marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Ahad, 26 Mei 2024

FLIPZ 3 rosak LCD Screen & aku kesedihan

 .: Assalamualaikum:.

Annyeong yorobun

Cerita sedih untuk dikongsi bahawasanya my lovely Samsung FlipZ 3 mengalami breakdown yang amat serious.

Sedihnyaa

Sedih dia tak payah cerita la tapi ni bukan kali pertama pun dia breakdown cenggini. So tenang saja.

Ritu bulan 2 lebih kurang dia punya ribbon macam tak function. Dia macam tak boleh power on kecuali dengan cable sahaja. Pastu bila kita flip dia mati tiba-tiba. Waktu tu gile mati kutu. Sampai sanggup tak flip seminggu sebab nak baiki tapi nak pakai phone. Masa tu terdesak gile sebab sehari sebelum nak gi Sabah, memang kelam kabut la phone tak de sementelaah itu my phone is my life. Ngee ~

Time tu tak de phone back up selepas flip ni. Yang ada hanya iphone 7+ yang bagi aku expired dia dah validity. Tahun 2022 kan iphone gitau dia dah tak update IOS untuk iphone 7+ kebawah. 

Lagi pun battery health ip7+ hanyalah 20% je. Ni dapat kat aku 3 saat dah kena charge tiap saat. Memang idok le aku nak pakai dan biarkan ia sebek dan jarang-jarang buat tgk Netflix

Balik je dari Sabah, aku segera gi baiki flipZ 3 itu. Tapi sebelum tu, tukang baiki dah bagitau siap-siap kena tinggal sebab kena test & operate. Sebab dia syak ribbon yang problem. Nak tukar ribbon kena lalu ats screen LCD yang senstitip ini. So risiko dia memang 50/50 la.

Culprit

So, dalam 3 hari flipZ 3 dapat diselamatkan dan kembali pulih seperti sedia kala dan aku memang rasa sangat hepi. Aku sayang ngat hp ni sebab aku beli hadiah besdayku yang ke 34 tahun yang masa aku rasa time tu bagaikan mimpi sebab aku duk mengomel xde ke talipon yang kecik tapi function macam talipon biasa. Rindu kat talipon sony experia yang boley flip2 dulu-dulu huhu.

 Ekceli sebab time tu aku pakai ip7+ yang mana rupanya same dengan bebudak lain yang ada kat umah. Setiap kali berkumpul mesti kena cam betul2 mana hp sdiri sebab kitorang ni bila berkumpul letak hp sepah-sepah dan aku akan rasa a bit annoy bila kena belek masing-masing punya hp untuk check casing talipon sdiri.

Peluang kedua

 Yeah.. Me is quite mengada one. Aku memang tak suka klu benda remeh annoy hidupku.. Hahahaha.

Ok. tu cite beberapa bulan yang lalu dan aku berbahagia disamping flipz 3 yang berribbon baru. 

Namun, ke-hepi-anku terbungkam semalam lantaran stapler terjatuh atas screen flipz 3 guwe. Mula-mula tak sedar bila ada kesan hitam kat screen tu. Ingatkan kotoran ape. Tapi bila nampak ada goresan luka, I am sooo speechless. Ya Allah!

Tapi cool lagi sebab masa tu duk tgh wat keja dengan staff, tapi bila godek-godek igtkan hitam tu tak la melarat, tapi dia melarat oh. My mistake.. Sebab aku tak buh screen protector sejak baiki flip ritu. Sebab aku annoying screen dia jadi biji-biji gelembong selepas aku tukar baru. Aku kan da gitau aku tak suka benda-benda remeh menghantui hidup guwe.

Aku rasa sebelah atas screen memang dah tak function. Nasib baik la Samsung punya phone ni dua boleh buat multiscreen selbih-lebih lagi flip ni dia ada dual screen so dapat lah aku godek-godek whatapps dulu,buat back up dulu sambil wasap tukang baiki hp adalah masih boleh diselamatkan hp ku ini.

Sambil tu aku duk usha Samsung FlipZ 5. Haa hamik kau!. Terus usha hp baru. Sebenarnya memang aku berkira-kira nak tukar FlipZ 3 ke FlipZ 5. hikhikhik. Adakah flipZ 3 mengetahui isi hatiku ini? Tapi memandangkan aku baru pakai FlipZ 3 ni dalam tempoh setahun 10 bulan, aku cuba bersabar lagi. Dah la aku baru je balik menjenjalan Vietnam, takkan la nak beli phone baru. Marah diri ini kepada diri sendiri.. Ngeee..

Aku makin membungkam bila tukang baiki hp kata dia tak de stok untuk LCD screen FlipZ 3. Adakah ini petandanya aku kena beli yang baru..hiks.

Tapi asebnya baiknya, bila aku ternampak ip7+ aku nih. Eh. Awakk~

So, aku sebenarnya boleh guna lagi ip7+ aku ni. Aku tengok AAB selumber je duk guna ip7+ dia masa duk Vietnam 2-3 hari lepas. Elok je function. Jadi berdasarkan itu, aku terinspirasi untuk stick aje dengan ip7+ ni. Dia just bateri je yang kong. Yang lain aku rasa still works.~

Aku tanpa bertangguh tanya tukang baiki kot-kot aku tak perlu beli hp baru. Yelah aku ni, kalau nak beli aku tak nak pilih lain dah, aku ada pilihan iaitu flipZ 5. Yang keras adalah harga dia lah.. hahaha

Aku: klu bateri ip7+ ada stok dok?

Abdul Bari: ada. 120

Aku: Ok bereh, jap lagi saya gi deh. Bulih dapat terus kan hp ni kalau tukar bateri?Saya tak payah tinggal kan?

Abdul Bari: sekejap jah buat. Boleh dapat terus.

Aku: bereh!

Respon aku tak menyabar oh. As aku bagitau tadi aku memang x leh benda kecik mengganggu pemandangan aku. Even kalau aku bersabar aku boleh aje pakai flipZ 3 dengan keadaan begitu buat sementara waktu. Namun aku ni memang tak boleh lebih-lebih lagi talipon ni ibarat assistant aku la. Semua benda aku buh kat situ. So bila tak boleh guna secara efisen aku akan tension sorang hahaha.

Maka menujulah aku ke Kubang Kerian dengan jayanya untuk ke Fix Mobile dengan harapan yang besar. Bila dah sampai aku bagi ip7+ untuk dia tukar bateri. Untuk Samsung flipZ 3 tu dia kata tunggu respon supplier untuk LCD screen. Take time sebab benda jarang orang order. 

Sekali lagi aku dalam dilema. Kang aku gi beli Flipz 5 kang. Hahha.. Tapi dah kalau dia boleh dapatkan screen tu tak ke byk talipon aku nanti. Pastu duk sebek sebab kompem-kompem flipZ 3 ni akan ku tukar juga screen nya. Sebab saye bedooh.

Ip7+ bertukar tangan. Dia dah siap tukar bateri. RM120 bertukar akaun. Sim bertukar HP. Aku syukur sangat tak buat eSim kat FlipZ 3 kalau tak banyak lagi mehnah dan tribulasi yang nak kena hadap.

Bila ip7+ dah diberikan nyawa baru maka aku meredhokan diri untuk menerima hp ini buat sementara. Keadan beliau agak lusuh lataran itu aku pun pegi buh screen protector baru dan casing baru. Teros tuian badan nampak ranggi macam iphong-iphong lain walaupun dia dah agak tua.. hahaha

Maka dengan itu, terpaksalah aku menenangkan diri dan berharap Abdul Bari itu dapat restok LCD screen flipZ 3. Kalau tak bulan depan besday I.. 

Kesayangan

Hmm.. Jangan sampai flipz 3 jadi flipz 5. Aku membuat angan-angan.

Tapi pape pown semalam aku rasa bangga dengan matematik aku.

Bayangkan kalau aku beli FlipZ 5 at least RM4700. Tapi sebab aku just tukar bateri dan beli aksesori baru ip7+ aku cuma habiskan RM148 jerrr dah dapat nikmat bersama hp walaupun tak sebahgia bersama flipZ 3 itu.. ngee..

BTW kos baiki LCD Screen FlipZ 3 ni at least 2k jugaklah 😔

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...