marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Selasa, 9 Januari 2024

New Journey : My New Home

.: Assalamualaikum:. 

Annyeong yorobun!

Dah masuk Oktober dah kita ni ye. (Ini adalah draf posting ye guyss^^, so baca macam posting ini ditulis dibulan Oktober 2023 ye)

Bermaksud 10 bulan ayah dan 3 bulan che kembali ke pangkuan Ilahi. Al-fatihah buat kedua ibubapaku dan semoga doa-doa kami anak-anak terus mengalir direct kepada Allah swt.

Assalamualaikum wrt che ayah
 
Dalam tempoh 10 bulan ini banyak perkara yang kitorang adik beradik lalui dengan penuh istiqamah. Dalam tempoh ini juga adik beradik faham perkara-perkara yang ayah dan che tinggal buat kami semua.

Alhamdulillah. Semoga Allah tetapkan hati-hati kami adik beradik dalam keadaan ini sehingga hari muka.

Sebelum ayah meninggal ayah che dah tetapkan pembahagian rumah agam dalam pagar ini untuk anak-anak yang bersama-sama dengan mereka di hujung-hujung usia. In fact, waktu hayat mereka ada pun, dah bantu anak-anak yang dah berkahwin supaya mempunyai rumah sendiri untuk tinggal. Di dalam satu pagar yang sama, di tanah milik mereka yang kemudiannya dihadiahkan kepada anak-anaknya.

gambar arkib 2008 mungkin

Maka bagi rumah induk ni ,ayah sediakan khusus untuk anak-anaknya yang bujang, iaitu termasuk akulah.

Jauh tak jauh ayah berfikir, dia dah siap-siap buat rumah induk menjadi dua pintu lepas penangan kena Covid-19 tempoh hari. 2 hari lepas keluar hospital, ayah panggil tukang untuk rombak rumah dan naikkan yang baru di bahagian belakang supaya pembahagian ruangan tidak menjadi perkara yang mendatangkan isu di kemudian hari. Kira rombakan bermula dari ruang keluarga hingga ke dapur 3 lapis dan atas loteng di side yang belakang.

Hancurkan rumah je dah makan 10k
Area tak rombak tu aku punya sekarang

 Rumah tapak asal ayah hadiahkan untuk aku dan tapak yang tambahan yang buat renovation ni ayah hadiahkan untuk adik lelaki aku yang ke 14. Rumah tapak asal ni 2 tingkat dan area renovation ni satu tingkat tapi memanjang sampai ke hujung tanah.

kalau tak silap area ni 2003 baru muncul. kot~
Tahun 1995 aku baru 7 tahun
Area belakang dapur dan loteng kayu

Abangku ke 10 yang baru kahwin ayah hadiahkan tanah dan rumah di area dalam pagar jugak dan abang aku yang ke 8 ayah hadiahkan tanah dan rumah di kampung lain.  

Dah siap duduk dah. Rumah ni hadiah dari ayah untuk abang ke 10

 2 buah rumah yang kian indah yang mana ayah buat sebagai homestay di tepi rumah induk ni, ayah hadiahkan untuk adik aku yang ke 15 dan 16. 

Rumah agam dalam pagar

Jadi, sepeninggalannya ibubapaku, anak-anak yang bujang ini mempunyai tempat untuk berteduh dalam tempoh masa yang panjang.. dan anak-anak yang dah berkahwin pun mempunyai rumah masing-masing juga. Kecuali ada beberapa adik-beradikku yang tinggal dgn suami dan mertua mereka ayah sempat tinggal kan tanah. 

Diorang dapat tanah je la sbb waktu hayat ayah, anak-anak yang mana dah berkeluarga dan bercadang nak buat rumah sendiri sebenarnya ayah akan top up kos untuk tampung mana yang tak cukup. Tapi untuk beberapa adik beradik aku yang duk berjauhan sikit ni tak sempat dengan rezeki untuk ayah top upkan sebab diorang tak ready untuk settle down kat mana lagi.

Begitulah nasib 16 orang adik beradik yang yatim piatu. Alhamdulillah harta-harta omma appa tak de kaitan dengan adik-beradik omma appa yang lain, so senanglah sikit kerjanya untuk menguruskan. 

Walaupun pening sebab 16 orang adik beradik 16 pe'el jugak na. Tambah-tambah semua dah cukup umur ๐Ÿ˜‚

Maka bila dah official dapat rumah peninggalan ni, banyak jugalah yang nak kena take take care and take partnya. Tentang rumah agam ni, usia dia sama dengan bangbil, adik aku yang ke 14 ni. Berape dah umur adik aku ni dia lahir tahun 1991. Korang kirelah sdiri. 

Nak kata seronok dapat rumah ni tu of coz la kan. Rumah pusaka yang mana kenangan kebersamaannya dari aku umur 4 tahun sampai sekarang. Seolah-olah aku dipertanggungjawabkan untuk jaga rumah ni. Seronok tu tak mana, cuma legalah sebab dah tentu-tentu kita punya jadi tak payah nak berebut-rebut. kan.

Alhamdulillah. Rumah dah ada namun, sebab rumah ni rumah yang usianya dah cecah 33 tahun, maka adalah  part-part yang nak kena renovate dan ade juga kena baiki. 

Sebagai contohnya ruangan bahagian rumah aku ni tiada dapur lagi. Ayah pernah kata hari tu siap buat renovation area bahagian adik aku tu ayah akan reno area bahagian aku pulak. Tapi kita hanya merancang, Allah yang tentukan

Ayah pergi waktu ruang dapur basah area adik aku tengah dibuat. Dapur area baru tu besar jugaklah macam dulu-dulu. Mudah untuk nak buat kenduri kendara katanya. Well adik beradik ni ramai lagi yang belum berumah tangga so, biasanya rumah induk jugak yang akan digunakan bila buat majlis dan kenduri kendara. Bahagian dapur tu siap sebelum omma pergi tapi omma sempat tengok je la sebab time tu omma sakit dah.


Lepas rombak naik yang baru

Dan sekarang ni, mujur rumah adik aku complete dah so, kerja-kerja merewang, bigwash (kenduri) boleh dibuat tanpa kekangan sebab dah kembali seperti asal macam sebelum rumah kena renovate. Sedaplah sikit nak buat kerja rewang merewang ni bila dapur dah settle.

Dining room yang selalu berhimpun
Tak kenduri pun dah penuh dengan family sdiri

Kembali ke rumah beta pula. Rumah beta ini adalah tapak asal mahligai indah rumah ayah yang diwarisi dari tokku belah ayah (kalau tak silap). Kalau orang dulu-dulu ni boleh kata rumah ayah ni design rumah batu paling umph la untuk tahun 80-90 an.

Jadi bagi aku okey je design umah yang classic ini. Aku pun tak sampai hati nak  buat over renovation. Plus no money, just cry hoho. Ingat buat rumah macam main game dalam sim city?!

Firstly, sebab money la kan. Rumah adik aku tu ayah renovate pun adelah dalam 250k-500k. Yelah, Ibarat buat rumah baru rumah adik aku tu, tinggal area aku je classic ๐Ÿ˜‚. Area adik aku dah boleh kata moden la. Benda ni kan dia depends on tukang. Masa zaman 80-90an tu rumah area aku tu paling stylish la. tapi ni dah masuk milinium ni dah jadi classic la. 32 tahun dah beb.


Asal rumah area adik aku tu rombak 3 bilik, 1 ruang family, 3 lapis dapur, 1 ruang laundry dan loteng kayu. Hasilnya 3 bilik, 1 ruang tamu, 1 ruang family, 1 laundry , 1 store, 1 ruang dining, 2 ruang dapur. Mane maunya aku nak reno and berharta seperti itu. Hahahaha. 

Ruang tamu rumah adik aku yang bersambung dengan ruang tamu rumah aku
 
Secondly, Mahligai tapak asal ni sebenarnya ayah dah pernah renovate masa tahun 2003 kalau tak silap aku. Tambah ruang tamu dan bilik-bilik. So yang paling otai adalah atas loteng la kot. Sebaya umur adik aku yang ke 14 tu. 32 tahun. 

Eh atas loteng pun pernah renovatelah masa kak aku yang ke 5 kawin, ayah tambah bilik untuk kakak kat area asalnya beranda rumah. Dan bilik kecik attach dengan menara tangki air. So, design yang betul-betul asal maybe design ruang tamu lama lah kot.

So, Mahligai tapak asal pun sebenarnya pernah mengalami major renovation jugak. No wonderlah waktu bahagian adik aku tengah buat tu, ayah kata kat aku kena sabarlah untuk buat dapur bahagian aku sebab nak kena settle satu per satu.

Tapi-tapi tapi, actually rumah bahagian aku tu pun tak kurang besar jugak dari bahagian adik aku. Kalau rumah adik aku makan tanah yang luas, rumah bahagian aku naik ke atas. Tingkat atas aje bilik je dah 4 buah. kat bawah ada 3 buah, 3 ruang tamu. Tapi dapur yillek๐Ÿ˜‚ sebab dapur asal duk di bahagian rumah adik aku. 

Ruang tamu utama yang dah jadi bilik study ayah dan bilik solat waktu covid-19
Ruang tamu yang bersambung dengan ruang tamu rumah adik aku

A'ah.. Kiranya rumah yang aku duduk sekarang ni tak de dapur ๐Ÿ˜‚. Dulu memang jauhhh gile menapak ke dapur kalau datang dari bilik aku. Dah macam kena pegi dewan makan asrama dah jarak dia. No wonder I sekeping kan kan kan~

Dapur interim aku

Bila dah official ada rumah masing-masing gini, aku pun hmm.. cuba create kan satu ruangan dapur sementara untuk aku sebab aku ni dah kepingin nak merasa ada dapur sendiri setelah sekian lama. Well I am woman and kitchen is always my place at first. Aku suka kot main masak-masak masa zaman kecik-kecik. Aku selalu berangan waktu basuh pinggan kecik-kecik dulu nak ada rumah ada dapur yang cantik gittew. 

Tapi hasrat tu sampai sekarang tak tercapai. Sadis. Samalah macam menunggu kehadiran suami. Tak jua kunjung tiba. Nasib baeklah aku ni jenis whatever je. Tak de kita buat-buat ade walaupun x gah mana. Jiwa tu kena fulfill. Hah gitew.

Tukar barang sikit-sikit.

Meja makan sebenarnya rak rempah ratus yang aku suh pokloh buat untuk dapur asal rumah, tapi sebab dapur asal tu pun dah hilang functionnya maka aku amik lah dan buat modified sikit lantas menjadik meja. ngeeeh.

Kerusi kuning tu beli shopee..hahahah

Lepas tu, aku pun buat la jugak ruang untuk aku melepak. Takkan ada rumah sdiri nak lepak dalam bilik lagi kot. So, masihkan kau ingat akan ruang ini?

Ruang Shui Fan Zhai

Dulu ni lah ruang bilik aku kan, tapi sebab ni, aku pindah masuk bilik sekarang dan berbahagia ku di bilik sekarang, jadi aku pun dekolah ruangan ni menjadi tempat lepak-lepak.

Sebab aku tau aku bakal add ons bengbarang kaler kuning so, aku cat baru area ni
Untung ada anak buah yang rajin guys
Hasilnya buat masa ni
Loftbed tersayang ni aku buh dalm bilik peninggalan adik aku mejadi Craft Room
Barang-barang kait, mesin jahit semua duk dalam bilik Craft ni

So, untuk first sekali item yang aku beli dengan duet aku sdiri is, peti ais yang real punya dah la. Dah tak de yang kecik-kecik, yang main-main. Tapi comel tu kena ada..ngee. 

Kemain kau dulu-dulu beli peti ais pun macam main-main.

Bukan 1, bukan 2..tapi
3 peti okey. Tapi semuanya macam mainan.

 So, untuk kali ni kita pakai peti ais yang real la, yang nampak ciri-ciri orang berumah sikit. So, tanpa berlengah masa.. Shopee time~

Second, mesin basuh. Dulu duk rumah sewa mengajar aku erti kepentingan kedua alat ini sebagai pelengkap kehidupan. Yang lain tu macam washing disher or benda-benda lain tak penting mana.

Love teroksss
 
Aku beli mesin basuh ni kat shopee gak.. hahaha.. Aku berkenan giler mesin basuh ni sebab dia 2 dalam 1 yang mana dia boleh basuh and kering kan baju guna mesin ni je. Aku usha-usha gak brand samsung, tapi harga boleh tahan dan kapasiti agak besar. Dah usha-usha tu aku wat perbandingan la sikit-sikit dan tak de kurangnya mesin basuh Hisense ni untuk kegunaan aku. Tanpa berlengah, kita add to cart la.

Third aku beli adalah stove supaya aku boleh masak. Yeah. Dan tak lupa juga Ketuhar 3-in-1 merangkap air fryer, oven dan microwave. So, my life quite good then.

Hari-hari main masak-masak rasa complete je hidup dengan Desinni ni

 Fourth, projector untuk menemani malam-malam ku yang tak tau nak buat ape. NAk beli TV macam tak de kepentingan sangat lagi, so aku beli je la projector dulu untuk mengisi sepi~

Ditemani oppa Suju dikala malam-malamku indah juga haha

Fifth, aku beli sofabed untuk menemani projector itu supaya best la aku melepak malam-malam. 

Before tu aku pakai tilam saje boleh baring-baring sambil lepak buat style pillow talk
Tak berapa nak love sangat sebab tak macam yang aku bayangkan

Sebab pembelian kat shopee before ni tak mengecewakan so aku berani order, tapi bila sampai dia tak mcm yang aku bayangkan. Sadis.

Aku rasa tu je kot 5 benda yang aku beli. Tak tahannya semua tu aku order shopee ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Berani ajak anak-anak buah je untuk datang wat party kat umah

Dan... Tak lupa juga masuk bulan 10 baru ni aku panggil tukang untuk buat laundry area kat belakang rumah aku diruangan yang terbiar. Aku pikei banyak kali dan jawapan dia memang aku kena buat laundry area supaya aku ada tempat untuk jemur baju (berialah, padahal beli mesin 2 in 1 dengan dryer sekali). Daripada area tu tetiba penuh dengan semak, better aku buat project hahaha. Fikir ku.


 

Berdesup ๐Ÿ’ธ๐Ÿ’ธ๐Ÿ’ธ mengalir bagai kepala air di sungai. Tapi apakan daya. Mungkin inilah hikmah bila mommy tak bagi aku beli rumah dulu. So duit tu boleh la pakai untuk melawakan mahligai indah ini. Tak gituu~

So, ni adalah Early Journey aku bersama Atas Loteng. Banyak lagi benda nak kena reno dan deko as aku tak nak lah rumah pusaka ni menjadi rumah angker. Sebelum jadi rumah angker kenalah aku take care elok-elok.

Ingat nak buat rumah ni murah ke guysss?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...