marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Sabtu, 8 Jun 2024

JALAN-JALAN 2024 : Vietnam, Hanoi


 .: Assalamualaikum:.

Xin Xau.

Hello from Vietnam.

 Actually dah nak dekat seminggu dah (sejak draft ditulis) duk kat rumah selepas 6 hari berkelana di negara orang. Ada la rasa tak nak balik itu. Namun bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri baik negeri sendiri.

Tu kata pepatah la. Kalau kata diri ini ku katkan negeri sendiri sangatlah panas oh! Bukannya hujan batu. Heee..

Sebelum aku melalut, adalah lebih baik aku mengarang ceritaku sepanjang keberadaanku disana. Kan kan kan. 

Agenda ini dibuat selepas Athirah Abu Bakar (AAB) & Nur Fara Hana Abdullah (Fara) merancana kemana harus kita berjalan sebab plan asal adalah untuk ke Batam (?) naik cruise. Tu idea Fara la sejak tahun lepas. 

Dek kerana tak jadi sebab perjalanan yang tidak berbaloi, jadi kita lencongkan jalan-jalan kita ke tempat lain. 

Dan Vietnam menjadi destinasi pilihan ouls.

Kalah orang Vietnam bila ouls cuba jadi orang local..ahaks

Since diorang belom pernah lagi menjejaki Vietnam dan aku pernah sampai ke bandar Ho Chinh Minh suatu ketika dahulu, so aku suggest kita pergi daerah lain. Sepakat bersetuju untuk gi daerah Hanoi- Ha long-Sapa. 

For me aku naaak sangat pegi Sapa since tu area yang sejuk dan terpengaruh dengan Ahn Jae Hyung dalam variety show Journey to The West yang suka sangat ku tonton dulu kala. 

Cantek oh tempat dia. 

Xinxau

3 minit buat keputusan, misi memburu tiket flight mesti menjadi permulaan langkah kalau tak ,rancangan ini hanyalah rancangan sahaja. 

Hasil daripada maklumat-maklumat yang dikumpul bersama, macam musim apa, suhu camane keadaan sana okey ke tak termasuklah bulan berapa kita ni actually semua free.. 

last-last tarikh 16-21 Mei 2024 menjadi pilihan!

Hah apa? tinggal 2 minggu je nak prepare semua ni 😂😂😂

Paling penting wardrobe kena A 😋

But we are The Saranghae Cingguya kot. Assesment yang lecturer bagi sehari sebelum kejadian kitorang boleh jalan, apatah lagi 2 minggu. 

2 minggu kire puurfect la utk notify adik beradik, nak minta cuti nak kumpul benda yang nak dibawa bersama dan tak ketinggalan untuk renew passport!

since bufday fara n Athirah jatuh bulan Mei, so ak bg hadiah matchy2 kat diorang plus me

Lepas siap beli tiket flight, misi yang seterusnya adalah cari accommodation & transports dan buat itinerary perjalanan. Kitorang bahagikan kerja-kerja ni ikut portfolio masing-masing. AAB cari accommodation, Fara incharge transportation and aku buat itinerary.

terus bukak tab buat iti heh~

Actually maklumat tu sebenarnya terhidang luas je, semua dihujung jari. Bukak website, bukak blog, forum group backpacker in Malaysia FB dan paling best bukak tiktok!

Semua dah tersedia we ouls hanya perlu mix and match yang mana ikut kesesuaian ouls. 

Ready nak mengembara

Disebabkan tempat yang bakal kitorang pergi ini merentasi benua (sangat) so preparation kena mantap. Even kitorang duk jauh tapi malam-malam duk diskus nak gi attraction places yang mana dan fee berapa, kat mana. 

2 minggu ni memang aku rasa aku dah duk kat Hanoi dah la. 

Hahaha~

Rider kental berzaman

So, itinerary kitorang camni je. 

16/5/24 (Khamis)

12.40 ptg  : Naik flight KL-Hanoi
4.00   ptg  : Tiba di Hanoi, Beli esim & naik bus no 86 (kaler orange) ke Bandar Old Quarter

Ini bas nyaaa

5.00   ptg  : Check in Keypad Hotel (di Old Quarter) & solat jamak ta'kir & rehat
7.30   mlm  : Jalan kaki ke Train Street, Tiba kat sana ade keretapi kecik lalu)
9.00   mlm : makan malam di Kedai Kebab Arab area hotel (5 minit)
10.30 mlm : Balik hotel, prepare untuk jenjalan esok & ZzzZ

17/6/24 (Jumaat)

4.00 pg     : Bangun solat subuh & rest
6.00 pg     : Breakfast & ready untuk ke trip Ha Long Bay (trip bersama agent, 1 day trip)
7.00 pg     : Check out hotel & simpan bagasi kat situ). Bas persiaran datang ambil depan hotel
10.30 pg   : melawat tempat pembiakan mutiara
12.30 ptg  : Naik cruise di Ha Long Bay & taklimat atas cruise & lunch (pilih pakej makanan vegetarian                    atau pun biasa ok sbb seafood dan ayam diorang masak asing)
                 : 3 hoping island,
                       1: Titok Island (Mendaki & mandi).
                       2: ape cave ntah (kayak & aktiviti air),
                       3: ape cave ntah, menyusuri trail 1.8km (shj)
                 : enjoy senset on cruise
6.00 ptg    : turun cruise & ready untuk balik Hanoi
9.15 mlm  : Ambil bagasi & kejar Sleeper bus kat Old Quarter (masak x sempat yang ni)
9.40 mlm : naik sleeper bus & rehat & tido-tido ayam

18/5/24 (Sabtu)

4.30 pagi   : Tiba di Sapa  & ada taxi pick up untuk hantar ke hotel
4.45 pagi   : Check in Liberty Hotel (check in awal tambah 200,000 dong je). Solat subuh & rest
9.00 pagi   : Breakfast, kemas barang & menikmati pemandangan gunung ganang Sapa dari bilik. Solat 
                    jamak takdim
12.30 ptg   : Ke Moana (5 min je dari Liberty Hotel), sewa motor dengan hotel
4.00 ptg     : Ke restaurant Hajah Hawa untuk lunch
6.00 ptg     : Merayau-rayau di sekitar bandar :)
10.00 mlm : Kembali ke sangkar. Solat jamak ta'kir & rest

Best feeling ever~

19/5/24 (Ahad) 

4.00 pagi    : Bangun & solat subuh
9.00 pagi    : Breakfast & bergurau senda & menikmati pemandangan dari bilik :)
11.00 pagi  : Ke Catcat Village
5.00  ptg     : Makan di restauran Halal Sapa. Solat jamak ta'kir
7.00 ptg      : Merayau-rayau sekitar bandar lagi :)
10.00 mlm  : Kembali ke sangkar. Solat jamak ta'kir & rest

20/5/24 (Isnin)

4.00 pagi   : Bangun & solat subuh
8.00 pagi   : Breakfast & bersiap-siap untuk keluar
9.30 pagi   : Naik tuktuk Ke Sun Plaza
                  : Naik furnicular untuk ke Sun World
                  : Naik cable car untuk ke Fansipan & enjoy the coldness and fun at summit &                         
                    coffee time at summit  & solat jamak takdim

Sampai kat Sun World

5.00 ptg      : turun ke Sun World dan ke taman bunga Fansipan
6.00 ptg      : Naik tuktuk ke restaurant Hajah Hawa
8.00 mlm    :  Naik tuktuk balik ke  Liberty Hotel & rest &berkemas & solat jamak ta'kir
10.00 mlm  : Naik taxi ke sleeper bus interstation 

21/5/24 (Selasa)

4.00 pagi           : Naik Grab dari Old Quarter ke Masjid Al-Noor (Planning) 
                           : Solat subuh & rest 
10.00 pagi         : sight seeing at pasar Old Quarter & makan pho tepi masjid & solat jamak
                             takdim
1.00  tgh hari :  Naik Grab gi Airport 
3.00 ptg           : Boarding
7.30 ptg           : Tiba di KLIA 2

Haa.. Inilah itenerary yang santai untuk trip Ke Vietnam Kita with The Saranghae Cinguya 3 ketul yang masih lagi single mingle ni.

Kemain gambarnya siap full storage ya

Teringat trip gi Ke Korea Kita dengan 7 orang The Saranghae Cingguya memang banyak ragamnya tapi mudah handle.  Yang 3 ni pun boleh kira la naseb baek pergi and balik dengan selamat. hikhikhik.

Sedar tak sedar dah 10 tahun eh kita kenal guyss

Okey sis, next trip pleaseeee~

Fara kata jom kita gi Jakarta-Bandung. Okeyy je I hahahhaha~

 

Nak selami pengalaman berjalan kat Vietnam lagi? Baca entri ni tau^^ :

 JALAN-JALAN 2024 : Vietnam, Hanoi | Jalan-Jalan 2024 : Hanoi, Vietnam | Jalan-Jalan 2024: Ha Long Bay, Vietnam | Jalan-Jalan 2024 : Moana - Sapa, Vietnam | Jalan- Jalan 2024 : Catcat Village, Sapa, Vietnam | Jalan-Jalan 2024 : Fan Si Pan, Sapa Vietnam | Jalan-Jalan 2024: Kembali ke Hanoi dan pulang ke tanah air | Jalan-jalan-jalan :Ayuh Ke Ho Chi Minh, Vietnam Kita! Part 1 | Jalan-jalan-jalan :Ayuh Ke Ho Chi Minh, Vietnam Kita! Part 2 |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...