marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Khamis, 7 Januari 2021

Selamat Tahun Baru 2021

 .: Assalamualaikum:.

Hampir sebulan tak da entri ade yang tertunggu-tunggu tak? Hiks perasan orang tertunggu-tunggu padahalnya tak de pown.

Sokey.. soright. 

So, entri ni sesaja nak ditulis mencelah kesibukan yang menghimpit. Busy oh. Busy dengan program makan-makan. Ahaks.

+++++

Disclaimer: Ayat atas tu draft tahun 2020. Nampak sangat kann.. BUSY disitu tulis pun sekerat je. hikhikhik.

 btw.. 

------------xxxxxxxxxxxxxxxxxx------------

H A P P Y     N E W     Y E A R    2 0 2 1 !

-----------xxxxxxxxxxxxxxxxxx------------- 

Wah.. sedar tak sedar masuk 2021 dah kita ye. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di dunia yang fana ini.

Sedar tak sedar si covid-19 pun dah setahun bertapak di dunia ni. hurm..

Tak pe sebab dengar cite vaksin dah otw. Harapnya ya. Yang penting kekalkan jarak sosial dan pakai pelitup muka di mana anda berada. Wah!

#kitajagakita

 So, kalau tiba tahun baru soalan femes amos haruslah.. Apa azam ditahun baru?? Azam tahun lepas ape cer? hikhikhik.

Malas lah nak cakap banyak tapi doa-doakan lah azam beta yang berkurun sejak 2014 dulu akan menjadi kenyataan tahun ini iaitu. NAK BUAT LASIK..

ahahahhaa. Tak menjadi kesudahnya. Ke nak tunggu ade optical Surgery macam Advance Vision Centre wujud kat Kelantan baru tercapai azam huhu. Tu la dulu waktu duk PJ tak de pulak bersungguh-sungguh nak pegi. Ni bila dah berjauhan...mula lah nak buat perangai..kekeke

manusia..

 

susah cari bingkau berkenan, bila dah berkenan seribu tahun pun sanggup pakai yang sama. bingkai ni masuk tahun ni dah 4 tahun bersamaaaa..

 Azam yang lain-lain tu kita folo je azam tahun-tahun sudah. hahaha. Kalau 2018 dulu aku rajin buat list sampai 60 list kot. tapi bila dah tua ni malas nak buat goal pulak. 

Eh.. Tahun ni dah 33 tahun. masyaAllah 😱😱😱

Tapi aku 23 tahun senantiasa. ngee.

Pape pun 2020 for me tahun santai-santai. haha. Seronok kann dapat cuti free 3 bulan masa PKP dulu kekeke. Tapi walaubagaimana pun bila Pippin kena sporo memang 24/7 devoted menjaga beliau huhu. Bulan 10 baru fully recover.

handsome me always handsome

Bulan 11,12 bulan makan-makan masyaAllah memang makan je keja i huhu. 

Btw sekarang ni musim tengkujuh. hujan ribut usah diceritakan. Memang menjadi-jadi. Tapi alhamdulillah sebab macam banjir tahun ni tak teruk melampau lampau kat Kelantan. Banjir tu tetap jadi sebab dah memang musim dia kan. Begitulah sunnatullah.

Terima seadanya.

Tapi hari ni cuaca dah macam ok. Mendung semalam dah berlalu pergi tinggal angin sepoi-sepoi bahasa je. I lioke! 

Ape pun for this year harapnya everything we planned will work smoothly insyaAllah.

Tetiba rasa nak pegi buat 100 list new year resolutions.

Huh! arap je la..hihi

let's hope for the best!

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...