza more than cake. Eat depan tv with my adik2 +abe lie since others x dak. simple je. Pastu pau anak buat suruh beli keychain kiut smpena besday cheekyda dia. aahahahhaha.

simple x simple pizza tu kalau salah buat nasib laaa..


bangga dengan hasil pau..hahahaha


Selasa, 3 Oktober 2017

Street Mural Art at Kota Bharu

.: Assalamualaikum:.

Annyeong!


Actually lepas SPM kan, aku tak pernah lekat kat tanah tumpah darahu aka Kelantan. Asyek ke luar dari Kelantan. Dah la tu zaman sekolah aku tau naik bas SKMK pegi sekolah, balik sekolah dari Remove Class sampai la SPM. Gitulah penghidupanku sepanjang kedewasaan itu. Kalau dari segi pembangunan yang berlangsung kat Kota Bharu ni, semua dalam tangan aku start dari zaman wakaf kayu jati kat stesen bas wujud sampai la roboh sebab nak buat bangunan. Dari jalan sehala, balik-balik kampung eh, tak tau dah nak lalu jalan mene kalau menapak kat KB.

Lepas SPM aku belajar kat Matrik Kulim, Kedah setahun, pastu masuk UMS 3 tahun pastu keja kat KL 2 tahun pastu sambung Master kat Penang setahun setengah and then last baru ni kat Melaka 2 Bulan sebelum transfer ke KL lebih kurang setahun setengah. Pergh penat asyek duk merantau je kejanya. Lebih kurang 10 tahun bilik aku kena tinggal kat tuan dia..huuhuhu.

Dek ke'darat'an (baca:tak mature) dengan kampung halaman sendiri, maka baru ni aku sempat berjalan-jalan meng'expore' negeri sendiri. Sebelum ni aku duk kagum lukisan mural kat Penang tanpa ku sedari, our state also has it! berlatarkan suasana masyarakat arab, aku kire kreatif lebih-lebih lagi kawasan tu berdekatan dengan tempat "Oghe Ngaja" setiap hari Jumaat. Jadi gi time tu rasalah kemeriahannya disamping dengar ustaz ngajar pakai speaker besar, pasar minggu pun turut dibuka.

Must it rice. Nasi Kerabu yang setiap kunyahan sangatlah syurga

Ni majlis tari menari hape nih

Air yogurt Ustaz Rashid memang mengimbau memori.

Cuba membuat magic..kot

Spot Oo-Dah saranghea

Cer baca ape dia tulis

Pehe ko?

Haa, dalam Mandarin pun ade.

Oo-Dah memey photoshop. eh photogenic

I can open your mind~~~~ - Aladdin nyanyi kat Princess Tikah..kuikuikui
Hmm, tak banyak pun gambar diambil sebab excited sangat duk menghayati suasana sebab dah lama tak menjejak kaki kat situ. Lagipun segan la pulak nak posing lama-lama sebab orang lalu lalang senantiasa.

So, untuk sesape yang datang ke Kota Bharu, jangan lupa singgah kat sini. Jalan Tok Hakim Kota Bharu. Landing mark dia Pejabat PAS Kota Bharu.

Lepas tu gi lah pekena Teh Tarik Madu Kedai Pok Mat. Sedap katenya.

Ahad, 1 Oktober 2017

Ke KL meronggeng - To MyTown & IKEA

.:Assalamualaikum:.

Annyeong. Huhuhu.. Terlebih lame lak tak mengarang. Kesibukan kian menghimpitku. Isk.
Tapi even busy felt content. Gittew. Sebab felt content maka, blog mula terabai. eh.

Ari tu aku gi KL. Hajatnya nak menunaikan hajat yang banyak. Yela. Kata leaving KL for good ape ke helnya datang balik. Actually banyak tujuan utama ke KL ritu. Katenya nak gi amik Betsy. I ouls tiggalkan Betsy seketika kat Dila & Fara untuk kejap sebab ritu balek kampung ngan abang. Sekejap tak kejap nak sebulan jugaklah hidupku tanpa Areudaun Betsy terchenta.

So, alang-alang datang nak amik Besty, kita punggah segala reta kat umah sewa tu. Dari sebesar-besar barang sampai sekecil-kecil barang. Yela. Jangan jadi sampah masyarakat nak menyemak bengbarang kita dekat rumah sewa. Kesian housemate dan bakal rental lain kalau ruang duk penuh dengan bengbarang kite. kan.kkan.kan.

So, alang-alang da sampai KL ni, xpdc seterusnya atau main coursenya adalah untuk meraikan ari perkahwinan Aniem nun jauh di sana di Taiping. Aku mane penah rasa pegi kenduri pakai keta sdiri, so time nilah untuk aku buat amal jariah dekat bebudak saranghea cingguya nak pegi sekali.Sebelum-sebelum ni asyek aku je muka yang menumpang iyo dak. kekekeke.

Maka, datanglah aku dengan adik bongsuku ke KL dengan menaiki Bas Express Mutiara 9 malam sampai kat TBS kul 5.30 pagi. Sebab datang ala-ala backpackers so, lepas solat subuh, kitorang duk melepak kat TBS sampai KFC bukak. Sebabnya jap lagi ingat nak gi nek MRT menuju ke Mytown Mall. Ade hajat nak gi buat kat situ. Kekekeke.

Muka tak mandi teros masuk mall..eh
So, lepas je makan kat KFC menu breakfast nasi lemak yang rasa so-so, means tak sedap sangat..haha, kitorang mula bergerak menuju ke LRT Bandar Tasik Selatan. Hajatnya nak tukar kat stesen Plaza Rakyat pastu nek MRT stesen Merdeka pastu turun ke Cochrane. Amik masa lebih kurang 30 minit, sampai la we oul ke tempat yang dituju. Siyes best nek MRT line 1 ni. Feeling dia memang cam duk obersea. Dulu time gi Seoul lebih kurang camni la feeling dia. Pasni orang luar datang KL, boley la merasa feeling cenggitu Hope orang awam retila jugak jaga kebersihan dan tak buat vandalisme merata lepas ni.

Beza LRT & LRT adalah saiz dia ya tuan dan puan


Oh ye, kat Mytown ni ade jugak IKEA berdampingan bersama. So kalau masuk Mytown tak sah kalau singgah IKEA. Tapi kalau datang IKEA malas da kot nak masuk Mytown sebab penat mengukur kelebaran IKEA tu. Since time kitorang sampai jam menunjukkan jam 9.40 pagi, jadi Mytown tu belum lagi beroperasi. Jadi ke IKEA lah kita merasa meatball dan lain-lain lagi. Tapi kitorang ubah planning since perot pun still jadi berisi nasi lemak KFC, maka kitorang masuk show room menjamu mata sekejap sementara Mytown nak memulakan operasi. 

buat macam rumah sendiri lah
Kul 11.00 pagi cenggitu, kitorang menuju ke Mytown atau lebih specific lagi ke Golden Screen Cinema (GSC) untuk booking tayangan Battleship Island yang paling awal. HAHAHAHA. Tu la hajatnya untuk ke sini. Peluang tak selalu ade, bulan 9 adalah bulan birthday adik aku so free-free dapat 2 tiket wayang free dari GSC. Tayangan depends on star mark. Naseb baek Battleship Island antara yang star mark. TQ GSC. We love You.

Nak tengok wayang percuma kat GSC, layari laman web GSC dan daftar sebagai ahli.

Semangat dari Kelantan datang tengok Joongki Oppa before he settle down. Sooob lap air mata. so, ade sejam lagi dari tayangan start, kitorang kembali mengukur kelebaran IKEA. Lepas tu pegi GSC balik. Hew hew. Actually ni kali ke 2 datang Mytown Mall ni tengok wayang. Ritu waktu opening tiket dapat free jugak. Fuh memang syoik habess kalau nak marathon movie. Fara & Nara Shi la buat keja tu. Aku tengok satu movie je pun da hepi..kekeke..

Overall Battleship Island movie best. Zaman penjajahan Jepun dulu kala, camane orang Jepun tindas orang Korea sampai kena jadi pelombong dan pelacur. Kalau tengok cite ni tak ubah cam Jepun buat kat orang Tanah Melayu masa menjajah tanah air kita lah. Maybe gitu la yang jadi kat atuk nenek moyang kita masa kena kerah buat landasan kereta api maut kat Vietnam. Siyes sadis. Jadi ouls, marilah kita menjaga kedaulatan negara kita agar penjajahan ini tidak lagi berlaku kat tanah tumpah darahku.



Lepas abes cite, masa untuk kembali ke rumah sewa. Tapi sempat lagi menjejak kaki ke IKEA lagi ..hahaha.. Tak tau ape yang best sangat IKEA tu sampai 3 kali sari pegi. Since rumah sewa aku kat Kota Damansara, so naek MRT menghala ke Sungai Buluh kompem sampai. Tapi pengembaraan tak terhenti kat situ, tapi sempat singgah kat KL Sentral sebab nak check tukaran won berape sekarang. Tapi harga still mahal bagi aku so tak jadi tukar lagi. Hope akan naik la nilai RM before balik kampung oppa. eh.

Dari station Cochrane ke KL Sentral turun di Muzium dan berjalan lah ke KL Sentral ya.So nak balik ke Kota Damansara, naik balik kat Muzium menghala ke Sungai Buluh. Lebih kurang 7-8 station sampai lah kat Kota Dam. Pastu nek bas MRT turun depan rumah. Yea.. masuk umah tengok tade orang so mandilah da seharian bermain..kekekeke. Tiba kat umah dalam kul 4.30 ptg cenggitu.. panjang sungguh perjalanan hari ni. Tapi esok masih ada lagi.. Perjalanan ke Taiping bersama Saranghea Cinguya mode active.

Ahad, 22 Februari 2015

Hot air balloon 2015

.: Assalamualaikum :.



gaya tak menyempat tarik orang pegi tengok belon

Semalam sempat menjejaki Padang Polo Penang.. aku agak padang polo tu depan spital penang la kot sebab Une (abang aku yang ke 11) parking keta baeek punya kat emergancy room.. mentang2 la staff situ seska ati je dia park keta situ.. port parking dia katenya..

ramai dah yang memenuhi padang polo.. awai depa ni bangun na.. bangun-bangun tido teruih datang ka camna..

eh.. eh.. eh..kenapa tetiba menjejak kaki kat padang polo ni.. mesti lah bersebab kan..hahahhaha.. ouls tau kan yang Penang Hot Balloon Festival sedang hangat berlangsung kat situ.. haruslah I oulss nak joiiinn.. lagipun abang I tgh off day.. so..haruslah menggunakan masa beliau semaksima yang mungkin..haha.. sape suh bizi memanjang..time ni haruslah.. haha.. aku agak kalau aku sorang memujuk.. peluang nak menapak kat padang polo ni rendah la tapi naseb bek Iwa (adik yang ke 15) tetiba nak datang penang..so ape lagi.. adik aku nih bakal lawyer..so word yang keluar dari mulut dia lebih berkesan nampak gayanya... ahahahhaa..

tengok je la mampu.. redha je la  kaaann...

maka.. pagi tu seawal kul 7 setengah pagi lebih dan kurang, kitorang berlari-lari anak menuju ke kaunter jual tiket untuk naik big balloon ni.. siyes semangat gilerrrr dengan pakai baju kurung pahang lagi u..wedges lagi.. (p/s:tujuan asal pakai baju kurung pahang n wedges tu sebab hal lain.. abang aku cakap takut tak sempat nak balik salin).. tapi tu x menghalang kami dari membuas di padang.. berlari tu feberet aku.. ahaks.. cuma cover la x nak bagi kehilangan ciri-ciri perempuan melayu terakhir...kekekkeke..

tiket dah abes.. bergambar ngan belon je la dengan muka separuh tak puas ati..tapi senyum je..

so.. sampai je dalam padang tu..tengok laa.. panjang kottttttttt oorang yang dah beratur..amik je tempat tuk joinn beratur.. ade announcement yang cakap tiket dah sold out..Whattt de??..baru pukul 8 pagi.. sob sob sob.. belon pon baru duk bukak.. baru duk buh udara.. alih-alih tiket dah abes.. dah la lapo.. huhuhuhu..ape tak sold outnya..180 tiket je yang dijual..huhu..yang dapat tiket tu tak tau la kul brapa duk menapak kat padang tu..hoho..

nak pegi naik belon,
tapi tiket belon dah habiss..
hahahhahahahha...

ok lawak.. lawak hambar..

pakcik mppp tulun tangkap gambar.. kot dia rasa aku nagn adik duk semangat amik gambar so dia offer nak tulun amikkan..heee

tapi drama sedih tu kejap je.. maka.. dengan itu.. aku dan Iwa pown menggilalah duk tangkap gambar dan posing-posing...nak naik belon tak dapat.. buat je la ape yang dapat.. keterujaan diri harus diisi.. ahahaha..abang aku hentah ilang ke mana..

time aku sampai matahari masih lagi malu-malu kucing nak muncul.. so.. takde lah panas sangat cuacanya..

gaya ke-frust-an sebab tak leh ride..

abis pesen posing dah dibuat dengan tema baju kebangsaan kita, kebanggaan kita walaupun baju kurung yang aku pakai adalah baju kurung pahang..haahahha

bakal lawyer..kehkehkeh

hm.. x pe la tak de peluang nak ride dalam balloon tu kali ni.. lengkali ade la tu peluangnya.. pujuk aku kepada diri sdirik.. ahahahhaa








lepas dah boring tak tau nak buat apa kat padang tu sebab matahari dah bangkit dah dan orang pun mulai ramai memenuhi padang, aku ngan Iwa pun gi cari abang kitorang.. rupanya dia dah jumpa kawan diadan sedaaaap je berbual2 kat khemah makan.. so.. tak nak mengganggu mereka..kitorang pun duk lah senyap2 kat meja makan belakang dia.. tunggu sampai dia sedaq adik-adik dia kat belakang..


 pastu kitorang chow untuk event yang lagi penting... kekkekeke

 **ari ini dalam sejarah khas untuk abangku Nik Muhd Munir..kekkeke**

Jumaat, 6 Februari 2015

Misi Bantuan Banjir Kuala Krai

.: Assalamualaikum :.

terima kasih semua :D

masa sem break baru ni (skarang pown still sem break what aku je telebih rajin menapak kat usm awal..hoho).. aku sempat join misi bantuan banjir.. heee.. memula ingat nak join USM punya group.. tapi time diorg nak pegi tu aku duk exam..camno??.. baguih cheq balik kampung..join memane group misi banjir.. at least senang sebab kenal orang kan..ingat nak join MESRA kelantan la kununnya.. tapi tak de geng..tikah pown bizi dengan kerja dia.. so tersadailah beta di rumah bertemankan channel 727 dan 392 dan 393.. ho ho..

Sampai la masuk awal bulan februari 2015 , selepas sebulan 5 hari kejadian banjir , abang2 i ajak gi misi bantuan banjir bersama Unit Amal Malaysia ke Kuala Krai.. unit AMAL pun unit AMAL lah asalkan beramal..kekeke.. lagipun haruslah best sebab oppa2, unnie, dongsaeng, omma i pown join sekaki.. pendek cite..bonda, abang sulung (abe yom), abang kedua (abe Wie), abang ketiga (abe Din), abang ke-9 (abe miey), abang ke-10 (abe E), kak long, kak chik, tikah, iwa, kimah.. dannnn tak ketinggalan jugak anak-anak buah ku tersayangg.. abih satu family angkut ke misi ni.. korang ade??.. satu family gi sekali gus.. ho ho!..oh..did i mentioned that i have 16 siblings excluding ipar duai?? ngee~

jangan salah paham na.. ni kitorang adik beradik nih.. bersama anak-anak buah.. so jangan pikei negatip na..

Maka, dengan itu, hari jumaat jam 7.00 pagi readylah kami menuju ke Kuala Krai.. aku kan spesies yang failed geografi walaupun masa PMR dapat A..maka sepanjang jalan.. aku asyik duk tanya abe E selaku driver kitorang kat mana start banjir.. kat mana area yang kena banjir tu..kat mana tu?.. kat mana ni? awak..awak kat mana?~ ye lah.. kuala krai tu besaq..so.. mane aku tau nama tempat-tempat tu..kalau Sungai Sok tau la.. haha..sampai tikah boring dengar soalan aku.. last-last dia cakap..tgk kesan selut.. haa..kat situ la.. tapi aku still x puas ati lagi..still dengan question kat mana sebab lama kot duk dlm keta tu.. dalam satu jam setengah boleh tahan...hahhahaa..

sampai lah kat area yang start kena banjir tu.. insaf aku rasa seketika.. tinggi kot jambatan yang kitorang lalu tu.. tapi tengok kesan selut yang kuning tu.. paras tengkok orang atau lebih (dari paras jambatan).. ape korang rasa.. dan cuba meletak situasi kalau aku kat sini.. nauzubillah..

gambar ehsan fan page I Love Kuala Krai..
sepanjang jalan, area yang terkena banjir nih.. rata-ratanya pokok masih kuning tersalut selut.. jalan raya pun ade sisa2 selut kering.. sempat masuk bandar Kuala Krai (1st time kot, sebab biasa kalu gi umah che ye (mak sedara) x lalu pun bandar Kuala Krai tu..).. ternampak Hospital Kuala Krai... tinggi kedudukan dia.. atas bukit.. dan fikiranku cuba compare dengan video2 yang jadik viral masa kejadian banjir ni.. betapa tingginya paras air yang naik.. insaf..insaf..


masa banjr baru ni.. imagine..lah sdirik..

sehala dengan jalan ke Hospital Kuala Krai..

sampai di check point Unit Amal Malaysia berkumpul untuk operasi gerak gempur banjir ni.. kitorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan.. kumpulan membersih umah, kumpulan meroboh rumah yang bergelimpangan atas jalan dan macam2 kumpulan untuk bantu orang-orang kampung kat area..err.. ok fine.. aku tak ingat nama kawasan yang kitorang gi tu.. ho ho..my bad.




misi pertama kitorang adalah tolong tuan rumah basuh kain..kekeke macam lucu bunyik nya.. basuh kain.. tapi kalau fikirkan balik.. memang seksa kot nak basuh kain2 semua ni.. penuh dengan selut yang keras.. kena filter banyak2 kali kot sebelum basuh pakai mesin basuh.. yang kitorang wat tu pun boleh tahan penat.. haha.. mula-mula.. basuh, pastu sental, pastu masukkan dalam air sabun, lepas tu bilas.. lepas tu baru kena masuk mesin.. see.. masa kitorang datang bantu tu.. penuh kain2 kat ruang halaman rumah tuan rumah.. sambil-sambil wat kerja tu, tuan rumah bagitau air bersih baru je masuk dalam kawasan tu.. tu yang bergelimpangan kain-kain tu.. diberitahu jugak, rumah tuan rumah ni jadik kawasan penempatan sementara saudara mara time banjir sampailah air 3 kaki lagi nak cecah tingkat 2.. bayang kan bomba datang ambil diorang tu, langkah masuk je dalam boat..

selain tu jugak, lepas tolong rumah tu, kitorang sempatlah jugak bersihkan rumah warga emas yang tinggal sengsorang masa yang lelaki gi solat jumaat.. bersembang-sembang dengan tuan rumah, menceritakan detik-detik banjir tu.. tp dia sempatlah ke rumah anak dia di KL.. tapi barang-barang semua kat rumah..tak sempat nak selamat pong..


gonyoh jangan x gonyoh...kekekekke

selepas geng lelaki balik solat jumaat, kitorang makan tengah hari kat sana sambil-sambil dengar pengalaman sepasang suami isteri ni cerita pengalaman banjir ni.. mereka cakap, memang area tu x pernah banjir seteruk itu.. ade pun masa 2004 la..tapi tak de lah sampai hapus rumah orang kampung. rupanya pakcik tu antara superhero yang bantu mangsa-mangsa banjir dan yang bertungkus lumus dapatkan bekalan makanan, dapur dan lain-lain.. sanggup berenang dan menyelam untuk ambil dapur belangkas dan tong gas kat rumah dia yang dah tenggelam sebab tu je lah harapan diorg untuk terus hidup..

lepas makan, giliran kitorang perempuan pulak gi solat.. so singgah lah kat masjid kuala krai.. wah.. tak sangka aku sampai ke masjid yang jadi viral jugak kat FB sebab berlangsung solat jumaat masa banjir tu atas bumbung masjid.

perasan tak papan atas bumbung tu??.. haa..atas bumbung tu lah sesi solat jumaat berlangsung masa banjir baru ni..tinggiii...



antara nisa' yang turut sama.. muka orang kuat tuh Ella dan kak Yana..hee..

 seterusnya.. misi bantuan keringat (ho ho)..diteruskan ke kampung Guchil 3 (kot).. sebab aku instuctor jalan time tu.. maka makan langsatlah kitorang sekejap..haha..kat sini lagi teruk keadaannya.. kesan banjir tu sampai kat bumbung tingkat 2 rumah.. bayangkan camane yang rumah setingkat.. tak hairan lah kalau ade rumah yang tinggal tapak, muncul atas jalan raya.. arus kuat katanya.. sempat jugak dengar cerita abang tu bercerita detik2 mencemaskan tu..


kesan rumah yang runtuh dalam perjalanan ke Guchil 3


di rumah salah seorang mangsa banjir di Guchil 3

senator pown turun padang basuh pinggan mangkuk tuan rumah..


geng cuci



memang hebatlah orang kuala krai nih.. sebab diorang tabah.. rata-rata orang yang ditemui kat sini orang yang hebat, diorang redha dan pasrah.. dan teruskan hidup diorang.. cuma of course lah, bantuan dari apa jua jenis bentuk harus dikirimkan kepada diorang..

ha..gitu lah pengalamannya..

moga-moga ade pengajaran daripada #bahbesar2014 ni.. insyaAllah

**mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa, atau  alam mulai enggan bersahabat dengan kita **



lepas asar kitorang yang pompuan ni beransur dulu lah.. tinggallah Unit Amal sambung bantuan untuk hari yang ke seterusnya.


sebelum berundur, ambik gambar kenangan dulu dekat masjid Guchil tu.. entahlah rumah sape yang colourful.. so kami tumpang bergambar..kikiki

penat tok soh kiro.. huhu..










*** dan disinilah.. kakiku terseliuh sebab perasan hebat sebab melompat turun dari sini.. sekali terpelecot..opps.. tapi still cool depan abe E dan madhi..biar pun memang sakit..tuhan saja yang tahu.. 5 ari baru okei..*** nasib la.. sape suruh buas..ngee~






link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...