marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Isnin, 23 November 2020

Perintah Kawalan Berkurung Bersyarat kali ke 2 di Kelantan

 .: Assalamualaikum:.

Tak jawab dose, jawab tanda sayang.. getteww.

dapat berita kena PKPB waktu tengah makan-makan kat Snow Town
 

Hari ni hari ke-3 PKPB 2 berlaku kat Kelantan. Huu.. Negeri lain dah lama jadi senior siap grade kite pulak yang baru terhegeh-hegeh masuk minggu orientasi. huhu. Gurau-gurau kat FB camni la yang kuar. hihi.

 BEST KE MAKAN BINGSU KAT SNOW TOWN CAFE? check kat sini 

Gurau gurau gak tapi SOP tetap kena jaga na.. Paling mudah pakai mask di mana jua anda berada especially kat public dan bersesakkan, pastikan tangan sentiasa basuh dan jarak sosial yang luas. InsyaAllah kita boleh menghapuskan rangkaian covid-19.

Nanti orang kata. eleh kata kat orang padahal dia pun so close each other ade hati nak advice orang..

 hee.. jangan salah paham tau.

Macam kitorang ni sejak azali dah ramai. Kalau ke mana-mana memang 2-3 kereta akan konvoi. Tapi kitorang je la tak de orang luar yang tak tahu dari mana history datangnya. Nampak macam tak de social distancing tapi hakikatnya kitorang memang duk kuarantin diri dalam negeri/daerah je tak de gi mane-mana tempat yang ade kes.Kalau tempat tu kitorang dengar ade kes. Memang 2 minggu la tak kan pegi sana huhu. 

Macam sekarang ni tempat paling aktif di daerah Kota Bharu adalah Kubang Kerian + Panji. Sejak kes menular. aku stop da gi Mydin ngan Eco Rm2 kat area situ. Kalau nak berurusan aku gi bandar KB. Tu pun siap urusan terus balik. Mask always onz, hand sanitizer selalu pakai dan pintu kaca bank or office aku pakai tolak dengan kaki jew..hew hew. Jaga punya pasal kan.

Ingat kita ni bukan je jaga diri kita, tapi mak ayah tok nenek yang dah tua yang paling utama. Kita nih setakat demam tu tak de hal la.  Tapi kalau diorang yang sakit. ICU lah kebanyakan tempatnya. Jadi marilah sama-masa jadi manusia yang paling bertanggungajwab atas dunia ni.

Yes, We can do it! 💪💪💪

Dalam tempoh PKPB ni keja tetap onz. Malah lebih sibuk dari biasa. Mungkin dah nak dekat hujung tahun. Deadline semua nak kena kejar.

Sebulan dua ni aku rasa busy gilesss dengan persiapan perkahwinan my brother of ten, dengan keja tu keja ni. Crochet pun dah tutup kedai dulu buat masa sekarang ni. Hope ade masalah nak mengait balik. huhuhu.

waktu majlis belarok. Oh ni kakak adik sis.

Alhamdulillah majlis berlangsung dengan jayanya waktu tu masih lagi dalam status PKPP kat Kelantan ni. Majlis kat rumah memang full of SOPs siap ada sink basuh tangan sebelum masuk ke rumah. YB ke tak YB ke memang kena follow the rules sebab yang jaga time tu Unit Amal kot. Orang tengok uniform Unit Amal yang segak-segak pun rasa kecil diri lantas pakat basuh tangan 😂😂😂

Salam pun tak boleh naa. 

So, my dear brother of ten selamat berkahwin. Nanti I mood okey kita story morey pasal majlis dia tau. Macam biasa, 100% majlis hasil mengembling tenaga ouls sefamily.  

Semua buat sendiri naa..

 

2 ulasan:

  1. tanjat gak ritu member kat Kelantan update kata sana PKP jugak..
    hurm rupanya kes meningkat naik. stay safe ya.. take care..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq. insyaAllah semoga kita stay safe selalu. saya pun dah jadi cuak bila kes makin hari makin meningkat ni. nak keluar pun rasa dah malas jd pkp sendiri lah kat rumah. Kalau ada urusan penting je baru keluar.

      Take care utk awk jugak ^^

      Padam

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...