marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Isnin, 30 November 2020

OhMyPippin: Pippin yang sekarang bukan lagi yang dulu

 .: Assalamualaikum:. 


Sekarang aku dah boleh senyum lebar dah. Alhamdulillah Pippin dah recover dari penyakit sporotrichosis ni.

Hopefully betul2 recover lah. Berdasarkan pemerhatian aku selama 9 bulan merawat Pippin sporo ni dah tak serang Pippin brutally cam dulu dah. Paling ketara bila hidung dia dah okey tapi sadisnya hanya sebelah je yang berlubang. Satu lagi tertutup terus. Satu lagi tertutup terus gara-gara pecah awal-awal ritu. Aku tengok pun sedih. Pastu berparut atas hidung.

 Bertabahlah Pin. nasib badan.

Telinga, mulut kaki sebelah kiri semua luka dah sembuh. Tertutup rapat tak bercela ditutup dek bulu-bulunya yang kian melebat. Sungguh aku syukur tengok muka gemuk dia sekarang. Walaupun jalan macam raccon. 😛😝😝

Kat kaki belah kanan memang kritikal waktu aku rawat dia dulu. Siap darah berkerak busuk tapi darah mengalir x henti-henti. Bayangkan. Dah la luka tu tersembunyi di balik bulu dan kerak darah. Memang waktu rawat dia kat area situ amik masa. Sebab kalau aku tersalah kopek luka dia akan menjadi-jadi. 
 
Buat masa ni, luka tu dah sembuh cuma merah-merah kulit baru masih kelihatan. Cuak juga takut jadi luka balik. Kalau area lain bulu dah tumbuh tp area situ lambat sikit. Tapi pape pun, tengok hidung dia dah kembali waras, rasa lega dan berbaloi jaga dia bagai menatang minyak yang penuh. 
 
Memang menatang la ni~
 
2-3 minggu lepas before aku decide nak lepas dia dari sangkar. aku mandikan dia dengan air kunyit dulu. ahahaahahak. Terpengaruh dengan gambar kucing yang kena fungi pastu tuan dia kunyitkan seluruh badan. Pippin pun aku buat camtu. 
 
Kunyit antara bahan yang boleh matikan bendasing kat bulu kucing so tak salah kalau aku mandikan dia dengan kunyit sebabnya selama 7 bulan dia langsung tak mandi. Lepas aku mandikan ritu, aku tak berani nak mandikan dia acap kali memandangkan kondisi badan dia yang lemah. Sis x kuad.
 

nasib lah pin

Lepas mandikan dengan kunyit tu ingatkan boleh la jadi pikachu jugek, tapi sebab dia kaler kelabu 😂, rupa dah macam ape dah. Kyubi naruto kot..😂😂😂😂

lawakannnnnnnn pippin jadi pikachu

So, officially aku  lepas dia untuk menghayati keindahan dunia luar, bermain-main kat luar. Hari mula-mula aku lepas dia main kat luar teros masuk dalam umah. Mungkin dia rindu tempat membuas dia waktu di zaman kecik dan remajanya. 
 
Ke mana hala tuju dia kalau tak ke bahagian dapur luar tempat aku letak dia sebelum dia sakit. Seharian duk kat situ ntah buat ape. Suka hati hang la Ah Pink.
 
Ok lah asal tak buat kacau. Ceh siapa kata dia tak buat kacau sebab adik aku berjaya mengesan ta*k dia kat atas kain lap kaki keesokan harinya . Oh my Pippin . 
 
Why Pin why?. Dengan cite lain dia failed la nak bagi duduk atas rumah bila dia dah wat perangai camni. Mak i dah bising hohohohoho. hurmmmmm. 
 
Awal-awal ni bila aku dah lepas dia kat luar umah, dia start merayau ke umah orang.  Anak buah aku melaporkan bahawa Pippin nak wat onar kat umah diorang pulak. Adessss. Susah upanya jaga kucing tak makan saman ni. Dengan muka toya "I am not guilty" ni  la paling malas aku nak layan. 
 
So aku pun kurung balik dia dalam sangkar dia..Wuaaa.. Suruh dia menginsafi sikit dirinya. I is malas nak layan perangai Pippin yang camni. Oh tolong la Ah Pink!

Hmm. But still my heart still hurt to see Pippin yang dah sihat ni berkurung dalam sangkar 24 hours. Sedih kot. Bayangkan. Ko tu dah la extrovert species. Pulak tu tak de pebenda yang ko buleh buat selain merenung keluar sangkar,makan dan ber*k. Lain la Pippin ni celik IT dah lama aku bagi hp aku kat dia. 
 
Hiks. tipu je. nak beli sendiri la pin. Line Umobile je aku tulun top up kan. 

So, Bila dah nampak tanda-tanda insaf maka, aku pun bukak pintu sangkar dia pagi-pagi. Supaya dia tau. Dia dah bebas. 
 


Tapi bila aku dah buat open house kat umah Pippin ni ramai lah pulak jemaah kucing-kucing liar datang nak menjamu selera. Biasanya Pippin makan tak habis so dapatlah sikit sorang kat kucing-kucing lain. 
 
Tapi yang aku tak puas ati ade jugak kucing lain pulak yang over siap nak cari gaduh dan cakar Pippin sebab tak nak kongsi makanan . What deee?

Tapi tak lah aku halau kucing-kucing tu memandangkan aku omma mithali, makan je la engkorang.

Tapi tu lah. Siap wat umah aku port lepak korang ape hal weh?? Ka ragoooo!
 
Paper pun walaupun idung Pippin tersopeng dah siap sebelah tu tak de lubang hidung dah, harap dia membesar dengan jayanya.
 
Fighting Pin! Assaa! 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...