marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Rabu, 20 Julai 2016

Abang yang ke 11 selamat menjadi suami orang (Part 1)

.: Assalamualaikum:.

Annyeong!

Selamat pengantin baru oh abangku~
Sebenarnya abang I yang kesebelas, Munir atau nama glamor Pok Nik di kalangan staff hospitalnya (actually to many people in our home with gelaran Pok Nik) dah selamat bernikah bulan 3 yang lepas. Seswai sangatlah dengan keberusiaan beliau yang ke 29 tahun tu pada bulan tersebut. BTW, abang aku ni beza setahun je dari aku dan aku yang ke doplas. OMG, next year turn akukah? *sambil duk skroll FB kot-kot ade yang bley wat calon suami, tapi taste lebih kepada Ahn Jea Hyun,susahlah*

 Pasangannya orang Penang mari,tapi menetap di Perlis. Jangan tak tau, abang aku nih bab-bab tackle orang secara alami (orang naturally terpikat kat dia). Tak caya tanya aku, sebab aku la orang perantaraan masa sekolah rendah. Abeh kengkawan dia nak wat aku jadi adik angkat kunun.HAHAHA. Tapi tu cite lama, sebab abang aku nih bukan suamiku playboy,jadi selamatlah kakak ipar aku.

fuh, tak ke diorang rasa cam diorang selebriti fofular dengan crowd camni ramai?
Dengar citenya, diorang kenal masa kak ipar aku wat houseman kat spital yang same, time tu gak abang aku tengah mencarik. So, dengan mudah diorang berjodohan. Tu la kan. Kalau da sampai masanya, senang je Allah permudahkan. Jodoh itu rahsia Allah bak kata Fahri dalam Ayat-Ayat Cinta.

Tiga benda yang kita tak leh give up, first rezeki. Second, jodoh dan Third bila kita akan mati. Tu sume rahsia Allah. Yang jadi sekeliling tu cuma asbat je. *tetiba bold*

So, la taiasu min rauhi Allah, jangan berputus asa dari rahmat Allah.

Nasihat Ustazah Nikki kepada Ada.. huhuhu..

Hmm.. nama je aku duk senegeri dengan abang aku time tu, tapi siyesly aku tak penah pun amik port tentang sape kakak ipar aku time tu.Bizi dengan disertasi katanya. Abang aku tuh bukannya rajin nak mengajak adik dia yang comel ni jenjalan. Bizi memanjang. So, memang aku tak tau la kisahnya yang lanjut selain, bulan Disember (ke November) (ke Oktober eh) tahun lepas, family aku pegi merisik + meminang kakak ipar aku tu kat Perlis. Time tu pun aku tak pegi. Hahahaha.. Bizi mengalahkan President negara Uganda dengan disertasi dan program time tu.

So, kawenlah diorang selepas seminggu (kot? ke tak sampai) dari tarikh aku balik dari Korea. Fuh, nasib baik diorang tak kawen time aku duk Korea. Kalau tak, seksok aku kawen sape nak raikan.huhuhu.

So, macam rombongan ape dah sampai ke Perlis. Memang berderetlah kitorang konvoi dari Kota Bharu ke Perlis. Sambil tu sempatlah planning nak berjalan ke Langkawi. Alang-alang bersama keluarga terchentakan, pulak tu tanpa keluarkan fulus pun. Bahagialah . Kekekeke. Time nih la kita pau abang-abang dan kakak-kakak kite yang kaya raya semua. HAHAHA. *ajaran Hakimah*

Technology nowadays
Majlis akad nikah berlangsung sebelah pagi dekat masjid area kangar. Adik aku Nik Nabil, kesian dia sebab abang aku yang ni ibarat mentor dia la, tapi dia duk Mesir time ni jadi bleh FACETIME je la masa majlis tu. Sedih lak aku rasa. Sedih seh kalau aku jadi adik aku tu.tapi apa boleh buat. Menuntut ilmu itu sebahagian daripada iman. kejarlah sebelum tersungkur. *tetiba*



Beza ketinggian aku dengan abang aku..huhuhu..masa sekolah menengah orang tnya aku "abang angkat eh?"
Bahagia omma appa sebab bernantukan Doctor ..kekekke
Majlis resepsi sebelah perempuan berlangsung kat dewan. Yeah, macam biasa, when acara melibatkan US secara total, tetetiba we uls yang host, gegak gumpita kan majlis.kekekke..Meriah la majlis kawen abang aku tetiba. HAHAHA.

Tema we ouls merah menyala habaq hang untuk majlis resepsi..

Anak buah yang paling cute sebab saiz dia, orang lain x sempat jadi camni masa kecik..hahahaha

How to take picture with your crush *jarakk*
Sorang hepi, sorang macam kawin paksa je. Yang penting dua-bujang trang trang trang..ahahaha "butang baju melayu aku mana pahh"
Ni baru happy ever after..hahahha
Lepas abes majlis, we ouls tinggalkan je lah abang tu kat situ,dan we pun heading tu Kota Bharu sebab, seminggu dua lagi majlis belah lelaki pulak.


6 ulasan:

  1. Selamat Pengantin Baru buat pasangan mempelai. Selamat menerima ahli keluarga baru :)

    BalasPadam
  2. lulz taste ahnjaehyun takleh bantu la sis! tahun depan mungkin sis pulak hehe :)

    -thaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau camtu Lee Dong Hea pun boleh la..ahahahha..Tengah scroll fb ni carik calon..lol

      Padam
  3. Ya, tima kasih bag pihak abang saya^^

    BalasPadam

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...