marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Rabu, 27 April 2022

Dugaan di bulan Ramadan : Jatuh tangga patah jari kaki !

 .: Assalamualaikum :.

Anyeong yorobun



tiba-tiba~

Disaat semua tengah berpuasa, adalah seorang gadis ini. Cita-citanya untuk menjadikan kamarnya seolah rumah kecil yang lengkap segalanya sebelum menjelang Aidilfitri.

Tambahan pula disaat itu ahli keluarganya sedang menjalani ibadat puasa jauh merentasi lautan hindi di Mekah & Madinah sana. Jadi inilah peluang untuk si gadis itu menghias kamarnya. 

Me Time lah kira-kiranya baginya

Asalnya kamar itu bukanlah kamarnya. Kamar itu secara rasmi menjadi miliknya pada awal tahun 2019 apabila abangnya yang ke-3 keluar untuk menghuni rumah baru mereka sekeluarga. 

Kamar itu antara bilik terluas yang ada di mahligai tersebut. Seakan-akan tidak sesuai dengan dirinya yang suka pada benda yang compact dan kecil. Jadi setelah bertahun, marilah kita mengubah kamar bersemayam ini agar bersesuaian dengan hasrat hati si gadis tersebut.

Semangat! Operasi deko deko akan menjadi realiti.Lebih-lebih lagi tiada yang mengganggu. 

Usai waktu kerja, dirinya bekerja keras untuk mengecat sendiri dinding kamarnya. Itulah hal pertama yang ingin dilakukan sejak menghuni kamar itu. Dah banyak kali keinginan ini tertangguh lantaran I is tak suka comot-comot but this time make it different.

Auch.. Ini adalah kali pertama si gadis itu membuat kerja mengecat secara perseorangan. Jarang-jarang buat benda-benda mengecat ni lebih-lebih lagi dinding. Biasa suka pasang wallpaper di dinding lama kamarnya lama. Dulu last buat kerja-kerja macam ni lepas keluar U dulu.

Hari pertama mengecat, tidak memberangsangkan.

Iyalah. Agak buta bab-bab mengecat ni sementelaah itu dinding asal warna pink terang benderang entah apa yang merasuk abangku dahulu sampai sanggup mengecat dinding itu dengan warna sebegitu. Aku yang si gadis ini pun agak not match. Dia lagilah tidak. 

not my taste

Penat sepetang mengecat dan cuba google-google camane agar cat ni tak luntur bila cat. Rupanya kena cat tebal-tebal. Selapis memang la tak jadi cik kak oi lebih-lebih lagi pink menyilau nak lawan warna putih. Maka, Seminggu. Seminggu aku.. eh maksudku si gadis itu lamanya memerah keringat mengecat dinding kamarnya. 

Kadang-kadang rasa puas hati dengan hasilnya tapi kadang-kadang tak puas hati sebab comot. CAt everywhere atas lantai bersepah. Tapi takpe lah.. 

Bg putih pasai pasni aku nak pasang projector tgk cite kat dinding je hii..

Buat masa sekarang tiada orang yang boleh marah sebab I am all alone in this journey. Seminggu hanya dua belah dinding sahaja dia mampu mengecat. Kudratnya telah tiada lantaran puasaaa guyss plus badannya yang berat 43kg tak mampu dah guyss dan cat pun dah sampai penghujung bekas. 

Jadi cukuplah 2 belah saja. Titik!

Hal ini tidak berhenti di situ semata. Si gadis itu juga telah memesan 2 rak besar setinggi 1800 cm untuk kamarnya dari Shopee pee. Nak ganti rak-rak yang lama katanya. 

Waktu tibanya perfect sewaktu nobody home.So. Marilah kita sambung expidisi ini. 

Kosong sangat ruang situ haruslah ade almari atau rak atau ape2 je la

Si gadis ini walaupun fathernya memiliki kilang perabot namun ketahuilah insan bahawa dirinya tidak betah pun dengan alatan pertukangan. Pandai order je nak pape. Tapi bila kilang busy ni janganlah kita menggangu mereka dengan kerja-kerja mereka.

Semasa zaman PMR dulu pun hasil KHB nya perfect adalah disebabkan tukang yang buat. Err. Cerita lama tak usah dikenang.

Jadi dirinya kini mahu mempraktis menggunakan drill. Ya. Waktu ini agak sesuai untuk praktis memasang sendiri rak setinggi 1800cm itu tanpa bantuan abang-abangnya. Biasanya pun tidak dia peduli untuk meminta pertolongan mereka kecuali terpaksa atau mereka ikhlas membantu. 

hmmm...

Dan kerja-kerja sebegini selalunya kekanda-kekandanya yang buat. Tapi tidak apa kerna, ini adalah sebahagian pengalaman hidup. Sendiri buat la.

Jadi puan-puan dan tuan-tuan. 

Rak pertama yang besar itu dipasangnya pada malam hari seusai solat terawih. 

Jaddii~

Seorang diri. 

Pkl 1 pagi baru selesai kui kui. 

Dengan manual bahasa cina, dengan chipboard yang mana satu nak pakai itu semua hanyalah mehnah dan tribulasi dalam melakukan sesuatu kerja. Semua dapat diatasi.

Bangga. Satu sebab menggunakan kudrat sendiri. Dua sebab terer baca manual cina ni kalau masuk Amazing Race watu peserta kena pasang almari kat Ikea boleh memang ni. Angan dirinya sambil tidur dengan senyuman indah.

Done!.. ak beringat-ingat terus letak harta nak tengok lawa ke idok

Tidak selesai disitu, masih lagi dalam mood deco deco bersama Nikki Ada. Tanpa melengahkan masa sementelaah itu lagi 5 hari mommy, daddy n adik-adiknya akan balik kembali ke Malaysia. Jadi benda ni kena siap sebelum mereka menjejak kaki ke mahligai ini.

Bukan suprise tapi better they dono what I am up to now. haha

Rak kedua siap sebelum berbuka puasa. Tu pun tak siap mana boleh-boleh pulak seller shopee ni lupa bagi skrew semua. Mujurlah I ade setimbun skrew tu. Halal je la pakai je asal siap. Cuma part pintu tak dapat pasang sebab pakai nut dengan mini fix ape ntah tak jumpa cari kat stor kilang huhu. 

Si gadis itu dah msg seller tu tapi lambat pulak dia pos benda tu. Tak pe.. kita beralih ke part lain. Tapi dah puas hati tengok hasil kamarnya sewaktu ini. Ada sikit-sikit perkara yang nak dibuat. Tapi takpe la sebab nak kemas everything dulu.

So suka so suka even tak complete lg pemasangan yang satu tu

++++++++

Hari jumaat. 15.4.22. 9.00 pagi (Waktu kejadian lebih kurang 11.30 pagi)

Ya si gadis itu saaaangat ingat pada hari tersebut. Hari dimana segala-galanya merubah keadaannya menjadi seperti sekarang. Sudahlah malam itu si gadis itu penat bertukang dan membuat segala-gala kerja rumah seorang. (Jangan la expect ade abang-abang kat rumah diorang akan bantu kita dengan keja-keja kat dapur. JANGAN!)

Agak penat so, hari tu disebabkan deringan dari seorang manusia yang tak reti hari ni cuti mohon-mohon-mohon jangan ganggu aku di hari cuti untuk bertanya hal kerja mohon sangat! Tapi disebabkan 5-6 kali dia call dan aku lupa silentkan hp jadi aku pun dengan penat bangun dan angkat call tersebut ingatkan apalah urgent sampai tak boleh tunggu hari Sabtu ke Ahad ke Isnin ke...

Rupanya dia just suruh si gadis itu baca wasap yang dihantar. Jam menunnjukkan pukul 9 pagi lebih kurang waktu itu. Disebabkan aku kata esok aku baca sebab ari ni cuti beliau menempelak daku dengan kata-kata yang ku kira 'ini dah lebih dah kenapa makcik ini?!!'

Boleh dia kata aku cina jadi tak pelu la penat macam berpuasa sebab aku pakai DP anak buah aku dan namaku yang agak unik dan description wasap ku menggunakan tulisan yang dia tak kenal jadi dia ingat aku cina dan tak perlu puasa?  Cina pun dah Islam kena puasa sis! Lantaran itu aku adalah orang melayu asli keturunan Kerabat Diraja Jembal yang ke 12. Desis hati.

Boleh pulak beliau kata hari ni dia nak jugak harga meja sebab bos dia tanya pastu bgtau aku jap lagi dia nak kena gi opis sebab nak buat keja la. Aku setuju dia workerholic suka bekerja di hari cuti tapi boleh respect waktu orang tak? Lepas tu duk mengata aku.. aik akak this is too much??! Desis hati.

Aku pun confius dengan apa yang dia cakap tapi aku iyakan sajalah sebab aku tengah penat dan sakit kepala bila terbangun tiba-tiba camni.

Gaduh mulut pun nak buat apa. Menang bukan dapat hadiah pun. Fikir si gadis itu dalam keadaan separa sakit kepala mengenangkan kepedasan mulut bakal pelanggannya yang tidak  kenali itu. Aku jarang bermasalah dengan orang. Basanya orong lain respect dan paham bila kita bagitau camni tapi  this person.~~ I donno~

Aku baru je tido balik lps abes mengaji pagi tu. Tapi disebabkan beliau aku dah tak boleh tido balik. Paham kan.. Kita penat kita nak tido tapi orang duk membebel sampai hilang mood nak tido.

Rasa nak marah tapi sabarr~. Sesungguhnya aku sedang berpuasa. 

Dan disebabkan itu si gadis itu termenung sendiri ke dinding bilik dan perasan bahawa dinding depan matanya perlukan kesempurnaan. 

Setahun yang lalu si gadis ada memasang 3D wallpaper berbentuk brick di sebelah dinding lain. Tapi pemasangan itu hanya separuh tak sampai atas sebab stok wallpaper tu tak cukup. Bila order lagi dan sampai, mood nak pasang tu kelaut jadi tersimpanlah ia setahun di bawah katil. 

" Mungkin inilah masa yang sesuai untuk memasangnya daripada aku mengingati apa yang makcik tadi bebelkan adalah lebih baik untuk aku melakukan sesuatu untuk distract myself", ujar si gadis itu bermonolog sendiri sambil menarik lebaran wallpaper dari bawah katil.

Sambil menampal wallpaper sambil membalas wasap makcik itu sebagai cortesy walaupun dia dah melanggar hak aku cuti pada hari jumaat yang mulia.

Asyik memasang wallpaper dengan berhati-hati bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain menggunakan tangga aluminium. Sungguh siap pasang satu part.. Turun tangga dan alih untuk ke part yang lain. dan begitulah proses berlaku..Gadis itu sungguh berhati-hati okey~

Sebenarnya sudah seminggu tangga aluminium menemani hari-hari  si gadis itu untuk membantu mencapai bahagian hujung dinding yang tinggi semasa mengecat. Biasalah tinggi sekadar 154 cm saja memanglah kena bantuan tangga ini.

Last few pieces lagi dah nak sempurna..

a few last pieces

Sehinggakan...

Terasa di awangan

Gedebuk.

Rupa-rupanya beliau  terjatuh dari tangga aluminium setinggi 8 kaki itu. 

"Allah"

bayangkan kaki aku duk tangga ke 3 dari atas tetiba ke bawah. graviti betol~

....

TO BE CONTINUED...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...