Annyeong yorobun.
Ini pun merupakan draft jugak hikhikhik. Benda jadik bln 7 thn 2023 tapi macam biasalah, tajuk je wujud kat post ni tapi dalam tak da isi.
So, sebagai menghargai kenangan lampau bersama Nim Nim aka BFF waktu zaman mengaji kat USM buat Master, maka post ini perlu di publishkan. Ngeee..
Last aku berjimba-jimba dengan Aniem masa aku gi KL untuk kursus kat FITEC dalam 3, 4 tahun lepas. Masa tu dia preggy anak dia yang first. We ouls sisterhood till jannah of coz la ukhuwah fillah dari 2015 until now walaupun masa dan tempat mencemburui ouls.
So, kitanya lama jugalah tak jumpa and last year dia bosan duk kat umah dia bcoz husband dia ni keja naik kapal, so dia pun mintak izin nak turun KB untuk healing katanya. Masa tu husband dia nek kapal lah. So dia bermalam kat umah Najwa.
Bulan 3 ritu geng saranghae cinguya turun KB. Ni sorang ni terlepas kapal terbang bulan 7 baru boleh turun ngeee. Waktu ni mommy baru je dalam 8 hari tak de so I actually not in da mood, tapi my bestie datang so kita kenalah santuni beliau. Gittew.
Bila Aniem selamat tiba di KB ni jadi haruslah kita membawanya berjalan-jalan la memandangkan ni first time dia datang kelantan. Kedatangannya tak berseorangan tapi dengan anaknya yang umur 3 tahun. Nazmi nama diberi.
We ouls dalam tempoh tak jumpa ni agak selalu la juga video call walaupun setahun sekali (selalu katanya) supaya ukhuwah fillah till jannah itu tetap utuh walaupun jarak beribu batu. Haa gittew. So anaknya bukanlah satu suprise bagi daku
Even video call setahun sekali hadiah besday tiap2 tahun sampai okeyy~ Iyelah sementelaah itu beza besday ku dan besdaynya hanyalah 2 hari ajerrr. aku 23 Jun, Nim Nim 25 Jun. Tahun beza banyak gak dalam 3 tahun cenggitu but we are bestie~~~ hahahaha
So, day 1 Aniem and Nazmi sampai aku n Najwa selaku tuan rumah ingat nak bawak Aniem gi main kat pantai la memandangkan anaknya nak go to the beach. Becoz pantai Sabak is dekat dengan rumah aku tapi jauh dengan Najwa dan macam tak logik kalau aku gi amik diorang kat umah Najwa pastu patah balik ke rumah aku semata-mata nak gi Pantai Sabak and hantar diorang balik ke rumah Najwa.
Jadi demi menjaga maslahat ini, maka marilah kita menuju ke Pantai Mek Mas sementara ini pun aku pertama kali ya ke situ ngee~
Jadi joki budak kecik ni haa |
Pantai Mek Mas ni agak kelam kabut lokasi dia tak tau la duk belah Tumpat atau Kota Bharu tapi yang penting kitorang tak perlu menyeberangi sungai Kelantan pun untuk ke Pantai Mek Mas. Arah yang sama nak pegi Pantai Kundur actually.
Tarikan Pantai Mek Mas ini selain daripada laut yang terbentang luas dia jugak ada bukit pasir yang tinggi yang boleh la kita fefeeling menuju puncak. Cantik pantainya. Walaupun kitorang tak main ombak tapi main kat bukit pasir tu ajer.
Kitorang kat puncak bukit pasir ni tau |
Duk main kat sini dengan panas ceng ceng sampai nak maghrib huhu. Tapi tak sempat nak update story dengan Nim Nim lantaran makcik ini seronok sakan melayan anak Aniem nih main gelongsor pasir yang disewa oleh Najwa untuk adik sepupunya. Tapi makcik silap conquer ngeeh.
Dengan deruan angin dan ombak yang menampar pantai itu, jadi we ouls layan diri ajalah. X seswai nak update story bila anak-anak duk having fun.
Tak sure siapa yang tengah having fun ni |
Disebabkan itu, maka perjumpaan petang itu tidak berakhir di situ aja. Kita sambung keesokan harinya dengan membawa Nim-Nim dan anaknya jenjalan.
Trip untuk day 2 kita bawa Nim Nim melawat Masjid Al-Rahman iaitu dekat dengan rumahku.. Pastu kitorang ingat nak gi bandar KB kot-kot Aniem nak membeli belah macam Nara Shi & Fara ritu.
But. Tengah-tengah jalan kita tukar destinasi pergi Pengkalan Kubur. Ngeeeh. Petang pula sebelum sampai rumah sempat singgah di Volt Cafe untuk celebrate our belated besday kengkononnya.
Anak sorang pun mentain lawa sis! |
Untuk itu Najwa drive datang umah aku dan kitorang naik satu kereta iaitu Betsy untuk trip seterusnya. Kat tepi masjid al-Rahman ekceli ada warung silaturahim, ingat nak bekpes kat situ tapi sadis, warung tutup so tak dpt la nak bekpes kat situ. Just masuk kat Masjid untuk diorang bergambar-gambar. I nih macam lokal sangat dah kat sini. Tiap-tiap minggu mesti sampai sini lepas pg ziarah kubur my ayah n che. Al-fatihah untuk mereka.
Sampai je kat Pengkalan Kubur Duty Free fuh! ramainya orangggg. Tak ingat la ni musim cuti ke tak tapi agak berebut jugalah nak dapat masuk area bebas cukai tu. Me is first time ekceli drive sdiri gi sana. Selalu kekanda ke 3 atau ke 10 la yang always xpdc dengan diorang la kalau nak ke tempat-tempat cenggini. Rasa macam dewasalah bila kena lead ni haha.
Barang-barang siam penuh la kat sini |
Sempat la memancing beberapa barang yang asalnya aku nak butakan mata tak nak beli pape. But once doesn't simply because we are gurl gurl. Menghabiskan duit itu wajib. So melayang duit ana. Agak penuh la bonet belakang Nim Nim memborong ngeee..Ingat nak makan celup-celup kat situ tapi banyak kedai tak bukak, so bila dah keluar dari tempat tu barulah dapat cari makan. I sempat grab skirt & seluar. Najwa grab banyak jugak rasanya. Lokal people also feeling tourist. Haha
Mood tak sehappy biasa lagi time ni just follow the flow |
Sempat jugak waktu balik tu singgah solat zohor kat Masjid yang lawa area Tumpat ni. Dah lama aim nak masuk sejak awal pembuatan dia sebab aku penah sesat area sini dulu waktu nak pegi PPD Tumpat tahun 2018. So Masjid ni always in wanted list, so masa ni baru dapat fulfill. Pintu dia kemain, seakan-akan pintu masjidil Nabawi deh.
Lepas siap solat and rehat we ouls pun amik keputusan untuk balik. But bukan betul balik pun sebab Aniem mengajak pegi healing kat cafe. So everyone yang datang Kelantan of course aku recomend datang kat Volt Cafe. Aku suka kat sini sebab suasana dia best. Nak ngedate gue jua akan bawa kat sini gue tak kire.. Ngee.
Antara dishes yang best kat Volt Cafe |
Lepas settle kat Volt Cafe kali ni betullah kitorang memang balik umah. Sempat rehat and solat asar kejap. But plan kita tak sampai situ je sebab jap lagi nak gi Pantai Sabak lagi. Nazmi macam dah addicted dengan pantai kelantan sebab tempat dia x de beach ngeee.
So sampai pantai sabak dan masing-masing dah penat so, boleh la duduk tanpa mempedulikkan Nazmi yang duk main pasir sebab Pantai Sabak ni landai je tak macam Pantai Mek Mas tu yang berbukit. So, main aje la na..
Asal x masuk dalam laut ..huuu.
Ade masa tu barulah pakat update cite masing-masing.
Haaa?!
Hari ke 2, dah tu petang baru boleh pakat bukak cite masing-masing. Kelakar tak kelakar. Tu pun beberapa minit sebelum bersurai.
Ok la dari x de update kan.
Yang penting dapat la healing. Kekeke.
Itu aje untuk post kali ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan