.: Assalamualaikum:.
Anyeong guys.
Barakallahulakuma |
Salam PKP 2.0 dari bumi Kelantan terchenta. Kes aktif seluruh negara pun dah cecah 4 digit fuh. ngeri. Tambah ngeri bila saudara dekat, sahabat handai tiba-tiba bagitau diorang positive covid-19. takuddd.
Tapi ape pun, aku tetap berdoa semoga kita terhindar menjadi mangsa si covid-19 ni. Bertahan! vaksin is otw. #KitaJagaKita
Pape pun bila dah PKP banyak benda lah tak dapat buatnya. Nak hopping-hopping cafe or nak gi try kedai-kedai best memang kena cancel je la planning tu. Kalau terpaksa keluar pun atas dasar keja.
Kalau dasar saje-saje memang dasarlah kau! hee.
Keja still onz bila dah dapat kelulusan MITI so takde istilah work from home. Huhu. Nak work from home gaaak~
Boring-borng ni ayuhlah kita throwback gambar kawen my dearest brother of ten waktu musim PKPP dulu. Huntung dia sempat buat majlis dua2 belah pihak waktu tu dengan of coz la dengan SOP yang ketat.
So, ayuh kita throwback!
So, berkahwinlah abang aku setelah 2 tahun berkenalan dengan pasangan dia. Ni waktu nak pegi Majlis akad Nikah. Rombongan tak boleh pegi ramai-ramai so important people je yang pegi.
Kitorang tengok LIVE ig je siap pasang kat TV nak tengok. Kekekeke. Biasa majlis akad nikah ni kitorang pegi tapi je lah SOP punya pasal jadi kita kena dengar cakap sikit. *kenyit mata kat MKN*
Sorilah bangbil, rumet dah kena cantas. |
Semangat bangbil tengok abe dia nikah siap amik tiket depan sekali sambil duk basuh tgn |
Aku ingat-ingat abang aku ni kawen ari kamis cuti ape ntah. Ari Jumaat tu kenduri umah pengantin perempuan dan hari sabtu atau ahad kat umah kitorang.
Haa.. Memang gear 5 teruslah buat preparation tu.
Hasil jari-jemari yang first sistor in law |
Actually waktu bertunang ritu masa musim PKPP tak silap dalam bulan 8. Dua-dua belah family setuju untuk langsungkan majlis dalam bulan 11 eh ke 10 eh. Ah lantak la bukan majlis gue. ehekk. Kire dalam tahun 2020 la.
Hujan lebat time ni. Jangan risau je. NI semua adik beradik ouls. Memang rapat2 pun tak pa naa sebab kitorang duk dalam satu pagar yang sama. |
3 orang yang single mingle and available |
With pakcik makcik |
Ush.. Mia sarah ke tuu.. |
Rumah pengantin perempuan pun dah penuh dengan ouls je. ahakss. |
So, selesai majlis akad nikah dan kenduri rumah pengantin perempuan. Sekarang tiba kenduri kat rumah kitorang pulak. Dan macam biasa, kalau buat ape-ape majlis meamng all out.
Tapi PKPP time tu pun dah saat-saat genting dah bila banyak negeri kena PKPB balik. Time tu Kelantan Perlis Pahang je yang OK so majlis berlangsung dalam pengawalan SOP yang ketat la.
Persiapan kawin abang aku ni walaupun dalam kekangan masa dan kena ikut SOP yang ditetapkan, everything still under control.
Menggunakan khidmat MPKB untutk pemasangan khemah. 7 buah khemah kot berdiri hari tu |
Yess. 100% mengemblengkan tenaga sendiri tau |
Rumah Pippin pun kaklong cuci naa |
Geng puteri Saadong yang duk susun pinggan-pinggan kenduri. Tak yah cari orang jauh2 amik je staf dan practical student kat office.ngee. |
Antara SOP yang dibuat waktu majlis ni dan rombongan pengantin pun tak terkecuali. ngee
with YB Timb. Menteri agama, Ustaz Marzuk. Dia kan ahli parlimen Pengkalan Chepa haruslah datang.ngee |
+++++++
Jadi abangku yang ke sepuluh,
undang2 yg dikuatkuasakan
oleh lembaga lembaga pengarah
BUJANG BELAKA aka SINGLE MINGLE
atau diringkas menjadi BB dan SM,
maka dgn ini tuan hamba
dilucutkan jawatan sbgai anggota kami!
sekian terima kaseyy~
p/s ; dgn ini nik khairi menjawat jawatan sebagai ahli plg tua. ;D
(ayat wajib ^^)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan